Seremban: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8: Baris 8:
|image_flag =
|image_flag =
|image_seal = Majlis perbandaran seremban logo.png
|image_seal = Majlis perbandaran seremban logo.png
|image_map =
| image_map = {{maplink|frame=yes|plain=yes|type=shape|stroke-width=2|stroke-color=#000000|zoom=10}}
|pushpin_map = Semenanjung Malaysia
| map_caption = Location of Seremban in Negeri Sembilan
|pushpin_mapsize = 300
| pushpin_map = #Malaysia#Asia#Earth
|pushpin_label_position = right
| pushpin_mapsize = 275px
| pushpin_map_caption = {{Legend inline|#800000|outline=black}} '''Seremban''' in {{Legend inline|#FEFEEF|outline=black}} '''[[Malaysia]]'''
|map_caption = Lokasi Seremban di Semenanjung Malaysia
| coordinates = {{coord|02|43|20|N|101|56|30|E|region:MY|display=inline,title}}
|coordinates_region = MY
|subdivision_type = [[Senarai negara berdaulat|Negara]]
|subdivision_type = [[Senarai negara berdaulat|Negara]]
|subdivision_type1 = [[Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia|Negeri]]
|subdivision_type1 = [[Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia|Negeri]]
Baris 28: Baris 28:
|leader_title = Ditadbir oleh
|leader_title = Ditadbir oleh
|leader_name = [[Majlis Bandaraya Seremban]] (dalam penggabungan)
|leader_name = [[Majlis Bandaraya Seremban]] (dalam penggabungan)
|leader_title1 = Yang DiPertua<br />(Presiden)
|leader_title1 = Yang DiPertua<br />
|leader_name1=Dato' Haji Abd. Halim <ref name="Yang DiPertua">{{cite web |url=http://www.mpsns.gov.my/mps_v2/BI/profile_ydp.htm |title=Profile of Haji Abd. Halim |accessdate=29 August 2007 |author=Rashitha A. Hamid |date=16 June 2007 |work=[[Majlis Perbandaran Seremban]] }}</ref>
|leader_name1=Dato' Haji Abd. Halim <ref name="Yang DiPertua">{{cite web |url=http://www.mpsns.gov.my/mps_v2/BI/profile_ydp.htm |title=Profile of Haji Abd. Halim |accessdate=29 August 2007 |author=Rashitha A. Hamid |date=16 June 2007 |work=[[Majlis Perbandaran Seremban]] }}</ref>
|leader_title2 = [[Dewan Rakyat|Ahli Parlimen Seremban]]
|leader_name2 = [[Loke Siew Fook]]
|area_magnitude = 1 E8
|area_magnitude = 1 E8
|area_total_sq_mi = <!-- Leave blank. Value will be auto-converted. -->
|area_total_sq_mi = <!-- Leave blank. Value will be auto-converted. -->
Baris 49: Baris 51:
|elevation_m = 79
|elevation_m = 79
|elevation_ft = 259
|elevation_ft = 259
|latd = 2
|latm = 43
|lats =
|latNS = N
|longd = 101
|longm = 57
|longs =
|longEW = E
|postal_code_type = [[Senarai poskod di Malaysia|Poskod]]
|postal_code_type = [[Senarai poskod di Malaysia|Poskod]]
|postal_code = 70xxx to 75xxx
|postal_code = 70xxx to 75xxx
Baris 67: Baris 61:
|website = {{URL|http://www.mpsns.gov.my/}}
|website = {{URL|http://www.mpsns.gov.my/}}
}}
}}
'''Seremban (Jawi: سرمبن) ialah''' ibu negeri bagi [[Negeri Sembilan]], Selatan Malaysia dan bandar pentadbiran Malaysia, terletak dalam [[Seremban (daerah)|daerah Seremban]], salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh [[Majlis Perbandaran Seremban]].
'''Seremban (Jawi: سرمبن) ialah''' ibu negeri bagi [[Negeri Sembilan]], sebuah negeri di selatan Malaysia dan bandar pentadbiran Malaysia, terletak dalam [[Seremban (daerah)|daerah Seremban]], salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh [[Majlis Perbandaran Seremban]].


