Headwind: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33: Baris 33:
Setelah beberapa lama Headwind kembali bermain muzik di kelab mereka bekerja, pertukaran anggota berlaku di mana dua orang anggota mereka, Man Senoi dan Wan telah menarik diri daripada Headwind atas hala tuju dan komitmen masing-masing. Tempat mereka kemudiannya telah digantikan oleh Muhayudin Ramly atau Kudin, pemain keyboard yang berasal dari [[Long Pasia]], [[Sabah]]. Dengan penyertaan Kudin, Headwind mengambil keputusan untuk bergerak hanya lima orang sahaja.
Setelah beberapa lama Headwind kembali bermain muzik di kelab mereka bekerja, pertukaran anggota berlaku di mana dua orang anggota mereka, Man Senoi dan Wan telah menarik diri daripada Headwind atas hala tuju dan komitmen masing-masing. Tempat mereka kemudiannya telah digantikan oleh Muhayudin Ramly atau Kudin, pemain keyboard yang berasal dari [[Long Pasia]], [[Sabah]]. Dengan penyertaan Kudin, Headwind mengambil keputusan untuk bergerak hanya lima orang sahaja.


Pada tahun 1986, Headwind muncul dengan album kedua berjudul ''[[Headwind 86]]'' di bawah label yang sama. Selain genre pop, Headwind juga menyuntik sedikit elemen rock dalam beberapa buah lagu untuk memantapkan lagi susunan muzik mereka. Album ini ternyata telah menaikkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu-lagu hit seperti ''Segalanya Mungkin'', ''Hanya Di Radio'', dan ''Hati Tak Berpenghuni''. Sebuah lagu mereka dari album terdahulu, ''Keindahan Pelangi'' telah diubah judul menjadi ''Pelangi'' dengan susunan muzik yang baharu dan turut menjadi siulan ramai pada ketika itu.
Pada tahun 1986, Headwind muncul dengan album kedua berjudul ''[[Headwind 86]]'' di bawah label yang sama. Selain genre pop, Headwind juga menyuntik sedikit elemen rock dalam beberapa buah lagu untuk memantapkan lagi susunan muzik mereka. Album ini ternyata telah menaikkan nama mereka di persada seni tanah air dengan lagu-lagu hit seperti ''Segalanya Mungkin'', ''Hanya Di Radio'', dan ''Hati Tak Berpenghuni''. Sebuah lagu mereka dari album terdahulu, ''Keindahan Pelangi'' telah diubah judul menjadi ''Pelangi'' dengan susunan muzik yang baharu dan turut menjadi siulan ramai pada ketika itu.


Berbekalkan kejayaan album tersebut, maka terhasillah album ketiga mereka yang diberi judul ''[[Headwind 3]]'' pada tahun yang sama. Album ini turut meletup di pasaran dengan lagu-lagu hit mereka seperti ''Kita Serupa'', ''Suraya'' dan ''Memori Luka''. Selain itu, mereka turut diberi pengiktirafan dari TV3 apabila lagu ''Memori Luka'' telah mara ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu 1987|Juara Lagu '87]].
Berbekalkan kejayaan album tersebut, maka terhasillah album ketiga mereka yang diberi judul ''[[Headwind 3]]'' pada tahun yang sama. Album ini turut meletup di pasaran dengan lagu-lagu hit mereka seperti ''Kita Serupa'', ''Suraya'' dan ''Memori Luka''. Selain itu, mereka turut diberi pengiktirafan dari TV3 apabila lagu ''Memori Luka'' telah mara ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu 1987|Juara Lagu '87]].

Semakan pada 17:28, 7 Oktober 2019

Headwind
Fail:Headwind3.jpg
Kumpulan Headwind.
Dari kiri : Razak, Zulkif, Zainal, Kudin & Nicky Ooi
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Pop Rock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1977-kini
Syarikat rakaman
Polygram Records
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliZainal Abidin - Vokal
Zulkif - Gitar Utama
Nicky Ooi - Bass
Kudin - Keyboard
Razak - Dram
Bekas ahliMan Senoi - Keyboard/Vokal
Wan - Saxophone/Flute/Vokal
Lionel Xavier - Vokal

Kumpulan Headwind merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1977. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dalam pelbagai rentak seperti rock, balada, pop rock dan sentimental. Antara lagu mereka yang masih menjadi siulan peminat sehingga kini ialah lagu malar segar Suraya, Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, Memori Luka dan Cinta Si Camar Putih.

1977-1984 : Sejarah Awal

Kumpulan Headwind telah ditubuhkan pada tahun 1977 di Kuala Lumpur dan dianggotai oleh enam anak muda yang mahir bermain alat muzik iaitu Zainal Abidin Mohamed (Zainal), Zulkifli Abu Kassim (Zulkif), Iginatiu Gerard Ooi (Nicky Ooi), Abdul Razak Salleh (Razak), Othman Masri (Man Senoi) dan Raja Mohd Rashid Raja Sallehudin (Wan). Pada awalnya karier mereka bermula dengan bermain muzik di kelab-kelab malam di seluruh tanah air selama beberapa tahun. Sebagai sebuah kumpulan muzik yang berbakat dan mempunyai karisma yang tersendiri, mereka telah dilamar oleh pihak pengurusan Polygram Records, sebuah syarikat rakaman yang berpangkalan di Singapura untuk merakamkan album. [1]

Pada tahun 1983, Headwind telah menghasilkan album pertama mereka berjudul Headwind yang berunsurkan genre pop. Banyak lagu yang menarik antaranya Usah Diteruskan, Sekadar Pengertian, Cinta Ke Akhir Masa dan Keindahan Pelangi. Namun kerana kurangnya promosi, album Headwind mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan. Lebih malang lagi, sebilangan besar peminat Headwind tidak tahu akan kewujudan album ini. Namun mereka tidak mudah patah semangat malah mereka terus bergiat aktif dalam bidang muzik dengan kembali semula ke kelab mereka bekerja.

1985-1989 : Pertukaran Anggota & Puncak Populariti

Setelah beberapa lama Headwind kembali bermain muzik di kelab mereka bekerja, pertukaran anggota berlaku di mana dua orang anggota mereka, Man Senoi dan Wan telah menarik diri daripada Headwind atas hala tuju dan komitmen masing-masing. Tempat mereka kemudiannya telah digantikan oleh Muhayudin Ramly atau Kudin, pemain keyboard yang berasal dari Long Pasia, Sabah. Dengan penyertaan Kudin, Headwind mengambil keputusan untuk bergerak hanya lima orang sahaja.

Pada tahun 1986, Headwind muncul dengan album kedua berjudul Headwind 86 di bawah label yang sama. Selain genre pop, Headwind juga menyuntik sedikit elemen rock dalam beberapa buah lagu untuk memantapkan lagi susunan muzik mereka. Album ini ternyata telah menaikkan nama mereka di persada seni tanah air dengan lagu-lagu hit seperti Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, dan Hati Tak Berpenghuni. Sebuah lagu mereka dari album terdahulu, Keindahan Pelangi telah diubah judul menjadi Pelangi dengan susunan muzik yang baharu dan turut menjadi siulan ramai pada ketika itu.

Berbekalkan kejayaan album tersebut, maka terhasillah album ketiga mereka yang diberi judul Headwind 3 pada tahun yang sama. Album ini turut meletup di pasaran dengan lagu-lagu hit mereka seperti Kita Serupa, Suraya dan Memori Luka. Selain itu, mereka turut diberi pengiktirafan dari TV3 apabila lagu Memori Luka telah mara ke peringkat akhir Juara Lagu '87.

Pada tahun 1987, Headwind telah mengeluarkan album yang berjudul Bisikkanmu di mana lagu-lagu seperti Bisikkanmu, Berakhirnya Satu Percintaan dan Kasihku Abadi turut menjadi hit. Pada tahun berikutnya, album Dalam Ingatan dikeluarkan dan mengandungi lagu-lagu yang cukup hebat seperti Dalam Ingatan, Cinta Si Camar Putih, Entah Ke Mana Berlari dan Debu Liar.

1989-1993 : Cabaran Buat Headwind, Pengunduran Zainal & Perpecahan

Tahun 1989 merupakan tahun yang memberi cabaran buat Headwind. Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, mereka telah mengeluarkan album Headwind Meditasi yang mengandungi lagu-lagu yang menarik seperti Biar Saja Berlalu, Sejak Taufan Melanda dan Meditasi. Entah di mana silapnya album ini tidak berjaya di pasaran.

Perselisihan pendapat dalam sesuatu kumpulan memang tidak dapat dielakkan. Zulkif mahukan irama Headwind lebih kepada Rock 'n' Roll, namun Zainal berpendapat sebaliknya. Zainal pula ingin mencuba genre World Music yang dianggap sesuatu baharu di Malaysia pada ketika itu. Keinginannya yang terlalu kuat untuk meneroka genre tersebut telah membawa kepada pengunduran beliau dan seperti dijangka, keputusan ini sangat mengejutkan peminat-peminat Headwind. Pada masa yang sama, Headwind memutuskan untuk terus mengeluarkan album koleksi terbaik berjudul Headwind 1 - Lagu-Lagu Koleksi yang mengandungi tiga lagu baru iaitu Cinta Di Dua Dunia, Gadis Jalanan dan Tak Ku Sangka nyanyian Zainal. Album ini mendapat sambutan baik dan ketiga-tiga lagu tersebut menjadi siulan ramai.

Headwind yang agak terumbang-ambing berikutan pengunduran Zainal, ingin meneruskan karier mereka dengan melakukan uji bakst untuk mencari penyanyi baharu. Melalui sesi uji bakat selama beberapa bulan, akhirnya mereka menemui seorang penyanyi kelab berpengalaman bernama Lionel Xavier. Mereka kemudiannya muncul dengan album berjudul Kembali untuk memberitahu peminat kembalinya Headwind dalam dunia seni tanah air. Selain penyanyi baru Lionel, Nicky Ooi, Kudin dan Zulkif turut menyumbangkan suara di dalam album tersebut. Banyak lagu-lagu menarik di dalam album itu, tetapi peminat masih merindukan suara Zainal. Maka, album Kembali telah dijadikan sebagai album studio terakhir Headwind. Kegagalan album itu menyebabkan Headwind semakin dilupakan.

Pemain gitar utama Headwind, Zulkif telah menarik diri pada tahun 1990 untuk menumpukan kerjaya baharunya sebagai pemuzik undangan untuk Ramlah Ram dan kumpulan Blackrose. Zulkif juga sempat mengeluarkan dua album solo yang bertajuk Misteri, Air, Api dan Angin dan Imaginasi di mana kedua-duanya merupakan album eksperimentasi yang baik daripada Zulkif. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah Dunia Sama Rasa, instrumental Misteri, Air, Api dan Angin (lagu kontroversi yang ada persamaan melodi dengan lagu Gary Moore "Still Got The Blues") dan Suara Oh Suara (feat. Ajin Blackrose). Pada tahun yang sama, Headwind telah mengeluarkan album koleksi terbaik ke dua berjudul Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi bagi mengimbangi kegagalan album Kembali.

Zainal pula muncul dengan album solo pertama yang berkonsepkan World Music berjudul Zainal Abidin, terbitan Roslan Aziz Production (RAP), syarikat rakaman milik Roslan Aziz dan label edaran Warner Music pada tahun 1991. Hanya dengan album tersebut sahaja, nama Zainal terus sahaja menjadi sebutan apabila album yang hit dengan lagu Hijau, Ikhlas Tapi Jauh dan Insaf mencatatkan jualan yang membanggakan bukan sahaja di Malaysia, malah lagunya turut diterima baik di luar negara. Penghasilan album yang sangat teliti dan bermutu tinggi menjadikan album beliau antara album terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah muzik tanah air. Pengiktirafan album tersebut menjadikan Zainal Abidin sebuah nama yang masyhur jauh meninggalkan kumpulan lamanya, Headwind.

