Rozita Che Wan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 194: Baris 194:
|
|
|-
|-
|2019
|rowspan="2"2019
| ''Diari Ramadan Rafique Reunion''
| ''Diari Ramadan Rafique Reunion''
| Siti Rohani
| Siti Rohani
Baris 200: Baris 200:
| 4 episod
| 4 episod
|-
|-
|[[Suri Katriana]]
| Puan Sofea
| [[Astro Prima]]
|-
|}
|}



Semakan pada 08:02, 4 November 2019

Rozita Che Wan
Kelahiran
Rozita binti Abu Bakar

(1973-03-09) 9 Mac 1973 (umur 51)
Nama lainChe Ta
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1993–2004 (sebagai model)
2005–kini (sebagai pelakon)
PasanganAzuar Effendy Zulkaply (k. 1995; c. 2003)
Zain Saidin (k. 2013)
Anak-anak3
SaudaraAyu Raudhah (adik)

Rozita Abu Bakar (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta; lahir 9 Mac 1973) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari[1]. Biarpun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum, terutama mengenai perhubungan dan perkahwinannya dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom "Oh My English!", Zain Saidin[2].

Latar belakang

Beliau dilahirkan pada 9 Mac 1973 di Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Ketika itu beliau menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Dewi Remaja 1993/94 namun. menarik diri di peringkat akhir kerana komitmen kerja. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.

Tidak lama kemudian, beliau bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply, 41, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata - Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. (pada 2014) . Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005 bersama adiknya, Ayu Raudhah setelah bercerai dengan suaminya pada tahun 2005. Namun sebelum itu beliau pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun. Drama pertama lakonannya ialah "Cinta Terhalang". Beliau juga terlibat dalam bidang pengiklanan seperti iklan Petronas, iklan 999, iklan Rorine dan sebagainya.

Kerjaya lakonan

Rozita mula menempa nama pada tahun 2006 apabila membintangi siri komedi Diari Ramadhan Rafique yang ditulis ole lh penulis skrip Nor Faznita Md Nor dan drama bersiri Sesuci Cinta Sofiya bersama Rosyam Nor serta menjadi model video muzik lagu "Juwita Citra Terindah" dendangan M. Nasir. Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 60 judul drama TV yang kebiasannya bergenre komedi. Bagi 2007 sahaja, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama. Antara drama lakonan beliau ialah Manjalara, Jelatang dan Susuk 2.

Setelah dua tahun aktif berlakon pelbagai genre drama, Rozita mendapati lakonannya menerusi karekter komedi lebih mendapat perhatian penonton. Maka sejak itu dia lebih selesa memegang watak komedi, apatah lagi bakat lakonan komedinya membawa beliau ke kemuncak populariti apabila siri komedi Kiah Pekasam yang dijayakan oleh beliau dari tahun 2010 hingga 2013 dalam 3 musim menjadi antara drama kegemaran ramai[3]. Rozita yang sememangnya berpersonaliti ceria dan mudah berjenaka sangat dikenali dengan dialek utara yang sering di bawakannya dalam drama televisyen mahupun ketika ditemubual wartawan. Antara drama komedi lain lakonan Rozita yang mendapat rating tinggi adalah Iparku Diva[4] dan Miss Octopus[5].

Pada tahun 2011, Rozita pernah mengumumkan mahu bersara daripada bidang lakonan ekoran rimas dengan perhatian yang berlebihan diberikan kepadanya, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila tawaran lakonan buatnya masih banyak dan dia dipujuk oleh ramai penerbit untuk terus berlakon[6]. Rozita membuktikan bakat lakonannya tidak hanya pada drama-drama komedi sebaliknya boleh digilap menerusi watak dramatik. Lakonannya sebagai doktor dalam "Masihkah Ada Sinar" melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin pada tahun tersebut. Malahan Rozita diundang menjadi hos acara tersebut bersama pengacara terkenal Ally Iskandar. Ekoran popularitinya yang meningkat naik, beliau sering dihimpit kontroversi percintaan hingga hampir membuat keputusan untuk bersara. Populariti luar biasanya seolah mengulangi kejayaan karier dramatis terdahulu seperti Lydiawati dan Aida Khalida yang meraih populariti luar biasa setelah berusia lebih dari 35 tahun. Rozita sering menjadi pilihan majalah-majalah hiburan dan fesyen serta karekternya sering menjadi bualan. Dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang mengiktiraf populariti artis, Rozita pernah melayakkan diri bertanding bersama pelakon-pelakon muda yang lain menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) sebanyak tiga (3) kali iaitu untuk edisi tahun 2007, 2009 dan 2011. Di layar perak, Rozita tidak begitu menyerlah biarpun membintangi beberapa buah filem seperti "Dunia Baru The Movie", "Misteri Balan Balan" dan "Adik Manja Returns".

Selain itu, pada tahun 2012 Che Ta membuka langkah baru ke dunia pengacaraan apabila diberi peluang mengendalikan program bual bicara Primadona bersama Erra Fazira dan Raja Azura. Program itu bersiaran secara mingguan dan ditayangkan di Astro Prima dari tahun 2012 hingga 2015. Selain berbakat dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Che Ta juga terkenal kerana kemahiran memasak dan kulinari. Beliau menyertai program realiti Masterchef Selebriti Malaysia pada tahun 2013 yang sekaligus memperkenalkan bakat memasaknya kepada peminat-peminat. Biarpun tidak memenangi pertandingan itu, gaya lucu Che Ta yang suka bersolek dan berdandan rapi di dapur mencuri perhatian penonton. Pada tahun 2014 Che Ta bergelar penerbit menerusi produksi Padusi Pictures yang dikongsinya bersama suami, Zain Saidin. Produksi itu menerbitkan program TV seperti Rahsia Memikat Suami (2014) dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas (2015) kedua-duanya dikendalikan oleh pelawak Jihan Muse. Che Ta juga pernah menjadi jurucakap produk bagi Rorine dan Safi Rania Gold.

Kontroversi

Ketika di awal kemunculann, Rozita Che Wan sering dikaitkan isu hubungan sulit dengan orang kenamaan.[7]

Setelah itu Che Ta dikaitkan pula dengan hubungan istimewa bersama lelaki-lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Antara yang mendapat perhatian adalah penyanyi Shahir Zawawi yang rapat dengannya pada tahun 2010[8]. Tidak lama selepas itu Rozita menerima komen negatif terhadap foto mesranya bersama Zain Saidin dalam laman Instagram milik Zain. Puncanya, apabila gambar yang dimuat naik bersama Zain yang mengundang komen negatif peminat terhadap Rozita apabila dia mengenakan skirt pendek dalam gambar dalam keadakan duduk bersimpul sehingga menampakkan betisnya. Susulan dari kontroversi itu juga Rozita Che Wan atau panggilan manjanya Che Ta ditegur oleh Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Profesor Madya Datuk Dr Harlina Halizah Siraj. [9].

Kehidupan peribadi

Pada 13 Disember 2013, Che Ta dan Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan [10]. Beliau menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000. Majlis resepsi diadakan di Setia Alam Convention Centre dan dihadiri kenalan artis dan kenamaan[11]. Ketika itu mereka menjadi polemik media apabila mengesahkan telah menerima menerima kira-kira RM13 Juta tajaan untuk perkahwinan mereka daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding [12].

Pada 1 November 2014, Che Ta selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Ampang. Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik[13]. Bayi itu diberi nama Aaisyah Dhia Rania Zain, dan detik-detik manis kehamilan dan menyambut kelahiran anak sulung Zain, dan anak ketiga Che Ta itu dirakam untuk siaran istimewa program TV Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di Astro[14].

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Dunia Baru The Movie Pengantin Perempuan
2009 Sifu dan Tongga Pengawai Polis
Jangan Tegur Doktor Lisa
2010 4 Madu Ghasidah
2011 Kembar Siang Jenab Kemunculan khas
2012 Misteri Dendam Balan Balan The Movie
Adik Manja Returns Cikgu Sofia

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006-07 Diari Ramadan Rafique Siti Rohani TV3
2006 Sesuci Cinta Sofiya
2007-08 Jelatang
2007 Manjalara Marissa
2008 Susuk 2 Maya
2008-10 Gerak Khas ASP Zita TV2
2010-13 Kiah Pekasam Kiah Astro Warna
2010 Hani Mariam TV3
2011 Iparku Diva
Ummu Hani
2012 Miss Octopus TV3
Bunga-Bunga Syurga Baidah
2015 Mengejar Wardah Wardah TV1
2016 Kak Marr[15] Kak Marr TV3
2017 Kisah Dari Mekah Astro Oasis
2018 Shah & Zam Datin Nita TV3
Lelaki Kiriman Tuhan Kak Bed Astro Oasis
rowspan="2"2019 Diari Ramadan Rafique Reunion Siti Rohani TV3 4 episod
Suri Katriana Puan Sofea Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Cinta Terhalang
2006 Relung Kasih
2007 Khafi TV3
Aku Bukan Buaya
2008 Wasiat Fitrah
Cinta Si 3 Teruna Kak Ana TV2
Sebelum Sejadah Dibentang TV3
2009 Rahsia Gambar Juriah
2010 Masih Ada Harapan
Madu Sorok Sofea TV3
2011 Dosa Siapa Hamidah
2012 Aku Janda Belum Kaya Astro Prima
2013 Madu
Kiah Pi Jepun Kiah Astro Warna
2016 Oh Speak English Please Salmah Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012-15 Primadona Pengacara bersama Raja Azura, Erra Fazira dan Ziela Jalil Astro Prima
2015 Aku Yang Masak Kau Yang Panas Astro Ria
2016-17 Teh Tarik Che Ta Pengacara TV1
2017 Air Tangan Bonda Pengacara Astro Maya HD
Seram Selebriti Musim 1: Episod 4 Dirinya sendiri
2018 Cuit-Cuit Che Ta Pengacara TV Okey

Anugerah dan pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar