Exists: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Faiz Rangga (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Faiz Rangga (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 20: Baris 20:
}}
}}


'''''Exists''''', juga dahulunya dikenali sebagai '''''Exist (1991-1996)''''' merupakan sebuah kumpulan muzik [[Pop rock|pop rock]] terkenal [[Malaysia]] yang popular di [[Brunei]], [[Singapura]] dan [[Indonesia]]. Kumpulan remaja belasan tahun yang berasal dari [[Johor Bahru]], [[Johor]] ini mula mencipta nama sekitar tahun 1991<ref>[https://berita.mediacorp.sg/mobilem/entertainment/konsert-exists-di-s-pura-pada-2-dis-selepas-10-tahun-menyepi/3217520.html Konsert Exists di S'pura pada 2 Dis selepas 10 tahun menyepi.]</ref> menerusi lagu "Untukmu Ibu" ciptaan Allahyarham [[Rahim Othman]] dan lirik oleh Allahyarham Megat Ismail Ibrahim. Lagu tersebut telah melayakkan kumpulan ini ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu 1992|Juara Lagu ke-7]] pada tahun 1992.
'''''Exists''''', juga dahulunya dikenali sebagai '''''Exist (1991-1996)''''' merupakan sebuah kumpulan muzik [[Pop rock|pop rock]] terkenal [[Malaysia]] yang popular di [[Brunei]], [[Singapura]] dan [[Indonesia]]. Kumpulan remaja belasan tahun yang berasal dari [[Johor Bahru]], [[Johor]] ini mula mencipta nama sekitar akhir tahun 1991<ref>[https://berita.mediacorp.sg/mobilem/entertainment/konsert-exists-di-s-pura-pada-2-dis-selepas-10-tahun-menyepi/3217520.html Konsert Exists di S'pura pada 2 Dis selepas 10 tahun menyepi.]</ref> menerusi lagu "Untukmu Ibu" ciptaan Allahyarham [[Rahim Othman]] dan lirik oleh Allahyarham Megat Ismail Ibrahim. Lagu tersebut telah melayakkan kumpulan ini ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu 1992|Juara Lagu ke-7]] pada tahun 1992.


Pada tahun 1995, Exist telah melebarkan sayapnya ke [[Indonesia]] bersama penyanyi baharunya, Ezad dengan lagu hit dari album ketiga mereka, ''Alasanmu'' dan lagu ini telah diberi judul ''Mencari Alasan'' untuk pasaran Indonesia dengan sedikit perubahan pada lirik asalnya. Kumpulan ini juga telah memasuki peringkat akhir [[AJL]] sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1992, 1994, 2002 & 2003 dengan dua vokalis yang berbeza. Mereka mempunyai lapan album studio dan tiga album kompilasi sejak dari tahun 1991.
Pada tahun 1995, Exist telah melebarkan sayapnya ke [[Indonesia]] bersama penyanyi baharunya, Ezad dengan lagu hit dari album ketiga mereka, ''Alasanmu'' dan lagu ini telah diberi judul ''Mencari Alasan'' untuk pasaran Indonesia dengan sedikit perubahan pada lirik asalnya. Kumpulan ini juga telah memasuki peringkat akhir [[AJL]] sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1992, 1994, 2002 & 2003 dengan dua vokalis yang berbeza. Mereka mempunyai lapan album studio dan tiga album kompilasi sejak dari tahun 1991.

Semakan pada 18:08, 9 Ogos 2019

Exists
Exist 1991
Dari kiri : Ajai, Mamat, Shah, Along, Musa dan Ujang
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Exist (1991-1996)
Berasal dariJohor Bahru, Johor, Malaysia
GenrePop rock, Pop, Balada, Rock Alternatif, Britpop
PekerjaanPemuzik & Penyanyi
Tahun aktif1991 - kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
http://instagram.com/existsband
http://facebook.com/exists
AhliExists Reunion:
Ezad - Vokal
Mamat - Vokal
Along - Gitar
Shah - Gitar
Ajai - Keyboard
Musrad - Bass
Ujang - Dram

