Nadiya Nisaa: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 160: Baris 160:
| [[Astro Ria]]
| [[Astro Ria]]
|
|
|-
|2019
| ''[[Suri Katriana]]''
| Saerah
| [[Astro Prima]]
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 07:36, 4 November 2019

Nadiya Nisaa
Kelahiran
Nadiyatul Nisaa binti Kamarudin

(1985-07-11) 11 Julai 1985 (umur 38)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Penyiaran
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2004–kini
PasanganSaiful Azman Mohd Kassim
Anak-anakOmar Saiful Razman

Nadiyatul Nisaa binti Kamaruddin (dilahirkan pada 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2][3]

Kehidupan awal

Nadiya Nisaa dilahirkan pada 11 Julai 1985 di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak yang kedua daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 perempuan. Nadiya mendalami dunia bidang lakonan sebelum melanjutkan pendidikannya ke universiti. Nadiya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus Shah Alam.

Kerjaya

Pada tahun 2004, Nadiya memulakan kerjaya hiburannya dengan muncul dalam iklan Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) bersama Datuk Siti Nurhaliza, turut menjayakan iklan selama seminit ini ialah Sazzy Falak dan Lisa Surihani.[4]

Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama Adam dan Hawa bergandingan bersama Aaron Aziz di Astro Mustika HD.

Beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Aaron Aziz, Nadiyah memegang watak sebagai Izatul. Ia mengisahkan tentang Azman yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.[5]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Nadiya menjayakan peranan utama sebagai Yang Chik dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Filem biopik ini turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Farid Amirul, A. Galak, Beto Kusyairy, Yayan Ruhiyan, Johan As'ari dan bintang baru, Ali Karimie.[6][7]

Kehidupan peribadi

Beliau mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Saiful Razman Mohd Kassim yang merupakan seorang pelukis terkenal dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki; Omar.

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2009 Karaoke Anisah Chris Chung Filem pertama
2011 Cun! Manis Osman Ali
Ombak Rindu
2012 Jiwa Taiko Lara
2014 Gila Baby Jaja Kabir Bhatia
Terbaik Dari Langit[8] Sofia Jane Nik Amir Mustapha
2015 Romeo Kota Ain Dato' Aaron Aziz Pelakon undangan
Jejak Warriors Nadia Saw Teong Hin
Love, Supermoon Triz Wan Hasliza
2016 Redha Sasha Tunku Mona Riza
Interchange Sani Dain Iskandar Said
2018 Dukun Anak sulung Halimah Dain Said
Gol & Gincu Vol. 2 Uda Umi Salwana Omar Pelakon undangan
2019 Bu, Kasih Suci Aishah Jeany Amir
2020 Mat Kilau dagger Yang Chik Syamsul Yusof Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Adam & Hawa Ain Hawani Astro Mustika HD
2013 Cinta Jangan Pergi Elyna TV9
2016 Aku Bukan Bimbo Elsuraya Astro Ria
2019 Suri Katriana Saerah Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Ajaibnya Cinta Nilam TV3
2013 XOXO Dahnia TV9
Destinasi Cinta Sara Sara Astro Ria
Cinta Kamikaze TV9
Anugerah Dendam Yang Terindah Izatul Astro First Eksklusif
2014 Panik Astro First Eksklusif
Oh My English!: Villa Isabellaaa! Jojie Astro TVIQ
2015 Engkau Laksana Bulan TV1
Misi Adria Adria TV1
Aku, Dia dan Tong Gas Melati TV9
Kelap Kelip Aminah TVi
2016 Oh My Ganu! 2 Jojie Astro TVIQ
Fatin TV3
Kari Sanjana Linda TV3
2017 Burung Kertas TV2
Nota Silam Astro Citra
2018 Hari Terakhir Seorang Pengurus Astro Citra

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2004 Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour bersama Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Sazzy Falak

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 Impiana Astro Prima Adaptasi dari majalah Impiana

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Cun! Pelakon Harapan Wanita Terbaik Menang
Cun! Anugerah Skrin 2011 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Menang
2012 Anugerah Skrin 2012 Jiwa Taiko Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Jiwa Taiko Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2014 Anugerah Lawak Warna 2014 Pengancam Perkahwinan Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) Tercalon
2015 Anugerah Lawak Warna 2015 Gila Baby Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Menang
Festival Filem Malaysia ke-27 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2015 Gila Baby Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin 2016 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Redha Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik Menang
Redha Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon

Rujukan

  1. ^ Percaturan Nadiya Nisaa
  2. ^ Nadiya Nisaa Ada Strategi Kekal Populariti
  3. ^ Nadiya Nisaa Panik! Anak Hilang di Jakarta.
  4. ^ "Maxis - Siti Fantasia Tour Promo". YouTube. Dicapai pada 2017-02-06.
  5. ^ "Telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah di Astro Ria". Kepala Bergetar. 25 Julai 2013. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  6. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  7. ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
  8. ^ Bront Palarae & Nadiya Nisaa utama kualiti kerja

Pautan luar