Geng Tadarus: Perbezaan antara semakan
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
→Sinopsis
Arlene menjemput Noni ke rumahnya berjumpa dengan Ustazah Sakinah, guru agamanya. Arlene memberitahu ustazah bahawa beliau telah menubuhkan Geng Tadarus yang dianggotai oleh bekas pelajar sekolahnya dan meminta ustazah memimpinnya. Namun ustazah tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana beliau akan berpindah ke Terengganu mengikuti suaminya yang bertukar ke sana. Ustazah berjanji akan mencari penggantinya. Selepas berbelanja di sebuah kedai runcit kereta Arlene rosak dan Ziyad jirannya membantu membetulkannya. Ziyad mempelawa Arlene menyertainya melakukan kerja-kerja amal yang dipeloporinya. Arlene dan beberapa orang rakannya khusyuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz selepas solat di masjid.
Sementara itu Riyana memandu dalam keadaan kelam kabut dan telah menggesel Ziyad yang ketika itu sedang memasukkan barang belian ke kereta Arlena. Riyana dan Arlena adalah kawan rapat semasa di sekolah.
Sementara Kak Kiah diperli kawan-kawannya bermenantukan seorang model apabila mereka melihat Arlene dan Ziyad sedang beriringan ketika berbelanja di sebuah pasaraya. Ustazah Sakinah mendapat persetujuan Ustaz Azlan supaya menggantikannya mengajar Geng Tadarus apabila beliau berpindah ke Terengganu. Kelas pada kali ini menyentuh perkara yang berkaitan dengan kelebihan membaca al-Qur'an dan kehidupan selepas mati.
|