Exists, juga dahulunya dikenali sebagai Exist (1991-1996) merupakan sebuah kumpulan muzik pop rock terkenal Malaysia yang popular di Brunei, Singapura dan Indonesia. Kumpulan remaja belasan tahun yang berasal dari Johor Bahru, Johor ini mula mencipta nama sekitar akhir tahun 1991[1] menerusi lagu "Untukmu Ibu" ciptaan Allahyarham Rahim Othman dan lirik oleh Allahyarham Megat Ismail Ibrahim. Lagu tersebut telah melayakkan kumpulan ini ke peringkat akhir Juara Lagu ke-7 pada tahun 1992.

Pada tahun 1995, Exist telah melebarkan sayapnya ke Indonesia bersama penyanyi baharunya, Ezad dengan lagu hit dari album ketiga mereka, Alasanmu dan lagu ini telah diberi judul Mencari Alasan untuk pasaran Indonesia dengan sedikit perubahan pada lirik asalnya. Kumpulan ini juga telah memasuki peringkat akhir AJL sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1992, 1994, 2002 & 2003 dengan dua vokalis yang berbeza. Mereka mempunyai lapan album studio dan tiga album kompilasi sejak dari tahun 1991.

Anggota kumpulan

Exist 1991-1992

Exist 1993-1994

  • Mamat - Vokal
  • Along - Gitar
  • Ajai - Keyboard
  • Musa - Bass
  • Ujang - Dram

Exist 1995-Exists 1997

Exists 1998-2007

  • Ezad - Vokal
  • Along/G-nola - Gitar
  • Musa/Musrad - Bass
  • Ujang - Dram

Exists 2008

  • Zulkifli bin Daud (Joey) - Vokal
  • Along/G-nola - Gitar
  • Musa/Musrad - Bass
  • Ujang - Dram

Exists Reunion

  • Ezad - Vokal
  • Mamat - Vokal
  • Joey - Vokal
  • Along/G-nola - Gitar
  • Shah - Gitar
  • Ajai - Keyboard
  • Musa/Musrad - Bass
  • Ujang - Dram

1989-1992 : Kemunculan Awal

Kumpulan Exist telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan dianggotai oleh 6 orang remaja berusia belasan tahun iaitu Mamat (vokalis, 11 tahun), Along (gitaris, 11 tahun), Shah (gitaris, 15 tahun), Ajai (pemain keyboard, 14 tahun), Musa (pemain bass, 17 tahun) dan Ujang (pemain dram, 16 tahun). Anak-anak remaja ini bersekolah di beberapa buah sekolah yang berbeza di daerah Johor Bahru, namun mereka kerap bertemu di Yamaha Music School untuk mempelajari ilmu muzik dan merupakan antara pelajar terbaik di sekolah muzik tersebut. Bakat mereka telah dikesan oleh Encik Mohd Johan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Aziz (kini pengurus Slam) yang merupakan salah seorang staf di Jojo's Production, sebuah syarikat rakaman terkenal di Johor Bahru yang turut menaungi beberapa artis terkenal pada ketika itu. Mereka kemudiannya menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman tersebut dan hanya memulakan sesi rakaman album dua tahun selepas itu.

Pada bulan Mei 1991, kumpulan ini telah memulakan sesi rakaman album pertama di Lion's Studio, Singapura. Setelah sesi rakaman album pertama memakan masa selama hampir 7 bulan, maka siaplah album pertama mereka yang diberi judul Exist pada bulan Disember 1991. Album ini telah memperkenalkan nama Exist di dalam industri muzik apabila album yang hit dengan lagu Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan berjaya mencuri hati peminat dengan mencatatkan jualan yang membanggakan dengan melebihi 250,000 unit di Malaysia. Kejayaan album pertama ini telah melayakkan mereka untuk menerima anugerah platinum berkembar pada tahun 1992. Di samping itu, lagu Untukmu Ibu berjaya mara ke peringkat akhir Juara Lagu '92.

