Silat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Biskutt (bincang | sumb.)
Indonesia ditukar kepada "Nusantara", kerana "Indonesia" belum wujud semasa seni silat direka. Tak perlu ekstrim dengan sikap kenegaraan yang mana adalah tinggalan penjajah, pecah dan perintah.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Bangpru94 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 7: Baris 7:
| aka = [[Pencak Silat]], Seni Silat, Silek
| aka = [[Pencak Silat]], Seni Silat, Silek
| focus = [[tendang]], [[tumbuk]]an, [[kunci sendi|kunci]],[[bantingan]] senjata
| focus = [[tendang]], [[tumbuk]]an, [[kunci sendi|kunci]],[[bantingan]] senjata
| country = NUSANTARA
| country = KEPULAUAN NUSANTARA (INDONESIA)
| parenthood = Bodhidarma
| parenthood = Bodhidarma
}}
}}

Semakan pada 11:00, 9 Ogos 2019

Silat

Seorang pesilat Vietnam
Juga digelar Pencak Silat, Seni Silat, Silek
Fokus tendang, tumbukan, kunci,bantingan senjata
Negara asal KEPULAUAN NUSANTARA (INDONESIA)
Keibubapaan Bodhidarma

Pencak silat atau silat adalah suatu seni bela diri tradisional asli dari Nusantara sesuai dengan penyebaran berbagai suku bangsa Nusantara (jawa-melayu). Istilah "pencak" yang digunakan dalam bahasa Jawa dan "silat" Dari kata bahasa Melayu. Yang tercipta dari Kerajaan Majapahit dan Srivijaya. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan daripada generasi kepada generasi. Dan dikenal luas sampai ke Serata pelusuk Dunia. Mereka yang belajar silat digelar pesilat.sekarang di negara Asia tenggara sudah memiliki aliran atau perguruan tersendiri.

Dalam amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seseorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar pendekar.

Antara senjata jawa-melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong,tombak,cindai,kapak,sabit dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara amnya, sesebuah aliran silat yang mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'resmi' bagi aliran itu.

Pergerakan silat terbagi kepada bunga yang sesetengah perguruan menganggapnya sebagai (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) tapi sebenarnya ia adalah langkah untuk memusatkan tenaga/mengumpul tenaga atas tubuh badan seorang pesilat dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, ia barangkali kelihatan seperti sejenis tarian. Namun, terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah daripada tari sembah atau sejurus daripada bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan keadaan berakhir dengan perdamaian dan bermaaf-maafan.

Telah terjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, yang mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.

Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' bersinonim dengan silat.

Jenis silat (umum)

Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat daripada jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan daripada pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya menumpukan persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat menubuhkan kumpulan 'silat pulut' ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-persembahan di majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud 'aliran' atau 'sekolah silat pulut'. Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada 'pulut pengantin' (majlis-majlis perkahwinan di mana ia selalu dipersembahkan).

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya. Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.

Etimologi

Persembahan Randai dengan silek (silat) sebagai salah satu komponen tarian.

Suatu teori menyatakan bahawa perkataan silat sendiri berasal daripada perkataan silek daripada bahasa Minangkabau.[1] Silek ialah salah satu komponen untuk menyembahkan tarian rakyat randai Minangkabau bersampingan bakaba (pereka cerita) dan saluang jo dendang (lagu dan seruling).

Istilah silat sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk merujuk pada seni mempertahankan diri di Asia Tenggara.[2] Ia dikenali di Malaysia sebagai seni silat, seni bela-diri dan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra silat dikenali sebagai silek dan lebih popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak Silat. Versi Cina bagi silat dikenali sebagai kuntao.[2]

Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Silek dan Gayuang di Sumatra, Penca dan Maempok di Jawa Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah, Mancak di Madura dan Bawean, Encak di Bali, Mpaa Sila di Dompu dan Nusa Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan dan Kalimantan, memencak di Bugis dan Sulawesi, Akmencak,kuntau di Sulu dan Sulawesi[3], Basilat dan Kali di Mindanau.

