Ampang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 67: Baris 67:
Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan sekitar:
Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan sekitar:


Kampong Mengkudu, Kampong Desa Nirwana dan Kampung Pandan yang merupakan kawasan asal setinggan bagi perantau yang datang dari negeri luar seperti Kedah, Perak, Johor, Kelantan dan membina rumah setinggan dikawasan lombong sekitar tahun 1970-1980an yang kemudian ditukar menjadi kawasan perumahan kos rendah (Flat) dan rumah lot, pusat kommersial serta bangunan kedutaan berikutan saranan kerajaan untuk melaksanakan program sifar setinggan di sekitar lembah klang. Kawasan Ampang dahulunya berada dibawah seliaan Pejabat Daerah Hulu Langat bersama-sama kawasan Majlis Daerah Kajang (kemudian dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kajang) sebelum dipecahkan kawasan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditubuhkan. Antara kawasan lain yang berhampiran ialah [[Kampung Baru Ampang|Kampung Pisang (kawasan sebelum dimajukan menjadi Pandan Indah) Kampung Baru Ampang]], [[Pekan Ampang]], [[Kampung Melayu Ampang]]. Kemudian Ampang mengalami perubahan pada sekitar 1980an hingga 1990an dengan perancangan bandar yang lebih dinamik sehingga terbukanya kawasan baru seperti [[Bandar Baru Ampang]], [[Taman Dagang]], [[Taman Nirwana]] dan [[Taman Ampang Hilir]]. Pada tahun 1990an hingga 2000, Kampung Pandan dan Ampang menjadi tumpuan warga asing (terutama daripada negara jiran yang kemudiannya menjadi penduduk tetap dan warganegara) untuk mendapatkan tempat tinggal kerana harga rumah yang berpatutan serta lokasinya yang berhampiran dengan bandar. Ketika ini juga lebuh raya MRR-2 dan kawasan perumahan mula dibina di kawasan bekas lombong dan setinggan Desa Nirwana dan Kampung Mengkudu yang kemudian berubah menjadi kawasan segi tiga emas yang terdiri daripada [[Taman Putra Sulaiman|Taman Ampang Utama, Taman Putra Sulaiman]], [[Ampang Point]] (Mamanda), [[Taman Tun Abdul Razak]] (Taman TAR) dan [[Ampang Jaya]] di Kuala Lumpur. Nama Kampong Mengkudu kini diabadikan menjadi Jalan Mengkudu berhampiran dengan Taman Tasik Ampang. Manakala Kampong Desa Nirwana digunakan menjadi Taman Nirwana.
Kampong Mengkudu, Kampong Desa Nirwana dan Kampung Pandan yang merupakan kawasan asal setinggan bagi perantau yang datang dari negeri luar seperti Kedah, Perak, Johor, Kelantan dan membina rumah setinggan dikawasan lombong sekitar tahun 1970-1980an yang kemudian ditukar menjadi kawasan perumahan kos rendah (Flat) dan rumah lot, pusat kommersial serta bangunan kedutaan berikutan saranan kerajaan untuk melaksanakan program sifar setinggan di sekitar lembah klang. Kawasan Ampang dahulunya berada dibawah seliaan Pejabat Daerah Hulu Langat bersama-sama kawasan Majlis Daerah Kajang (kemudian dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kajang) sebelum dipecahkan kawasan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditubuhkan. Antara kawasan lain yang berhampiran ialah [[Kampung Baru Ampang|Kampung Pisang (kawasan sebelum dimajukan menjadi Pandan Indah) Kampung Baru Ampang]], [[Pekan Ampang]], [[Kampung Melayu Ampang]]. Kemudian Ampang mengalami perubahan pada sekitar 1980an hingga 1990an dengan perancangan bandar yang lebih dinamik sehingga terbukanya kawasan baru seperti [[Bandar Baru Ampang]], [[Taman Dagang]], [[Taman Nirwana]] dan [[Taman Ampang Hilir]]. Pada tahun 1990an hingga 2000, Kampung Pandan dan Ampang menjadi tumpuan warga asing (terutama daripada negara jiran yang kemudiannya menjadi penduduk tetap dan warganegara) untuk mendapatkan tempat tinggal kerana harga rumah yang berpatutan serta lokasinya yang berhampiran dengan bandar. Ketika ini juga lebuh raya MRR-2 dan kawasan perumahan mula dibina di kawasan bekas lombong dan setinggan Desa Nirwana dan Kampung Mengkudu yang kemudian berubah menjadi kawasan segi tiga emas yang terdiri daripada [[Taman Putra Sulaiman|Taman Ampang Utama, Taman Putra Sulaiman]], [[Mamanda, Ampang]], [[Taman Tun Abdul Razak]] (Taman TAR) dan [[Ampang Jaya]]. Nama Kampong Mengkudu kini diabadikan menjadi Jalan Mengkudu berhampiran dengan Taman Tasik Ampang. Manakala Kampong Desa Nirwana digunakan menjadi Taman Nirwana.


Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil seperti; [[Ampang Indah]], [[Ampang Mewah]], [[Ampang Permai]], [[Ampang Jaya]] dan [[Lembah Jaya]]. Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut: [[Taman Dagang]], [[Taman Cahaya]], [[Taman Cempaka]], [[Taman Melur]], [[Taman Cahaya]], [[Taman Saga]], [[Taman Bukit Indah]], [[Taman Kosas]], [[Taman Kesuma]], [[Taman Kencana]], [[Taman Rasmi Jaya]], [[Pandan Jaya]] dan [[Pandan Indah]].
Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil seperti; [[Ampang Indah]], [[Ampang Mewah]], [[Ampang Permai]], [[Ampang Jaya]] dan [[Lembah Jaya]]. Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut: [[Mamanda, Ampang]], [[Taman Dagang]], [[Taman Cahaya]], [[Taman Cempaka]], [[Taman Melur]], [[Taman Cahaya]], [[Taman Saga]], [[Taman Bukit Indah]], [[Taman Kosas]], [[Taman Kesuma]], [[Taman Kencana]], [[Taman Rasmi Jaya]], [[Pandan Jaya]] dan [[Pandan Indah]].


Ampang juga sehingga kini telah berjaya meluaskan kawasan takluknya dibawah pentadbiran (MPAJ) sehingga ke [[Taman Bukit Mulia]], [[Taman Riverdale Park]], [[Taman Bukit Utama]], [[Taman Puncak Bukit Utama]], [[Taman Bukit Jaya]], [[Taman Bukit Mewah]], [[Taman Wangsa Ukay]], [[Taman Oakleaf]], [[Pinggiran Ukay]], [[Ukay Height]], [[Taman Kelab Ukay]], [[Taman Sri Ukay]], [[Baverly Hill]], [[Taman Jobina]], [[Taman Highland]], [[Taman Shuet Liang]], [[Taman Emas Ukay]], [[Taman Medan Damai]], [[Kampung Dato Keramat Tambahan]], [[Taman Keramat]], [[Taman Keramat Permai (AU1)]], [[Taman AU]], [[Bukit Antarabangsa]], [[Jelatek]], [[Zoo View]] (kawasan sekitar [[Zoo Negara]]), [[Taman Permata]], [[Taman Melawati]] dan sehingga ke [[Taman Maluri]].
Ampang juga sehingga kini telah berjaya meluaskan kawasan takluknya dibawah pentadbiran (MPAJ) sehingga ke [[Taman Bukit Mulia]], [[Taman Riverdale Park]], [[Taman Bukit Utama]], [[Taman Puncak Bukit Utama]], [[Taman Bukit Jaya]], [[Taman Bukit Mewah]], [[Taman Wangsa Ukay]], [[Taman Oakleaf]], [[Pinggiran Ukay]], [[Ukay Height]], [[Taman Kelab Ukay]], [[Taman Sri Ukay]], [[Baverly Hill]], [[Taman Jobina]], [[Taman Highland]], [[Taman Shuet Liang]], [[Taman Emas Ukay]], [[Taman Medan Damai]], [[Kampung Dato Keramat Tambahan]], [[Taman Keramat]], [[Taman Keramat Permai (AU1)]], [[Taman AU]], [[Bukit Antarabangsa]], [[Jelatek]], [[Zoo View]] (kawasan sekitar [[Zoo Negara]]), [[Taman Permata]], [[Taman Melawati]] dan sehingga ke [[Taman Maluri]].

Semakan pada 13:02, 25 Oktober 2019

Untuk maklumat tentang Ampang di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sila lihat Ampang, Kuala Lumpur.
Ampang
امڤڠ
Mohor rasmi Ampang
Nama panggilan: امڤڠ، سلاڠور در ال احسن
Cogan kata: Bakti, Bersih, Berbudaya
Negara Malaysia
NegeriSelangor Selangor
Dianugerahkan
Status Perbandaran
1 Julai 1992
Pentadbiran
 • Dikelolakan olehMajlis Perbandaran Ampang Jaya
 • Yang diPertua
Mohammad Yacob
 • Ahli Parlimen AmpangZuraida Kamaruddin
Keluasan
 • Jumlah143.5 km2 (55.4 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah126,285 [1]
 • Kepadatan880/km2 (2,300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)tidak mengamalkan
Laman sesawanghttp://www.mpaj.gov.my

Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Yang Berhormat Puan Zuraida Kamaruddin merupakan Ahli Parlimen daerah Ampang (P99) dari Pakatan Rakyat yang mewakili penduduk Ampang dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia sejak tahun 2008.

