Bandar Miri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Merge|Miri}}{{Infobox City |official_name = Miri
{{Merge|Miri}}
{{Infobox settlement
|other_name =
| official_name = Miri<br><big>ميري<big/>
|Emblem of Miri City Council
| settlement_type = [[Senarai bandar di Malaysia|Bandar]]
|Motto of Miri City Council = 'Maju bersama masyarakat ([[Malay language|Malay]]: Progress with the society)'
| image_skyline = Miri compilation.png
|website = http://www.miricouncil.gov.my/
| image_caption = From left to right: Marina Bay boats and sunset, Miri city centre from Canada Hill
|skyline_caption = Skyline of Miri.jpg
|image_seal = Seal_of_Miri.svg
| image_seal = Seal of Miri.svg
| seal_type = Miri City Council
|image_map = MapMalaysiaMiri.png
| image_map = {{maplink|frame=yes|plain=yes|type=shape|stroke-width=2|stroke-color=#000000|zoom=10|frame-latitude=4.3925|frame-longitude=113.98611111111111}}
|map_caption = Lokasi di [[Malaysia]]
| map_caption = Location of Miri in Sarawak
|subdivision_type = [[Daftar negara|Negara]]
| pushpin_map = #Malaysia#Asia#Earth
|subdivision_type1 = [[Negeri-negeri Malaysia|Negeri]]
| pushpin_mapsize = 275px
|subdivision_name = [[Malaysia]]
| pushpin_map_caption = {{Legend inline|#800000|outline=black}} '''Miri''' in {{Legend inline|#FEFEEF|outline=black}} '''[[Malaysia]]'''
|subdivision_name1 = [[Sarawak]]
| coordinates = {{coord|04|23|33|N|113|59|10|E|region:MY|display=inline,title}}
|established_title = Penubuhan
| nickname = "Resort City", "Bandar minyak"
|established_date = Pihak berkuasa tempatan<br/>(Dikurniakan status bandaraya pada tahun 2005)
| motto = Maju Bersama Masyarakat ({{lang-en|Progress with the Society}})
|leader_title = [[Datuk Bandar]]
| subdivision_type = Negara
|leader_name = [[Lawrence Lai Yew Son]]
| subdivision_name = {{flagu|Malaysia}}
|area_magnitude = 1 E8
| subdivision_type1 = [[Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia|Negeri]]
|area_total_sq_mi = 1838.71
| subdivision_name1 = {{flagu|Sarawak}}
|area_total_km2 = 4707.1
| subdivision_type2 = Bahagian
|population_as_of = 2010
| subdivision_name2 = [[Bahagian Miri]]
|population_total = 358 020
| subdivision_type3 = Daerah
|population_density_sq_mi = 130.31
| subdivision_name3 = [[Daerah Miri]]
|population_density_km2 = 50.90
| established_title1 = Diasaskan oleh [[Royal Dutch Shell]]
|timezone = [[Malaysian Standard Time|MST]]
| established_date1 = 10 Ogos 1910
|utc_offset = +8
| established_title2 = Diberikan status perbandaran
|timezone_DST = Not observed
| established_date2 = 6 November 1981
|elevation_m = 21.95
| established_title3 = Diberikan status Bandaraya
|elevation_ft = 72
| established_date3 = 20 Mei 2005
|latd = 4
| government_type = [[Manjlis Bandaraya Miri]]
|latm = 23
| government_footnotes = <ref name=Mirimayor>{{cite web|title=Official Website of Miri City Council - Mayor message|url=http://www.miricouncil.gov.my/modules/web/pages.php?mod=webpage&sub=page&id=48|publisher=Miri City Council|accessdate=19 March 2015}}</ref>
|lats = 34.74
| leader_title = Datuk Bandar
|latNS = N
| leader_name = Adam Yii Siew Sang
|longd = 113
| total_type = Bandar Miri
|longm = 58
| area_footnotes = <ref name=MCCArea>{{cite web |url=http://www.miricouncil.gov.my/modules/web/pages.php?mod=webpage&sub=page&id=65&menu_id=0&sub_id=96|title= Miri Council ... in Brief|last= |first= |publisher= Website of Miri City Council|date=4 September 2014 |website=Website of Miri City Council|accessdate=7 September 2014}}</ref>
|longs = 49.08
| area_magnitude = 1 E+6
|longEW = E
| area_total_km2 = 997.43
|footnotes = <table border="0" cellpadding="3" cellspacing="0" style="margin: 0 0 0 0; background: #f9f9f9;">
| elevation_footnotes = <ref>{{cite web|title=Miri, Malaysia Weather History and Climate Data |url=http://www.worldclimate.com/cgi-bin/data.pl?ref=N04E113+2100+96449W |publisher=World Climate |accessdate=21 March 2015 |archiveurl=https://web.archive.org/web/20040107231635/http://www.worldclimate.com/cgi-bin/data.pl?ref=N04E113%2B2100%2B96449W |archivedate=7 January 2004 |url-status=dead }}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.floodmap.net/elevation/ElevationMap/?gi=1738050|title=Malaysia Elevation Map (Elevation of Miri)|publisher=Flood Map : Water Level Elevation Map|accessdate=22 August 2015|archiveurl=https://web.archive.org/web/20150822155736/http://www.floodmap.net/elevation/ElevationMap/?gi=1738050|archivedate=22 August 2015|url-status=live}}</ref>
</table>
| elevation_m = 8
| elevation_max_footnotes =
| elevation_max_m =
| elevation_min_footnotes =
| elevation_min_m = 0
| population_footnotes = <ref name=localauthoritypopulation>{{cite web|url=http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/03ringkasan_kawasan_PBT_Jadual1.pdf|title=Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (page 1)|publisher=Department of Statistics, Malaysia|accessdate=19 March 2015|archiveurl=https://web.archive.org/web/20150205090002/http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/03ringkasan_kawasan_PBT_Jadual1.pdf|archivedate=5 February 2015|url-status=dead}}</ref>
| population_total = 234,541
| population_as_of = 2010
| population_density_km2 = 359
| population_density_sq_mi = <!-- Leave blank. Value will be auto-converted. -->
| population_blank1_title = [[List of adjectivals and demonyms for cities|Demonym]]
| population_blank1 = Mirian
| timezone1 = [[Malaysian Standard Time|MST]]
| utc_offset1 = +8
| timezone1_DST = Tidak dilihat
| utc_offset1_DST = +8
| postal_code_type = [[Senarai poskod di Malaysia|Poskod]]
| postal_code = 98xxx
| blank_name = [[Kod kawasan]]
| blank_info = +6085 (landline only)
| blank1_name = [[No pendaftaran kenederaan]]
| blank1_info = QM and QM****A (etc..) {{small|(for all vehicles except taxis)}} <br> HQ {{small|(for taxis only)}}
| website = {{URL|http://www.miricouncil.gov.my/}}
}}
}}