Sejarah

Silat tersebar sepanjang Nusantara (kepulauan Melayu) sejak abad ke-17 M, tetapi asal-usulnya masih tidak diketahui lagi. Silat diperkirakan menyebar di kepulauan nusantara semenjak abad ke-7 masehi, akan tetapi asal mulanya belum dapat ditentukan secara pasti. Kerajaan-kerajaan besar, seperti Srivijaya dan Majapahit disebutkan memiliki pendekar-pendekar besar yang menguasai ilmu bela diri dan dapat menghimpun prajurit-prajurit yang kemahirannya dalam pembelaan diri dapat diandalkan. Peneliti silat Donald F. Draeger berpendapat bahwa bukti adanya seni bela diri bisa dilihat dari berbagai artefak senjata yang ditemukan dari masa klasik (Hindu-Budha) serta pada pahatan relief-relief yang berisikan sikap-sikap kuda-kuda silat di candi Prambanan dan Borobudur. Dalam bukunya, Draeger menuliskan bahwa senjata dan seni beladiri silat adalah tak terpisahkan, bukan hanya dalam olah tubuh saja, melainkan juga pada hubungan spiritual yang terkait erat dengan kebudayaan Indonesia. Sementara itu Sheikh Shamsuddin (2005) berpendapat bahwa terdapat pengaruh ilmu bela diri dari Cina dan India dalam silat. Hal ini karena sejak awal kebudayaan Melayu telah mendapat pengaruh dari kebudayaan yang dibawa oleh pedagang maupun perantau dari India, Cina, dan mancanegara lainnya. Meski begitu, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli.[4] Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara ialah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu.[5] Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar bersampingan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat juga kemudiannya menjadi suatu latihan rohaniah.[6]

Silat telah diperhalus sebagai ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ialah detik apabila silat tersebar sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi,Sulu,Mindanao dan Borneo. Orang Melayu, terutamanya di semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.[5]

Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah.[5] Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.

Kegunaan daerah

Di Indonesia, pencak silat telah dipilih pada 1948 sebagai suatu istilah kesatuan untuk seni pertahan diri mereka. Ia ialah suatu kata majmuk daripada dua istilah yang umumnya digunakan untuk seni pertahan diri di Indonesia. Pencak ialah istilah yang digunakan di Jawa tengah dan timur, sementara silat digunakan di Sumatera. Dalam kegunaan moden, pencak dan silat dilihat sebagai dua aspek pada amalan yang sama. Pencak ialah aspek persembahan pada seni pertahan diri, sedangkan silat ialah inti perkelahian dan seni pertahan diri.

Di Bali, dengan penduduk (94%) Hindu, silat ialah suatu kuasa kesatuan dalam setiap daerah dan hampir setiap kampung.[perlu rujukan] Arahan rasmi mengambil tempat setiap pagi dan petang oleh satu daripada dua pertubuhan: Bakti Negara dan Kertha Wisesa.

Di Malaysia, silat ialah suatu istilah yang digunakan sebagai istilah payung untuk semua seni pertahan diri Melayu. Contoh-contohnya pada gaya-gaya silat di Malaysia ialah Silat Cakar Harimau, Silat Gayung Zahir 9, Silat Pancasila, silat gayong maarifat, Silat Keris Lok Sembilan, Silat Gayung Pusaka, Silat Seni Gayong dan Silat Lian Padukan. Seorang dalam lima orang Melayu di Malaysia mengamalkan silat.[perlu rujukan]

Di Malaysia, Perguruan Silat diberi nama mengikut masyarakat seperti Silat Minangkabau, Silat Bugis, Silat Jawa dan Silat Kerinci. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut daerah seperti Silat Gayong Fatani, Silat Gayungman Kedah, Silat Buah Pukul Mersing,Seni Kuntau Nakhoda Sug dan Silat Pukulan Melaka. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut tokoh seperti Silat Saga Barong Naga Malaya, Silat Hang Tuah, Silat Cekak Ustaz Hanafi, Silat Cekak Pusaka Hanafi, Silat Mat Kilau dan Silat Sendeng Hj Hamid. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut motif gerak dan semanagat haiwan seperti Silat Rajawali, Silat Penyu, Silat Siamang Laut dan Silat Harimau.

