Gila-Gila Remaja: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abdooss (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hellofeazy (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 47: Baris 47:
|-
|-
|[[Kamarool Haji Yusoff|Kamarool Yusof]]|| Farouk
|[[Kamarool Haji Yusoff|Kamarool Yusof]]|| Farouk
|-
| Faisal Ahmad || Kuzi
|-
| Hamid Ali || Ravi
|-
|-
| [[Ali Rahman]] || Ayah Farouk
| [[Ali Rahman]] || Ayah Farouk

Semakan pada 19:57, 25 Ogos 2019

Gila-gila remaja
Fail:Gila-gila remaja.jpg
PengarahHussein Abu Hassan
Dihasilkan olehAdnan
DibintangiFaizal Hussein, Rosyam Nor, Rehana Yassin, Hussein Abu Hassan, dan Mahyon Ismail
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985.[1] Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions.[2]

Sinopsis

Seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga. Pada suatu hari, Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan "Gagak Hitam".

Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy telah cedera parah. Farouk (Kamarool Yusof) dan konconnya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik Remy. Lantaran itu, Remy (Rosyam Nor) mengamuk dan pergi mencari mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam. Roy dan rakan-rakan pun membantu Remy dan pergaduhan antara dua pihak pun berlaku. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.

Polis tiba di tempat pergaduhan dan telah berjaya menangkap Remy. Remy dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir.

Penerbit Eksekutif pada masa itu En VN Raj,telah pun diiktiraf sebagai Pengarah yang berbakat [perlu rujukan] pada masa ini, beliau di khabarkan akan melancarkan Gila-Gila Remaja 2 (Mereka Kembali dengan Nadi Baru)pada bulan Ogos 2011 kelak.

Pelakon

Nama Pelakon Peranan
Faizal Hussein Roy
Rosyam Nor Remi
Rehana Yassin Suziana
Hussein Abu Hassan Ayah Suziana
Mahyon Ismail Ibu Suziana
Kamarool Yusof Farouk
Faisal Ahmad Kuzi
Hamid Ali Ravi
Ali Rahman Ayah Farouk
Norizan Ibu Farouk
Yusni Jaafar Mak Cu
A.R Badul Mekanik Motor
R. Jaafar Cikgu
Siti Rohani Cikgu

Rujukan

  1. ^ Gila-Gila Remaja (1985). (t.a.). Diperolehi pada 1 Mei 2008, daripada http://www.imdb.com/title/tt0145792/
  2. ^ Gila-gila remaja (1986). Filem Kita Wajah Kita. Diperolehi pada 1 Mei 2008, daripada http://wayangmalaysia.wordpress.com/2007/07/25/gila-gila-remaja-1986/

Pautan luar