Pada tahun 1992, album koleksi Lagu-Lagu Karaoke Headwind pula diterbitkan. Album Headwind Remix pula diterbitkan pada tahun 1993 yang hanya mengandungi lima lagu hit iaitu Kita Serupa, Hanya Di Radio, Suraya, Debu Liar dan Dalam Ingatan.

Penyanyi baru Headwind, Lionel pula hilang entah ke mana sejak kegagalan album Kembali. Anggota Headwind yang lain iaitu Nicky Ooi, Kudin dan Razak menjadi pemuzik undangan untuk penyanyi lain seperti Ella bersama Hillary Ang (bekas anggota kumpulan Search & Cromok). Setelah beberapa tahun, Headwind masih wujud cuma kurangnya publisiti dan ketiadaan album baru menjadikan mereka seakan menghilang dari dunia seni suara. Nicky Ooi kemudiannya mengundurkan diri daripada Headwind untuk memberi fokus terhadap perniagaan memancing yang baru diusahakannya. Razak turut mengambil keputusan yang sama, dengan meninggalkan Kudin sebagai satu-satunya anggota Headwind yang tinggal. Menyedari tanggungjawab itu, Kudin telah menubuhkan kumpulan yang dinamakan Headwind 3 (Headwind generasi ke-3) dengan line-up baharu, namun ia tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

2014-kini : Zainal & Headwind Kembali Bersatu

Setelah 25 tahun tidak bersama, akhirnya Headwind telah membuat kemunculan semula bersama penyanyi asalnya, Zainal sebagai artis jemputan di Anugerah Juara Lagu ke-29 pada tahun 2014. Pada malam tersebut, mereka telah mendendangkan lagu-lagu hit mereka antaranya Memori Luka, Suraya, Segalanya Mungkin dan Cinta Si Camar Putih. Ternyata persembahan mereka mengubat kerinduan peminat-peminat setia yang sudah lama menantikan penyatuan semula mereka sebagai satu kumpulan.

Pada 1 Januari 2019, Zainal telah membuat konsert The Musical Journey of Zainal Abidin - 35th Anniversary Concert Featuring Headwind di Singapura. Terbaru, pada Ogos yang lalu, mereka telah membuat persembahan di Hard Rock Cafe di Georgetown, Pulau Pinang.

Ahli-ahli

Headwind 1977-1983 :

  1. Zainal Abidin Mohamad (Zainal) - Vokal Utama/Trombone
  2. Zulkifli Abu Kassim (Zulkif) - Gitar Utama/Vokal
  3. Iginatiu Gerard Ooi (Nicky Ooi) - Bass/Vokal
  4. Othman Masri (Man Senoi) - Keyboard/Vokal
  5. Raja Mohd Rashid Raja Salehuddin (Wan) - Saksofon/Flute/Vokal (pernah menganggotai kumpulan Carefree)
  6. Abdul Razak Salleh (Razak) - Dram/Percussion

Headwind 1986-1989 :

  1. Zainal - Vokal Utama/Trombone
  2. Zulkif - Gitar Utama/Vokal
  3. Nicky Ooi - Bass/Vokal
  4. Razak - Dram/Percussion
  5. Muhayudin Ramly (Kudin) - Keyboard/Vokal

Headwind 1989 :

  1. Lionel Xavier - Vokal Utama
  2. Zulkif - Gitar Utama/Vokal
  3. Nicky Ooi - Bass/Vokal
  4. Kudin - Keyboard/Vokal
  5. Razak - Dram/Percussion

Line-up terkini Headwind :

  1. Zainal Abidin - Vokal
  2. Zulkif - Gitar Utama
  3. Nicky Ooi - Bass
  4. Kudin - Keyboard
  5. Razak - Dram

Diskografi

  • Headwind (1983)
  • Headwind 86 (1986)
  • Headwind 3 (1986)
  • Bisikkanmu (1987)
  • Dalam Ingatan (1988) Gambar Cover.
  • Meditasi (1989)
  • Headwind 1 - Lagu-Lagu Koleksi
  • Kembali
  • Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi
  • Headwind - Lagu-Lagu Karaoke
  • Headwind - Remix

Pautan luar