[[Fail:Miri-sarawak.JPG|thumb|Bandar Miri]]
[[Fail:Miri-sarawak.JPG|thumb|Bandar Miri]]

Semakan pada 15:01, 25 Oktober 2019

Miri
ميري
From left to right: Marina Bay boats and sunset, Miri city centre from Canada Hill
From left to right: Marina Bay boats and sunset, Miri city centre from Canada Hill
Mohor rasmi Miri ميري
Nama panggilan: "Resort City", "Bandar minyak"
Cogan kata: Maju Bersama Masyarakat (bahasa Inggeris: Progress with the Society)
Map
Location of Miri in Sarawak
Bandar Miri is located in Bumi
Bandar Miri
Bandar Miri (Bumi)
Koordinat: 04°23′33″N 113°59′10″E / 4.39250°N 113.98611°E / 4.39250; 113.98611Koordinat: 04°23′33″N 113°59′10″E / 4.39250°N 113.98611°E / 4.39250; 113.98611
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Miri
DaerahDaerah Miri
Diasaskan oleh Royal Dutch Shell10 Ogos 1910
Diberikan status perbandaran6 November 1981
Diberikan status Bandaraya20 Mei 2005
Pentadbiran
 • JenisManjlis Bandaraya Miri
 • Datuk BandarAdam Yii Siew Sang
Keluasan
 • Bandar Miri997.43 km2 (385.11 batu persegi)
Aras8 m (26 ft)
Aras Terendah
0 m (0 ft)
Penduduk
 (2010)[5]
 • Bandar Miri234,541
 • Kepadatan359/km2 (930/batu persegi)
 • Demonym
Mirian
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dilihat)
Poskod
98xxx
Kod kawasan+6085 (landline only)
No pendaftaran kenederaanQM and QM****A (etc..) (for all vehicles except taxis)
HQ (for taxis only)
Laman sesawangwww.miricouncil.gov.my


Bandar Miri

Bandar Raya Miri yang terletak di Miri , Sarawak merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat kenaikan status ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan".

Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.

Sejarah

Sejarah Awal

Pendudukan terawal manusia di kawasan ini pada zaman lampau 35,000 BC yang dikesan di Gua Niah.[6]

Perang Dunia Kedua

Menyedari bahawa peperangan bakal berlaku, kerajaan Brooke, di bawah Sir Charles Vyner Brooke, menjalankan kerja-kerja awal untuk mewujudkan lapangan terbang di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Lapangan terbang tersebut dibina di Kuching, Oya, Mukah, Bintulu dan Miri [7]

Dengan tiada angkatan tentera udara atau laut yang ditempatkan di dalam atau di sekitar Sarawak, kerajaan British menggalakkan angkatan Brooke untuk mengamalkan "Dasar Bumi Hangus" dalam peristiwa pendudukan Jepun. Rentetan daripada hal tersebut, skim telah dibangunkan untuk memusnahkan peralatan menggali minyak di Miri dan Lutong [8] Kerajaan Brooke mengetahui tentang serangan Jepun ke atas Pearl Harbor (7 Disember 1941) dan tanpa berlengah mengarahkan pemusnahan medan minyak dan lapangan terbang udara di Miri dan Seria. Surat perintah untuk perobohan penapisan di Lutong dan telaga minyak sampai kepada pegawai pemerintah di Miri pada pagi 8 Disember, dan pada petang itu juga, tugas itu telah disempurnakan. Garrison, seramai 2/15 Rejimen Punjabi, yang kemudiannya meninggalkan Miri pergi ke Kuching melalui laut pada 14 Disember [7] Jepun menawan bandar tersebut pada 17 Disember [9]

Pada 19 Disember 1941, bot terbang Belanda daripada Pulau Tarakan menyerang kapal pemusnah Jepun Shinonome, (Komander Hiroshi Sasagawa) seberat 1,950 tan diusir dari Miri; kapal itu tenggelam bersama-sama dengan anak-anak kapalnya sebanyak 228 [10] Sebuah lagi bot terbang menyerang kapal pengangkutan.

Sejarah Mutakhir

Pencarian minyak terawal dalam catatan rasmi di Malaysia berlaku pada Julai 1882 oleh Residen British daerah Baram di Sarawak. Minyak ini digunakan oleh penduduk tempatan untuk tujuan perubatan dan seterusnya untuk menyala lampu dan mengalisairkan bot. Penerokaan komersial hanya bermula pada tahun 1910 apabila Syarikat Petroleum Anglo-Saxon, perintis kepada Sarawak Shell masa kini yang diberi hak eksklusif untuk penerokaan petroleum di Sarawak, menemui minyak di pekan Miri, menandakan bermulanya industri petroleum Malaysia.

Pada 1950-an, perhatian diberi kepada lautan kerana lapangan minyak di Miri makin kekeringan hasil. Ini dibolehkan lagi oleh perkembangan baru dalam teknologi penggalian petroleum di lautan. Pantauan seismos marin dijalankan buat julung kali di Sarawak pada tahun 1954. Peralihan ke hasil dalam lautan mula menunjukkan hasil pada tahun 1962 apabila minyak ditemui dalam dua kawasan luar pesisir Sarawak, diikuti banyak lagi pencarian lain dalam masa yang singkat. Platform minyak luar pesisir yang pertama didirikan ialah Lutong Barat yang terletak kira-kira enam batu dari pantai.

Lapangan minyak daratan yang terakhir ditutup pada awal 1970-an sementara penghasilan minyak dari luar pesisir Miri dimulakan. Miri mula berkembang pesat sejak Parlimen menguatkuasakan Akta Petroleum yang mengehendaki Shell dan Exxon untuk berkongsi hasil jualan minyaknya dengan rakyat Malaysia. pada masa ini juga, Miri mula mengembangkan industri perkhidmatan dan pelancongannya.