1993-1994 : Album Anugerah, Kontroversi & Pengunduran Ahli

Pada penghujung tahun 1992, Exist dikejutkan dengan pengunduran salah seorang gitarisnya, Shah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini telah menyebabkan Exist hanya tinggal 5 orang anggota sewaktu rakaman album studio kedua yang berjudul Anugerah dijalankan pada tahun 1993. Biarpun Exist terpalit dengan beberapa isu lain yang melibatkan pengurusan syarikat rakaman, album yang diterbitkan oleh Mohamad Ali atau Mat Penang mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jualan melebihi 100,000 unit di Malaysia. Lagu hit dalam album ini adalah Janji Padamu & Anugerah dan Nota Di Lautan Sepi. Sebuah lagu yang berjudul Terpaksa, ciptaan sepenuhnya oleh Saari Amri turut dimuatkan dalam album ini. Selain itu, lagu Anugerah ciptaan Along dan lirik ditulis oleh Baiduri juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1994 untuk kategori Pop Rock. Album tersebut ternyata telah menaikkan nama Exist di persada muzik tempatan sehinggakan Bertelsmann Music Group atau lebih dikenali sebagai BMG Music, sebuah syarikat rakaman tanah air yang pernah menjadi pengedar kedua-dua album mereka (Exist dan Anugerah) turut melamar mereka untuk dijadikan artis rakaman.

Namun, lamaran daripada BMG Music ini telah menimbulkan kontroversi baharu apabila Jojo's Production yang menaungi Exist tidak mengizinkan kumpulan ini untuk keluar dari syarikat tersebut. Anggota kumpulan ini yang tidak berpuas hati dengan layanan pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk membawa isu ini ke mahkamah. Setelah perbicaraan diadakan, keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada Exist dan mereka akhirnya berjaya menamatkan kontrak dengan Jojo's Production sekaligus menandatangani kontrak baharu bersama BMG Music.

Akan tetapi, perpindahan Exist dari Jojo's Production ke BMG Music telah menimbulkan masalah baharu apabila terdapat beberapa lagu yang telah dirakamkan oleh mereka tidak dapat dikeluarkan sebagai album ketiga Exist. Lebih malang lagi, Exist terpaksa melepaskan vokalis mereka, Mamat setelah dipujuk oleh keluarganya untuk kembali bernaung di bawah label Jojo's Production. Pengunduran Mamat telah memaksa Exist untuk membuka peluang kepada mana-mana peserta yang ingin mencuba nasib untuk menjadi vokalis baharu Exist melalui sesi uji bakat di Kuala Lumpur.

1995-2000 : Kehadiran Ezad & Kemuncak Karier

Pada masa yang sama, vokalis kumpulan Mega iaitu Rahmad telah menjadi salah seorang juri untuk pertandingan Bintang RTM peringkat negeri Kedah pada tahun 1994. Semasa pertandingan tersebut berlangsung, beliau telah bertemu dengan seorang remaja yang bernama Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim atau lebih dikenali sebagai Ezad. Bakat luar biasa yang dimiliki remaja berusia 15 tahun itu ternyata menarik minat Rahmad yang kemudiannya membawa kepada perkenalan Ezad dengan anggota Exist yang masih lagi menguji bakat anak-anak muda untuk dijadikan vokalis baharu. Setelah hampir setahun sesi uji bakat diadakan, akhirnya mereka sebulat suara telah memilih Ezad sebagai vokalis Exist yang baharu dan memanggilnya untuk menandatangani kontrak bersama kumpulan tersebut di Kuala Lumpur. Mereka kemudiannya memasuki studio BMG untuk memulakan proses rakaman album studio ketiga Exist yang diberi judul Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995.