== Sejarah ==
== Sejarah ==

Semakan pada 10:05, 6 November 2019

Seremban
سرمبن
Mohor rasmi Seremban سرمبن
Nama panggilan: Somban, Soghomban, S'ban
Cogan kata: 5S Asas Kecemerlangan Tugas
Map
Location of Seremban in Negeri Sembilan
Seremban is located in Bumi
Seremban
Seremban (Bumi)
Koordinat: 02°43′20″N 101°56′30″E / 2.72222°N 101.94167°E / 2.72222; 101.94167Koordinat: 02°43′20″N 101°56′30″E / 2.72222°N 101.94167°E / 2.72222; 101.94167
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Seremban
Ditubuhkan1840
Diiktiraf status bandaraya2019 (bergabung dgn MP Nilai)
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Bandaraya Seremban (dalam penggabungan)
 • Yang DiPertua
Dato' Haji Abd. Halim [1]
 • Ahli Parlimen SerembanLoke Siew Fook
Keluasan
 • Bandar Raya959 km2 (370 batu persegi)
 • Metro
2,980 km2 (1,150 batu persegi)
Aras
79 m (259 ft)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Bandar Raya555,935 (Kesembilan)
 • Kepadatan489.00/km2 (1,266.51/batu persegi)
 • Metro
806,920 [2]
 • Demonim
Serembanese
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak tersedia
Poskod
70xxx to 75xxx
Waktu suriaUTC + 06:46:48
Kod panggilan kebangsaan06
Nombor platNxx (untuk semua kenderaan termasuk teksi)
ISO 3166-2MY-14
Laman sesawangwww.mpsns.gov.my

Seremban (Jawi: سرمبن) ialah ibu negeri bagi Negeri Sembilan, sebuah negeri di selatan Malaysia dan bandar pentadbiran Malaysia, terletak dalam daerah Seremban, salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.

Sejarah

Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada 1870-an sama seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menunjukkan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan berniaga. Penduduk Melayu tempatan kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru. Kota Seremban memiliki kesamaan dengan kota Bukittinggi.

Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar untuk mengangkut bijih dan bekalan keluar dan masuk bandar. Pendapatan tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka.

Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’Bandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong tersebut. Kesengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh Britih di Negeri Sembilan. Britih memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang ke Singapura. Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan tersebut, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya yang tidak berkaitan agama dan adat Melayu.

Captain Murray dilantik sebagai residen pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan Jalan Dato' Siamang Gagap. Sejurus selapas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan dan pentadbiran yang teratur.[4]

Geografi

Istana Ampang Tinggi Seremban

Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi, di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Rupa buminya secara umumnya berbukit-bukit, dan tanahnya adalah tanah laterit merah, sesuai untuk peladangan getah dan kelapa sawit, dengan itu menjadikan Seremban sebagai pusat pertanian di Negeri Sembilan. Sejak pembinaan Seremban, Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar ini. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah. Kini, ia merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.

Cuaca

Iklim Seremban adalah seperti juga di kebanyakkan tempat di Malaysia Barat secara umumnya panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu min dalam 27-30 darjah celcius. Hujan turun kebanyakannya pada perubahan monsun April dan Oktober. Cuaca kekal kering pada bulan-bulan lain dengan sekali-sekala hujan[perlu rujukan]

Pengangkutan

  • Kereta Api

Pembinaan perhubungan kereta api mula dijalankan sekitar lewat 1890-an sebagai hentian bagi aliran Kuala Lumpur-Singapura, sehingga sekarang, Stesen Seremban masih menjadi hentian yang penting. Seremban menjadi hentian penting dalam Laluan Rawang-Seremban bagi KTM Komuter yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Seremban juga menjadi terminal untuk aliran Seremban-Port Dickson namun kurang digunakan sekarang ini. [5]

Teksi-teksi di Seremban
Jalan Dato' Bandar Tunggal (sebahagian daripada Laluan Persekutuan 1), Seremban
  • Jalan Raya

Laluan Persekutuan 1 , jalan raya yang tertua di Malaysia yang menghubungkan bandar-bandar utama di pantai barat Semenanjung Malaysia turut melalui Seremban. Jalan tersebut menghubungkan Seremban dengan bandar-bandar berdekatan seperti Rembau dan Tampin di selatan dan Kajang, Selangor di utara. Seremban juga menjadi penghubung ke Kuala Klawang dan Kuala Pilah ke timur dan bandar pelancongan Port Dickson di barat.

