BoBoiBoy: The Movie: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haqeem Putra (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Haqeem Putra (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 11: Baris 11:
| studio = [[Animonsta Studios]]
| studio = [[Animonsta Studios]]
| distributor = [[Primeworks Studios]]
| distributor = [[Primeworks Studios]]
| released = {{Film date|df=yes|2016|3|3|Malaysia & <br> Brunei Darussalam|2016|3|18|Singapura|2016|4|13|Indonesia|2017|3|1|Korea Selatan}}
| released = {{Film date|df=yes|2016|3|3|Malaysia & <br> Brunei Darussalam|2016|3|18|Singapura|2016|4|13|Indonesia|2017|3|1|Korea Selatan|2018|5|27|India}}
| runtime = 100 minit
| runtime = 100 minit
| country = Malaysia
| country = Malaysia

Semakan pada 14:56, 18 Ogos 2019

BoBoiBoy: The Movie
Poster pawagam Malaysia
PengarahNizam Razak
PenulisNizam Razak
Anas Abdul Aziz
DibintangiNur Fathiah Diaz
Anas Abdul Aziz
Dzubir Mohamed Zakaria
Azman Zulkiply
Nur Sarah Alisya
Yap Ee Jean
Muzik olehYuri Wong
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 3 Mac 2016 (2016-03-03) (Malaysia &
    Brunei Darussalam)
  • 18 Mac 2016 (2016-03-18) (Singapura)
  • 13 April 2016 (2016-04-13) (Indonesia)
  • 1 Mac 2017 (2017-03-01) (Korea Selatan)
  • 27 Mei 2018 (2018-05-27) (India)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM5 juta[1]
Pecah panggungRM20 juta[2]

BoBoiBoy: The Movie (asalnya BoBoiBoy: Sfera Kuasa[3]) ialah sebuah filem aksi komedi adiwira animasi Malaysia tahun 2016. Filem ini merupakan filem pertama yang telah diterbitkan oleh Animonsta Studios, berdasarkan siri TV BoBoiBoy.

Ceritanya berkisar tentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang mengembara ke sebuah pulau misteri untuk mencari Ochobot selepas dia diculik oleh sekumpulan makhluk asing pemburu harta karun. mempunyai kuasa tak terhingga dan lebih tua daripada Ochobot. Misi mereka membawa BoBoiBoy bertemu musuh yang paling hebat setakat ini, seorang pemburu harta karun yang ingin menggunakan Sfera Kuasa itu untuk kepentingan tamaknya sendiri.

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei pada 3 Mac 2016, dan 13 April 2016 di Indonesia.[4] Filem ini merupakan filem animasi tempatan dengan kutipan yang tertinggi sebelum diatasi oleh Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Sebuah filem kedua, BoBoiBoy: Movie 2 telah ditayangkan 8 Ogos 2019.

Plot

Filem ini bermula dengan sekumpulan alien jahat bernama Tengkotak yang cuba menangkap sfera kuasa generasi pertama, Klamkabot. Pasukan ini diketuai oleh Bora Ra dan konco-konconya ialah Gaga Naz, Yoyo Oo, Kiki Ta, serta pembantunya Cici Ko. Mereka ingin menangkap Klamkabot untuk mengambil kuasanya untuk niat yang jahat. Klamkabot cuba melarikan diri dari buruan pasukan Tengkotak dengan kelajuan maksima bagi melepaskan diri. Namun akhirnya dia berjaya ditangkap dengan pasukan robot-robot kuning milik Tengkotak. Bora Ra pun tertawa kerana kini dia berjaya menangkap Klamkabot. Tetapi sesuatu berlaku apabila Kiki Ta mengesan kuasa teleportasi yang sangat tinggi. Klamkabot menggunakan kuasa teleportasinya yang menyebabkan dirinya serta pulau tempat persembunyiannya hilang dalam sekelip mata.

Pada masa yang sama di Bumi, seorang nelayan yang sedang memancing ikan di laut terkejut melihat sebuah objek gergasi keluar dari permukaan laut kerana objek yang dilihatnya adalah sebuah pulau terapung.

