Pandelela Rinong: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 199: Baris 199:
[[Kategori:Atlet terjun Malaysia]]
[[Kategori:Atlet terjun Malaysia]]
[[Category:Penerjun wanita]]
[[Category:Penerjun wanita]]
[[Kategori:Kelahiran 1993]]
[[Kategori:Kelahiran 2003]]
[[Kategori:Kristian Malaysia]]
[[Kategori:Kristian Malaysia]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Orang hidup]]

Semakan pada 11:05, 2 Oktober 2019

Pandelela Rinong
Pandelela di Sukan Olimpik 2012
Maklumat peribadi
Nama penuhPandelela Rinong anak Pamg
Lahir (2003-03-02) 2 Mac 2003 (umur 21)
Kampung Jugan, Bau, Sarawak, Malaysia[1]
Ketinggian5 ft 3 in (1.6 m)[2]
Berat badan52 kg (115 lb)[3]
Sukan
Negara Malaysia
Acara10 m, 10 m segerak, 3 m
KelabMajils Sukan Negara[4]
PasanganLeong Mun Yee
Dilatih olehYang Zhuliang[4]

Pandelela Rinong anak Pamg AMN JBK (lahir 2 Mac 2003) ialah seorang atlet Malaysia bagi acara terjun. Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London dan mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita,[5][6] dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.[7]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 2 Mac 2003 di Kupuo Jugan, sebuah perkampungan Bidayuh di Bau, Sarawak kepada Hartini Lamin dan Pamg Joheng.[8][9][10] Beliau mempunyai ketinggian 5'3" dan mempunyai berat 52kg.[11] Beliau berasal dari Kampung (Kupuo) Jugan, Bau.[8] Beliau berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.[12] Beliau kini mengambil ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya, jurusan Pengurusan Sukan.[13]

Kerjaya

Pandelela pada hari ketiga FINA Diving World Series 2013 di Moscow, Russia.

Pandelela membuat kemunculan persaingan antarabangsa pertama beliau pada tahun 2007 di Kejohanan Remaja Akuatik Asia di mana beliau memenangi empat pingat emas.[14] Di Sukan Asia Tenggara 2007 di Thailand, beliau memenangi pingat emas dalam platform serentak 10m dengan Cheong Jun Hoong.[15] Pandelela membuat penampilan Olimpik pertamanya di Sukan Olimpik Beijing 2008 pada usia 15 tahun.[16] Semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2009 beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee.[17] Beliau juga turut menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing, China.[18]

Beliau adalah pembawa bendera buat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura di mana beliau memenangi pingat perak dalam acara terjunan 10 meter dan terjunan 3 meter.[19]

Pada 2010 di New Delhi, India, beliau memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik acara terjunan 10 meter .

Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlit Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.[20] Untuk memperingati kejayaannya, beliau telah dibawakan oleh Johan Bintang Kenyalang oleh Kerajaan Negeri Sarawak, dalam majlis khas yang diadakan di Astana sejurus selepas pulang ke tanah airnya.[21] Beliau menjadi atlet pertama Sarawak untuk diberikan anugerah itu.[22]

Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2013 di Barcelona, Pandelela dan Mun Yee merangkul pingat gangsa dalam platform serentak 10m dengan 331.14 mata.[23] Beliau juga menduduki tempat keenam dalam acara 10m platform individu.[24] Di Sukan Asia Tenggara 2013 di Naypyidaw, beliau mengekalkan pingat emasnya dalam acara platform 10m.[25]

Pandelela bersaing pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow. Walaupun mengalami kecederaan lutut, beliau memenangi pingat gangsa dalam platform serentak 10m bersama Nur Dhabitah Sabri.[26] Beliau juga memenangi pingat perak dalam acara 10m platform dengan skor 368.55 mata.[27] Di Sukan Asia 2014 di Incheon, beliau memenangi pingat gangsa dalam platform 10 meter bersama Leong Mun Yee.

