Perbezaan antara semakan "Headwind"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
7 bait dibuang ,  2 tahun lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Setelah beberapa lama Headwind kembali bermain muzik di kelab mereka bekerja, pertukaran anggota berlaku di mana dua orang anggota mereka, Man Senoi dan Wan telah menarik diri daripada Headwind atas hala tuju dan komitmen masing-masing. Tempat mereka kemudiannya telah digantikan oleh Muhayudin Ramly atau Kudin, pemain keyboard yang berasal dari [[Long Pasia]], [[Sabah]]. Dengan penyertaan Kudin, Headwind mengambil keputusan untuk bergerak hanya lima orang sahaja.
 
Pada tahun 1986, Headwind muncul dengan album kedua berjudul ''[[Headwind 86]]'' di bawah label yang sama. Selain genre pop, Headwind juga menyuntik sedikit elemen rock dalam beberapa buah lagu mereka untuk memantapkan lagi susunan muzik mereka. Album ini ternyata telah menaikkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu-lagu hit seperti ''Segalanya Mungkin'', ''Hanya Di Radio'', dan ''Hati Tak Berpenghuni''. Sebuah lagu mereka dari album terdahulu, ''Keindahan Pelangi'' telah diubah judul menjadi ''Pelangi'' dengan susunan muzik yang baharu dan turut menjadi siulan ramai pada ketika itu.
 
Berbekalkan kejayaan album tersebut, maka terhasillah album ketiga mereka yang diberi judul ''[[Headwind 3]]'' pada tahun yang sama. Album ini turut meletup di pasaran dengan lagu-lagu hit mereka seperti ''Kita Serupa'', ''Suraya'' dan ''Memori Luka''. Selain itu, mereka turut diberi pengiktirafan dari TV3 apabila lagu ''Memori Luka'' telah mara ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu 1987|Juara Lagu '87]].
3,649

suntingan

Menu pandu arah