Jajahan Pasir Puteh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Silent killer18 (bincang | sumb.)
→‎Galeri: Tambah gambar
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Silent killer18 (bincang | sumb.)
→‎Galeri: Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 302: Baris 302:


==Galeri==
==Galeri==
[[File:Stesen_bas_lama_pasir_puteh.jpg|thumb|Stesen bas lama pasir puteh, kelantan]]
[[File:Stesen_bas_lama_pasir_puteh.jpg|thumb|Stesen bas lama Pasir Puteh, Kelantan]]


==Pautan luar==
==Pautan luar==

Semakan pada 04:47, 31 Oktober 2019

Pasir Puteh
Bendera Pasir Puteh
Jajahan Pasir Puteh is located in Bumi
Jajahan Pasir Puteh
Jajahan Pasir Puteh (Bumi)
Koordinat: 5°50′N 102°24′E / 5.833°N 102.400°E / 5.833; 102.400Koordinat: 5°50′N 102°24′E / 5.833°N 102.400°E / 5.833; 102.400
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Keluasan
 • Jumlah433.8 km2 (167.5 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah117,383 [1]
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
16800
Kod kawasan09

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama "Pasir Puteh".[2]

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Kampung Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Menjelang 2017, Pasir Puteh bakal mencapai status perbandaran penuh dan dinamakan Majlis Perbandaran Pasir Puteh.

Penduduk

Pasir Puteh mempunyai penduduk sebanyak 117,383 (banci 2010). Peratusan penduduk Melayu ialah 98%, Cina 1.5% dan lain-lain 0.5%. Jajahan Pasir Puteh bersempadan dengan Jajahan Bachok di sebelah utara, dan bersempadan dengan Negeri Terengganu di sebelah selatan.

Sejarah

Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah lawatan oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1911. Sultan Muhammad IV sangat kagum dengan keputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai. Oleh itu, Sultan telah mengistiharkan nama tempat ini sebagai Pasir Puteh.

Tempat persiaran

Pasir Puteh Sentral

Pasar raya Econsave di Pasir Puteh Sentral

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.

Jeram Pasu

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Air terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Lepan Rambai lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Pasir Puteh juga tidak kurang istimewanya. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jalan utama yang menghubungkannya ialah Lebuh Raya Timor Barat iaitu dari Wakaf Lichong menghala ke Machang. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan masyarakat tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.

Taman Eko Rimba Jeram Linang

Jeram Linang

Jeram Mengaji

Jeram mengaji
Laluan air yang turun dari jeram

Pasar Siti Hajar

Pasar Siti Hajar merupakan sebuah pasar terletak di Pasir Puteh Sentral dan dibuka kepada awam pada 2018.

Jalan masuk ke Pasir Puteh Sentral dari Jerteh (kiri) atau Jalan Bypass (kanan)

Tokoh tempatan

Salah satu tokoh jajahan Pasir Puteh ialah Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang juga dikenali sebagai Tok Janggut disebabkan janggutnya yang panjang dan putih. Seorang petani dan pedagang padi, beliau mengetuai pemberontakan tani di Tanah Melayu pada tahun 1915 terhadap pemerintahan penjajah British yang bermula pada tahun 1909.

Antara kesan-kesan pemerintahan penjajah adalah kehilangan kuasa ketua-ketua daerah dan pengenalan bentuk-bentuk pencukaian tanah yang tidak dialu-alukan. Sebagai bekas pengikut ketua Pasir Puteh, Tok Janggut dijejaskan oleh kedua-dua langkah ini. Pada April 1915, beliau mengetuai pemulauan cukai dan kemudian pemberontakan bersenjaga yang terdiri daripada hampir 2,000 orang petani semata-mata untuk mengusir pihak British. Askar-askar British dari Singapura dibawa masuk untuk mematahkan pemberontakan ini yang berlangsung selama sebulan. Tok Janggut terbunuh dalam serangan terakhir kubunya, dan nama beliau masih hidup sebagai pahlawan awal terhadap perjuangan bertentang penjajahan British.[perlu rujukan]

Penempatan di Pasir Puteh

  • B

Kampung Banggol Kerian

Kampung Banggol Teliput

Kampung Banir Belikong

Kampung Batu Hitam

Kampung Bukit, Pasir Puteh

Kampung Bukit Awang

Kampung Bukit Belah, Gaal

Kampung Bukit Gedombak

Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh

Kampung Bunut Rendang, Pasir Puteh

  • C

Kampung Changgal

Kampung Chengal Batu

Kampung Chengal Pulas

Kampung Cherang Tuli

  • D

Kampung Dalam Huma, Pasir Puteh

Kampung Dalam Kemunting

Kampung Dalam Pisang

Kampung Daram Buaya

  • G

Kampung Gaal

Kampung Gaal Tengah

Kampung Gong Ambong

Kampung Gong Ara

Kampung Gong Kulim

Kampung Gong Nangka, Pasir Puteh

  • J

Kampung Jebak

Kampung Jelor

Kampung Jelor Hilir

Kampung Jelor Hulu

Kampung Jeram, Pasir Puteh

Kampung Jeram Pasu

Kampung Jerat Semata

  • K

Kampung Kandis

Kampung Kelubi, Pasir Puteh

Kampung Kemal

Kampung Kemudu Bongkok

Kampung Kok Berangan

Kampung Kok Jering

Kampung Kulim, Pasir Puteh

  • L

Kampung Lembah, Pasir Puteh

Kampung Lepan Rambai

Kampung Lubok Dalam, Pasir Puteh

Kampung Lubuk Star

  • M

Kampung Merkang

  • N

Kampung Nara

Kampung Nering, Pasir Puteh

  • P

Kampung Padang Pak Amat

Kampung Padang Siam

Kampung Padang Tok Syed

Kampung Pagar Raja

Kampung Panggong Tiga Daerah

Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh

Kampung Permatang Sungkai

Kampung Pintu Pupuh

Kampung Pulau Lima

Kampung Pulau Sa

  • S

Kampung Saring

Kampung Seligi

Kampung Sungai Gali

Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh

Kampung Sungai Rasau

Kampung Sungai Seligi

Kampung Surau, Pasir Puteh

  • T

Taman Darul Salam

Kampung Taweh

Kampung Tebing Tinggi, Pasir Puteh

Kampung Telaga Gayong

Kampung Telosan

Kampung Temila

Kampung Teratak Batu

Kampung Tok Nik

  • W

Kampung Wakaf Berangan

Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh

Kampung Wakaf Lanas

Kampung Wakaf Linchong

Kampung Wakaf Raja

Kampung Wakaf Tukup

Pasar raya

  1. Pasar raya Econjaya Pasir Puteh
  2. Pasar raya Zon Ria
  3. Pasar raya Pantai Timor Pasir Puteh
  4. Mydin Hypermarket
  5. Econsave Pasir Puteh

Sekolah

Galeri

Stesen bas lama Pasir Puteh, Kelantan

Pautan luar

Rujukan