Tok Dalang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 23: Baris 23:
[[Kategori:Watak]]
[[Kategori:Watak]]
[[Kategori:Lelaki]]
[[Kategori:Lelaki]]
[[Kategori:Kelahiran 1940]]
[[Kategori:Kelahiran 1979]]
[[Kategori:Upin & Ipin]]
[[Kategori:Upin & Ipin]]
[[Kategori:Melayu Malaysia]]
[[Kategori:Melayu Malaysia]]
[[Kategori:Orang dari Kelantan]]
[[Kategori:Orang dari Kedah]]

Semakan pada 12:58, 2 Oktober 2019

Isnin bin Khamis
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Abu Shafian Abdul Hamid (musim 1-4, Geng: Pengembaraan Bermula)
Burhanuddin Md Radzi (musim 5-kini)
Informasi
Nama panggilanTok Dalang
SpesiesManusia
JantinaLelaki
PekerjaanKetua kampung
Pertanian
Pertukangan
Kesenian
Pelancongan
KeluargaBadrol (cucu lelaki)
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Tok Dalang (lahir di Kedah, 21 Mac 1979; umur 45 tahun) ialah penghulu Kampung Durian Runtuh. Dia juga disegani sebagai juara wayang kulit, seperti yang diperlihatkan dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, maka gelarannya Tok Dalang.

Tok Dalang adalah jiran sebelah keluarga Upin & Ipin yang tinggal di rumah berwarna biru. Dia tinggal keseorangan dalam rumahnya kerana anak cucunya tinggal di bandar.

Rupa

Tok Dalang sering tampil dengan kopiah dan pakaian serba kelabu. Dia selalu membiarkan bajunya tidak dipasang butang sehingga mendedahkan dadanya yang kurus kering hingga nampak tulang rusuk.

Perwatakan

Dalam musim pertama, perwatakan Tok Dalang kelihatan kurang mesra dengan kanak-kanak yang selalu mengusiknya, terutamanya apabila mereka mengejar Rembo, ayam belaannya di serata kampung.

Akhir-akhir ini, Tok Dalang lebih mesra dengan kanak-kanak, termasuklah yang nakal. Dia mengalu-alukan bantuan Upin, Ipin dan kawan-kawan dalam bermacam-macam perkara, mungkin disebabkan usianya yang lanjut.

Pekerjaan

  • Ketua Kampung: Selain memimpin kampung, tugasnya adalah mengumpul zakat fitrah daripada penduduk kampung yang beragama Islam sempena Ramadan.
  • Pertanian: Di halaman rumahnya ada beberapa pokok rambutan dan reban ayam yang dijadikan punca makanan dan pendapatan. Dia juga mempunyai sebuah dusun durian dan kelapa di pinggiran kampung yang ditujuinya dengan menunggang basikal atau motosikal.
  • Pertukangan: Tok Dalang ada sebuah bengkel di bawah rumahnya, di mana dia membuat bermacam-macam benda, apalagi yang diingini oleh Upin dan Ipin. Dia juga membuat barangan daripada hasil tani di dalam mahupun halaman rumah.
  • Kesenian: Tok Dalang digelar sedemikian kerana mahir dalam wayang kulit, bahkan pernah banyak memenangi pertandingan wayang kulit. Selain itu dia pandai membuat kraf tangan, mainan dan hasil seni seperti wau dan gasing.
  • Pelancongan: Tok Dalang memiliki sebuah homestay di kawasan dusun.