Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 90: Baris 90:
* [http://www.un.org/cyberschoolbus/unintro/unintro4.htm UNSC cyberschool]
* [http://www.un.org/cyberschoolbus/unintro/unintro4.htm UNSC cyberschool]


{{Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu}}ماليزيا↑موسوعه ديفداباد
{{Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu}}ماليزيا↑موسوعه ديفدابادموسوعه االاردن↓حرب مصر اسرئيل

[[Kategori:Majlis Keselamatan PBB]]
[[Kategori:Majlis Keselamatan PBB]]
[[Kategori:Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]]
[[Kategori:Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]]

Semakan pada 14:56, 26 September 2019

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kerangka
KependekanUNSC
Jenis/bentuk sahOrgan Utama
Status undang-undangAktif
Tapak webun.org/en/sc
Sejarah
Dibentuk1945
Pengurusan
KetuaPresiden Majlis
Kairat Umarov
 Kazakhstan
Pertubuhan indukPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
SubsidiariMisi Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti Sunting ini di Wikidata
GabunganSistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Dewan Majlis Keselamatan PBB di Kota New York
Ibu pejabatIbu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Koordinat40°44′58″N 73°58′5″W Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Keselamatan PBB adalah majlis yang dianggotai oleh sebilangan ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lima daripadanya adalah anggota tetap yang memiliki kuasa pembatal (kuasa veto); iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia. Ia merupakan organ PBB yang berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara-negara. Di mana organ lain PBB hanya boleh membuat cadangan kepada ahli-ahli kerajaan, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan resolusi yang mesti dipatuhi oleh kerajaan negara ahli di bawah Piagam PBB. Keputusan-keputusan majlis dikenali sebagai Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Presiden Majlis Keselamatan ini digilir-gilirkan dan berakhir hanya untuk setiap bulan bagi setiap giliran.

Sejarah

Majlis Keselamatan PBB melangsungkan sessi pertamanya pada 17 Januari 1946 di Church House, London.

Sejak mesyuarat yang pertama, Majlis Keselamatan telah meneruskan sessi di merata tempat dan mengadakan mesyuarat di banyak bandar seperti Paris dan Addis Ababa. Bagaimanapun, kebanyakannya masih kekal di Ibu Pejabat PBB - yang pertama di Lake Success di New York dan kemudiannya di lokasi sekarang di New York City.

Perubahan yang penting di dalam komposisi Majlis telah berlaku sebanyak 3 kali. Pada tahun 1965, perubahan di dalam Artikel 23 dan 27 Carta dikuatkuasakan, meningkatkan bilangan ahli yang dipilih daripada enam ke sepuluh.

Dalam tahun 1971 Perhimpunan Agung mengundi untuk menyingkirkan wakil bagi Republik China (dari tahun 1949 bagi Taiwan) dan kerusi diberikan kepada Republik Rakyat China sebagai wakil dari China yang sah. Oleh kerana isu ini dibawa dalam keadaan delegasi yang mana sepatutnya hadir bagi mewakili China berbanding kemasukan atau penyingkiran ahli, isu ini hanya memerlukan tindakan oleh Perhimpunan Agung dan mengelakkan ketidakupayaan Perhimpunan untuk mengeluarkan ahli Majlis tanpa kelulusan Majlis (bergantung kepada veto), atau kelemahan perubahan dalam Artikel 23 mengenalpasti identiti ahli-ahli kekal.

Begitu juga ketika kejatuhan Kesatuan Republik Sosialis Soviet dalam tahun 1991, tiada perubahan terhadap Artikel 23.

Seorang ahli Majlis Keselamatan mesti sentiasa berada di ibu pejabat PBB di New York supaya Majlis Keselamatan boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa. Syarat daripada Piagam PBB ini adalah untuk mengatasi kelemahan Liga Bangsa yang selalunya tidak berupaya memberi tindakbalas cepat sekiranya berlaku krisis.

Peranan presiden Majlis Keselamatan termasuklah mengenal pasti agenda, mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Keselamatan, dan mengendali sebarang krisis.Ia bertukar-tukar mengikut susunan abjad berdasarkan nama-nama ahli dalam bahasa Inggeris.

Terdapat dua kategori keahlian dalam Majlis Keselamatan PBB: Ahli Tetap dan Ahli yang dilantik.

Anggota Majlis Keselamatan PBB

Anggota tetap

Ahli-ahli yang tetap mempunyai kuasa veto (kuasa dunia) terhadap mana-mana resolusi yang diluluskan oleh Majlis. Ahli-ahli tetap yang asal semasa penubuhan Majlis Keselamatan dipilih daripada negara-negara yang menang semasa Perang Dunia Kedua:

Wakil-wakil tetap negara itu dalam Majlis Keselamatan adalah:[1]

Anggota dilantik

Komposisi kerusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Amerika Syarikat dianggap sebagai sebuah ahli penuh. Komposisi kerusi ini tidak mencerminkan kedudukan sebenar kerusi ketika mesyuarat Majlis Keselamatan.
  Afrika
  Asia-Pasifik
  Eropah Timur
  Amerika Latin dan Caribbean
  Eropah Barat dan lain-lain

10 lagi anggota dilantik oleh Perhimpunan Agung PBB untuk penggal dua tahun bermula 1 Januari, dengan lima anggota diganti setiap tahun. Mereka dipilih mengikut kumpulan kawasan dan mesti disahkan Perhimpunan Agung.

Anggota semasa, dengan kawasan yang diwakili, disenaraikan di bawah:

Penggal Afrika Asia-Pasifik Amerika Latin
dan Caribbean
Eropah Barat
dan lain-lain
Eropah Timur
2016–17  Mesir  Senegal  Jepun  Uruguay  Ukraine
2015–16  Angola  Malaysia  Venezuela  New Zealand  Sepanyol


Rujukan

Pautan luar

ماليزيا↑موسوعه ديفدابادموسوعه االاردن↓حرب مصر اسرئيل