Pemilihan Ezad sebagai vokalis baharu Exist ternyata tidak sia-sia apabila album tersebut meletup sebagaimana letupnya gunung berapi dengan mencatatkan jualan yang membanggakan di Malaysia biarpun Exist masih lagi terpalit dengan beberapa isu terutamanya melibatkan hakcipta beberapa buah lagu dalam album tersebut dengan syarikat rakaman terdahulu. Lebih manis lagi, album ketiga Exist yang dibungkus semula dengan judul Mencari Alasan untuk pasaran Indonesia pada tahun 1996 turut meletup di sana dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Ternyata kehadiran Ezad telah memberi sinar baharu buat Exist untuk terus bertahan dalam industri muzik tanah air dan menepis dakwaan sesetengah pihak yang menganggap bahawa populariti Exist akan terkubur setelah mengalami pertukaran vokalis.

Bermula dari album keempat berjudul Jangan Gentar pada tahun 1997, Exist telah menukar nama kepada EXISTS di mana mereka menambahkan huruf “S” sebagai tambahan dalam ejaan nama kumpulan seolah-olah sebagai satu tanda bahawa mereka mahu peminat peka tentang kewujudan Exists di dalam industri muzik tanah air dengan kekuatan, keazaman dan penghasilan album yang disenangi oleh peminat. Tetapi selepas album tersebut dikeluarkan, Ajai telah keluar daripada Exists untuk menumpukan kerjayanya sebagai komposer dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat Exists biarpun mereka terpaksa bergerak dengan hanya 4 orang di dalam kumpulan. Setahun selepas itu, Exists muncul dengan album kelima mereka yang berjudul Mutan tahun 1998 di mana lagu hitnya ialah Dirantai Digelangi Rindu ciptaan Eddie Hamid. Lagu itu berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 14.

Setelah Exists menyepi seketika dari sebarang penghasilan album, pada tahun 2000, mereka telah mengeluarkan album kompilasi Best of Exists yang memuatkan lagu-lagu hit dari album Exist sehingga album Mutan. Album ini turut memuatkan dua lagu baharu yang berjudul Bunga dan Tak Ku Biar. Lagu Bunga yang dicipta oleh Musrad (Musa Exists) dan lirik oleh Allahyarham J.S. Kevin mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 15. Album kompilasi ini merupakan album terakhir Exists di bawah label BMG Music sebelum keluar daripada syarikat tersebut pada tahun yang sama.

2001-2007 : Album Ada & Era Baharu Exists

Selepas menyepi selama dua tahun tanpa album studio baharu, Exists akhirnya kembali dengan album terbaru yang berjudul Ada pada tahun 2001. Pada kali ini, mereka telah menandatangani kontrak baharu di bawah NAR Records dan album ini boleh dikatakan sebagai album studio terbaik untuk kumpulan Exists sendiri. Album yang terjual melebihi 80,000 unit ini popular dengan dua buah lagu mereka iaitu Jesnita ciptaan Harun Ahmad dan Julia ciptaan Along atau nama penanya, G-nola. Kedua-dua lagu tersebut berjaya memasuki Separuh Akhir Muzik Muzik 17. Sayangnya hanya lagu Julia sahaja yang berjaya mara ke pentas akhir.

Album studio ketujuh mereka, Seperti Dulu diterbitkan sendiri oleh semua anggota Exists. Album ini telah memenangi album Pop Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-11. Lagu Percayakan Siti dan Seperti Dulu mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 18, namun hanya lagu Percayakan Siti ciptaan oleh G-nola lirik oleh Loloq sahaja yang beejaya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2003.

Pada tahun 2004, mereka mengeluarkan album studio kelapan mereka berjudul Paragon dengan lagu hit Dengan Atau Tanpamu, Hilang Dalam Ramai dan Kau Jadikan Tandanya ciptaan. Pada tahun berikutnya kemunculan Exists semakin tenggelam kerana banyak munculnya artis-artis baharu pada ketika itu. Namun begitu, mereka tidak mudah patah semangat, malah mereka cuba untuk mengekalkan populariti mereka dengan mengeluarkan album kompilasi berjudul Exists : Special Edition pada tahun 2006. Turut dimuatkan dalam album ini, lagu ciptaan Tam Spider iaitu Buat Kita (Kasih Seharum Mawar) dan lagu ini menjadi hit serta kerap diputarkan di radio pada ketika itu.

