Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
+可愛+天使 (bincang | sumb.)
kemaskini
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 45: Baris 45:
}}
}}


'''Kementerian Wilayah''' ([[Tulisan Jawi]]: كمنترين ولايه) adalah kementerian di bawah kerajaan [[Malaysia]] yang bertanggungjawab menyelia Wilayah Persekutuan. Menterinya yang terkini adalah [[Khalid bin Abdul Samad]].
'''Kementerian Wilayah''' ([[Tulisan Jawi]]: كمنترين ولايه) adalah kementerian di bawah kerajaan [[Malaysia]] yang bertanggungjawab menyelia tiga buah [[Wilayah Persekutuan]] di Malaysia. Menterinya yang terkini adalah [[Khalid bin Abdul Samad]].


==Sejarah Penubuhan==
==Sejarah Penubuhan==

Semakan pada 06:45, 3 November 2019

Kementerian Wilayah Persekutuan
كمنترين ولايه
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1979; 45 tahun yang lalu (1979)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Precinct 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Kakitangan346 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 1,202,785,000 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Adnan Md Ikshan, Ketua Setiausaha
Laman sesawang
www.kwp.gov.my

Kementerian Wilayah (Tulisan Jawi: كمنترين ولايه) adalah kementerian di bawah kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia tiga buah Wilayah Persekutuan di Malaysia. Menterinya yang terkini adalah Khalid bin Abdul Samad.

Sejarah Penubuhan

Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian Wilayah Persekutuan juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.

Pada tahun 1981, Kementerian Wilayah Persekutuan telah diturunkan statusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang. Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Pengumuman penyusunan semula kabinet pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, menyaksikan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tan Sri Mohd Isa Bin Dato' Hj Abdul Samad telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang pertama.

Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini).

Transformasi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang yang merupakan salah sebuah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah Kementerian pada 27 Mac 2004 menekankan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kepada perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; meliputi perancangan Lembah Kelang sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk memajukan kawasan tersebut.

Penubuhan KWP bertujuan:-

  • Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.
  • Bertanggungjawab untuk mengawal selia :

Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh negara dan melaksanakan program kesejahteraan bandar. Sehubungan itu, pada 13 November 2009, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Namun, pada Mei 2013 nama asal kementerian iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dikembalikan.

Fungsi

  • Mengubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan berteraskan nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :
    • Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.
    • Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang utama.
    • Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa, pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
    • Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan terkawal.
    • Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir.

Visi

Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera

Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kepulauan Pesisir.

Maju

Maju dari segi ekonomi, politik dan sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Sejahtera

  • Sejahtera dalam aspek bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastruktur yang terancang dan berkualiti.
  • Sejahtera dalam aspek sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat
  • sejahtera dari segi keselamatan awam yang terjamin, kemudahan rekreasi dan tempat hiburan untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat.
  • Sejahtera dalam aspek keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi.
  • Sejahtera dalam aspek pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi.
  • Sejahtera dari segi pencapaian ekonomi, dan peluang pekerjaan untuk masyarakat.
  • Sejahtera dari segi nilai kebersihan, keselesaaan dan penjagaan alam sekitar.

Misi

  • Menerajui perancangan, pengurusan dan penyelarasan pembangunan insan, masyarakat, ekonomi dan persekitaran bagi merealisasikan Wilayah Persekutuan maju dan sejahtera serta membantu dalam perancangan Lembah Klang.

Nilai-nilai teras

  • Mesra
  • Amanah
  • Jelas
  • Unggul

Moto

BERSAMA MENJAYAKAN WILAYAH PERSEKUTUAN"

Jabatan/Agensi

Lihat juga

Pautan luar