Pada tahun 1989, keluarnya cadangan berwawasan untuk Miri dijadikan bandaraya. Cadangan ini meraih restu kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1993. Forum awam diadakan pada tahun 1994 dan satu kempen pengumpulan tandatangan besar-besaran diadakan pada tahun 2004 dan lebih satu per tiga populasi Miri telah meninggalkan tandatangan mereka sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan bagi Miri meraih status bandaraya. Miri menyediakan rangka tindakan bandaraya pada awal 2000-an, sementara kerajaan bersama-sama sektor swasta telah mnunjukkan kemampuannya untuk memenuhi sepuluh kriteria utara yang digariskan Kerajaan Persekutuan untuk menjadi bandaraya. Kerajaan Negeri Sarawak meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Miri untuk Miri dinaik taraf menjadi bandarata dan sejajar dengan itu, Majlis Perbandaran dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Miri pada 20 Mei 2004. Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan ini pada 16 Mac 2005. Yang di-Pertua Negeri Sarawak menitahkan penubuhan Majlis bandaraya Miri pada 12 Mei 2005. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII mengutuskan Surat Cara pengurniaan status bandaraya bagi nama "Majlis Bandaraya Miri" pada Majlis Perbandaran Miri dengan bidang kuasa penuh terhadap bandaraya Miri pada 13 Mei 2005. Pelantikan Datuk Bandar, Timbalan Datuk bandar dan anggota-anggota Majlis Bandaraya Miri diterbitkan dalam Warta Kerajaan Sarawak pada 19 Mei 2005. Pada 20 Mei 2005, pengisytiharan rasmi Bandaraya Miri dan pelantikan Cr. Dato Wee Han Wen sebagai Datuk Bandar pertama Majlis Bandaraya Miri diadakan di Miridan disusuli sambutan hari bandaraya. Kini, Hari Bandaraya Miri disambut pada 20 Mei setiap tahun.

Demografi

Bangsa/Kaum/Etnik

Kumpulan populasi penduduk Bandaraya Miri terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik. Antara suku kaum yang terdapat di Miri ialah suku kaum Iban, Melayu (yang juga terdiri daripada pecahan orang Melayu asli, pengambil nama timangan oleh kaum Jatti Miriek, Daleik, dan orang Bakong), Cina, Kedayan, Berawan, Melanau, Lun Bawang/Lun Dayeh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bidayuh, Penan,Punan, Saban/Berau, India, kelompok bangsa Serani dan penduduk asli yang lain.

Agama/Kepercayaan

Sesuai sebagai tempat yang menjadi tumpuan penduduk yang berbilang bangsa, kepelbagaian anutan agama turut wujud. Antaranya kepercayaan agama nenek moyang (kepercayaan roh dan kesukuan (tribal)), agama Kristian (Katolik, Methodist, Sidang Injil Borneo (SIB), Anglikan), Islam, Buddha, Hindu, kepercayaan Bahá'í dan kepercayaan minoriti yang lain.

Iklim

Iklim di Miri bersifat iklim hutan hujan tropika. Terdapat dua musim monsun yang dialami oleh tempat ini iaitu; Monsun Barat Daya, iaitu musim kering yang berlaku pada bulan April sehingga bulan September dan Monsun Timur Laut, iaitu musim tengkujuh yang berlaku pada bulan Oktober sehingga bulan Mac. Sukatan hujan tahunan adalah sekitar 250 sentimeter hingga 380 sentimeter (100 hingga 150 inci). Suhu udara/keliling ialah sekitar 23 °C hingga 32 °C (74 °F hingga 90 °F) yang dialami sepanjang tahun. Kadang-kala, suhu udara/keliling boleh jatuh sehingga ke paras 18 °C hingga 16 °C, terutamanya dalam bulan November, Disember dan Januari. Suhu keliling terendah yang pernah direkodkan ialah pada bulan Disember 2010, yang mencatatkan sehingga serendah 11 °C. Pada 2 Febuari 2012, cuaca berkabus meliputi seluruh bandaraya, mengurangkan tahap penglihatan sehingga 40 peratus dan suhu terendah dicatatkan pada bulan tersebut ialah 16 °C pada awal pagi sehingga jam 10 pagi.

  • Rujuk rencana Miri dalam bahasa Inggeris

Fenomena El Nino turut dialami di Miri, seperti kebanyakan tempat di Malaysia.

