Ezad Lazim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10: Baris 10:
|occupation = [[Penyanyi]], [[Pelakon]]
|occupation = [[Penyanyi]], [[Pelakon]]
|nationality = [[Malaysia]]
|nationality = [[Malaysia]]
|years_active = 1994-kini
|years_active = 1995-kini
|spouse = {{marriage|Nor Azeana Haji Ramli|2013}}
|spouse = {{marriage|Nor Azeana Haji Ramli|2013}}
|children = Puteri Rania Kiesha <br> Putra Muhammad Darwish
|children = Puteri Rania Kiesha <br> Putra Muhammad Darwish

Semakan pada 08:02, 13 September 2019

Ezad Lazim
Kelahiran
Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim

(1979-11-30) 30 November 1979 (umur 44)
WarganegaraMalaysia
Nama lainEzad Exists
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif1995-kini
PasanganNor Azeana Haji Ramli (k. 2013)
Anak-anakPuteri Rania Kiesha
Putra Muhammad Darwish
Ibu bapaMohd Lazim Ismail (bapa)
Rosadah Jahaya (ibu)
SaudaraRozita Mohd Lazim (kakak)
Along Zaimi (anak saudara)
Kerjaya muzik
GenreRock, Balada, Pop Rock
InstrumenVokal, Gitar
Pengkarya berkait
Exists
Laman web rasmihttp://instagram.com/ezadlazim
http://facebook.com/ezadlazim

Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim[1] atau lebih dikenali sebagai Ezad Lazim (lahir 30 November 1979) adalah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau memulakan karier dalam bidang nyanyian sebagai vokalis untuk kumpulan Exists[2] menerusi album Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995 menggantikan vokalis asalnya, Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, beliau telah menghasilkan album solo yang pertama yang berjudul Mengharap Bintang. Lagu hit dari album itu ialah Kerana Kamu, Mengharap Bintang dan Percintaan Ini. Album ini telah melonjakkan kembali namanya dalam industri muzik tanah air selepas meninggalkan Exists pada tahun 2007.

Keluarga

Ezad telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya, Nor Azeana Haji Ramli pada 30 Mac 2013, tepat jam 10:40 pagi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Puteri Rania Kiesha dan Putra Muhammad Darwish.

Ezad juga mempunyai seorang anak saudara yang turut mengikut jejak langkahnya dalam industri muzik bernama Mohd Rozaimi Rosli atau lebih dikenali sebagai Along Zaimi. Bakat Along dicungkil menerusi program realiti anjuran TV3 iaitu Mentor Milenia pada tahun 2017. Along juga telah menamatkan pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Diskografi

Album Solo

Single solo

  • Andang Cintaku Menyala (duet bersama Safura) - 1999
  • Dua Insan (duet bersama Eva - penyanyi Indonesia) - 2000
  • Renyai di Hati - 2002
  • Bertemu Cintaku - 2011
  • Mengharap Bintang - 2011
  • Percintaan Ini - 2012
  • Kerana Kamu - 2013
  • Hati Mati (feat. RJ) - 2015
  • Cinta Terakhir (feat. Waris) - 2015
  • Demi Cinta - 2016
  • Kuasa Cinta - 2017
  • Kesetiaan Cinta - 2018
  • Lima Aksara (duet bersama Zamani) - 2019

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 Mami Jarum Ezad
2003 Mistik Hakim
Mami Jarum Junior Ezad
2004 Tangkai Jering
Kuliah Cinta

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Tak Sangka No!
2016 Veteran Rock
Kecoh Mami Jarum Beraya

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Dirinya sendiri / peserta Astro Warna Kumpulan BOS

Gegar Vaganza 2015

Ezad Lazim merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2015.

Minggu 1: Mengintai Dari Tirai Kamar (lagu sendiri)

Minggu 2: Butakah Cinta (nyanyian asal Spring)

Minggu 3: Mengerti (nyanyian asal KRU)

Minggu 4: Di Sebalik Rahsia Cinta - duet bersama Adira (lagu asal Metropolitan)

Minggu 5: Gerhana Cinta Luka (nyanyian asal Iklim)

Minggu 6: Cinta Melankolia (nyanyian asal Aan)

Minggu 7 (suku akhir): Nakal (nyanyian asal Gigi)

Minggu 8 (separuh akhir): Tiada Lagi Kidungmu (nyanyian asal Lefthanded)

Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Nur Nilam Sari (nyanyian asal Search & Awie)

Tugasan Kedua (battle vs Haiza) - Apa Khabar (nyanyian asal Joe Flizzow & SonaOne)

Rujukan

Pautan luar