Sasqia Dahuri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Peminat Drama03 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 195: Baris 195:
| Zara
| Zara
| [[ntv7]]
| [[ntv7]]
|-
|rowspan="1"|2019
| ''[[Kerana Dia Manusia Biasa]]''
| Nora / Yasmin
| [[TV3]]
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 15:23, 30 Julai 2019

Sasqia Dahuri
Kelahiran
Nurlisasqia binti Ahmad Dahuri

(1985-05-07) 7 Mei 1985 (umur 38)
PendidikanPengurusan Pemasaran
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia Malaysia (MMU)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini (model)
2011–kini (pelakon)
Ketinggian1.77 m (5 ka ​9 1116 in)
PasanganMuhammad Asyraff Khan Baharudin Khan (k. 2018)

Nurlisasqia binti Ahmad Dahuri atau lebih dikenali sebagai Sasqia Dahuri (lahir 7 Mei 1985) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau mula aktif menceburi bidang lakonan sejak 2008 dan terkenal dengan watak-watak antagonis.[2][3]

Kehidupan awal

Sasqia dilahirkan pada 7 Mei 1985 di Pasir Mas, Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga orang beradik dan mempunyai ketinggian 177cm serta berdarah kacukan Thai-Melayu. Sasqia berkelulusan dalam bidang Pengurusan Pemasaran di Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Selain itu, beliau juga banyak terbabit dalam bidang peragaan di awal penglibatannya dalam dunia glamor.[4]

Kerjaya

Kemunculan pertama Sasqia dalam bidang lakonan ialah menerusi dua filem lakonannya pada 2011—Senario Ops Pocot arahan Ismail Bob Hasim, kemudian diikuti oleh filem Kongsi arahan Dato' Farid Kamil. Bagaimanapun, beliau terpaksa berundur seketika daripada dunia seni sambil menyatakan belum cukup bersedia berdepan dengan kehidupan sebagai artis pada waktu itu.

Drama pertama lakonan Sasqia ialah Manis yang disiarkan di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan watak antagonis bernama Gina dalam drama Ayuni Safira pada 2014. Lebih manis apabila drama pertama selepas kemunculan semula itu mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Begitu juga keadaannya apabila beliau diberi peluang sekali lagi membawakan watak antagonis dalam drama Cik Bunga Encik Sombong.[5]

Peluang sebegitu tidak dilepaskan kerana misinya mahu membuka mata khalayak tentang kemampuan lakonannya. Beliau sekali lagi muncul dengan watak antagonis bernama Tina dalam drama Dhia Sofea.[6] Sasqia menjayakan peranan sebagai Felisha, bekas kekasih kepada Iskandar dalam siri telenovela Astro Ria, Lara Aishah yang dibintangi oleh Fasha Sandha dan Nazim Othman.[7]

Sasqia juga muncul dalam filem fantasi pendek arahan Feisal dan Iskander Azizuddin, Through The Forest yang dikeluarkan pada 25 Disember 2016, beliau memegang watak sebagai Fia. Pada tahun 2017, beliau membintangi drama kepolisan Gerak Khas menerusi episod dua bahagian, "Love Scam" di TV2, beliau memegang watak sebagai Sofia, seorang pengusaha butik fesyen.

Sasqia bersama pelakon Zul Ariffin dan Elizabeth Tan membintangi filem seram thriler, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019. Beliau memegang watak sebagai Dilaila kedua dan Inspektor Farah.[8]

Kehidupan peribadi

Sasqia mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Syarnissa (lahir 1989) yang menghidap penyakit saraf mata dan seorang adik lelaki yang dilahirkan pada 1993. Dalam temuramah bersama Harian Metro pada 24 Ogos 2017, beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarganya bagi merawat penyakit adiknya, namun Syarnissa terus hilang penglihatan secara perlahan-lahan.[9]

Sasqia bertunang dengan usahawan hartanah, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan yang berasal dari Singapura pada 22 Januari 2018.[10] Pasangan Sasqia dan Asyraf diijabkabulkan pada 16 Disember 2018.[8]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2011 Senario Ops Pocot Ann Ismail Bob Hasim Filem pertama
Kongsi Sara Farid Kamil
2016 Through The Forest Fia Feisal dan Iskander Azizuddin Filem pendek
2019 Misteri Dilaila Dilaila II/Inspektor Farah Syafiq Yusof

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Manis Seri Astro Ria
2015 Dendam Semalam Lily TV3
Ayuni Safira Geena TV9
Cik Bunga Encik Sombong Erny Humairah Astro Prima
Mencintaimu Aimi TV3
Dhia Sofea Tina TV3
Alif Imani Intan TV9
Aku Pilih Kamu Isabel TV3
2016 Pujaan Hati Umi Safiya TV9
Satu Cinta Airin TV1
Khabar Dari Casablanca Filzah TV1
Lara Aishah Felisha Astro Prima
Abang Bomba I Love You Suzana Astro Ria
The Spooky Adventures of Ilham & Gaffran Gadis
2017 Gerak Khas (Episod: "Love Scam") Sofiya TV2
Misteri Wan Peah Cik Siti TV3
Kias Ramadan: "Merisik Kasih" Amy
Cinta Hati Batu Farisha
Gerak Khas: "Desperado" Fatin TV2
Jurnal Suraya Niesha TV3
2018 Gerak Khas Sally TV2
Cinta Koko Coklat Zara ntv7
2019 Kerana Dia Manusia Biasa Nora / Yasmin TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV
2016 Sepahtu Reunion Astro Warna
Dalang Prank

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Sepahtu Cinta Plastik Astro Ria
Perempuan Disarung Ungu
Pulangkan Syawalku TV1
Kau Aku Kita Raya TV3
2017 Pergilah Cinta Rania
2018 Andai Ku Cinta Lagi Melena TV2
Lalang Rohana TV1
2019 Kecoh Malam Raya Safia

Rujukan

  1. ^ Profil Sasqia Dahuri Babab.net. Dicapai pada 3 April 2017.
  2. ^ Syafaat, Amirah Amali (6 September 2015). "Sasqia Dahuri ada strategi kukuhkan nama". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 September 2015.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (21 September 2015). "Bintang Sasqia mula bersinar". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2015.
  4. ^ Syafil Wyazwan Jefri (1 Disember 2016). Bangga bakat dihargai Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2017.
  5. ^ Norhidayyu Zainal (16 Mei 2017). Sasqia Dahuri: Saya puas jadi jahat Sinar Harian. Diperoleh pada 26 April 2018.
  6. ^ Alif Fadli Mohd. Sori (2 Mei 2017). "Sasqia Dahuri suka watak 'jahat'". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 April 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ Siti Athirah Dzulkifly (29 Mei 2016). "Antara status & prinsip". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 April 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ a b Zaidi Mohamad (16 Disember 2018). Sikap ambil berat Sasqia tawan hati Asyraf Berita Harian. Dicapai pada 19 Disember 2018.
  9. ^ Nor Akmar Samudin (24 Ogos 2017). Sasqia tidak terlalu memilih Harian Metro. Dicapai pada 24 Ogos 2017.
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (22 Januari 2018). Sasqia bertunang selepas 5 bulan berkenalan mStar Online. Dicapai pada 8 April 2018.

Pautan luar