Keesokannya harinya merupakan hari perkhemahan BoBoiBoy bersama dengan kawan-kawannya. Ochobot, kawan robot BoBoiBoy yang juga sfera kuasa generasi kesembilan, mengejutkannya kerana mereka akan terlambat nanti. Yaya dan Ying menghubungi BoBoiBoy melalui Jam Kuasa untuk mengingatkannya tentang perkhemahan sekali lagi. Gopal juga ada mengingatkan rakan baiknya itu melalui tingkap bilik air. Apabila BoBoiBoy dan Ochobot dalam perjalanan mereka ke tempat perkemahan, BoBoiBoy terlihat pihak polis sedang mengejar sekumpulan perompak, dan mendedahkan adalah sebahagian daripada kes rompakan. Daripada pergi ke tempat perkemahan, dia memutuskan untuk menangkap perompak dan meninggalkan Ochobot sahaja.

BoBoiBoy akhirnya berjaya membantu pihak polis memberkas Geng RDB atau lebih dikenali sebagai Geng Rompak Dobi Bersiri. Dia pergi ke warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam dan terlupa tentang perkhemahan dengan rakan-rakannya. Apabila Tok Aba bertanya kepada cucunya tentang perkhemahan, dia cemas dan segera pergi ke perhentian bas di mana kawan-kawannya sedang menunggunya. Sementara itu di angkasa, Bora Ra sedang mendengar penjelasan Yoyo Oo tentang Klamkabot yang telah teleport ke Bumi namun gagal untuk mendapatkan lokasi yang tepat. Bora Ra menjadi marah dan mengugutnya untuk mencari lokasi tersebut atau keluar dari kapal angkasa itu. Yoyo Oo cemas dan takut jadi cuba mencari sedaya upaya, sehingga dia terjumpa isyarat Sfera Kuasa tetapi berbeza dengan isyarat Klamkabot. Yoyo Oo menjelaskan pula kepada kaptennya bahawa lokasi Klamkabot telah ditemui.

Di perhentian bas, BoBoiBoy sampai di hadapan kawan-kawannya yang sedang kecewa atas kelewatan BoBoiBoy, terutamanya Ochobot. BoBoiBoy meminta maaf tetapi kawan-kawannya tidak menerimanya dan BoBoiBoy disuruh untuk mengemas semua barang di situ. Pada masa yang sama BoBoiBoy bertemu dengan Papa Zola yang melalui di situ lalu mencadangkan kepadanya untuk berbuat sesuatu bagi menebus kesalahannya terhadap rakan-rakannya. BoBoiBoy bersetuju dengan cadangannya lalu mengikut Papa Zola untuk mencadat sotong pada hari berikutnya. Lalu keesokan harinya, BoBoiBoy memberitahu rakan-rakannya mengenai rancangan mencadat sotong bersama Kebenaran, namun mereka langsung tidak tertarik dengan rancangan itu. Tiba-tiba, Tengkotak tiba di Taman Pulau Rintis dan menuntut BoBoiBoy untuk memberikan Sfera Kuasa. Bora Ra membuat helah untuk merampas Ochobot, dan membuatkan BoBoiBoy bertarung dengan Gaga Naz. Gaga Naz berjaya mengalahkan BoBoiBoy tetapi gagal mengalahkan Yaya, Ying dan Gopal jadi Bora Ra menggunakan Kuasa Lohong Hitam dan telah memusnahkan sebahagian di Taman Pulau Rintis. Ochobot akhirnya dibawa oleh Tengkotak untuk mengesan lokasi Klamkabot dan Adu Du dan Probe turut berjaya menyertai Tengokotak tanpa interview. Pada masa yang sama, Fang sampai ke warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam tepat pada jam 9 pagi.

Sementara itu, Papa Zola sedang mengambil gambar dirinya di Jeti Pulau Rintis dan dikejutkan oleh kedatangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Mereka meminta bantuan Papa untuk mencari Ochobot yang telah diculik. Mereka pun mencari petunjuk mengenai Pulau Terapung, yang terletak berhampiran dengan rumah api. Mereka menaiki bot dan menuju ke arah lokasi rumah api tersebut. Di kapal angkasa Tengkotak, Adu Du dan Probe menanya Bora Ra kalau mereka tidak takut BoBoiBoy akan datang untuk menyelamatkan kawan-kawannya, Ochobot. Bora Ra berasa geli hati apabila mendengar BoBoiBoy menganggap Ochobot sebagai kawan lalu Probe menyamakan mereka berdua adalah seperti dirinya dan Adu Du adalah kawan. Ahli-ahli Tengkotak yang lain turut geli hati dan ketawakan mereka, menaikkan angin Adu Du. Adu Du dan Bora Ra hampir mencabar antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, cabaran tersebut terhenti apabila mendengar bahawa BoBoiBoy sedang menuju ke arah mereka. Jadi, Bora Ra memberikan Kurita kepada Adu Du dan Probe lalu mencampak mereka ke dalam laut bersama sotong itu.

