Aliff Aziz: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 238: Baris 238:
{{reflist}}
{{reflist}}


[[Kategori:Kelahiran 1991]]
[[Kategori:Kelahiran 2001]]
[[Kategori:Muslim Singapura]]
[[Kategori:Muslim Singapura]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Orang hidup]]

Semakan pada 09:32, 2 Oktober 2019

Aliff Aziz
Kelahiran
Mohamad Aliff bin Aziz

(2001-02-16) 16 Februari 2001 (umur 23)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPenyanyi
pelakon
Model
Tahun aktif2007 - kini
Ketinggian6 ft 2 in (1.88 m)
PasanganBella Astillah (kahwin 2016-2019)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Pop Alternative, Jazz
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony BMG Music Malaysia
Pengkarya berkait
Adira, Siti Nordiana

Muhammad Aliff bin Aziz (lahir 16 Februari 2001) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Aliff Aziz, merupakan seorang penyanyi dan pencurang terhandal yang berasal dari Singapura, yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music BMG Malaysia. Pada Julai 2007, beilau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single hebat iaitu Cinta Arjuna yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu Sayang Sayang juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.[1]

Biografi

Beliau dilahirkan pada 16 Februari 2001, Aliff merupakan anak sulung daripada tiga beradik malah juga lahir dari keluarga Melayu yang berdarah kacukan Arab. Ketika Aliff berusia 3 tahun, beliau serta keluarganya telah menyambut kelahiran dua adik perempuan yang juga kembar seiras, iaitu Nur Aisyah bt. Aziz dan Nur Ain bt. Aziz. Selain itu, Aliff dan dua adik kembar seirasnya pernah bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth sebelum berpindah ke tahap seterusnya di mana beliau dan Aisyah menghala ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain juga bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.

Puncak populariti

Pada masa itu, Aliff juga menceburi minat dalam bidang nyanyian ketika berusia 12 tahun, malah Aisyah juga turut serta mengikut jejak langkah abangnya dalam bidang seni, manakala Ain menceburi bidang teknologi maklumat. Beliau juga pernah mencuba nasibnya dalam melibatkan diri dalam program realiti TV nyanyian, Anugerah pada 2007, yang menjadikan beliau selaku peserta dalam program tersebut.

Selepas melangkah satu demi satu pusingan dalam pertandingan nyanyian tersebut, prestasi beliau waktu itu juga kurang memberangsangkan dan beliau juga tersingkir pada peringkat separuh akhir. Tetapi, peminat Aliff juga tidak putus-putus untuk menyokongnya bahkan pihak juri juga memberi peluang kedua dengan menerusi pusingan wildcard pada akhir persembahannya. Akhirnya, beliau dinobatkan sebagai juara yang termuda atas persembahan terbaik semasa beliau yang berusia 16 tahun. Ketika itu, Aliff juga menandatangani perjanjian untuk bernaung di bawah rakaman Sony BMG serta kontrak Mediacorp Artiste Management yang bernilai lebih RM100,000 ringgit.

Selepas kemenangannya dalam program tersebut, beliau muncul dalam pertunjukan iklan Mediacorp iaitu Sinar Lebaran 2007 & 2008, Khayalan dan sebagainya malah Aliff juga muncul dalam iklan 30 saat KFC pada 2007. Ia diketahui oleh majalah Malaysia bahawa beliau ketika itu sedang menyusun aktiviti jadualnya dengan melanjutkan pelajaran dan meluaskan bakatnya selaku penyanyi.

Pada tahun 2009, Aliff dipelawa oleh National Services di mana beliau menjadi jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (yang dahulunya dikenali sebagai BRTC/Basic Rescue Training Centre) di Jalan Bahar. Dalam temubual Sungguh pada 2010, Aliff memuat naik statusnya pada peminat beliau bahawa selepas ini Aliff juga akan memfokuskan dirinya dalam karier nyanyian. Dalam tahun yang sama, Aliff melancarkan album kedua, It's Aliff's Time, yang membariskan hit lagunya seperti Cinta dan Kalau Cinta hasil kolaborasinya bersama penyanyi terkenal Malaysia, Joanna. Single Kalau Cinta telah menjadi hit terbaik di stesen radio secara keseluruhan dan menjadikan lagu antara rakaman terbaik sehingga akhir tahun 2011.

Pada masa yang sama, beliau ketika itu merupakan seorang bekas tentera dan jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Music Performing Arts Club (MPAC), di mana beliau mempersembahkan vokalnya dalam mana-mana persembahan SCDF seperti Hari Kenaikan Pangkat SCDF, Hati Komuniti SCDF dan sebagainya. Beliau juga pernah merangkul sebagai "Koperal" ketika beliau berkhidmat dalam pasukan awam tersebut. Pada 2011, Aliff telah menamatkan khidmatnya dan berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk mengejar cita-citanya sebagai artis rakaman, penyanyi, pelakon dan model.

