Perbezaan antara semakan "Headwind"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
12 bait dibuang ,  2 tahun lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Headwind yang agak terumbang-ambing berikutan pengunduran Zainal, ingin meneruskan karier mereka dengan melakukan uji bakst untuk mencari penyanyi baharu. Melalui sesi uji bakat selama beberapa bulan, akhirnya mereka menemui seorang penyanyi kelab berpengalaman bernama Lionel Xavier. Mereka kemudiannya muncul dengan album berjudul ''Kembali'' untuk memberitahu peminat kembalinya Headwind dalam dunia seni tanah air. Selain penyanyi baru Lionel, Nicky Ooi, Kudin dan Zulkif turut menyumbangkan suara di dalam album tersebut. Banyak lagu-lagu menarik di dalam album itu, tetapi peminat masih merindukan suara Zainal. Maka, album Kembali telah dijadikan sebagai album studio terakhir Headwind. Kegagalan album itu menyebabkan Headwind semakin dilupakan.
 
Pada tahun 1990, pemaibpemain gitar utama Headwind, Zulkif telah menarik diri untuk menumpukan kerjaya baharunya sebagai pemuzik undangan untuk [[Ramlah Ram]] dan [[kumpulan Blackrose]]. Zulkif juga sempat mengeluarkan dua album yang bertajuk ''Misteri, Air, Api dan Angin'' dan ''Imaginasi'' di mana kedua-duanya merupakan album eksperimentasi yang baik daripada Zulkif. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah ''Dunia Sama Rasa'', instrumental ''Misteri, Air, Api dan Angin'' (lagu kontroversi yang ada persamaan melodi dengan lagu Gary Moore ''"Still Got The Blues"'') dan ''Suara Oh Suara'' (Penyanyi undanganfeat. Ajin Blackrose). Pada tahun yang sama, Headwind telah mengeluarkan album koleksi terbaik ke dua berjudul ''Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi'' bagi mengimbangi kegagalan album ''Kembali''.
 
Zainal pula muncul dengan album solo pertama yang berkonsepkan ''World Music'' berjudul ''Zainal Abidin'' di bawah label Roslan Aziz Production (RAP) pada tahun 1991. Beliau sangat berjaya sebagai artis solo berikutan meledaknya album tersebut yang mengandungi lagu hit ''Hijau'', ''Ikhlas Tapi Jauh'', ''Insaf'' dan lain-lain. Album tersebut ternyata merupakan album yang berkualiti dan terbaik pernah dikeluarkan di Malaysia. Zainal Abidin kemudiannya menjadi sebuah nama besar ketika itu jauh meninggalkan kumpulan lamanya, Headwind.
3,641

suntingan

Menu pandu arah