Pada tahun 2007, mereka mengeluarkan album kompilasi yang berjudul Hits Rakaman Semula di mana album ini memuatkan lagu-lagu hit Exists yang dirakamkan semula dengan nafas baharu. Album ini juga merupakan album pertama Exists yang diterbitkan di bawah label mereka sendiri iaitu Ada Exists Sdn. Bhd.

2007-kini : Kontroversi, Penyingkiran Vokalis & Exists Reunion

Perselisihan faham adakalanya tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi apabila bergerak dalam satu kumpulan. Kontroversi yang melanda antara anggota Exists kian berpanjangan dan ini telah menyebabkan vokalisnya, Ezad dipecat daripada kumpulan tersebut. Exists kemudiannya memilih Zulkifli bin Daud atau Joey, seorang penyanyi, pelakon dan juga pelawak untuk dijadikan sebagai vokalis baharu mereka.

Exists kemudiannya mengeluarkan album kompilasi berjudul Keunggulan pada tahun 2008 yang memuatkan lagu-lagu hit kumpulan tersebut dari tahun 1991 sehingga tahun 2006. Selain itu, album ini turut memuatkan 2 buah lagu baharu nyanyian Joey iaitu Aku Denganmu dan Cinta Terindah serta sebuah lagu baharu nyanyian Ezad bersama penyanyi Mimie Haris iaitu Di Sebalik Rahsia Cinta, nyanyian asal kumpulan Metropolitan. Namun, kemasukan Joey tidak dapat mengembalikan populariti kumpulan Exists, apatah lagi mereka terpaksa bersaing dengan kumpulan-kumpulan indie yang kian menguasai pasaran muzik tempatan pada ketika itu. Namun beberapa tahun kemudian, hubungan Exists dan bekas vokalisnya, Ezad kembali terjalin dan masing-masing telah melupakan peristiwa hitam yang pernah menghantui hidup mereka sepanjang bergelar artis.

Pada tahun 2016, mereka telah mengadakan konsert Throwback Exists yang berlangsung di Far East Square, Singapura. Pada kali ini, Ezad bergabung dengan Along, Ujang dan Musrad untuk bersama-sama dalam konsert tersebut dan persembahan mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat di sana.

Selepas beberapa siri perbincangan diadakan, akhirnya Exists membuat kemunculan semula buat pertama kalinya bersama Ezad, Mamat, Ajai dan Shah di Anugerah Meletop Era pada 21 April 2019. Kemunculan Exists bersama bekas-bekas anggotanya ternyata mengubat kerinduan para peminat terhadap kumpulan rock yang telah tertubuh sejak anggotanya masih berusia belasan tahun lagi.

Diskografi

Album studio

Tahun Judul Jualan
1991 Exist
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : Disember 1991
  • Label : Jojo's Production
  • Melebihi 250,000 Unit
1993 Anugerah
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1993
  • Label : Jojo's Production
  • Melebihi 100,000 Unit
1995 Diammu Gunung Berapi
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Label : BMG Music
  • 80,000 Unit
1997 Jangan Gentar
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1997
  • Label : BMG Music
  • Melebihi 40,000 Unit
1998 Mutan
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : Oktober 1998
  • Label : BMG Music
  • Melebihi 40,000 Unit
2001 Ada
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : November 2001
  • Label : NAR Records
  • Melebihi 70,000 Unit
2003 Seperti Dulu
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 26 Mac 2003
  • Label : NAR Records
  • Melebihi 40,000 Unit
2004 Paragon

Album pasaran Indonesia

Tahun Judul Jualan
1996 Mencari Alasan
  • Dikeluarkan : 1996
  • Label : BMG Music
Melebihi 750,000 Unit
1997 Buih Jadi Permaidani
  • Dikeluarkan : 1997
  • Label : BMG Music
Melebihi 600,000 Unit
1999 Dirantai Digelangi Rindu
  • Dikeluarkan : 1999
  • Label : BMG Music
Melebihi 100,000 Unit
2001 The Best of Exists
  • Dikeluarkan : 2001
  • Label : BMG Music

