Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 139: Baris 139:
{| Class="wikitable"
{| Class="wikitable"
|-
|-
! Nama !! Tarikh Keputeraan !! Tempat Keputeraan || Tarikh Kemangkatan || Pelajaran || cosplan="2" | Tarikh Berkahwin || Pasangan Diraja || Cucunda || Cicinda
! Nama !! Tarikh Keputeraan !! Tempat Keputeraan || Tarikh Kemangkatan || Tempat Kemangkatan || Pelajaran || cosplan="2" | Tarikh Berkahwin || Pasangan Diraja || Cucunda || Cicinda
|-
|-
! YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah
! YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah
Baris 145: Baris 145:
| {{N/A|Tiada maklumat}}
| {{N/A|Tiada maklumat}}
| {{death date and age|1990|7|24|1990|7|24|df=yes}}
| {{death date and age|1990|7|24|1990|7|24|df=yes}}
| {{N/A|Tiada}}
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
|-
|-
! KDYMM [[Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah]]
! KDYMM [[Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah]]
| {{birth date and age|1995|9|17|df=yes}}
| {{birth date and age|1995|9|17|df=yes}}
| [[Hospital Tengku Ampuan Afzan]], [[Kuantan]]
| [[Hospital Tengku Ampuan Afzan]], [[Kuantan]]
| {{N/A|Tiada}}
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| Geneva School of Diplomacy and International Relations, [[Switzerland]]
| Geneva School of Diplomacy and International Relations, [[Switzerland]]
|-
|-
! YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
! YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
| {{birth date and age|1997|8|3|df=yes}}
| {{birth date and age|1997|8|3|df=yes}}
|
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| Royal Holloway, University of London, [[England]]
| Royal Holloway, University of London, [[England]]
Baris 160: Baris 161:
! YAM [[Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah]]
! YAM [[Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah]]
| {{birth date and age|2000|9|11|df=yes}}
| {{birth date and age|2000|9|11|df=yes}}
|
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| Royal Holloway, University of London, [[England]]
| Royal Holloway, University of London, [[England]]
Baris 165: Baris 167:
! YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah
! YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah
| {{birth date and age|2000|9|11|df=yes}}
| {{birth date and age|2000|9|11|df=yes}}
|
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| Royal Holloway, University of London, [[England]]
| Royal Holloway, University of London, [[England]]
|-
|-
! YAM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah
! YAM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah
| {{birth date and age|2002|4|27|df=yes}}
| {{birth date and age|2002|4|27|df=yes}}
|
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| colspan="2" {{N/A|Tiada maklumat}}
| Kuala Lumpur International School, [[Kuala Lumpur]]
| Kuala Lumpur International School, [[Kuala Lumpur]]

Semakan pada 06:30, 5 Ogos 2019

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Raja Permaisuri Agong XVI
31 Januari 2019 – kini
Pertabalan 30 Julai 2019
Negeri Pahang
Pendahulu Tuanku Haminah
Pengganti

Tengku Ampuan Pahang
29 Januari 2019 – kini
Pendahulu Tengku Hajah Afzan Rahimahallah binti Tengku Panglima Perang Muhammad

Sultan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Kelahiran (1960-08-05) 5 Ogos 1960 (umur 63)
Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor, Malaya
Putera-Puteri Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat)
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Tengku Mahkota Pahang)
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah
Tengku Jihan Azizah Athiyatullah

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5.[1] Baginda ialah permaisuri kepada Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah.

Kehidupan awal

Tunku Hajah Azizah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru dan merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Enche’ Besar Hajah Kalsom. KDYMM Tuanku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini mempunyai empat orang adik-beradik. Kakanda lelakinya kini merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar.

KDYMM Tuanku Azizah memulakan pendidikan awal baginda di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda kemudian meneruskan pendidikan baginda di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim dan mendapatkan pendidikan menengah baginda di Sekolah Tun Fatimah, kedua-duanya di Johor Bahru.[2]

KDYMM Tuanku Azizah juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan dan pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, "Air Tangan Tengku Puan Pahang" dan "Masakan Tradisional Pahang". Baginda juga tidak kekok memasak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang.[3]

Perkahwinan

KDYMM Tuanku Tunku Hajah Azizah telah bertemu jodoh dengan Tengku Abdullah yang juga merupakan Sultan Pahang yang ke 6.[4] Tunku Azizah kali pertama berjumpa dengan Al-Sultan Abdullah ketika berusia 12 tahun dan 13 tahun.[5] Baginda berdua telah melangsungkan perkahwinan pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Selepas mendirikan rumah tangga bersama ketika itu Tengku Mahkota Pahang, Tunku Azizah bergelar sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Darul Makmur.

Penaung

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Ampuan Pahang merupakan penanung diraja bagi berberapa organisasi, antaranya:

  • Presiden Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang
  • Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Pengerusi Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (Tunku Azizah Fertility Foundation,TAFF)[6]

Rujukan kehormat dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 5 Ogos 1960 – 11 Mei 1981: Yang Amat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Mahmud Iskandar
  • 11 Mei 1981 – 6 Mac 1986: Yang Amat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 6 Mac 1986 – 22 Januari 2010: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 22 Januari 2010 – 29 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 29 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 31 Januari 2019 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XVI Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Gelaran penuh baginda ialah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Johor), S.P.M.J.

Darjah kebesaran

Baginda dikurniakan:

Kurniaan Pahang

  •  Pahang :
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (DK I)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri (SSAP)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' (SIMP)

Kurniaan Persekutuan dan Negeri

Anakanda

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Pelajaran Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah (1990-07-24)24 Julai 1990 Tiada maklumat 24 Julai 1990(1990-07-24) (umur 0) Tiada maklumat
KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (1995-09-17) 17 September 1995 (umur 28) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Tiada maklumat Geneva School of Diplomacy and International Relations, Switzerland
YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (1997-08-03) 3 Ogos 1997 (umur 26) Tiada maklumat Royal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 23) Tiada maklumat Royal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 23) Tiada maklumat Royal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah (2002-04-27) 27 April 2002 (umur 21) Tiada maklumat Kuala Lumpur International School, Kuala Lumpur

Di awal perkahwinan Baginda, baginda telah diuji apabila Tuanku Tengku Ampuan Pahang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali mengalami keguguran. Namun, Tuanku Tengku Ampuan Pahang berusaha dengan menggunakan kaedah In-Vitro dan berjaya hamil. Hal ini telah memberikan inspirasi kepada Tuanku Tengku Ampuan Pahang untuk mengasaskan TAFF untuk membantu pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata tetapi tidak berkemampuan untuk menjalankan rawatan tersebut. TAFF mula dibangunkan pada Mac 2005 dan telah terbukti berjaya membantu ramai pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan cahaya mata. TAFF juga merupakan satu-satunya yayasan fertiliti di Malaysia yang membantu pasangan yang menginginkan cahaya mata.

KDYMM Tengku Ampuan Pahang memgambil seorang anak angkat lelaki yang juga merupakan sepupu kepada suaminya, Tengku Abdullah, iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim, pada tahun 1987. Baginda diputerakan pada (1986-08-25) 25 Ogos 1986 (umur 37) dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. Tengku Amir telah melangsungkan perkahwinannya bersama YM Puteri Suraiya Afzan yang juga merupakan cucunda Sultan Ahmad Shah.[7]

Keturunan

Pautan Luar


Rujukan

  1. ^ "Tunku Azizah Tengku Ampuan Pahang kelima". Utusan Online. 22 Januari 2019. Dicapai pada 22 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ http://pancapersada.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-ulangtahun-ke-51-kdytm.html
  3. ^ "Tengku Puan Pahang masak untuk mangsa banjir". Astro Awani. 9 Disember 2013. Dicapai pada 22 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/02/pewaris-takhta-pahang-darul-makmur.html
  5. ^ Kurniawati Kamarudin (28 Julai 2019). "Tunku Hajah Azizah Permaisuri Bertakhta Di Hati Rakyat". BERNAMA. Dicapai pada 28 Julai 2019.
  6. ^ http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2005%2F3%2F19%2Ffeatures%2F10436107
  7. ^ http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Persandingan_Cucunda_Sultan_Pahang.html#.VEfPaPmSzeQ