Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HaizadSys (bincang | sumb.)
k HaizadSys telah memindahkan laman Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ke Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
k HaizadSys telah memindahkan laman Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 06:34, 28 Oktober 2019

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Fail:YDP AGONG KE-16.png

Yang di-Pertuan Agong XVI
31 Januari 2019 - kini
Pertabalan 30 Julai 2019
Negeri Pahang
Pendahulu Sultan Muhammad V
Pengganti
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (2018 - kini)

Sultan Pahang ke-6
15 Januari 2019 – kini
Pendahulu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Pewaris takhta Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Menteri Besar Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail (2018 - kini)

Tengku Abdullah ibni Tengku Ahmad Shah
Keputeraan (1959-07-30) 30 Julai 1959 (umur 64)
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya (kini Malaysia)
Kemangkatan
Pemakaman
Tempat persemayaman Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang
Ayahanda Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Bonda Tengku Hajah Afzan Rahimahallah binti Tengku Panglima Perang Muhammad
Isteri/Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (k. 1986)
Julia Rais (k. 1991)
Putera-Puteri Tengku Amir Nasser Ibrahim (Anakanda Angkat)
Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat)
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Tengku Mahkota Pahang)
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah
Tengku Jihan Azizah Athiyatullah
Tengku Puteri Iman Afzan
Tengku Ilisha Ameera
Tengku Ilyana

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah Al-Haj (diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaya) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan Sultan Pahang ke-6 yang dimasyhurkan pada 15 Januari 2019. Baginda sebelum ini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.[1][2] Pada tahun 2016, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang.[3][4]

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 dan akan memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan pada 31 Januari 2019.[5]

Kehidupan awal

Tengku Abdullah telah diputerakan pada Hari Khamis 30 Julai 1959 di Istana Manggal Tunggal, Pekan iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang IV. Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang ketika itu (Tengku Ahmad Shah), merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Raja Hajjah Fatimah. Paduka bonda baginda pula, Tengku Puan Besar (kemudian menjadi Tengku Ampuan Hajah Afzan) merupakan paduka puteri kepada Tengku Panglima Perang dengan Tengku Seri Kemala. Baginda diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu, tiga tahun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman. Baginda dipanggil Alam oleh kerabat terdekat baginda.

Baginda ialah paduka anakanda keempat daripada lapan adik-beradik.[6] Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.[7]

Pendidikan

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw. Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.

Baginda menerima pendidikan agama Islam secara persendirian setiap minggu di pejabat baginda di istana lama dan diajar oleh Kadi Besar Pahang.[8]

Baginda melanjutkan pengajian tingginya di United Kingdom dengan memasuki Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School dari tahun 1975 hingga tahun 1978. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Davies College, London – Advance School selama dua tahun. Seperti mana-mana kerabat diraja di seluruh dunia, baginda turut memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun juga. Baginda dianugerahkan pangkat Leftenan Muda oleh Ratu Elizabeth II. Pada tahun 1981, baginda menuntut ilmu di Worcester & Queen Elizabeth College dengan mengambil Hal Ehwal Luar Negeri & Diplomasi.[9]

Pewaris takhta

Setelah keputeraan baginda, Tengku Abdullah berada dalam kedudukan kedua dalam susur galur pewarisan takhta Pahang, melewati paduka ayahanda saudaranya, Tengku Ibrahim dan dibelakang paduka ayahandanya yang merupakan Tengku Mahkota. Apabila paduka nenda baginda pada tahun 1974 dan paduka ayahanda baginda menaiki takhta, Tengku Abdullah menjadi pewaris pertama kepada takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

Tengku Mahkota

Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.[10] Sebelum diangkat menjadi sultan, bagindalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama hampir 44 tahun dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia hanya di belakang Charles, Putera Wales.[11]

Pemangku Raja

Tengku Abdullah diangkat menjadi Pemangku Raja apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1979.

Selepas kegeringan ayahandanya, Tengku Abdullah secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 2016. Berikutan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya.

Pemerintahan

Sultan Pahang ke-6

Pada 11 Januari 2019, baginda telah dlantik oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa pada hari tersebut. Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Yang di-Pertuan Agong ke-16

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.

Kerabat

Tengku Abdullah berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah[12] pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor. Baginda mempunyai enam cahaya mata bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah; empat putera dan dua puteri.

Baginda berkahwin buat kali kedua dengan Julia Rais yang merupakan bekas pelakon Malaysia dan mempunyai tiga cahaya mata; kesemuanya puteri.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Gelaran hormat bagi
Al-Sultan Abdullah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran

  • 30 Julai 1959 – 8 Mei 1974: Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Ibni Tengku Ahmad Shah
  • 8 Mei 1974 – 1 Julai 1975: Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 1 Julai 1975 – 28 April 1979: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Mahkota Pahang
  • 28 April 1979 – 25 April 1984: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pemangku Raja Pahang
  • 25 April 1984 – 28 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Mahkota Pahang
  • 28 Disember 2016 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pemangku Raja Pahang
  • 11 Januari 2019 – 15 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 15 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan Pahang ke-6
  • 31 Januari 2019 - 22 Mei 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 22 Mei 2019 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا سلطان ڤهڠ السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحاج ابن سلطان حاج أحمد شاه المستعين بالله

Nama gelaran rasmi baginda bermaksud Al-Sultan Abdullah Pembela Agama yang Terpilih oleh Allah.[13]

Gelaran penuh baginda ialah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N. , S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Terengganu)., D.K.(Johor)., S.P.M.J., P.A.T.

Kurniaan Pahang

  •  Pahang :
    • Darjah Kerabat Yang Maha Utama Kerabat Diraja Pahang (DKP)
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (D.K. I)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri (SSAP, 24.10.1980)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' Indera (SIMP)

Kurniaan Malaysia

Kurniaan Negara Luar

Anakanda

Kesemua putera dan puteri Baginda berpendidikan di United Kingdom. seorang anak angkat lelaki dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. [14]

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Tempat Pendidikan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
Putera angkat sebelum dikurniakan anakanda kandung
YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim (1986-08-25) 25 Ogos 1986 (umur 37) Hospital Pulau Pahang Tengah, Pahang Tiada maklumat 19 Disember 2013 YM Puteri Suraiya Afzan binti Mohamed Moiz YM Tengku Adam Ibrahim Shah
YM Tengku Sulaiman Abdullah Shah
Tiada maklumat
Putera dan Puteri Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang
YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah (1990-07-24)24 Julai 1990 Tiada maklumat 24 Julai 1990(1990-07-24) (umur 0) Tiada maklumat
KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (1995-09-17) 17 September 1995 (umur 28) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Tiada maklumat Geneva School of Diplomacy and International Relations, Switzerland
YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (1997-08-03) 3 Ogos 1997 (umur 26) Tiada maklumat Royal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 23) Tiada maklumat Royal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 23) Tiada maklumat Royal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah (2002-04-27) 27 April 2002 (umur 21) Tiada maklumat Kuala Lumpur International School, Kuala Lumpur
Puteri-puteri bersama Cik Puan Julia Rais
YAM Tengku Puteri Iman Afzan (1992-11-11) 11 November 1992 (umur 31) Hospital Pantai Kuala Lumpur Tiada maklumat Universiti Nottingham, England 24 Ogos 2018 YM Tengku Abu Bakar ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Abdullah YM Tengku Zayn Edin Shah Tiada maklumat
YAM Tengku Ilisha Ameera (1993-10-01) 1 Oktober 1993 (umur 30) Hospital Pantai Kuala Lumpur Tiada maklumat Universiti Nottingham, England
YAM Tengku Ilyana (1997-04-20) 20 April 1997 (umur 27) Hospital Gleneagles Kuala Lumpur Tiada maklumat Universiti Nottingham, England

Penaung

Baginda merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Timbalan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi komiti eksekutif.[15]

Keturunan

Rujukan

  1. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/pahang10.htm
  2. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/pahang10.htm
  3. ^ Abdullah, Mohd Shariza (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Januari". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Abdullah, Mohd Shariza (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Januari". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Sultan Pahang Agong ke-16, Sultan Perak Timbalan Agong". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Mohd. Shariza Abdullah (12 Januari 2019). "Biodata Tengku Abdullah". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  7. ^ http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/02/pewaris-takhta-pahang-darul-makmur.html
  8. ^ "Al-Sultan Abdullah: Raja yang menghormati guru, minat ilmu agama". Berita Harian. 31 Januari 2019.
  9. ^ "Biodata Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah". Harian Metro. 12 Januari 2019. Dicapai pada 13 Januari 2019.
  10. ^ "Biodata Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang". Portal Diraja Pahang. Dicapai pada 14 Januari 2019.
  11. ^ "Tengku Abdullah pegang rekod kedua paling lama Putera Mahkota". Sinar Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 14 Januari 2019.
  12. ^ http://pancapersada.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-ulangtahun-ke-51-kdytm.html
  13. ^ Mohd. Shariza Abdullah Dan Sharifah Hazirah Syed Jufferi (15 Januari 2019). "Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang Ke-6". Utusan Online. Dicapai pada 15 Januari 2019.
  14. ^ http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Persandingan_Cucunda_Sultan_Pahang.html#.VEfPaPmSzeQ
  15. ^ Tengku Abdullah and Annuar elected as FAM deputy presidents
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tarikh keputeraan: 30 Julai 1959
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Sultan Muhammad V
Yang di-Pertuan Agong
2019 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Sultan Pahang
2019 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Tengku Mahkota Pahang
1975 – 2019
Diikuti oleh:
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Susunan keutamaan di Pahang
Pertama Lelaki
KDYMM Sultan
Diikuti oleh:
Paduka Ayahanda