Infrastruktur

Pusat Membeli Belah

  • MYY Mall
  • E-mart
  • Permy Mall Giant
  • Permaisuri Mall
  • Imperial Mall
  • Boulevard Shopping Complex
  • Merdeka Mall
  • Miri City Square
  • Bintang Plaza (Parkson)

Bangunan

  • Kompleks Mahkamah Miri
  • Hospital Miri
  • Dewan Suarah Miri
  • Pustaka (Perpustakaan)
  • Kolam Renang Miri (Miri Swimming Pool)
  • Stadium Miri (Miri Stadium)
  • Stadium Tertutup Miri (Miri Indoor Stadium)
  • Miri Go-kart

Jalan raya

  • Miri By-Pass
  • 2 Flyover (nama?)

Pengangkutan/Perhubungan

Lapangan Terbang Miri

Melalui Udara

Lapangan Terbang Miri menerima penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Singapura, Kota Kinabalu, Labuan, Sibu, Bintulu, Marudi, Limbang dan penerbangan dari bandar-bandar kecil dari seluruh Sarawak. Lapangan terbang ini juga merupakan pusat/hab/tonggak perhubungan terpenting bagi MASwings untuk menghubungkan kawasan-kawasan terpencil di kawasan pedalaman seperti Loagan Bunut, Ba'kelalan dan Bario. Di samping itu, lapangan terbang ini menjadi laluan udara utama untuk ke taman-taman negara seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Niah dan Taman Negara Lambir Malaysia Airlines dan AirAsia merupakan pengendali utama penerbangan ke Miri.

Melalui Darat

Selain itu, Miri boleh dicapai/diakses melalui jalan darat dari Sabah melalui Bandar Seri Begawan, (Brunei) berturutan sehingga ke Baram dan Limbang serta dari Bintulu melalui Batu Niah dengan menggunakan Pan Borneo Highway.

Perkhidmatan pengangkutan awam di Miri seperti bas awam, teksi, dan kereta sewa turut disediakan. Bas awam berhawa dingin dan biasa digunakan oleh penduduk tempatan dan orang asing untuk ke bahagian-bahagian Bandaraya Miri seperti Permyjaya, Tanjong Lobang, Bakam, Lutong, Pujut, Taman Tunku dan sebagainya. Bas-bas awam ini mempunyai kod tempat tersendiri yang selalunya dipamerkan di hadapan bas. Teksi selalunya digunakan untuk membawa pelancong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke tempat penginapan. Kereta sewa ditawarkan perkhidmatan oleh syarikat-syarikat tertentu untuk bersiar di sekitar bandaraya dan kenderaan persendirian prebet (private) digunakan untuk ke luar bandar, khususnya ke Bekenu dan Kuala Baram.

Kod bagi kenderaan berdaftar di Miri ialah QM.

Bandar Raya Miri mempunyai zon meletak kenderaan yang ditetapkan mengikut warna mewakili jam yang menggunakan sistem kupon letak kenderaan yang boleh didapati di pondok-pondok kupon dan permis-permis perniagaan yang mendaftar untuk menjual kupon letak kenderaan. Kupon ini hanya untuk kenderaan selain motosikal. Di samping itu, tempat letak kereta swasta (selalunya berdekatan dengan pusat beli-belah utama) dan persendirian turut ditawarkan sebagai alternatif dengan bayaran mengikut jam, harian dan bulanan pada kadar berpatutan. Tempat khusus untuk meletak motosikal turut disediakan Majlis Bandar Raya Miri (MCC) dengan palang besi untuk mengunci motosikal bagi tujuan keselamatan kenderaan tersebut semasa ketiadaan empunya.

Melalui Air

Sejak dahulu lagi, sungai merupakan sahabat sejati bagi penduduk tempatan untuk berhubungan antara satu sama lain. Jalan air digunakan sekiranya untuk ke kawasan pedalaman yang sukar dicapai atau tiada jalan darat dan sebagai jalan alternatif yang lebih memakan masa bagi para pelancong yang ingin menikmati suasana kehijauan dan alam semulajadi sepanjang perjalanan ke tempat seperti Taman Negara Mulu, Bario dan sebagainya. Bot laju (express) untuk ke Marudi dari pekan-pekan kecil di Miri seperti Lapok turut disediakan.

Pelancongan

Berasal hanya sebagai sebuah pekan minyak yang sibuk, kini, Miri juga tidak ketinggalan mengalami pemesatan ekonomi sehingga statusnya dinaiktaraf sebagai bandaraya pelancongan yang baru. Pemandangan latar langit Miri turut banyak berubah sepanjang tempoh ini. Terdapat pelbagai rancangan kemajuan yang dirangka untuk Bandaraya Miri. The Miri Waterfront dan Marina Park merupakan beberapa contoh projek infrastruktur yang bakal mengangkat lagi Bandaraya Miri pada masa hadapan.

Bandar Miri mempunyai atmosfera dan suasana yang cukup damai dan kasual, dipenuhi dengan pelbagai jenis pusat komersial moden, namun, pada masa yang sama turut mengekalkan nilai dan jualan barangan produk penduduk tempatan dan barangan tradisional setempat. Antara pusat komersial ialah taman yang menarik, pantai dan kelab hiburan serta restoran yang mewah dan lengkap. Bandaraya Miri dijangka menjadi sebuah kota yang bergemerlapan sehingga menjajar ke kota-kota lain di pesisir pantai barat utara Borneo.

Selain itu, Miri juga turut digelar sebagai Gerbang Utara/Pintu Masuk Utara ke Sarawak dan menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di negeri ini. Miri yang mempunyai banyak aset-aset semulajadinya telah mengagumkan ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung. Hal ini kerana, Miri dikelilingi oleh empat buah taman negara bertaraf antarabangsa yang diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO seperti Gunung Mulu, Gua Niah, Bukit Lambir dan Loagan Bunut.

Monumen Semulajadi

Taman Negara

Taman Negara Gunung Mulu diperakui sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO mempunyai lubang gua semulajadi terbesar di dunia, iaitu Lubang Nasib Bagus (Sarawak Chamber) yang diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Gua Niah di Taman Negara Niah ialah sebuah tapak arkeologi dan sejarah yang penting kerana di sinilah tempat para ahli arkeologi menjumpai salah satu tulang rangka manusia tertua di Asia Tenggara. Taman Negara Bukit Lambir (atau Taman Negara Lambir) dihuni oleh beraneka spesis flora dan fauna dan menduduki tempat ke-12 di kalangan tapak yang paling banyak kepelbagaian hidupannya (biodiversiti) di dunia. Di Taman Negara Loagan Bunut pula terletaknya tasik semulajadi terbesar di Sarawak serta kepelbagaian spesis burung.

Pantai

Berlatarkan langit yang menghadap ke Laut China Selatan mengarah ke barat, Miri yang terletak berdekatan dengan laut juga turut dianugerahkan dengan pantai-pantai yang indah dan permai seperti Tanjong Lobang (Taman Selera), Luak Esplanade, Hawaii Beach, Pantai Lutong (Lutong Beach), Pantai Bungai (Bungai Beach), Pantai Peliau dan Pantai Tusan di Bekenu dan sebagainya.

Batu Karang/Dasar Laut

Selain itu, terdapat juga Taman Negara Marin Miri-Sibuti yang baru diwartakan dan mempunyai salah satu terumbu karang yang tercantik di rantau ini serta kaya dengan keunikan kepelbagaian hidupan air/akuatiknya.

Monumen Buatan

Tempat Bersejarah

Grand Old Lady dan Muzium Petroleum
Muzium Petroleum

"The Grand Old Lady" ialah gelaran bagi Telaga Minyak Miri yang juga telaga terawal ("Oil Well No. 1") di Miri yang kini dijadikan tarikan pelancong terkenal, ditubuhkan pada awal 1900-an kerana sumber minyaknya. Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak, atau dahulunya dipanggil Bukit Kanada (Canada Hill) (mengikut cerita orang tua, suatu ketika dahulu, terdapat seorang kulit putih warga Kanada yang pernah tinggal di sana yang bekerja mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit tersebut). Oil Well No. 1 didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910. Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya telaga ini ditutup pada tahun 1972, yang seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan.