Perkembangan

Pertandingan final Pencak Silat pria kelas E 65kg - 70kg. Di sebelah kiri Al Jufferi (Malaysia - pingat emas) vs Nguyen Duy Chien (Vietnam - pingat perak). 17 November 2011 pada Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 di Padepokan Pencak Silat, Jakarta Timur, Indonesia.

Selepas merdeka (1957), terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mengadakan persatuan silat dan didaftarkan atas tujuan membina, menyusun dan mengurus silat dengan lebih baik. Saranan tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat telah didaftarkan. Di sinilah bermulanya keberadaan pelbagai nama aliran penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing.

Pada tahun 1978, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika itu berusaha untuk mengadakan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1983). Kemudiannya, majlis tersebut ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. PESAKA Malaysia telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri PESAKA Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Hal ini bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah PESAKA Malaysia.[7]

Pada 11 Mac 1980, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah ditubuhkan secara rasmi sebagai badan induk silat di peringkat antarabangsa[8] dan Jakarta, Indonesia menjadi ibu pejabat PERSILAT. Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura telah diiktiraf sebagai anggota pendiri PERSILAT. Badan induk kebangsaan untuk silat dikenali sebagai Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di Indonesia, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) di Malaysia, Persekutuan Silat Brunei (PERSIB) di Brunei dan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) di Singapura.

Pencak Silat telah diiktiraf sebagai Seni Bela Diri Asli bangsa Indonesia. Manakala di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan di bawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3 hingga 4 Disember 2006. Pada 18 September 2015, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Seni Silat sebagai Seni Mempertahankan Diri Rasmi Negara semasa Himpunan Silat Pesaka Merdeka 2015 di Dataran Merdeka.[9]

Pada 23 hingga 24 September 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat sekarang secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.

Rujukan

  • Sheikh Shamsuddin (2005). The Malay Art Of Self-defense: Silat Seni Gayong. North Atlantic Books. ISBN 1-55643-562-2.
  • Quintin Chambers and Donn F. Draeger (1979). Javanese Silat: The Fighting Art of Perisai Diri. ISBN 0-87011-353-4.
  • Donn F. Draeger (1992). Weapons and fighting arts of Indonesia. Rutland, Vt. : Charles E. Tuttle Co. ISBN 978-0-8048-1716-5.
  • O'Ong Maryono (2002). Pencak Silat in the Indonesian archipelago. Yayasan Galang. ISBN 979-9341-60-4.
  • Abd Rahman Ismail (2009). Seni Silat Melayu : Sejarah Perkembangan dan Budaya. Dewan Bahasa Pustaka. ISBN 9789836299345.
  • Anuar Abd Wahab (1988). Silat Olahraga. Dewan Bahasa Pustaka. ISBN 9836202196.
  • Anuar Abd Wahab (1992). Teknik dalam Seni Silat Melayu. Dewan Bahasa Pustaka. ISBN 9836229108.

Nota kaki

  1. ^ Kirstin Pauka (2003). "Umbuik Mudo and the Magic Flute: A Randai Dance-Drama". Asian Theater Journal. 20 (2).
  2. ^ a b Douglas Farrer (2006). "`Deathscapes' of the Malay Martial Arts"" (PDF). Social Analysis. 50 (1). Dicapai pada 2007-10-28.
  3. ^ O'Ong Maryono, Pencak Silat di kepulauan Indonesia,Yayasan galang, 2002, ms 7
  4. ^ Lihat Chambers and Draeger (1979).
  5. ^ a b c Lihat Shamsuddin (2005), page 7.
  6. ^ Lihat Shamsuddin (2005), page 1.
  7. ^ http://archive.is/20120716051231/silat-melayu.ning.com/group/persekutuansilatkebangsaanmalaysia
  8. ^ Abd Rahman Ismail, 2009, ms 99
  9. ^ Seni silat diisytihar seni pertahan diri rasmi negara

Bacaan lanjut

Lihat juga

Pautan luar

Templat:Martial arts