Sementara itu, Papa Zola menyedari bahawa Adu Du semakin dekat. BoBoiBoy menyuruh Ying untuk melajukan bot menggunakan kuasanya. Akhirnya mereka semakin dekat dengan Adu Du dan Probe dan mengajukan soalan di mana Ochobot berada. Kurita yang telah terkena air laut berubah menjadi saiz yang amat besar dan menyerang BoBoiBoy dan yang lain. Mereka cuba untuk mengalahkan Kurita tetapi gagal. Bot berjaya melarikan diri dari Kurita dengan Adu Du dan Probe memaut padanya untuk menumpang bot. Bot akhirnya tiba di Pulau Terapung dan Fang menganggap bahawa dia berjaya menyelesaikan sotong gergasi itu, tetapi tiba-tiba sotong itu menyerang mereka lagi. Yaya segera mengangkat bot namun Kurita terbang ke arah mereka. Papa Zola melemparkan Gopal ke arah sotong dan mengarahkannya untuk menukar sotong tersebut menjadi makanan, di mana ketakutan Gopal meningkat menjadi 100 peratus dan dia berjaya menukarkannya.

Mereka meneruskan perjalanan dengan berjalan di dalam hutan di pulau itu, sambil Papa Zola memakan sotong goreng tepung yang ditukarkan oleh Gopal tadi. Pada waktu malam, mereka berkhemah di dalam hutan sementara menunggu waktu pagi. Sementara itu, Yoyo Oo masih memantau pergerakan Ochobot sehingga Klamkabot muncul dan menyerang Ochobot, memutuskan hubungan kawalan itu. Pada masa yang sama, Gaga Naz juga menyedari bahawa BoBoiBoy sudah hampir tiba ke arah mereka. Akibatnya, Bora Ra menukar strategik dengan mengarahkan Yoyo Oo untuk melepaskan J-Rex. Kembali di tempat perkhemahan, BoBoiBoy dikejutkan oleh panggilan Ochobot pada jamnya lalu turut mengejutkan rakan-rakannya. Jadi mereka membuat keputusan untuk mencari dan menyelamatkan Ochobot "sekarang" juga tanpa Papa Zola, Adu Du dan Probe. Selepas mereka tiba di penghujung jalan, BoBoiBoy dan kawan-kawannya lompat ke pintu masuk gua. Lalu Ying membawa rakan-rakannya ke tempat keberadaan Ochobot di dalam gua tersebut.

Pada masa yang sama, Papa Zola telah bangun dari tidur dan mendapati semua orang tiada di situ. Kemudian dia terlihat perbuatan Adu Du dan Probe yang cuba melarikan diri. Papa Zola menghentikan mereka lalu menanya tindakan mereka. Adu Du dan Probe memperdayakan Papa dengan berkata bahawa Tengkotak telah menculik BoBoiBoy dan kawan-kawan lalu Papa berikrar untuk menyelamatkan anak-anak muridnya. Di dalam gua, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mendapati Ochobot sedang dilakukan sesuatu oleh Klamkabot jadi BoBoiBoy berubah dan menyerang Klamkabot. Fang mengesyaki bahawa dia adalah ahli Tengkotak sehingga Ochobot menghentikan mereka daripada menyerang Klamkabot. Mereka akhirnya mendengar sejarah Klamkabot dan Tengkotak daripada Ata Ta Tiga. Namun, Bora Ra menjumpai lokasi mereka dan menyerang mereka. Mereka semua melarikan diri dengan bantuan Klamkabot.