Sebelum itu, pernah wujud sebuah menara pengawasan berdekatan monumen ini di mana para pengunjung boleh melihat pemandangan bandaraya Miri dengan berlatarkan Laut China Selatan sebagai kaki langitnya (horizon). Menara itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Muzium Sains Petroleum Miri dan kini diganti dengan platform pemandangan yang disediakan di atas bangunan ini. Muzium ini juga mempunyai tarikan tersendirinya yang menawarkan pelbagai jenis pameran berkaitan dengan industri minyak, sinonim dengan gelaran bandaraya ini, Miri Oil Town (Bandar Minyak).

Tugu Jepun

Tugu Jepun dibina bersempena pendudukan Jepun pada tahun 1942 di Sarawak. Miri merupakan tempat pertama pendaratan askar-askar Jepun sebelum berpecah untuk mara ke kawasan selatan Sarawak (sampai ke Kuching) dan ke Sabah di utara bagi menentang kuasa Barat (British) yang memerintah pada ketika itu. Nama Tanjong Lobang dipercayai bersempena dengan lubang rahsia yang digali untuk kemudahan pergerakan tentera penjajah di tanjung tersebut. Versi lain asal-usul nama Tanjong Lobang dipercayai adanya lubang hasil hakisan alam di tanjung tersebut. Lokasi sebenar lubang tersebut tidak diketahui atau telah ditelan zaman/hasil pembangunan di tanjung tersebut. Tugu Jepun ini boleh dilihat di Tanjong Lobang, bersebelahan sekolah menengah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dan rumah api (lighthouse). Monumen bersejarah ini dibawah seliaan Jabatan Laut Miri.

Taman Awam

Taman Awam Miri

Miri mempunyai 14 taman awam dan tempat rekreasi. Antaranya ialah Taman Bulatan Miri (taman tasik), Luak Bay Esplanade (taman pesisir pantai), Taman Selera (kawasan perkelahan), Taman Awam Miri dan Miri City Fan yang paling terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Miri City Fan atau Taman Kipas Miri, ialah sebuah taman 10.4 hektar yang terletak di pusat bandar, pernah dianugerahkan sebagai taman bandaraya berlandskap terbaik di Malaysia pada tahun 2001.

Rumah Ibadat

Tokong Lian Hua San

Tokong Taoisme besar yang terletak di pinggir bandar Krokop di Miri ialah tokong Taoisme terbesar di Asia Tenggara. Seni bina luar biasa dan arca yang rumit di tokong ini banyak menarik kedatangan pelancong untuk menziarah tempat ini.

Beli-belah

Miri juga dikenali sebagai tumpuan beli-belah dalam kalangan rakyat tempatan dan Brunei kerana harga barangnya yang berpatutan dan murah. Antara pusat beli-belah tersohor di Miri termasuklah Bintang Plaza (atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Parkson/Paksen/Paxen), pusat beli-belah yang sering menjadi tumpuan golongan muda-mudi; Boulevard Shopping Complex, Imperial Shopping Mall, E-Mart, Miri Plaza, Miri Square, Wisma Pelita Mall dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat beberapa buah pusat beli-belah baharu yang sedang dan telah siap dibina seperti MYY Mall di Lutong, Permy Mall di Bandar Baru Permyjaya dan Merdeka Mall di Morsjaya.

Tambahan pula, Miri turut terkenal kerana hasil kraftangannya, terutamanya keluaran bermanik. Kedai kraftangan sepanjang Jalan Bendahara, dan Jalan Brooke merupakan destinasi pilihan di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Pusat Kraftangan Miri (Miri Handicraft Center) di simpang Jalan Merbau dan Jalan Brooke dijadikan tempat pilihan pemburu hasil kraftangan dan cenderahati yang berkualiti.

Selain itu, pasar malam (night market) ada di Miri yang selalunya beroperasi pada hari Khamis hingga Sabtu. Antara kawasan pasar malam popular ialah 'Saberkas', 'Morsjaya' dan yang terbaharu diwartakan berada di (info diperlukan). Pasar malam ini menawarkan pelbagai jenis jualan yang terdiri daripada makanan, minuman, pakaian, keperluan harian, aksesori dan sebagainya. Tawar-menawar merupakan suatu kebiasaan dan kelebihan semasa berkunjung di sini.