E2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan melalui Seremban. Seremban dihubungkan dengan bandar-bandar lain seperti Melaka dan Johor Bahru ke selatan dan Kuala Lumpur ke utara. Terdapat 3 persimpangan yang menghubungkan Seremban melalui EXIT 218 Persimpangan Seremban, EXIT 219 Persimpangan Senawang dan EXIT 220 Persimpangan Port Dickson.

Tempat menarik

Dataran Seremban

Dataran Seremban yang menghiasi pintu masuk utama ke bandar Seremban mulai mengamit perhatian dan menjadi kawasan tumpuan pengunjung yang popular. Kawasan lapang yang selesa, pancuran air yang menenangkan, lampu hiasan yang indah, sesuai dijadikan persinggahan bagi melepaskan lelah selepas penat berjalan melawat Seremban. Di kawasan Dataran Seremban juga terdirinya tiang bendera Malaysia yang tertinggi di Negeri Sembilan iaitu mencecah hampir 100 kaki.[6]

Kompleks Kraf Negeri Sembilan

Kompleks Kraf ini dibina bagi memelihara kekayaan budaya dan warisan masyarakat Negeri Sembilan. Hasil kraftangan yang halus ini turut dipamerkan dan dijual di kompleks ini. Kompleks Kraf yang terletak di Jalan Dato Abdul Kadir, Seremban ini diuruskan oleh Perbadanan Kraftangan Negeri Sembilan turut menempatkan hasil kraftangan dari seluruh Negeri Sembilan. Pembukaan cawangan keenam Karyaneka Kraf Boutique di kompleks tersebut turut menyumbang kepada kepelbagaian pilihan kraf Malaysia untuk jualan. Kebanyakan kraftangan yang terdapat di sini dibuat di pusat inkubator dan latihan usahawan kraftangan Kuala Pilah.[7]

Ladang Burung Unta

Terkenal sebagai pusat riadah untuk seisi keluarga, Jelita Ostrich Show Farm di Jalan Jelebu bukan saja membiakkan burung berkenaan, malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan tersebut.

Muzium Negeri

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri.

Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Lokasi yang sesuai, mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung.[8]

Taman Budaya

Taman Rekreasi Seremban 2

Taman yang dibuka tahun 2005 ini menyediakan pelbagai aktiviti, daripada trek riadah, gimnasium serta gelanggang bola keranjang, futsal dan badminton. Ia juga sesuai pada mereka yang ingin merehatkan fikiran bersama keluarga sambil menyaksikan pancuran air terjun dari bangku rehat atau wakaf yang disediakan.

Taman Malaysia

Seremban International Golf Club (SIGC)

Merupakan sebuah lapangan golf bertaraf antarabangsa di Ampangan, salah satu subbandar Seremban.

Bandar kembar

Walaupun Seremban bukannya berstatus bandaraya, sekurang-kurangnya ia mempunyai empat bandar kembar.

Rumah ibadat

Masjid Jamek, Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban

Masjid Jamek Seremban terletak di Jalan Tun Dr. Ismail. Masjid ini dibina pada tahun 1900 dan diasaskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Masjid ini boleh memuatkan 1,000 orang jemaah. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh keluarga Sheikh Abdul Kadir.

Pusat Dakwah Islamiah, Paroi

Perletakan batu asas telah dilakukan pada tahun 1990. Terdapat 2 fasa pembinaannya iaitu fasa 1 : pembinaan sebuah dewan besar, 2 buah dewan makan , 1 dewan theatherate, 10 bilik kuliah, sebuah bilik VIP dan sebuah bilik menunggu. Ia siap dan digunakan pada 1 April 1995. Fasa 2 : surau dan 2 buah blok asrama. Ia siap dan digunakan pada Mac 1998. Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu Pada 24 Jun 1999. Dan fasa 3: blok pentadbiran telah siap pada Disember 2004 dan mula digunakan pada Mac 2005.