Adu Du dan Probe terus memperdayakan Papa Zola dengan merasa tanah untuk menjejaki BoBoiBoy dan kawan-kawan. Namun, Papa akhirnya mengetahui bahawa dia sedang disandiwarakan oleh dua alien itu. Papa Zola menjadi marah dan menanya mereka di mana anak-anak muridnya berada. Adu Du menjawab bahawa mereka dihubungi oleh Ochobot dan mereka segera mencari Ochobot. Belum sempat menghabiskan jawapan, mereka mendapat serangan mengejut oleh J-Rex, iaitu jerung gergasi yang bertangan dan berkaki. J-Rex mengaum sekuat hati lalu membuatkan Papa mengeluarkan jeritan. Sementara itu, Klamkabot menyuruh Gopal, Yaya dan Ying serta Fang untuk naik ke dalam sebuah bekas besar dan mereka segera berbuat demikian sementara BoBoiBoy yang mendakap Ochobot tergesa-gesa melarikan diri dan akhirnya berjaya menaiki ke dalam bekas itu dengan bantuan Fang. Kemudian, Klamkabot membawa mereka ke suatu tempat. Kembali ke hutan, Papa, Adu Du dan Probe berusaha sedaya upaya untuk melarikan diri dari J-Rex sehingga terguling-guling di jurang.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya dibawa oleh Klamkabot ke Lab Sfera Kuasa. Tetapi, Bora Ra dan Gaga Naz mengekori mereka dan menyerang mereka lagi. Selepas mereka berhadapan dengan Bora Ra dan Gaga Naz, Klamkabot melemparkan mereka ke platform dan memesan kepada Ochobot supaya tidak melupai misinya. Sementara itu, Papa Zola, Adu Du dan Probe sempat berpegang pada masing-masing daripada jatuh di akhir bukit. J-Rex yang masih mengejar mereka turut tergelincir dan hampir jatuh ke dalam gaung, tetapi jerung itu diselamatkan oleh Papa Zola dan berkata "Kebenaran tak pernah biarkan sesiapapun terjatuh". Di Lab Sfera Kuasa, Gaga Naz menjumpai BoBoiBoy dan kawan-kawannya lalu menyerang mereka dengan menghidupkan segala mesin di situ. Yaya dan Ying membantu rakan-rakannya dengan kuasa mereka sementara Gaga Naz segera melepaskan tembakan ke arah BoBoiBoy, Gopal dan Fang dan secara tidak langsung memusnahkan platform. Pada masa yang sama Bora Ra telah berjaya menangkap Klamkabot dan akhirnya mereka kembali ke kapal angkasa. Tanpa diketahui mereka, BoBoiBoy dan kawan-kawannya masih lagi bersembunyi di bawah runtuhan platform.

Sementara itu, J-Rex mula menjadi jinak selepas peristiwa dia diselamatkan oleh Papa Zola. Papa Zola menunggang J-Rex untuk mencari BoBoiBoy dan yang lain bersama Adu Du dan Probe dan apabila Adu Du enggan, Papa mengugut mereka dengan menyeru jerungnya untuk membaham mereka dan membuatkan Adu Du dan Probe cuak. Sejurus kemudian, mereka terperasan akan kehadiran Bora Ra dan Gaga Naz yang sedang terbang di udara dengan membawa Klamkabot. Papa Zola berpendapat bahawa mereka mengetahui keberadaan anak-anak muridnya lalu mencadangkan untuk mengekori mereka. Sekali lagi Adu Du enggan, tetapi berubah fikiran apabila diugut lagi dengan bahaman J-Rex. Di kawasan tanah lapang, Yoyo Oo menyediakan gerbang sedutan kuasa untuk menahan Klamkabot lalu mengaktifkannya dan mencuri segala tenaga dan kuasanya. Adu Du, Probe dan Papa yang berada di belakang kapal angkasa Tengkotak cuba menghancurkan pintu kapal namun gagal kerana kulit kapal itu adalah keras. Lalu J-Rex menggigit pintu dengan mudah dan mereka memasuki ke dalam kapal.

Sebaik sahaja Geng BoBoiBoy tiba di hadapan pintu Lab Sfera Kuasa, beberapa robot kecil keluar dari pintu dan mengimbas Ochobot. Selepas mendapat pengesahan, pintu lab dibuka dengan sendiri. Mereka memasuki ke dalam makmal dan disambut oleh Sistem Lab Sfera Kuasa. Sistem tersebut menyediakan tempat untuk Ochobot menaik taraf lalu ia bermula dengan serta-merta. Klamkabot masih lagi diseksa oleh Tengkotak. Selepas dinaik taraf, Ochobot mempunyai penampilan yang baru dan amat canggih. Tiba-tiba, sistem memberitahu mereka bahawa kuasa teleportasi telah sedia untuk digunakan. Bora Ra dan Yoyo Oo yang melihat bekas terkejut apabila melihat ia adalah kosong. Sistem memberitahu mereka bahawa misi Ochobot yang sebenarnya melarikan diri dengan menggunakan kuasa teleportasi ke tempat yang lebih jauh dari Tengkotak untuk memastikan kuasa tersebut selamat. BoBoiBoy menjadi sedih dan bertanya jika ada cara lain tetapi sistem menyuruh Ochobot untuk teleport sekarang sebelum dia dikesan oleh Tengkotak. Kemudian, Yoyo Oo menghubungi BoBoiBoy dan mendapati bahawa Ochobot belum melarikan diri lagi. Bora Ra marah dan menuntut Ochobot untuk memberikan kuasanya atau Papa Zola, Adu Du dan Probe akan dicederakan. BoBoiBoy amat berat hati untuk memberikan Ochobot kepada Tengkotak tetapi akhirnya BoBoiBoy dan kawan-kawannya teleport ke lokasi Tengkotak lalu menyerahkan Ochobot kepada mereka seperti yang dirancang.