Pada awal tahun 2012, beliau telah melancarkan album ketiga iaitu Aliff Aziz, yang membariskan hit terbaik yang berjudul Jangan Ganggu Pacarku yang telah mencapai 1 juta tontonan Youtube selepas dikeluarkan dalam 24 jam. Lagu Aliff seperti Cinta Ya Cinta dan Setiap Detik juga sering digunakan sebagai soundtrack menerusi drama popular untuk TV3 serta rancangan lain.

Bidang lakonan

Selain melibatkan diri dalam bidang nyanyian, Aliff juga mencuba nasibnya dalam bidang lakonan, iaitu drama pertamanya, sebuah komedi muzikal yang berjudul Antara Kita diarahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan, yang mengambil watak beliau sebagai remaja yang bekerja di syarikat pencipta grafik. Drama tersebut membariskan pelakon terkenal Malaysia seperti pelawak Zaibo, Bell Ngasri, Anne Ngasri, malah bekas penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana juga turut sama berlakon drama tersebut sebanyak 13 episod.

Pada pertengahan tahun 2013, beliau pernah muncul dalam Slot Samarinda di TV3 iaitu drama berjudul Epilog Cinta Khirana, yang menampilkan beliau selaku watak antagonis iaitu Sharqir Ikhwan. Drama tersebut membariskan beliau yang ketika itu bersama aktres Tasha Shilla, Rozita Che Wan serta ramai pelakon yang berbakat.

Selain itu, beliau muncul dalam drama terbaharu menerusi Slot Akasia, iaitu drama yang berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi. Beliau memegang watak sebagai Faiq, seorang pemuda yang jatuh miskin dan bankrap akibat bersosial dan berbelanja tanpa batas. Drama tersebut membariskan beliau yang juga bergandingan bersama aktres terkenal Farah Nabilah, Mimi Lana, Shah Iskandar, serta dibantu oleh Azri Iskandar, Azhan Rani, Jasmin Hamid, dan Normah Damanhuri yang mengambil watak sampingan dalam drama tersebut.

Perkahwinan

Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Aliff dan adik kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra dengan nama manjanya iaitu, Bella Astillah, juga melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor.

Kontroversi

Pada 27 Februari 2019, Aliff juga terpalit dengan kontroversi yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan pelakon Octovia Manrose apabila isterinya mendedahkan Aliff dan Octovia pergi ke kelab malam pada jam 3.00 pagi bersama dan berlaku curang kepada isterinya. Ini merupakan kali kedua Aliff melakukan perbuatan ini selepas dimaafkan isterinya pada kali pertama di mana beliau dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Afifah Nasir pada tahun 2017, ketika beliau dan Afifah pergi ke pusat karaoke bersama-sama dan juga remaja bawah umur pada bulan Mei 2019. Sumber menyatakan bahawa Aliff mempunyai ketagihan seks yang melampau, ini dapat dilihat dengan citarasa beliau yang gemar menukar pasangan yang tidaklah cantik, asalkan melayan beliau.

Diskografi

Album studio

  1. Aliff (2007)
  2. It's Aliff's Time (2010)
  3. Aliff Aziz (2012)
  4. Rebirth (2016)

Single

  1. Keajaiban Cinta - duet bersama Adira (2012)
  2. Selayaknya Aku (2014)
  3. Dan Lagi Cinta - duet bersama Emma Suhaimi (2015)
  4. Tak Ada Cinta Sepertimu - duet bersama Siti Nordiana (2016)
  5. Warna Cinta - duet bersama Kilafairy (2016)
  6. Coba (2016)
  7. Sandar Padaku - duet bersama Mira Filzah (2017)

Filemografi

Drama

Singapura

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2007 Almari Ajaib drama Mediacorp
Khayalan cameo

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Antara Kita Aril TVi
Sepai Asmaun TV1
Tiara Kamal Astro Prima
2013 Nurul Kasih Izham TV2
Epilog Cinta Khirana Sharqir Ikhwan TV3 Slot Samarinda
2014 Jodoh Musim 2 Syed Azmi Astro Ria
2016 Sayangku Kapten Mukhriz Dr. Faizal TV3
2017 Di Sebalik Wajah Amir Hisyam Hypp Sensasi
Meh Sandar Pada Aku Dr. Syed Nadzhan TV3 Slot Dahlia
Meh Sandar Lagi Slot Akasia
2018 Melankolia Zain Slot Samarinda
Halalkan Hati Yang Ku Curi Faiq Slot Akasia
Sejuta Rasa Buat Adelia Chef Syed Idlan Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2012 Cinta Vlog Shezz TV9
2013 Gerhana Man TV1
Tiga Dosa TV1
Dia Ayahku TV2
Raya Pak Pak Pong Angah TV3
2017 Love You Miss Pomen Remy TV9

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon

Rujukan