Wikipedia:Calon rencana pilihan: Perbezaan antara semakan
→Pencalonan rencana pilihan: pembersihan |
|||
Baris 2: | Baris 2: | ||
{{TOClimit|limit=3}} |
{{TOClimit|limit=3}} |
||
== Pencalonan rencana pilihan == |
== Pencalonan rencana pilihan == |
||
Letakkan permohonan <code><nowiki>{{Wikipedia:Calon rencana pilihan/nama rencana yang dicalonkan/arkibNombor}}</nowiki></code> yang anda cipta disini. |
Letakkan permohonan <code><nowiki>{{Wikipedia:Calon rencana pilihan/nama rencana yang dicalonkan/arkibNombor}}</nowiki></code> yang anda cipta disini. |
||
⚫ | |||
{|class=wikitable |
|||
⚫ | |||
| |
|||
{{Wikipedia:Calon rencana pilihan/Fairy Tail/arkib1}} |
|||
|} |
|||
⚫ | |||
⚫ | |||
{{ |
{{Wikipedia:Calon rencana pilihan/Balai Poestaka/arkib1}} |
||
{{ |
{{Wikipedia:Calon rencana pilihan/Charles, Putera Wales/arkib1}} |
||
{{ |
{{Wikipedia:Calon rencana pilihan/Uzumaki Naruto/arkib1}} |
Semakan pada 13:06, 3 September 2019
Di sini, kita menentukan yang mana satu rencana bakal dipaparkan sebagai rencana pilihan. Rencana pilihan perlu mempunyai karya Wikipedia yang terbaik. Sila lihat: Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan? untuk kriterianya. Jika anda mencalonkan rencana, anda dijangka akan menjawab segala bantahan yang dikemukakan. Jika anda mencalonkan rencana yang anda telah mengerjakannya, sila catatkannya sebagai pencalonan diri. Anda boleh mencalonkan rencana melebihi dari dua. Jika anda hendak menerima maklum balas sebelum mencalonnya, sila senaraikan cadangan anda dalam Wikipedia:Ulasan sebaya. Jangan mencalonkan rencana melainkan sekiranya anda benar-benar mahu komuniti Wikipedia mempertimbangkannya. Persetujuan mestilah diperoleh sebelum sesebuah rencana boleh diiktiraf sebagai rencana pilihan. Jika masa yang agak panjang berlalu tanpa penyelesaian iaitu bantahan, pencalonan itu akan dialihkan daripada senarai calon dan diarkibkan. Lihat juga Wikipedia:Calon gambar pilihan. |
Navigasi Kandungan pilihan: Alatan rencana pilihan:
Sebelum membuat pencalonan rencana pilihan: Arkib:
|
Tatacara pencalonan
Penyokongan dan pembantahan
Salin kod dibawah dan tampal pada laman pencalonan yang anda cipta (cth:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Fairy Tail/arkib1) <!-- Untuk pemohon --> ===[[Nama Rencana]]=== <noinclude>{{pagelinks|Nama rencana}}</noinclude> :<small>''Pencalon: {{user3|Nama pengguna anda}} ~~~~~''</small> <!-- Jangan bubuh pautan --> Ringkasan berkenaan rencana pilihan anda faham. Komen anda (pilihan). ~~~~ <!-- Untuk pengulas --> *'''Bantah''' Komen bantahan anda disini. ~~~~ *'''Sokong''' Komen sokongan anda disini. ~~~~ *'''Komen''' Berikan komen yang membina. ~~~~ |
Pencalonan rencana pilihan
Letakkan permohonan {{Wikipedia:Calon rencana pilihan/nama rencana yang dicalonkan/arkibNombor}}
yang anda cipta disini.
Singa
- Pencalon: Malurian123 (bincang) 03:45, 2 September 2019 (UTC)
Singa (Panthera leo ) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan. Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016. Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.