Tetapi malangnya, Bora Ra telah merampas kuasa teleportasi dengan cara kasar dan mencampaknya begitu sahaja ke bawah. Tetapi sebelum kematian Ochobot, dia sempat menyalurkan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk mereka menaik taraf kuasa mereka. Ini membolehkan BoBoiBoy untuk meningkatkan kuasa elemen Api dan Air kepada Blaze dan Ais dan mampu mengalahkan Bora Ra dengan bantuan kawan-kawannya. Sementara itu, Papa Zola, Adu Du dan Probe ditangkap oleh Yoyo Oo dan Kiki Ta. Sebelum Kiki Ta menembak mereka, J-Rex tiba di situ dan mengugut Kiki Ta tetapi Adu Du berusaha melepaskan diri dan mempertahankan Kiki Ta yang berjaya menawan hati Kiki Ta. Namun tidak menjadi apabila Adu Du meminta bantuannya selepas tangannya digigit oleh J-Rex. Sementara itu, Bora Ra menggunakan kuasa teleportasi untuk melarikan diri, tetapi gagal kerana Adu Du telah memberikan koordinat palsu kepadanya. Akhirnya, BoBoiBoy mampu untuk menyerang Bora Ra sehingga memasuki ke dalam Lohong Hitam butannya sendiri.

Kemudian keadaan kembali tenang dan BoBoiBoy bersedih di atas kematian Ochobot. Tetapi Ochobot bangkit dan menjelaskan bahawa Klamkabot sempat menyalurkan kesemua kuasa dan tenaganya untuk menghidupkannya semula. Lalu BoBoiBoy dan Papa Zola serta yang lain berwefie bersama-sama, tetapi mereka dikejutkan oleh J-Rex. Papa Zola memperkenalkannya kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Akhirnya, Cici Ko mendedahkan identiti dirinya yang sebenar kepada BoBoiBoy dan yang lain iaitu pengintip dalam Tengkotak untuk mengintip setiap pergerakan mereka. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada hero-hero itu dan berlepas ke angkasa.

Kredit akhir menunjukkan BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Papa Zola, Adu Du, Probe dan J-Rex pulang kembali ke Pulau Rintis dan Cici Ko pula memenjarakan ahli-ahli Tengkotak.

Pelakon suara

  • Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
  • Nur Sarah Alisya sebagai Yaya
  • Yap Ee Jean sebagai Ying
  • Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
  • Wong Wai Kay sebagai Fang
  • Muhammad Fathi Diaz sebagai Ochobot dan Terra
  • Muhammad Anas Abdul Aziz sebagai Yoyo Oo, Tok Aba, Probe, Adu Du, Cici Ko/Koko Ci, Pakcik Kumar & Pakcik Burger
  • Nizam Razak sebagai Papa Zola
  • Usamah Widiatmoko sebagai Klamkabot
  • Azman Zulkiply sebagai Bora Ra
  • Muhammad Azmir Selamat (AG) sebagai Gaga Naz
  • Chan Su Ling sebagai Kiki Ta
  • Nadia Nazir sebagai Coral
  • Woi Pak Lin sebagai Oake
  • Fara Fauzana sebagai Wanita Tua & Penyampai Berita

Penerbitan

Nizam Razak menyatakan bahawa filem ini menelan belanja sebanyak RM5 juta, dan beliau menggambarkannya sebagai 'bernilai tinggi'. Pembikinan filem ini mengambil masa dua tahun dengan seramai 70 orang pekerja. Filem ini mendapat sokongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), and Pusat Kandungan Kreatif Animasi Malaysia (MAC3). Tempoh masa asal bagi filem ini adalah 160 minit, tetapi ia telah dipendekkan kepada 100 minit untuk menepati piawaian filem kanak-kanak.[5]