Umum

Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang, Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC). Kawasan Zon Ampang Kuala Lumpur ini telah ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut Rang Undang-Undang Wilayah Persekutuan. Kawasan pentadbiran di kawasan Zon Ampang Selangor pula ditadbir oleh (MPAJ) yang dibahagikan kepada lima (5) kawasan pemerintahan ADUN[2]:

  1. Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa (N19), wakil rakyat Y.B Tuan Mohamed Azmin Ali
  2. Dewan Undangan Negeri Cempaka (N21), wakil rakyat Y.B Tuan Ir. Iskandar Bin AbdulSamad
  3. Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (N18),wakil rakyat Y.B Tuan Haji Saari Bin Sungib
  4. Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya (N20), wakil rakyat Y.B Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
  5. Dewan Undangan Negeri Teratai (N22), wakil rakyat Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kelima-lima kawasan pemerintahan tersebut juga berada dalam Parlimen Ampang.

Sebahagian kecil kawasan Ampang, Selangor juga terletak didalam daerah Gombak, Selangor. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar Kuala Ampang.

Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan sekitar:

Kampong Mengkudu, Kampong Desa Nirwana dan Kampung Pandan yang merupakan kawasan asal setinggan bagi perantau yang datang dari negeri luar seperti Kedah, Perak, Johor, Kelantan dan membina rumah setinggan dikawasan lombong sekitar tahun 1970-1980an yang kemudian ditukar menjadi kawasan perumahan kos rendah (Flat) dan rumah lot, pusat kommersial serta bangunan kedutaan berikutan saranan kerajaan untuk melaksanakan program sifar setinggan di sekitar lembah klang. Kawasan Ampang dahulunya berada dibawah seliaan Pejabat Daerah Hulu Langat bersama-sama kawasan Majlis Daerah Kajang (kemudian dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kajang) sebelum dipecahkan kawasan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditubuhkan. Antara kawasan lain yang berhampiran ialah Kampung Pisang (kawasan sebelum dimajukan menjadi Pandan Indah) Kampung Baru Ampang, Pekan Ampang, Kampung Melayu Ampang. Kemudian Ampang mengalami perubahan pada sekitar 1980an hingga 1990an dengan perancangan bandar yang lebih dinamik sehingga terbukanya kawasan baru seperti Bandar Baru Ampang, Taman Dagang, Taman Nirwana dan Taman Ampang Hilir. Pada tahun 1990an hingga 2000, Kampung Pandan dan Ampang menjadi tumpuan warga asing (terutama daripada negara jiran yang kemudiannya menjadi penduduk tetap dan warganegara) untuk mendapatkan tempat tinggal kerana harga rumah yang berpatutan serta lokasinya yang berhampiran dengan bandar. Ketika ini juga lebuh raya MRR-2 dan kawasan perumahan mula dibina di kawasan bekas lombong dan setinggan Desa Nirwana dan Kampung Mengkudu yang kemudian berubah menjadi kawasan segi tiga emas yang terdiri daripada Taman Ampang Utama, Taman Putra Sulaiman, Mamanda, Ampang, Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) dan Ampang Jaya. Nama Kampong Mengkudu kini diabadikan menjadi Jalan Mengkudu berhampiran dengan Taman Tasik Ampang. Manakala Kampong Desa Nirwana digunakan menjadi Taman Nirwana.

Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil seperti; Ampang Indah, Ampang Mewah, Ampang Permai, Ampang Jaya dan Lembah Jaya. Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut: Mamanda, Ampang, Taman Dagang, Taman Cahaya, Taman Cempaka, Taman Melur, Taman Cahaya, Taman Saga, Taman Bukit Indah, Taman Kosas, Taman Kesuma, Taman Kencana, Taman Rasmi Jaya, Pandan Jaya dan Pandan Indah.

Ampang juga sehingga kini telah berjaya meluaskan kawasan takluknya dibawah pentadbiran (MPAJ) sehingga ke Taman Bukit Mulia, Taman Riverdale Park, Taman Bukit Utama, Taman Puncak Bukit Utama, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Wangsa Ukay, Taman Oakleaf, Pinggiran Ukay, Ukay Height, Taman Kelab Ukay, Taman Sri Ukay, Baverly Hill, Taman Jobina, Taman Highland, Taman Shuet Liang, Taman Emas Ukay, Taman Medan Damai, Kampung Dato Keramat Tambahan, Taman Keramat, Taman Keramat Permai (AU1), Taman AU, Bukit Antarabangsa, Jelatek, Zoo View (kawasan sekitar Zoo Negara), Taman Permata, Taman Melawati dan sehingga ke Taman Maluri.