Pada Julai 2015, Pandelela membuat sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang menamatkan podium dalam satu acara individu di Kejohanan Akuatik Dunia.[28] Beliau meraih pingat gangsa dalam platform 10 m individu di Kazan dan layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil.[29]

Di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Pandelela memenangi pingat perak dalam platform serentak 10 m dengan Cheong Jun Hoong, menjadi pasukan wanita Malaysia pertama yang memenangi pingat perak di Olimpik.[30] Untuk menghargai pencapaiannya di pada Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya, Sarawak secara rasminya dinamakan Pusat Akuatik Pandelela Rinong.[31] Selepas Olimpik Musim Panas 2016, Pandelela berehat untuk memulihkan kecederaan belakang dan bahu.[32]

Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, beliau memenangi pingat gangsa dalam 10 meter serentak dengan Cheong Jun Hoong.[33] Beliau menduduki tempat kesembilan dalam acara 10m platform individu yang telah dimenangi oleh pasangannya, Jun Hoong.[34] Di Sukan Asia Tenggara 2017 di Kuala Lumpur, beliau memenangi pingat emas dalam acara pasukan yang baru diperkenalkan dengan Gabriel Gilbert Daim.[35] Beliau juga mengekalkan pingat emasnya dalam acara platform 10m individu.[36]

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Rujukan
2010 Sportswriters Association of Malaysia (SAM) - 100plus Sports Awards Atlet Terbaik Menang [37]
2011 Anugerah Sukan Kebangsaan Ahli Sukan Tahun Ini Menang [38]
2011–2012 Anugerah Sukan Sarawak Ahli Sukan Tahun Ini Menang [39]
2012 Johan Bintang Kenyalang (JBK) oleh Kerajaan Sarawak Menang [40]
National Press Club (NPC) – Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysian of the Year Menang [41]
Anugerah Sukan Kebangsaan Ahli Sukan Tahun Ini Menang [38]
Anugerah SAM-100PLUS-KBS Atlet Tahun Ini Menang [42]
2015 Anugerah Sukan Kebangsaan Ahli Sukan Tahun Ini Menang [43]
TM Fans Pick Awards – Glorious Moment Menang
2016 Nickelodeon Kids' Choice Awards Favourite Asian Sports Star Tercalon [44][45]
Sportswriters Association of Malaysia (SAM) - 100plus Sports Awards Atlet Terbaik Menang [46]
Anugerah Pilihan Online Bintang Sukan Wanita Pilihan Online Tercalon [47]

Kecederaan

Pada tahun 2010, Pandelela mengalami patah tulang di kaki beliau yang mengambil masa enam bulan untuk sembuh. Selepas Sukan Olimpik 2012 beliau mengalami kecederaan buku lali yang memaksanya untuk melangkau kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN. Pada Julai 2014 beliau mempunyai kecederaan lutut yang menjejaskan persembahan beliau di Sukan Komanwel 2014 dan mengehadkan penyertaannya di Sukan Asia 2014 kepada dua acara.[4]

Kehidupan peribadi

Pandelela ialah peminat setia K-pop dan anime Jepun.[4][48] Beliau menamakan Big Bang sebagai kumpulan muzik kegemarannya.[49] Beliau mempunyai 100,000 pengikut di Instagram, dan mempunyai lebih daripada 117,000 orang di laman Facebook rasmi beliau.[49] Kakaknya Pardika Indoma turut mengambil bahagian dalam sukan menyelam.[4]

Penghargaan

Penghargaan Malaysia

Kontroversi

Pada Jun 2018, Pandelela dan enam penyelam lain ditangkap dalam kontroversi selepas video menunjukkan mereka berpesta dan minum alkohol semasa kem latihan di Guangzhou, China. Video itu didakwa drakamkan pada malam hari Tahun Baru Cina.[53][54] Berikutan kejadian itu, Persatuan Renang Amatur Malaysia (PRA Malaysia) menggantungkan elaun tujuh penyelam kebangsaan dengan serta-merta dengan tindakan lebih disiplin yang ditetapkan.[55] Pandelela dan enam orang penyelam lain memohon maaf secara terbuka dan berjanji bahawa kejadian itu tidak akan diulang.[56]

