Andi Bernadee: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 127: Baris 127:
{{Peserta Big Stage}}
{{Peserta Big Stage}}


[[Kategori:Kelahiran 1991]]
[[Kategori:Kelahiran 2001]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Melayu Malaysia]]
[[Kategori:Melayu Malaysia]]

Semakan pada 09:42, 2 Oktober 2019

Andi Bernadee
Nama lahirAndi Azrul bin Andi Mapangile
Kelahiran (2001-11-30) 30 November 2001 (umur 22)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia

Andi Azrul bin Andi Mapangile​ (lahir 30 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Andi Bernadee merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Satu Peluang".[1] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam program Big Stage.[2]

Kerjaya

Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah "Aku Bukan Abang Toyib" mendapat perhatian umum. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.

Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu "Putus Terpaksa" nyanyian asal Ziana Zain. Ia mendapat lebih 830,000 tontonan. Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu "Tak Tun Tuang".

Ketika masih belum mempunyai lagu rakaman sendiri, Andi sudahpun menerima banyak undangan persembahan. Pada Mac 2017, beliau merakamkan single pertama berjudul "Tiada Lagi Maaf", namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan.[3] Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, "Semalam Sahur Di Mana" dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan.

Andi menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta kedua tersingkir.[4][5]

Kerjaya lakonan Andi bermula menerusi telefilem Korban Penunggu Hospital arahan Eyra Rahman yang bersiaran di Astro Citra.[6]

Beliau melancarkan single ketiganya, "Donde" pada Mac 2019. Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana' dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.[7]

Persembahan Big Stage

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Tak Tun Tuang" Upiak & dirinya sendiri Kekal
Minggu 2 "Layu Di Hujung Mekar" Rio Kekal
Minggu 3 "Tak Pernah Hilang"

(duet bersama Indah Ruhaila)

Amylea Azizan & Kaer Azami Tersingkir

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Rujukan
2017
"Tiada Lagi Maaf"
2018
2019

Single promosi

Tahun Tajuk Peranan
2018 "Undilah"
(bersama Dewi Liana Seriestha, Bella Nazari & Wan Shahjuddin)
Rendisi yang dirakamkan bersempena Pilihan raya umum ke-14.[8]

Filemografi

Telefilem
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Korban Penunggu Hospital Andi Astro Warna
2019 Geng Big Stage Beraya Andi Astro Ria

Rujukan

  1. ^ Zaidi Mohamad (20 Oktober 2018). Andi Lega dapat satu peluang Berita Harian. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  2. ^ Rafiq Mazlan (20 Ogos 2018). Percaya rezeki, Andi Bernadee akur tersingkir di minggu ketiga Big Stage Media Hiburan. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  3. ^ Andi Bernadee tak cemburukan Khai, Wany Utusan Malaysia (1 Disember 2017). Dicapai pada 1 Januari 2018.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  5. ^ Zaidi Mohamad (22 Ogos 2018). Andi akur kurang popular Berita Harian. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  6. ^ Zaidi Mohamad (4 Oktober 2018). Telefilem seram buat Andi hilang suara Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
  7. ^ Asraf Adied (29 Mac 2019). 'Donde' Taruhan Terbaru Andi Bernadee Astro Gempak. Dicapai pada 20 Jun 2019.
  8. ^ Zaidi Mohamad (5 Mei 2018). "Syarikat rakaman turut 'berkempen'". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.

Pautan luar