Di samping itu terdapat beberapa kondominium mewah di kawasan Ampang:

  • Ampang Prima Condominium
  • Ayers Tower
  • Desa 288
  • East Side One Ampang Avenue
  • Kondominium Kojaya
  • Kyoto Garden
  • Oakleaf Condo
  • Renjana Ampang Condo
  • Tiara Duta Condominium
  • Villa Aman
  • Villa Ampang
  • Villa Duta
  • Villa Ria

Mamanda

Mamanda merupakan kawasan yang meliputi kawasan kecil Ampang Point dan Taman Dato Ahmad Razali. Kawasan ini juga ditadbir oleh (MPAJ). Kawasan Mamanda ini diambil dari perkataan "Para-para Pembesar Melayu". Perkataan ini telah dicatatkan pada nama-nama jalan disekitar kawasan itu. Kawasan Mamanda ini telah dimajukan oleh pemaju dari Syarikat Selaman Sdn.Bhd (sebuah anak syarikat kepada Kumpulan Selangor Berhad yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan)sekitar tahun 1989 sehingga 1992. Sehingga sekarang syarikat ini telah berjaya membangunkan beberapa kawasan baru di sekitar negeri Selangor. Pejabat utama syarikat ini terletak di kawasan Ampang Point. Keluasan Mamanda dianggarkan 1.5 hektar dan kos pembangunan dikawasan ini memakan hampir RM5 juta.Kawasan ini terletak di sempadan kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dan terletak lebih kurang 5 kilometer dari dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Perjalanan ke pusat bandar amat strategik dimana terdapat lebih banyak jalan yang menghubungkan ke Ibu Kota Kuala Lumpur disamping Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Middle Ring Road 2 (MRR2). Sebagai merakamkan rasa penghargaan kepada Selaman Sdn.Bhd yang telah banyak berbudi terhadap pembangunan kawasan Mamanda,beberapa batang lorong yang terdapat di dalam Dataran D'Palma yang berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point telah diberi nama Lorong Selaman. Lorong ini telah dihubungkan dengan Jalan Mamanda 1 yang agak sesak kerana merupakan jalan yang menjadi salah satu laluan utama untuk memasuki Jalan Ampang (jalan terpanjang di Ampang yang menghubungkan laluan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur).

Ampang juga mempunyai sebuah hutan simpan yang lebih dikenali sebagai "Hutan Simpan Bukit Belacan" yang terletak di kaki Bukit Belacan. Kini pada tahun 2008 hutan simpan itu telah diberikan nafas baru dengan landskap panorama yang lebih indah,bersih dan mesra. Nama baharunya adalah "Taman Rimba Ampang".

Sejarah

Ampang berasal dari perkataan "ampangan" bermaksud kawasan bekas lombong. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.

Asal-usul nama Ampang

Menurut sejarah, Ampang merupakan pekan melombong bijih timah semasa penjajahan British dan pasca-merdeka. Sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Kuala Lumpur. Pada tahun 1857, Raja Abdullah, wakil Kesultanan Selangor, membuka Lembah Klang bagi pencari gali bijih timah. Seramai 87 orang pencari gali berbangsa Cina pergi ke Sungai Klang dan mula mencari gali di kawasan Ampang yang pada masa itu hutan. Meskipun 69 orang daripada mereka meninggal dunia akibat wabak penyakit, sebuah lombong bijih timah yang berkembang maju dapat didirikan. Sebuah empangan dibina dari Bukit Belacan ke kawasan bandar Ampang untuk kerja-kerja melombong bijih timah. Perkataan ‘Ampang’ datang daripada perkataan 'Empangan' tetapi, kerana pelat, disebut 'Ampangan' oleh pencari gali Cina. [3]

Keluasan

Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat bebrapa kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -

Ampang Pra Merdeka

Raja Abdullah merupakan Raja pertama Daerah Kelang telah membuka lombong bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur. Raja Abdullah telah membawa seramai 87 orang pekerja Cina dari Lukut dan tinggal di Sungai Kelang. Semasa beliau dan pengikut-pengikutnya sampai ke persimpangan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai ‘Lumpor’.

Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh empat belas hari komunis memerintah Malaya). Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh pihak komunis.

Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.

Selepas itu, mulalah aktiviti pertanian kecil, di mana sayur-sayuran ditanam dan binatang ternakan mula kelihatan di kiri kanan jalan di sekitar Ampang. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke sini menjadikan Ampang semakin berkembang dengan pertambahan kawasan perumahan dan pusat perniagaan.Ampang juga merupakan salah satu tanah takluk jajahan kepada Kerajaan Sultan Selangor.

Kemudahan dan tempat tumpuan awam

Ampang yang terletak di negeri Selangor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur awam yang serba lengkap dan moden, ditambah dengan kedudukan geografinya yang strategik dan sangat hampir/bersempadan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kemudahan yang terdapat disini termasuklah kompleks membeli-belah, masjid dan surau, kuil, gurdwara, tokong, gereja kecil, sekolah & institusi pengajian tinggi, stesen LRT, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain.

Senarai kompleks membeli-belah

Nota: SC = kompleks beli-belah; HM = pasar raya besar


Senarai masjid utama

  • Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR)
  • Masjid Jami'il Huda Kampung Melayu Ampang
  • Masjid Bukit Indah, Ampang, Taman Bukit Indah
  • Masjid Taman Kosas l
  • Masjid Taman Kosas ll
  • Masjid Al-Ansar
  • Masjid As-Sobirin
  • Masjid Al Yabudin
  • Masjid Nurul Saadah
  • Masjid Al-Aman, Lembah Jaya Selatan

Institut Pengajian[4]

  • Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi
  • Sekolah Rendah Islam Ilmi
  • Sekolah Rendah Islam Al Amin, Taman Keramat
  • DarulHikmah Taman Ampang Utama
  • Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL), Jalan Kolam Ayer Lama
  • Sekolah Antarabangsa Mutiara Grammar
  • KHALIFAH Model School Taman Ampang Utama
  • Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu, Ampang
  • Sekolah Rendah Agama Kampung Cheras Baru
  • Sekolah Rendah Agama Kampung Pandan Jalan F
  • Sekolah Randah Agama Kampung Pandan Dalam
  • Sekolah Rendah Agama Pandan Indah
  • Sekolah Rendah Agama Taman Tasek
  • Sekolah Kebangsaan Ampang
  • Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana
  • Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
  • Sekolah Rendah Agama Lembah Jaya
  • Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat
  • Sekolah Rendah Kebangsaan 1 dan 2 Kuala Ampang,Jalan Ampang
  • Sekolah Kebangsaan Taman Tasik
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik
  • Sekolah Agama KAFA Intergrasi Islahiah
  • Sekolah Rendah / Menengah Taman Kosas
  • Sekolah Rendah / Menengah Kebangsaan Bukit Indah
  • Sekolah Rendah / Menengah Kebangsaan Taman Melawati
  • Sekolah Rendah / Menengah Kebangsaan Bukit Antarabangsa
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat
  • Kolej Islam As-Sofa
  • Institut Flamingo
  • Kolej Stamford Ampang
  • Sekolah Kebangsaan Desa Pandan

Stesen LRT

Klinik/ Hospital

Klinik Dr Rajan /Permai Policlinics

Tempat pelancongan dan tumpuan umum

  • Zoo Negara
  • Taman Rimba Ampang (dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Belacan)
  • Air Terjun Batu Asah
  • Trek jogging Taman TAR (kawasan tumpuan monyet, babun, dan babi hutan)[5]
  • Look Out Point Ampang (terletak di sempadan daerah Ampang dan Hulu Langat)
  • Empangan Klang Gates
  • K Club Berhad (pusat rekreasi, riadah, kolam renang, bowling dan lain-lain)
  • Kelab Darul Ehsan (lapangan golf, kolam renang, rekreasi, riadah, gimnasium, lapangan tennis & lain-lain)

Komposisi penduduk

Faktor ini boleh dilihat melalui aspek demografi seperti bangsa,agama dan jantina.

Taburan bangsa utama

  • Melayu: 55 %
  • Cina: 35 %
  • India: 10 %

Taburan jantina (ketepatan 100 %)

  • Lelaki: berdasarkan respondan 55 % orang adalah lelaki.
  • Perempuan: selebihnya

Rujukan

  1. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 February 2012. Dicapai pada 2012-12-05. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) table 13.1
  2. ^ Adun dan Ahli Parlimen MPAJ, pautan: http://www.mpaj.gov.my/adunahliparlimen
  3. ^ http://www.heritagemalaysia.my/Kl-Ampang.html
  4. ^ a b c https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/139
  5. ^ http://perhilitan.wildlife.gov.my/ekajiselidik/welcome.php

Pautan luar