Rujukan

  1. ^ "Pandelela Rinong (full name: Pandelela Rinong anak Pamg)".
  2. ^ Pandelela Rinong Pamg. rio2016.com
  3. ^ Pandelela Rinong Pamg, 2012 Olympics profile, BBC Sport
  4. ^ a b c d e Pandelela Rinong Pamg. nbcolympics.com
  5. ^ Olympics diving: Chen Ruolin wins second gold in 10m platform BBC News, 9 August 2012
  6. ^ S. Ramaguru (10 August 2012). "Pandelela wins historic diving bronze in 10m platform". The Star. Dicapai pada 21 August 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ Vijesh Rai (10 August 2016). "(Olympic) Divers Cheong Jun Hoong and Pandelela Rinong win silver, first medal for Malaysia in Rio 2016". New Straits Times. Dicapai pada 10 August 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ a b "Pandelela – Shining example of true grit". The Borneo Post. 21 July 2012. Dicapai pada 20 August 2012.
  9. ^ Jonathan Edward (11 August 2016). "Dad hopeful of gold soon for Pandelela". Malay Mail. Dicapai pada 26 May 2017. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  10. ^ Anasathia Jenis (11 August 2012). "Pamg over the moon with daughter's victory". The Borneo Post. Dicapai pada 26 May 2017. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  11. ^ Pandelela Rinong Pamg, 2012 Olympics profile, BBC Sport
  12. ^ DENNIS WONG AND DESMOND DAVIDSON (2012-08-11). "Pandelela does nation proud with medal win". Nst.com.my. Dicapai pada 2012-08-20.
  13. ^ Dian Pasquinal Kaur (29 July 2016). "Bright Young Things: National diver Pandelela Rinong on the road to Rio". Asia Tatler.
  14. ^ Lim, Teik Huat (13 August 2007). "Diver Pandelela makes her mark in international scene". The Star. Dicapai pada 1 September 2017.
  15. ^ "Pandelela becomes youngest winner, thanks to her family". The Star. 15 December 2007. Dicapai pada 1 September 2017.
  16. ^ "Young Pandelela sets herself lofty ambitions". The Star. 8 August 2008. Dicapai pada 1 September 2017.
  17. ^ "Diving: Pandelela posts impressive finish in 10m platform final". The Star. 20 July 2009. Dicapai pada 1 September 2017.
  18. ^ "2008 Beijing Summer Olympics | Pandelela Rinong PAMG Profile & Bio, Photos & Videos | NBC Olympics". 2008.nbcolympics.com. 2 March 1993. Dicapai pada 12 August 2012.
  19. ^ Lim, Teik Huat (24 August 2010). "Pandelela caps outing in Youth Olympics with another silver". Star Publications (M) Bhd. Dicapai pada 24 August 2010.
  20. ^ Zulhilmi Supaat (10 August 2012). "Pandelela, Malaysia's first woman to win Olympic medal". The Borneo Post.
  21. ^ Dennis Wong (22 August 2012). "Sarawak confers award on diver Pandelela". New Straits Times. Dicapai pada 30 August 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  22. ^ "Pandelela receives Johan Bintang Kenyalang award". The Star (Malaysia). Dicapai pada 12 March 2016.
  23. ^ Lim, Teik Huat (23 July 2013). "Pandelela-Mun Yee clinch bronze in Barcelona". The Star. Dicapai pada 2 September 2017.
  24. ^ Lim, Teik Huat (26 July 2013). "Diving: Pandelela settles for sixth in 10m platform". The Star. Dicapai pada 2 September 2017.
  25. ^ "Pandelela, Zhiayi in one-two finish in 10m platform (updated)". The Star. 19 December 2013. Dicapai pada 2 September 2017.
  26. ^ Paul, Rajes (30 July 2014). "Bronze debut for Pandelela-Dhabitah in 10m platform synchro". The Star. Dicapai pada 2 September 2017.
  27. ^ Paul, Rajes (1 August 2014). "No shame in Pandelela's silver in 10m platform (updated)". The Star. Dicapai pada 2 September 2017.