Sudah lama saya tidak mencalonkan sebarang rencana kerana dapati cara pencalonan baharu ini agak rumit. Tetapi setelah faham caranya, saya mengambil keputusan untuk mencalonkan rencana yang lengkap ini. — Malurian123 03:45, 2 September 2019 (UTC)
@Malurian123: Maaf kerana cara ini agak rumit bagi anda. tetapi dengan cara ini, pencalonan tidak akan terkait dengan bulan seperti yang dilakukan oleh pencalonan-pencalonan lepas. Jika tiada apa-apa bantahan dari pengguna lain:
- Setuju - Rencana kelihatan lengkap dan tiada pautan merah dalamnya. Cuma rujukan sahaja ada lagi istilah dalam bahasa Inggeris seperti "p." dan "pp." yang boleh ditukar menjadi "ms." atau "m/s." yang boleh disunting kemudian. SNN95 Talk to me, beybeh! 13:03, 3 September 2019 (UTC)
Dipilih oleh kerana tiada undian bantahan. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:47, 4 Oktober 2019 (UTC)
Balai Poestaka
- Pencalon: Rachun Dunia (bincang) 04:40, 8 Julai 2019 (UTC)
Balai Pustaka (juga dieja Balai Poestaka) ialah penerbit milik negara Indonesia dan penerbit utama kesusasteraan Indonesia seperti Salah Asuhan, Sitti Nurbaya dan Layar Terkembang. Ibu pejabatnya berada di Jakarta. Ditubuhkan pada tahun 1917 sebagai Kantoor voor de Volkslectuur, Balai Pustaka digunakan oleh kerajaan penjajah Belanda sebagai alat untuk mengawal capaian pengetahuan orang Indonesia. Selepas menukar tangan dua kali semasa perang kemerdekaan Indonesia, Balai Pustaka secara rasmi jatuh di bawah pemilikan kerajaan Indonesia. Sehingga 2011, ia menghadapi pembubaran.
Pada 14 September 1908, kerajaan penjajah Belanda menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan dan Pembacaan Rakyat (Belanda: Commissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur), kemudian dipendekkan kepada Suruhanjaya Pembacaan Rakyat (Belanda: Commissie voor de Volkslectuur). Bersama-sama dengan Boedi Oetomo, ia berkhidmat untuk membawa pendidikan formal kepada penduduk asli Indonesia.
Pada masa itu, terdapat banyak penerbitan percuma yang menerbitkan karya sama ada dalam bahasa Melayu pasar atau bahasa Melayu Cina. Kerja-kerja ini berada di luar kawalan kerajaan penjajah dan dianggap membahayakan moral masyarakat. Untuk memberikan "bacaan yang sesuai untuk orang asli Indonesia, "Suruhanjaya telah dirasmikan sebagai Pejabat untuk Pembacaan Rakyat (Belanda: Kantoor voor de Volklectuur) pada tahun 1917. Pada tahun 1918 ia dinamakan Balai Pustaka.
- Saudara SNN95, ini adalah pencalonan kali pertama. Saya amat tertarik dengan usaha daripada Saudara Fandi89 mengusahakan laman tersebut. Harap dapat dipertimbangkan. Terima kasih. Rachun Dunia (bincang) 04:40, 8 Julai 2019 (UTC)
- Setuju. Rachun Dunia (bincang) 04:40, 8 Julai 2019 (UTC)
- Setuju - Fandi89 (bincang) 12:29, 8 Julai 2019 (UTC)
- Setuju Jika tiada bantahan, pencalonan ini akan dijadikan RP pada 15 Julai untuk bulan Ogos. SNN95 Talk to me, beybeh! 17:26, 11 Julai 2019 (UTC)
Dipilih untuk bulan Ogos! SNN95 Talk to me, beybeh! 03:06, 16 Julai 2019 (UTC)
Charles, Putera Wales
- Pencalon: Rachun Dunia (bincang) 01:39, 28 Januari 2019 (UTC)
Duli Yang Teramat Mulia Charles, Putera Wales (Tulisan Jawi: چرلس، ڤوترا ويلس; Charles Philip Arthur George Mountbatten-Windsor; lahir 14 November 1948), adalah anak sulung kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh. Baginda adalah pewaris takhta United Kingdom dan 15 lagi negara di dalam Kerajaan Komanwel. Baginda telah memegang gelaran "Putera Wales" sejak 1958 dan digayakan dengan Duli Yang Teramat Mulia Putera Wales, dan di Scotland, Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay. Menurut perlembagaan UK, baginda berada dalam barisan pertama untuk menaiki takhta, tetapi berada di tempat ketiga dalam susunan keutamaan, selepas Ratu dan Duke Edinburgh. Putera Charles terkenal dengan kerja-kerja kebajikannya terutama sekali dengan badan kebajikannya sendiri iaitu The Prince's Trust. Jadual beliau dipenuhi dengan tugas-tugas diraja yang diambil alih dari kedua ibu bapanya yang semakin lanjut usia. Beliau juga terkenal dengan perkahwinannya dengan mendiang Yang Mulia Lady Diana Spencer dan kemudiannya dengan Duli Yang Teramat Mulia Camilla, Duchess Cornwall.
- Ini adalah pencalonan kali kedua. Kali pertama pada bulan November 2006. Harap dapat dipertimbangkan. Terima kasih. Rachun Dunia (bincang) 01:42, 28 Januari 2019 (UTC)
- Setuju - Wajar dijadikan rencana pilihan dan ditambahbaik semula , beliau juga dalam perancangan untuk dilantik sebagai Raja United Kingdom yang baharu. (Ruj: QUEEN ABDICATION: Charles could become King as handover 'changes are starting!' Dicapai pada 7 Februari 2019) Azizah Sofia (bincang) 11:46, 7 Februari 2019 (UTC)
- Setuju - Maaf agak lambat mengundi. Jika tiada apa-apa bantahan, akan dijadikan rencana pilihan bulan April 2019. SNN1395 (bincang) 19:23, 21 Mac 2019 (UTC)
Uzumaki Naruto
- Pencalon: SNN95 (bincang) 14:32, 25 Mei 2018 (UTC)
Uzumaki Naruto merupakan protagonis fiksyen dari siri manga Jepun Naruto, dicipta oleh Masashi Kishimoto. Seorang remaja ninja yang riang, optimis dan suka bersahabat dengan rakan ninja lain, dia bercita-cita untuk menjadi pemimpin kampung fiksyennya, Konohagakure. Dia muncul dalam anime, filem, permainan video dan animasi video original, serta sekual Boruto: Naruto Next Generations, bersama anaknya Boruto Uzumaki sebagai protagonis. Kishimoto pada mulanya bertujuan untuk membiarkan watak Naruto "sederhana dan bodoh", sambil memberi dia banyak sifat-sifat seorang pahlawan yang ideal, dan masa lalu yang tragis. Penulis telah mengubah imej Naruto berkali-kali, memberikan watak dengan pakaian yang berbeza yang bertujuan untuk menarik pembaca Barat dan menjadikannya lebih mudah untuk dilukiskan. Naruto disuarakan oleh Junko Takeuchi (gambar) dalam siri animasi asal dan Maile Flanagan dalam penyesuaian bahasa Inggeris. Perkembangan watak telah dipuji oleh penerbitan anime dan manga, dan telah menarik perhatian ilmiah.
Ini adalah pencalonan ketiga rencana berkaitan anime dan manga daripada saya selepas Itachi Uchiha dan Fairy Tail. Pautan merah sedang dibirukan. Harap dipertimbangkan. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:32, 25 Mei 2018 (UTC)
- Masih ada pautan merah. Perlu dibirukan untuk memenuhi kriteria rencana pilihan yang kedua iaitu menyeluruh. Kacha Permata (bincang) 01:15, 14 November 2018 (UTC)