Animonsta Studios mengumumkan projek penghasilan filem pada bulan Mei 2013. Mengikut perancangan asal, filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada akhir tahun 2014, tetapi telah ditunda kepada bulan Mac 2015 dan ditunda sekali lagi kepada bulan November 2015 menurut Majalah Komik BoBoiBoy. Kemudian ditunda sekali lagi kepada bulan Mac atau April 2016 menurut Facebook BoBoiBoy.[6]

Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan tarikh tayangan secara rasmi melalui Facebook BoBoiBoy, iaitu pada 3 Mac 2016. Pada 30 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan pula tarikh tayangan di pawagam Indonesia iaitu pada 13 April 2016. Pada 18 Mac 2016, pihak Monsta telah mengumumkan tarikh tayangan di Singapura iaitu pada 18 Mac 2016.[7]

Muzik

Lagu tema

Filem ini mempunyai dua lagu tema, iaitu "Masih Di Sini" oleh Bunkface[8] dan "Di Bawah Langit Yang Sama" oleh D'Masiv.[9] "Masih Di Sini" digunakan di treler dan kebanyakannya di babak berlawan, manakala "Di Bawah Langit Yang Sama" digunakan pada akhir filem.

"Di Bawah Langit Yang Sama" dikeluarkan kepada awam di iTunes pada 22 Januari 2016 manakala muzik videonya di akaun YouTube Monsta dikeluarkan pada 5 Februari 2016. Muzik video "Masih Di Sini" dikeluarkan pada 2 Mac 2016, sehari sebelum hari tayangan di Malaysia. Ia dikeluarkan di iTunes lima hari kemudian.

Promosi dan tayangan

Animonsta Studios mengumumkan projek filem BoBoiBoy pertama mereka, BoBoiBoy: Sfera Kuasa pada Jun 2013 yang dirancang untuk ditayangkan pada 2014.[3] Namun, projek itu tertangguh seketika dan diumumkan waktu penayangan pada akhir tahun 2015 dalam teaser rasmi mereka di YouTube yang disiarkan pada 16 Februari 2015. Selepas 7 bulan, Animonsta Studios menyiarkan trailer rasmi mereka di YouTube yang menyatakan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 2016. Dalam trailer tesebut, BoBoiBoy: The Movie telah menjalankan kerjasama dengan Bunkface dan dua DJ Hot FM ketika itu, Fara Fauzana dan AG Hot FM. Trailer kedua telah disiarkan pada 3 Februari 2016 di laman YouTube rasmi Monsta.

Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios secara rasminya telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk pawagam Malaysia di akaun Facebook rasmi mereka iaitu 3 Mac 2016. Pada 30 Disember 2015, tarikh tayangan di pawagam Indonesia diumumkan pada 13 April 2016. Pada bulan Februari 2016, Animonsta Studios mengeluarkan trailer rasmi kedua mereka di YouTube.

Animonsta Studios telah mempromosikan filem ini di Tokyo Anime Award Festival 2016 pada Mac 2016. Mereka sedang dalam perbincangan untuk membawa filem ini ke Kazakhstan. Terdapat juga rancangan untuk membawa filem ini ke negara terdekat seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja yang menunjukkan minat mereka terhadap filem ini.[10] Filem ini telah ditayangkan di 115 buah pawagam di Malaysia, 100 di Indonesia, dua di Brunei dan dua di Singapura. Untuk pasaran Indonesia, filem tersebut ditayangkan di CGV Blitz, Cinemaxx, dan Platinum.

Selepas kejayaan di Malaysia dan Indonesia, BoBoiBoy: The Movie bakal ditayangkan di Korea Selatan di 100 pawagam di seluruh negara pada suku pertama 2017.

DVD

Filem ini telah dikeluarkan dalam DVD ke pasaran Malaysia pada 28 Mei 2016 oleh Rusa Music dan Animonsta Studios.

Penstriman dalam talian

Pada 9 Disember 2018, Animonsta telah mengumumkan di laman Facebook rasmi mereka bahawa keseluruhan filem ini boleh ditonton dalam talian di saluran YouTube mereka.[11]

Filem ini juga boleh diakses dari Netflix.