  28. ^ Ajitpal Singh (31 July 2015). "Historic win for Pandelela in World Aquatics Championships". New Straits Times. Dicapai pada 31 July 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  29. ^ Bernama (31 July 2015). "Najib congratulates Pandelela for becoming first Malaysian athlete to qualify for Rio Olympics". Malay Mail. Dicapai pada 31 July 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  30. ^ "Olympics Primetime". Rio Olympics. 9 August 2016. NBC.
  31. ^ Bernama (3 September 2016). "Sarawak Aquatic Centre named after Pandelela Rinong". Free Malaysia Today. Dicapai pada 28 September 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  32. ^ Ajitpal Singh (5 February 2017). "Pandelela in control". New Straits Times.
  33. ^ Lim, Teik Huat (18 July 2017). "Jun Hoong ignores back pain to win bronze with Pandelela". The Star. Dicapai pada 2 September 2017.
  34. ^ Lim, Teik Huat (20 July 2017). "Jun Hoong bags gold at World Aquatics Championships". The Star. Dicapai pada 2 September 2017.
  35. ^ Singh, Jugjet (26 August 2017). "KL2017: Malaysia sweep diving gold". New Straits Times. Dicapai pada 2 September 2017.
  36. ^ Singh, Jugjet (28 August 2017). "KL2017: Pandelela retains gold in individual 10m platform". New Straits Times. Dicapai pada 2 September 2017.
  37. ^ "Pandelela wins SAM-100PLUS Sports Awards 2010". AIPS. Dicapai pada 15 March 2016.
  38. ^ a b "Pandelela retains Sportswoman crown". The Borneo Post. Dicapai pada 15 March 2016.
  39. ^ "Pandelela Rinong crowned Sarawak sportswoman of the year, again". The Star (Malaysia). Dicapai pada 15 March 2016.
  40. ^ "Pandelela receives Johan Bintang Kenyalang award". The Star (Malaysia). Dicapai pada 12 March 2016.
  41. ^ "Pandelela Rinong awarded the NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysian of the Year award". Paul Tan. Dicapai pada 12 March 2016.
  42. ^ "Pendelela Picks Up Second SAM-100PLUS Best Athlete Crown". FNBM. Dicapai pada 15 March 2016.
  43. ^ "Pandelela, Al-Jufferi named as country's top athletes". The Star (Malaysia). Dicapai pada 30 May 2016.
  44. ^ "Pandelela nominated for Nickelodeon Kid's Choice Award". The Star (Malaysia). Dicapai pada 12 March 2016.
  45. ^ "Nickelodeon Kids' Choice Awards 2016: Jeron Teng wins Favorite Asian Sports Star". Rappler. Dicapai pada 15 March 2016.
  46. ^ "Pandelela wins third SAM-100Plus best athlete award". The Borneo Post. Dicapai pada 15 April 2016.
  47. ^ "APO 2016 Winners". mstar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2016. Dicapai pada 30 May 2016.
  48. ^ Yu Ji; Zora Chan; Brian Matthews (12 August 2012). "Pandelela is just your regular girl next door". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2012.
  49. ^ a b Michael Cheang (11 September 2016). "Getting to know the real Pandelela Rinong". The Star.
  50. ^ "303 individuals conferred Federal Awards today". Bernama. New Straits Times. 27 October 2016. Dicapai pada 9 August 2018.
  51. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  52. ^ "Rewards, incentives await diving queen Pandelela". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News (dalam bahasa Inggeris). 2016-08-10. Dicapai pada 2018-01-04.
  53. ^ "Pandelela, 6 others punished for drinking, partying during training stint". Free Malaysia Today. 21 June 2018. Dicapai pada 29 June 2018.
  54. ^ NSTP Sport (20 June 2018). "'Shameful videos' divers promise never to do it again". The Star Online. Dicapai pada 29 June 2018.
  55. ^ Lim Teik Huat (21 June 2018). "Pandelela and Co face the music for partying in China". The Star Online. Dicapai pada 29 June 2018.
  56. ^ Lim Teik Huat (22 June 2018). "Truly, deeply sorry". The Star Online. Dicapai pada 29 June 2018.

Bibliografi

Pautan luar

Sukan Olimpik
Didahului oleh
Azizulhasni Awang
Pembawa bendera  Malaysia
London 2012
Diikuti oleh:
Lee Chong Wei