Ahmad Tarmimi Siregar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 182: Baris 182:
! Saluran TV
! Saluran TV
! Catatan
! Catatan
|-
|1977
| ''[[Ayah Ku]]''
|
| [[TV1]]
|
|-
|-
|
|

Semakan pada 16:15, 13 September 2019


Ahmad Tarmimi Siregar
Kelahiran
Ahmad Tamimi Siregar bin Kamaruddin

1950 (umur 73–74)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1970–kini
PasanganTengku Hasmah bt. Tengku Awang

Dato' Ahmad Tamimi Siregar bin Mohd Kamal (lahir 1950)[1] ialah seorang pelakon veteran Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen. Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.

Ahmad Tamimi Siregar dilahirkan pada tahun 1950. Ahmad Tamimi Siregar merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tamimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 (Negeri Sembilan) berjudul Kaba Kasih Menanti.

Ahmad Tamimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama tv dan filem seperti Permintaan Terakhir di samping aktres utama- Uji Rashid (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulung-1975), Abang (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telemovie Ana Aishah (RTM-1992), dan Telemovie Sinar (RTM-1993).

Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).

Pencapaian

Dengan kecemerlangannya dalam bidang seni, beliau mendapat pelbagai anugerah, seperti Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970), Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979), Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987), Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992), Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995), Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996), Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996) dan Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).


  • Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970),
  • Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), * Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979),
  • Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987),
  • Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992),
  • Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995),
  • Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996),
  • Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996)
  • Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).
  • darjah Paduka Mahkota Perak (dPMP) 1966
  • darjah Setia Negeri (NS) (DNS) 2007
  • darjah DBBS (NS)2011 gelaran DATO'
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Tak Serupa Tapi Sama

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1975 Permintaan Terakhir Pelakon sampingan
1981 Tsu Feh Sofiah
Abang Farid Din
1982 Pemburu
1983 Mekanik Encik Razali
1987 Puteri
1989 Anak Sarawak
1990 Rentak Desa
1998 Penyair Malam Pelakon tambahan
2001 Seri Dewi Malam Bapa Seri
2002 Embun Jeneral Kurugawa
2003 Muhammad: Utusan Terakhir Suara
2005 Tak Ori Tapi Ok Pelakon tambahan
2007 Anak Halal Datuk Farid
2010 Niyang Rapik Bomoh
Belukar Encik Farid
2011 Misteri Jalan Lama Iskandar
2012 Adnan Sempit 2 Dato' Ithnin
Aku Terima Nikahnya Mansur
2013 Adnan Sempit 3 Datuk Ithnin
KL Zombi Dato' Farouk Pelakon sampingan
2015 Kapsul Dato' Najmi Kemunculan khas
2016 Perjanjian Syaitan
2017 Malay Regiment Mejar Jeneral Abu Bakar

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1977 Ayah Ku TV1
Tamu Bukit Kenny
2005 Aku, Dia & Cape Town Datuk Eman TV3
2007 Dinasti Bilut
Sesuci Cinta Soffiya TV3
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Astro Oasis Episod: "Bahana Riak Diri"
Tahajjud Cinta Mohd Azim TV3
Karma Tan Sri Fahrul Sani TV9
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Tuan Rafiuddin Astro Oasis Episod: "Kasih Ibu Tiri"
2013 Istidraj Cinta Dato' Yatim TV3
2014 Masihkah Ada Cinta Dato' Taha
2016 Diari Cinta Kita Dato' Ali TV9
Sesal Separuh Nyawa Hypp Sensasi
2017 Mandatori Tuan Johari Astro First Eksklusif
2018 Dia Anak Jeneral Jeneral Dato' Hambali TV2
Wira Kasih Tok Pa
Mencari Qiblat Tuan Abu TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1978 Bila Mendong Berlalu TV1
2002 Cinta SMS
2004 Tanah Kubur Datuk Fadzli Astro Ria
2007 Wali Madam Zaza @ Hamzah Astro Ria
2008 Tak Serupa Tapi Sama Tajuddin TV3
2014 Hantu Langsir Juga sebagai pengarah
2015 Cahaya Rejab TV2 Pengarah
2017 Nora Bam Boom Pak Ali
Kasih Seorang Ayah TV3 Pengarah

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1995 Tekaria Pengacara RTM

Rujukan

Pautan luar