Masjid Negeri

Masjid Negeri terletak di Jalan Dato' Hamzah. Masjid ini dibina pada tahun 1966 dan boleh memuatkan jemaah seramai 3,000 orang dalam satu masa. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh kerajaan negeri. Ia telah dirasmikan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 24 November 1967.

Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng

Nama asal masjid ini ialah Masjid Jamek Ampangan, Seremban yang terletak di Jalan Jelebu. Masjid ini dibina pada tahun 1928 yang diasaskan oleh YM Dato' Kelana Putra Maamor bin Kasim, Undang Luak Sungai Ujong pada ketika itu. Selepas dibaik pulih pada tahun 1963, 1978 dan 1991, masjid itu kini boleh memuatkan lebih kurang 1,500 jemaah berbanding 300 jemaah sebelum dibaik pulih. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Tok Mukim.

Masjid Sikamat, Seremban

[10]

Kuil Sri Balathandayuthapani, Jalan Yam Tuan

Kuil ini dibina pada 1819 dan telah diubahsuai pada tahun 2005. Kuil ini terletak hanya 2km dari Bandar Seremban . Ia menjadi tumpuan dikalangan masyarakat India di Seremban terutamanya ketika sambutan Thaipusam dan perayaan-perayaan lain.

Gereja Visitation, Jalan Yam Tuan

Tokong Tong Tien Koon , Temiang

Tokong Liet Sing Koong, Jalan Kapitan Tam Yeong

[11]

Infrastruktur

Kesihatan

Seremban mempunyai beberapa buah hospital dan pusat perubatan, termasuk hospital kerajaan dan hospital milik swasta.

Hospital Tuanku Ja'afar, dahulunya dikenali sebagai Hospital Besar Seremban merupakan sebuah hospital negeri dan hospital rujukan bagi Negeri Sembilan. Dibina pada tahun 1930 dengan jumlah kapasiti 800 katil dan 20 kepakaran klinikal dengan pelbagai perkhidmatan sokongan. Terletak di Bukit Rasah, Seremban, hospital yang memiliki keluasan kawasan tanah seluas 212 ekar (0.86 km2).

Hospital lain termasuk Pusat Perubatan Columbia Asia, yang dibuka pada tahun 1999 dan kini mempunyai 80 katil dan menawarkan pesakit luar dan pesakit dalam perkhidmatan pakar, klinik 24 jam dan perkhidmatan kecemasan.

Pada tahun 2004 sebuah hospital baru telah ditubuhkan, Hospital Pakar Seremban yang mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 109 katil. Hospital yang terletak di pinggir bandar Seremban di belakang Muzium Negeri.

Hospital Bersalin Cina Negeri Sembilan juga merupakan hospital swasta yang mempunyai 75 katil. Ia terletak di Jalan Tun Ismail.

Terdapat juga sebuah hospital di Senawang, Hospital Pakar Senawang (SSH) dengan mempunyai sebanyak 101 katil yang dibuka pada tahun 2008.

Galeri

Rujukan

  1. ^ Rashitha A. Hamid (16 June 2007). "Profile of Haji Abd. Halim". Majlis Perbandaran Seremban. Dicapai pada 29 August 2007.
  2. ^ Seremban Urban Area
  3. ^ Helders, Stefan. "Metropolitan areas in Malaysia". World Gazetteer. Dicapai pada 4 December 2007.
  4. ^ :: Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA ::
  5. ^ Keretapi Tanah Melayu Berhad [1]
  6. ^ Dataran Seremban
  7. ^ Kompleks Kraf
  8. ^ Taman Tasik Seremban
  9. ^ "Bukittinggi: Jabaran Rencana Kota Kembar" (dalam bahasa Indonesia). Bukittinggi Department. Dicapai pada 10 July 2013.
  10. ^ Masjid di Seremban
  11. ^ Kuil dan tokong di Seremban

Pautan luar


Koordinat: 2°43′N 101°57′E / 2.717°N 101.950°E / 2.717; 101.950{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman