BoBoiBoy Movie 2: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Haqeem Putra (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 15: Baris 15:
| language = [[Bahasa Melayu|Melayu]]
| language = [[Bahasa Melayu|Melayu]]
| budget = RM7 juta<ref name=infobbbm2>"[https://iluminasi.com/bm/info-filem-boboiboy-movie-2.html Info Filem BoBoiBoy Movie 2]" Illuminasi. 16 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.</ref>
| budget = RM7 juta<ref name=infobbbm2>"[https://iluminasi.com/bm/info-filem-boboiboy-movie-2.html Info Filem BoBoiBoy Movie 2]" Illuminasi. 16 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.</ref>
| gross =
| gross = RM 21 juta
}}
}}



Semakan pada 16:18, 20 Ogos 2019

BoBoiBoy Movie 2
PengarahNizam Razak
PenulisNizam Razak
Anas Abdul Aziz
DibintangiNur Fathiah Diaz
Fadzil Mohd Rawi
Muhammad Abdurrahman Solahuddin
Anas Abdul Aziz
Dzubir Mohamed Zakaria
Nur Sarah Alisya
Yap Ee Jean
Wong Wai Kay
Muzik olehYuri Wong
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 8 Ogos 2019 (2019-08-08) (Malaysia, Indonesia,
    Brunei, Singapura)
  • 30 Ogos 2019 (2019-08-30) (Vietnam)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM7 juta[1]
Pecah panggungRM 21 juta

BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi komedi adiwira Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini menceritakan aksi BoBoiBoy dan rakan pasukannya yang perlu menentang makhluk jahat yang bernama Retak’ka yang mahu merampas kuasa elemental BoBoiBoy.

Ini merupakan filem kedua yang diterbitkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie (2016). Ia merupakan kesinambungan tersendiri kepada musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Filem ini ditulis oleh Nizam Razak dan Anas Abdul Aziz, dan merupakan filem pertama yang menggunakan latar belakang dan watak dari BoBoiBoy Galaxy.[2]

Filem ini ditayangkan secara serentak di 4 buah negara mulai 8 Ogos 2019 termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Vietnam juga akan ditayangkan pada 30 Ogos dengan versi alih suara bahasa Vietnam.

Latar belakang

BoBoiBoy dan kawan-kawan Yaya, Ying, Gopal dan Fang ialah remaja berusia 14 tahun yang semuanya mempunyai kuasa unik yang berbeza. BoBoiBoy memperoleh tujuh kuasa elemental: tanah, petir, angin, api, air, daun dan cahaya. Power Sphera pula ialah robot yang juga berkuasa dan pelindung galaksi. Mereka kini mengembara galaksi dalam kapal angkasa untuk menyelamatkan Power-power Sphera yang dikawal oleh pihak jahat.

Sinopsis

Dalam filem ini, BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang diburu oleh seorang makhluk purba, Retak'ka yang ingin merampas Kuasa Elemental BoBoiBoy. Retak'ka ialah pengguna asal Kuasa Elemental yang sekarang miliki BoBoiBoy. Untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi, dia berniat mengambih alih kuasa itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlawan untuk menewaskan Retak'ka sebelum kuasa itu jatuh ke tangan yang salah.

Pelakon suara

  • Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
  • Fadzli Mohd Rawi sebagai Retak'ka
  • Muhammad Abdurrahman Solahuddin sebagai Ochobot
  • Nur Sarah Alisya sebagai Yaya
  • Yap Ee Jean sebagai Ying
  • Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
  • Wong Wai Kay sebagai Fang
  • Anas Abdul Aziz sebagai Cici Ko, Adu Du, Probe, dan Tok Aba
  • Nizam Razak sebagai Papa Zola
  • Ieesya Isandra sebagai Pipi Zola
  • Nur Iman Andaliz sebagai Tarung

Penerbitan

Pengarah Nizam Razak berkata proses pembuatan filem untuk filem kedua ini lebih pantas daripada filem pertama dan hanya mengambil masa satu tahun untuk disiapkan. Mereka menetapkan had masa 12 bulan untuk melihat jika mereka boleh membuat filem tanpa menjejaskan kualiti atau jalan cerita animasi tersebut.[3] Beliau mengaku terdapat tekanan untuk menyiapkan filem ini tepat pada masanya tetapi pasukan produksi beliau yang terdiri daripada 100 orang berjaya melakukannya mengikut masa yang ditetapkan. Mereka menggunakan teknologi yang lebih baik seperti Redshift dan kaedah simulasi menyeluruh[4] walaupun kosnya akan menjadi lebih tinggi untuk memberikan kualiti terbaik kepada penonton.[5] Jika reaksi kepada filem ini adalah positif, mereka bercadang untuk menghasilkan filem secara konsisten, dengan filem baharu dikeluarkan setiap tahun atau setiap setahun setengah.[3]

Muzik

Lagu rasmi filem ini dicipta dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir setelah beliau telah ditawarkan untuk menyanyikan lagu tersebut daripada Animonsta Studios. Beliau menggambarkan peluang menyanyikan lagu tema filem ini sebagai platform mendekati peminat muda.[6] Video lirik rasminya telah dikeluarkan pada 27 Jun 2019,[7] dan video muzik secara rasminya telah dikeluarkan di YouTube pada 26 Julai 2019. Lagu ini dikeluarkan di iTunes pada 2 Ogos 2019, beserta semua lagu dalam albumnya yang terkini dan terakhir, Rojak.

Keluaran

Sebelum BoBoiBoy: The Movie dikeluarkan pada tahun 2016, Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telahpun mempunyai idea mereka untuk filem kedua.[8] Teaser rasmi pertama untuk filem ini telah dikeluarkan pada 8 Mac 2019.[9]

Pada 10 Mei 2019, Monsta memuat naik video pengumuman tarikh tayangan untuk pawagam Malaysia, iaitu pada 8 Ogos 2019.[10] Ia kemudian didedahkan bahawa 4 lagi negara juga mempunyai tarikh tayangan yang sama. Monsta menyiarkan treler rasmi untuk filem ini pada 25 Jun 2019.[11]

Ini akan menjadi filem Malaysia pertama yang dikeluarkan serentak di 5 negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Vietnam. Bagaimanapun, penayangan Vietnam ditangguh hingga 30 Ogos untuk membuat alih suara versi penuh Vietnam yang akan ditayangkan di Vietnam. Ia akan ditayangkan di lebih 500 pawagam.[12] yang terdiri daripada lebih 144 pawagam di Malaysia, 8 pawagam di Singapura, 4 pawagam di Brunei, 150 pawagam di Indonesia dan 120 pawagam di Vietnam. Buat masa ini, terdapat permintaan dari Thailand dan Filipina tetapi tiada pengumuman dibuat setakat ini. Monsta juga mensasarkan pasaran Korea Selatan, India dan China untuk siaran akan datang.

Sambutan

Monsta mensasarkan untuk mengumpul lebih banyak daripada kutipan filem pertama (RM20 juta) memandangkan jumlah tayangan lebih tinggi.[5] Filem ini telah meraih RM 1.18 juta pada hari pertama, kutipan pembukaan tertinggi bagi filem animasi tempatan. Filem ini telah meraih kutipan memecah RM 15.8 juta selepas 8 hari tayangan. Kutipan ini berjaya memecah rekod filem BoBoiBoy The Movie yang pertama. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah menerima pandangan filem animasi tempatan.

Rujukan

  1. ^ "Info Filem BoBoiBoy Movie 2" Illuminasi. 16 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  2. ^ "BoBoiBoy Movie 2" Cinema Online. Retrieved on 20 July 2019.
  3. ^ a b "Oh boy! BoBoiBoy is back with another movie this August" Star2.com. 12 Julai 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  4. ^ "Penuh Emosi & Kejutan Berganda! Ini Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton BoBoiBoy Movie 2" Gempak. 23 Julai 2019. Dicapai pada 25 Julai 2019.
  5. ^ a b "Filem BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan serentak lima negara" Harian Metro. 25 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  6. ^ "Faizal Tahir dekati peminat muda" Berita Harian. 26 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  7. ^ "BoBoiBoy Movie 2 OST || Fire & Water - Faizal Tahir (Official Lyric Video)" YouTube. 27 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  8. ^ "Lebih hebat, beremosi di pawagam" Harian Metro. 30 Januari 2016. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  9. ^ "BoBoiBoy Movie 2™ | Official Teaser" YouTube. 8 Mac 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  10. ^ "BoBoiBoy Movie 2™ | Date Announcement" YouTube. 10 Mei 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  11. ^ "BoBoiBoy Movie 2 | NEW OFFICIAL TRAILER - In Cinemas August 8!" YouTube. 25 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  12. ^ "#Showbiz: 'BoBoiBoy Movie 2' to open in 5 countries on Aug 8" New Straits Times. 25 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  13. ^ "Cecah pungutan RM1.18 juta di hari pertama, BoBoiBoy Movie 2 cipta rekod filem animasi tempatan" Astro Awani. 9 August 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  14. ^ "Baru 5 hari, Boboiboy Movie 2 sudah kutip RM9.9 juta" Astro Awani. 13 Ogos 2019. Dicapai pada 13 Ogos 2019.
  15. ^ " || #BoBoiBoyMovie2 - RM15.8 JUTA DALAM 8 HARI TAYANGAN‼ || Sekaligus berjaya memecah rekod kutipan filem pertama: BoBoiBoy The Movie (2016). Jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang menonton di pawagam serta untuk sokongan anda terhadap filem animasi tempatan!😆👍" Facebook. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  16. ^ "[https://www.facebook.com/BoBoiBoy/photos/a.156693222279/10157752424757280/?type=3&theater%7C%7C #BoBoiBoyMovie2 - RM21 JUTA DALAM 11 HARI TAYANGAN‼ || Jutaan TERIMA KASIH⚡ kepada semua yang menonton di pawagam serta sokongan anda yang tidak putus-putus terhadap filem animasi ini! Alami fenomena BoBoiBoy Movie 2 DI PAWAGAM SEKARANG!😆👍] Dicapai pada 19 Ogos 2019

Pautan luar