Pendidikan

SMK Chung Hua Miri

Pendidikan Pra Sekolah

  • Tiada data, perlu ditambah

Pendidikan Rendah

Sekolah Kebangsaan

SK Jalan Bintang, SK Riam Batu Dua, SK Anchi, SK Pujut Corner, SK Kpg Luak, SK Pulau Melayu, SK Temenggong Datuk Muip, SK Tudan, SK Pendidikan Khas (P), SK Merbau, SK Senadin, SK Miri, SK Sayed Othman, SK Lutong, SK Lambir Village

(dan sebagainya)

Sekolah Jenis Kebangsaan

SJK(C) Chung Hua Miri, SJK(C) Chung Hua Krokop, SJK(C) Chung Hua Lutong, SJK(C) Chung Hua Pujut, SJK(C) Chung Hua Bakam, SJK(C) Chung San Miri, SJK(C) Chung Hua Tudan, SJK(C) North, SJK(C) Tukau

(dan sebagainya)

Sekolah Agama/Mubaligh

SK Agama Miri, SK St Columba, SK St Joseph

Pendidikan Menengah

Sekolah Kebangsaan

SMK Dato Permaisuri, SMK Luak, SMK Baru, SMK Riam, SMK Lopeng Tengah, SMK Merbau, SMK Taman Tunku, SMK Pujut, SMK Lutong, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, SM Sains Miri

(dan sebagainya)

Sekolah (Jenis) Kebangsaan

SMK Chung Hua

Sekolah Agama/Mubaligh

SMK Agama Miri, SMK St Joseph, SMK St Columba

Sekolah Menengah Vokasional

SMV Miri

Pendidikan Tinggi

Curtin University, Kampus Sarawak, Malaysia merupakan sebuah kampus luar pesisir Curtin University, Australia Barat, dan menjadi universiti asing pertama di Malaysia Timur. Mula dibuka pada tahun 1999 dengan kerjasama Kerajaan Sarawak, universiti ini menyediakan perkhidmatan keperluan pendidikan untuk penduduk tempatan dan orang asing.

Di samping itu, kemudahan pendidikan tinggi/lanjutan di Bandaraya Miri termasuklah Open University Malaysia (Miri Campus), Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sarawak (IPGMS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian Miri (ILP), Kolej Komuniti Miri, Riam Institute of Technology, IBS College, Fajar International College, Tenby International School dan sebagainya.

Kempen

Di Miri, kempen "Tiada Beg Plastik" (No Plastic Bag Campaign) diwujudkan di gedung beli-belah utama bagi menyokong usaha untuk kempen bumi hijau yang diuar-uarkan di seluruh dunia. Lain-lain kempen seperti kempen menjaga kebersihan bandar dan sebagainya.

Rujukan

  1. ^ "Official Website of Miri City Council - Mayor message". Miri City Council. Dicapai pada 19 March 2015.
  2. ^ "Miri Council ... in Brief". Website of Miri City Council. Website of Miri City Council. 4 September 2014. Dicapai pada 7 September 2014.
  3. ^ "Miri, Malaysia Weather History and Climate Data". World Climate. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2004. Dicapai pada 21 March 2015.
  4. ^ "Malaysia Elevation Map (Elevation of Miri)". Flood Map : Water Level Elevation Map. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2015. Dicapai pada 22 August 2015.
  5. ^ "Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (page 1)" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 February 2015. Dicapai pada 19 March 2015.
  6. ^ "Ancient Malaysia: 35,000 BC . Oleh itu, jumlah populasi penduduk Miri telah bertambah sejak 20 tahun yang lalu iaitu 95 000 ( 1980 ) kepada 189 000 ( 2000 ) 298 000 ( 2010 ) 368 000 ( 2012 ), suatu lonjakan yang sangat besar. 100 BC". Malaysia Tourism Promotion Board. Dicapai pada 2008-07-18.
  7. ^ a b L, Klemen (1999–2000). "The Invasion of British Borneo in 1942". Forgotten Campaign: The Dutch East Indies Campaign 1941-1942.CS1 maint: date format (link)
  8. ^ "Miri Resort Decline and War". Dicapai pada 2008-07-18.
  9. ^ "Miri History". miricity.com.my (official city community site). Dicapai pada 2011-09-11.
  10. ^ Visser, Jan (1999–2000). "Who sank IJN destroyer Shinonome, December 1941?". Forgotten Campaign: The Dutch East Indies Campaign 1941-1942.CS1 maint: date format (link)

Pautan luar