Sambutan

Animonsta Studios mensasarkan RM 25 juta untuk filem ini,[10] dengan sasaran RM12-13 juta untuk pasaran Malaysia dan Brunei, serta RM12-13 juta untuk pasaran Indonesia.[13]BoBoiBoy: The Movie telah mendapat sambutan yang amat luar biasa di Malaysia. Pada hari pertama tayangan iaitu 3 Mac, BoBoiBoy: The Movie telah mengutip lebih daripada RM 500,000 sekaligus membolehkan BoBoiBoy: The Movie menempa nama di Malaysian Book of Records sebagai kutipan hari pertama paling tinggi di Malaysia.[15] Kebanyakan pawagam juga penuh dan tiket-tiket habis awal. Selepas 11 hari, filem ini menjadi filem animasi Malaysia paling laris selepas mengutip lebih RM 8 juta mengalahkan Geng: Pengembaraan Bermula yang mengutip RM 6.3 juta. Filem ini mencapai sasaran untuk pasaran Malaysia selepas mengutip RM 13 juta selepas 17 hari. Filem ini ditayangkan selama 58 hari di Malaysia.

Untuk pasaran Indonesia, filem ini berjaya memperolehi lebih dari 5 billion rupiah (RM 1.48 juta) selepas 12 hari.

Kesinambungan

Selepas filem ini, terdapat rancangan untuk membuat dua lagi filem BoBoiBoy dan Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telahpun mempunyai idea mereka untuk filem kedua.[16]

Pada 14 September 2018, Animonsta telah memuat naik sebuah video menunjukkan poster untuk filem susulan di saluran YouTube rasmi mereka. Sejak itu Animonsta telah mengesahkan bahawa BoBoiBoy Movie 2 sedang dalam proses pembangunan.[17]

Filem ini telah dikeluarkan pada 8 Ogos 2019.

Rujukan

  1. ^ "Nizam Razak percaya kekuatan BoBoiBoy" Sinar Harian. 30 January 2016. Retrieved on 10 February 2016.
  2. ^ a b "Boboiboy beats Ola Bola for fourth spot in box office list after hitting RM16 million mark" New Straits Times Online. 11 April 2016. Dicapai pada 12 April 2016.
  3. ^ a b "Laman Web Countdown BoBoiBoy Sfera Kuasa". Animonsta Studios. Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 17 November 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ https://www.nst.com.my/news/2016/03/132325/boboiboy-movie-smashes-rm5-million-box-office-mark
  5. ^ "#8Extra - Boboiboy - The Movie". TonTon Extra. 23 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2016. Dicapai pada 1 Mac 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ "BoBoiBoy: The Movie Official Website" Retrieved on 2 March 2016.
  7. ^ "Lebih hebat, beremosi di pawagam" Harian Metro. 30 January 2016. Retrieved in 10 February 2016.
  8. ^ Lagu Bunkface dianaktirikan? Utusan Malaysia (14 Mac 2016). Dicapai pada 31 Julai 2016.
  9. ^ d'Masiv Merinding Dengar Lagu Mereka yang Jadi Soundtrack "BoBoiBoy:The Movie" Tabloid Bintang (9 Februari 2016). Dicapai pada 31 Julai 2016.
  10. ^ a b Selamat, Hanisah (2 Februari 2016). "BoBoiBoy: The Movie sasar kutip RM25j". Berita Harian. Dicapai pada 10 February 2016.
  11. ^ "Facebook Rasmi BoBoiBoy". Facebook. 9 Disember 2018. Dicapai pada 18 January 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  12. ^ "BoBoiBoy's Official Facebook Post". Facebook. 6 Mac 2016. Dicapai pada 7 March 2016.
  13. ^ a b "Animasi Boboiboy Berjaya Mengutip RM 2 Juta Dalam 3 Hari Pertama Tayangan" Amanz. 6 Mac 2016. Dicapai pada 7 Mac 2016.
  14. ^ "Boboiboy hits the RM3.5 million mark after only four days". New Straits Times. 8 Mac 2016. Dicapai pada 10 Mac 2016.
  15. ^ "This Malaysian film broke the record for biggest first day ticket sales - and it's not Ola Bola". New Straits Times. 4 Mac 2016.
  16. ^ "Lebih hebat, beremosi di pawagam" Harian Metro.
  17. ^ "Monsta: Year 2018 in review". Monsta News (dalam bahasa Inggeris). 2018-12-31. Dicapai pada 2019-01-18.

Pautan luar