Album Kompilasi

Tahun Judul Jualan
2000 Best of Exists
  • Dikeluarkan : 2000
  • Label : BMG Music
Melebihi 50,000 Unit
2007 Hits Rakaman Semula
  • Dikeluarkan : 2007
  • Label : Ada Exists
2008 Keunggulan
  • Dikeluarkan : 2008
  • Label : Ada Exists

Album koleksi

  • Memori Hit 1990-1996 (2007)
  • Memori Hit (1990-1996) (2009)

Album Bungkusan Semula

Single

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1991 "Untukmu Ibu" Exist
1992 "Rahsia Pohon Cemara"
"Langkah Seiringan"
"Janji Bidadari"
"Sebelum Terlewat"
1993 "Janji Padamu" Anugerah
"Nota Di Lautan Sepi"
1994 "Anugerah"
"Terpaksa"
1995 "Masih Terserlah Ayumu" Diammu Gunung Berapi
"Alasanmu"
juga dengan judul "Mencari Alasan"
"Diammu Gunung Berapi"
1996 "Tak Ku Biar"
1997 "Mengintai Dari Tirai Kamar" Jangan Gentar
"Jangan Gentar"
"Hani Lempengnya Hangus"
"Terlerai Janji"
1998 "Kapal Terbang Kertas" Mutan
"Dirantai Digelangi Rindu"
"Siapa Selain Aku?"
1999 "Emily"
"Rindu Serindu-rindunya" Tangkap Lentoq
2000 "Bunga" Best of Exists
2001 "Jesnita" 13 minggu #1 Juara Carta Ada
"Julia"
2002 "Mama Tolonglah Percaya"
"Kau Lebih Dari Kejora"
"Menanti Saat Termampu"
2003 "Percayakan Siti" Seperti Dulu
"Seperti Dulu"
"Tak Tahu Harga Cinta"
"Yang Indah Telah Tiada"
2004 "Waktu Kita Jauh"
"Penisilin"
menampilkan Farihin Abdul Fatah
Paragon
"Hilang Dalam Ramai"
2005 "Dengar Ella Menyanyi"
2006 "Buat Kita (Kasih Seharum Mawar)"
juga dengan judul "Malam Cinta Beradu"
Special Edition
2007 "Syira" Hits Rakaman Semula
2008 "Aku Dengan Mu" Keunggulan
"Cinta Terindah"
"Di Sebalik Rahsia Cinta"
duet bersama Mimie Haris

Anugerah & pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2002
Anugerah Era 2002 Carta Era Menang
Lagu Rock Pilihan Tercalon
2003 Anugerah Planet Muzik 2003 Album Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik Tercalon
Duo/Kumpulan Popular Tercalon
Anugerah Era 2003 Lagu Rock Pilihan Menang
Band Pilihan Menang
Muzik Video Pilihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 Artis Duo/Kumpulan Popular Menang
2004 Anugerah Industri Muzik ke-11 Album Pop Rock Terbaik Menang
Album Terbaik Tercalon

Anugerah lain

  • Anugerah Emas Platinum Berkembar album : Exist (1992)
  • Anugerah Jualan Cakera Emas album : Diammu Gunung Berapi (1995)
  • Anugerah Jualan Cakera Emas album : Jangan Gentar (1997)
  • Anugerah Jualan Cakera Emas album : Mutan (1998)
  • Anugerah Jualan Cakera Emas album : Best of Exists (2000)
  • Juara 100 Terhangat Di Era 2002 (Jesnita)
  • Anugerah Majalah URS 2004 - Kumpulan Paling Popular

Pencapaian

Anugerah Juara Lagu

Tahun Judul Lagu Kategori Komposer Penulis lirik Keputusan
1992 Untukmu Ibu Pop Rock Rahim Othman Megat Ismail Tercalon
1994 Anugerah Pop Rock Along Exist Baiduri Tercalon
2002 Julia Pop Rock Along Exists Loloq Tercalon
2003 Percayakan Siti Pop Rock G-Nola Loloq Tercalon

Muzik-Muzik

Muzik Muzik Judul Lagu Kategori Komposer Penulis lirik
Separuh Akhir Muzik Muzik 14 Dirantai Digelangi Rindu Balada Eddie Hamid Man Toba
Separuh Akhir Muzik Muzik 15 Bunga Balada Musa Radhi J.S. Kevin
Separuh Akhir Muzik Muzik 17 Jesnita Pop Rock Harun Ahmad Fauziah Hashim
Separuh Akhir Muzik Muzik 18 Seperti Dulu Pop Rock G-Nola Musa Radhi

Konsert

  • Konsert di Hard Rock Cafe Melaka 2014
  • Konsert "The Blue Jeans Concert" di Istana Budaya 2015
  • Konsert "Throwback Exists" di Singapura 2016
  • Konsert Minggu Ini (KMI) : "Exists Reunion" - 6 Julai 2019, Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Trivia

  • Pada hari ini selepas hampir 28 tahun ditubuhkan, Exists mampu berbangga kerana berjaya menghasilkan tenaga-tenaga profesional yang kini mempunyai nama besar dalam industri muzik Malaysia.
  • Mamat dan Ezad kini bergelar penyanyi lelaki solo terkenal dalam genre pop rock dan balada.
  • Along dan Musa juga aktif sebagai pencipta lagu dan penerbit album. Mereka merupakan nadi utama syarikat milik Exists yang ditubuhkan pada tahun 2006 iaitu ADA Exists Sdn. Bhd.
  • Along dan Shah kini tergolong dalam kelompok gitaris terbaik di Malaysia selain Kid Search, Joe Wings, Man Kidal, Shahrul Ekamatra, Joe Burnmarks, Hillary Ang dan Opie Bloodshed kerana kebolehan mereka bermain gitar utama dengan baik.
  • Ajai mencipta nama sebagai penyanyi, penggubah lagu dan penerbit album serta memiliki syarikat rakaman sendiri bernama Wake The Baby Sdn. Bhd. Ajai juga mempunyai restoran beliau sendiri yang diberi nama Asam Pedas Hirup dan restoran yang cukup popular dengan asam pedas Johor ini beroperasi di Taman OUG Parklane, Kuala Lumpur.
  • Selepas meninggalkan Exist, Shah telah menubuhkan kumpulan Slam pada tahun 1993 dan kumpulan yang diterajui penyanyi Zamani ini masih menjadi sebutan ramai sehingga kini. Beliau juga kerap menjadi pemuzik undangan mengiringi konsert-konsert besar, majlis-majlis anugerah, program-program televisyen serta rakaman album artis-artis tempatan.
  • Shah juga merupakan suami kepada Mazlena Morat atau Ina yang merupakan bekas penyanyi utama kumpulan Freshies.
  • Ujang juga kini merupakan antara pemain dram terkemuka tanahair. Ujang juga kerap dilihat bersama Shah ketika mengiringi persembahan artis-artis ternama dan turut menjadi sessionist untuk rakaman album artis-artis tempatan.
  • Pada awal kemunculannya, Exists merupakan junior kepada kumpulan Mega di mana mereka telah bernaung di bawah label Jojo's Production di Johor Bahru pada ketika itu.
  • Ezad mendedahkan bahawa beliau sebenarnya adalah peminat tegar Exists di awal kemunculan mereka dan turut membeli album pertama kumpulan tersebut.
  • Along juga telah menubuhkan sebuah band projek yang diberi nama Gerilia. Kumpulan ini turut dianggotai oleh adik Along sendiri iaitu Aie yang juga pemain dram kumpulan Spider.
  • Selain dari Wings dan Mega, Exists merupakan kumpulan pop rock yang pernah menyertai pertandingan akhir Juara Lagu TV3 dengan dua vokalis yang berbeza iaitu dua kali sewaktu era Mamat (lagu Untukmu Ibu & Anugerah) dan dua kali sewaktu bersama Ezad (lagu Julia & Percayakan Siti).

Rujukan

Pautan luar