Jasmin Hamid: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 37: Baris 37:
! Tahun
! Tahun
! Tajuk
! Tajuk
! Peranan
! Watak
! Catatan
! Catatan
|-
|-
Baris 88: Baris 88:
| ''[[Pak Pong]]''
| ''[[Pak Pong]]''
| Sang Kelabai Besar
| Sang Kelabai Besar
|
|-
|2019
| ''[[Anak Penjanjian Syaitan]]''
|
|
|
|-
|-

Semakan pada 11:36, 26 Oktober 2019

Jasmin Hamid
Jasmin Hamid (paling kiri) beraksi dalam siri komedi Datin Wan Abe
Kelahiran
Jasmiah binti Abdul Hamid

(1972-12-08) 8 Disember 1972 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1990–kini
PasanganIan Rashid Macquistan (1998 - 2008)
Anak-anakRohana,
Luqman Hakim (anak angkat)
Ian Haziq (anak kandung)

Jasmiah Abdul Hamid (lahir 8 Disember 1972) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997.[1] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]

Kerjaya

Permulaan karier Jasmin bermula apabila beliau menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/91 dan layak ke peringkat akhir. Menerusi pertandingan itulah beliau disambar oleh penerbit Pansha untuk membintangi filem Boss biarpun usianya baru menginjak ke 17 tahun. Liku-liku kehidupan aktres cantik ini sepanjang lebih dua dekad bergelar artis sentiasa disimpan kemas dalam mindanya. Bukan mudah untuk Jasmin bergelar artis yang bukan sahaja mampu membawa diri ‘terbang lebih tinggi’, malah menampilkan lakonan yang berkualiti selaras dengan impiannya setelah memasukkan kaki dalam industri seni ini.

Nekad dengan pendiriannya yang tidak menganggap bidang lakonan sebagai medan untuk ‘suka-suka’ dan hobi, Jasmin menerima setiap pasang surut yang tercetus sejak dia mula ‘bertatih’ dalam lakonan sehingga menempa populariti kini hasil tempias pelbagai agenda dan kronologi karier mahupun kehidupannya. Disebabkan minat yang mendalam, lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak yang disukainya, dia menerima setiap tawaran lakonan tanpa rungutan.

Antara watak-watak yang sinonim dan masih segar di ingatan penonton ialah Minah Senget pada awal 90an, diikuti watak Maria Mercedes yang dipegangnya dalam siri TV Seri Pengantin pada awal 2000an. Terbaru beliau menghiburkan seisi rumah dengan watak Datin Wan Abe menerusi siri komedi tajuk serupa. Keupayaan beliau dalam menerajui watak komedi sememangnya tidak dipersoalkan lagi, malahan pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 1997 menerusi watak komedi dalam drama Jutawan Segera.

Selain watak komedi, Jasmin juga menonjol menerusi watak antagonis dan serius. Antara lakonannya yang mencuri perhatian adalah menerusi drama Syurga Di Mana, Ilham Suci hasil tulisan Nor Faznita Md Nor dan Relung Kasih. Penglibatan Jasmin dalam drama bermutu tinggi pernah menyaksikan beliau mewakili Malaysia untuk menerima Anugerah Drama Terbaik Asia Tenggara pada Festival TV Antarabangsa Tokyo ke-3 yang berlangsung di negara matahari terbit itu pada tahun 2008 menerusi drama Bicara Aur dan Tebing. Pada tahun 2010, Jasmin terbang ke Los Angeles untuk mewakili drama Datin Wan Abe dalam lawatan sambil belajar anjuran Media Prima bersama pemenang Anugerah Skrin 2009.

Kehidupan peribadi

Jasmin yang berketinggian 170cm pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan namun mereka dikatakan telah berpisah pada 4 Februari 2008. Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya kini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya.

Mereka adalah Rohana, 29, Lukhman Hakim, 22, dan Ian Haziq, 16. Rohana dan Lukhman adalah anak angkat yang dibesarkan sejak Jasmin berusia 20 tahun. Manakala Ian Haziq merupakan anak kandung beliau bersama Ian Rashid.

Filemografi

Jasmin pernah muncul dalam lebih 200 buah drama TV termasuk siri TV, siri komedi dan juga lipur lara. Berikut adalah antara karya yang pernah menonjolkan nama beliau.

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Boss
1991 Kanta Serigala Wati
1995 Sama Tak Serupa
1996 Amelia
2000 Anaknya Sazali June
2001 Cinta Tiada Restu Kathy
2004 Cinta Luar Biasa
2007 Budak Lapok
2015 Suamiku, Encik Perfect 10 Puan Yazmeen
2017 Pak Pong Sang Kelabai Besar
2019 Anak Penjanjian Syaitan

Telefilem

  1. Cemburu (1993)
  2. Dilema Kasih (1994)
  3. Memori Fazira (1994)
  4. Hello Sayang (1994)
  5. Bukan Aku Tak Cinta (1996)
  6. Jutawan Segera (1997)
  7. Gurindam Jiwa (1998)
  8. Kau Yang Satu (2000)
  9. Kembali Bertaut(2000)
  10. Hangatnya Salju Dinginnya Bara (2000)
  11. Satu Hari Di Hari Raya (2001)
  12. Cuba Test (2001)
  13. Hari Jadi (2001)
  14. Tarantula (2002)
  15. Mr Reed (2004)
  16. Syurga Di Mana (2005)
  17. Noda Semalam (2006)
  18. Mek Salmah Dari Scotland (2006)
  19. Kain Sutera Kain Cotton (2007)
  20. Ilham Suci (2007)
  21. Mek Salmah Ratu Budu (2007)
  22. Novelis Babysitter (2008)
  23. Relung Kasih (2008)
  24. Calon Madu (2008)
  25. Bahang Ravina (2008)
  26. Datin Wanabe Special Raya (2009)
  27. Ratu Cinta (2010)
  28. Mak Pengantin Tak Popular (2010)
  29. Di Telapak Kaki Bonda (2011)
  30. Selumbar Kisah (2011)
  31. Noda Semalam (2011)
  32. Patah Seribu (2012)
  33. Hadiah Cepumas (2012)
  34. Bila Joyah Masuk TV (2012)
  35. Teratak Shamsiah (2012)
  36. Bila Joyah Jadi Jutawan (2012)
  37. Asparagus (2015)
  38. Balasan Dosa (2017)
  39. Rezeki Tanpa Alamat (2018)
  40. Sesalan Terakhir (2019)

Siri TV

  1. Wardah (1993)
  2. Egois (1996)
  3. Cameleon (1997)
  4. Cinderella (1998)
  5. Maksimum (1999)
  6. Harlina (2002)
  7. Dilema Wanita (2006)
  8. Mya Zara (2006)
  9. Simbiosis (2006)
  10. Bicara Aur dan Tebing (2007)
  11. Datin Diaries (2007)
  12. Marikas (2007)
  13. Spa Q 2 (2008-2009)
  14. Aliff Firdaus (2009)
  15. Na O Mei (2010)
  16. Bicara Aur dan Tebing 2 (2010)
  17. Dia Atilia (2011)
  18. Buaian Kasih (2012)
  19. Ameera (2012)
  20. Surat Dari Langit Biru (2013)
  21. Bedah Vs. Joyah (2014)
  22. Kusinero Cinta (2014)
  23. Demi Cinta Ain (2016)
  24. Lara Terindah (2016)
  25. Pergilah Air Mata (2016)
  26. Lara Aishah (2016)
  27. My Coffee Prince (2017)
  28. Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018)

Siri Komedi

  1. Minah Senget (1991)
  2. Mr Os (1992)
  3. Bas Mini (1995)
  4. Seri Pengantin (2001)
  5. Maya Mira (2002)
  6. Bong (2005 - 2008)
  7. 3T 3 Dara: Tan Tin Tun (2005 - 2008)
  8. Datin Wan Abe (2008-2009)
  9. Duyung Aridinata (2010)
  10. Iparku Diva (2011)
  11. Citra Juwita (2011)
  12. Joyah (2017)

Teater

  1. Anugerah (2001)
  2. Badai Semalam (2011)

Pengacaraan

  1. R ke R (2000-2002)

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Artis undangan Ruj.
2019 "Ratu" Faizal Tahir

Anugerah dan pencapaian

Rujukan

  1. ^ Semangat kental Jasmin Hamid - Utusan Malaysia
  2. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.

Pautan luar