Pulau Sentinel Utara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Menyiapkan laman
Baris 26: Baris 26:
Pada hujung cuaca panas monsun pada tahun 1867, ''Nineveh,'' sebuah kapal perdagangan India, karam atas karang berdekatan pulau tersebut. 106 penumpang dan anak kapal yang terselamat mendarat di pantai dalam kapal, dan menahan serangan daripada suku sentinel. Mereka akhirnya dijumpai oleh satu parti penyelamat [[Tentera Laut Diraja British]].''<ref name=":2" />''
Pada hujung cuaca panas monsun pada tahun 1867, ''Nineveh,'' sebuah kapal perdagangan India, karam atas karang berdekatan pulau tersebut. 106 penumpang dan anak kapal yang terselamat mendarat di pantai dalam kapal, dan menahan serangan daripada suku sentinel. Mereka akhirnya dijumpai oleh satu parti penyelamat [[Tentera Laut Diraja British]].''<ref name=":2" />''


Sebuah ekspedisi yang diketuai oleh Maurice Vidal Portman, seorang pentadbir kerajaan yang berharap untuk mengkaji penduduk tempatan dan budaya mereka, berjayu melakukan pendaratan di pulau Sentinel Utara pada bula Januari 1880. Kumpulan menjumpai satu rangkaian jalan dan pelbagai kampung yang kecil dan ditinggalkan. Selepas beberapa hari, enam suku sentinel, satu pasangan warga emas dan empat kanak-kanak, ditangkap dan dihantar ke [[Port Blair]]. Pegawai penjajah yang bertugas dalam operasi tersebut menyatakan bahawa seluruh kumpulan suku sentinel itu "jatuh sakit secara pantas, dan pasangan warga emas itu mati, jadi keempat-empat kanak-kanak tersebut dihantar balik ke tempat tinggal mereka dengan sejumlah hadiah".''<ref name=":0" /><ref name=":4" /><ref name=":5" />'' Pendaratan kedua dilakukan oleh Portman pada 27 Ogos 1883, selepas peletusan gunung berapi [[Krakatau]] disilapkan dengan das tembakan pistol dan mengecamnya sebagai tanda kesusahan sesebuah kapal. Satu parti penyelamat mendarat di pulau dan meninggalkan hadiah sebelum kembali ke Port Blair.''<ref name=":0" /><ref name=":5" />'' Portman melawat pulau tersebut berulang kali dari Januari 1885 sehingga Januari 1887.''<ref name=":5" />''
Sebuah ekspedisi yang diketuai oleh Maurice Vidal Portman, seorang pentadbir kerajaan yang berharap untuk mengkaji penduduk tempatan dan budaya mereka, berjaya melakukan pendaratan di pulau Sentinel Utara pada bula Januari 1880. Kumpulan menjumpai satu rangkaian jalan dan pelbagai kampung yang kecil dan ditinggalkan. Selepas beberapa hari, enam suku sentinel, satu pasangan warga emas dan empat kanak-kanak, ditangkap dan dihantar ke [[Port Blair]]. Pegawai penjajah yang bertugas dalam operasi tersebut menyatakan bahawa seluruh kumpulan suku sentinel itu "jatuh sakit secara pantas, dan pasangan warga emas itu mati, jadi keempat-empat kanak-kanak tersebut dihantar balik ke tempat tinggal mereka dengan sejumlah hadiah".''<ref name=":0" /><ref name=":4" /><ref name=":5" />'' Pendaratan kedua dilakukan oleh Portman pada 27 Ogos 1883, selepas peletusan gunung berapi [[Krakatau]] disilapkan dengan das tembakan pistol dan mengecamnya sebagai tanda kesusahan sesebuah kapal. Satu parti penyelamat mendarat di pulau dan meninggalkan hadiah sebelum kembali ke Port Blair.''<ref name=":0" /><ref name=":5" />'' Portman melawat pulau tersebut berulang kali dari Januari 1885 sehingga Januari 1887.''<ref name=":5" />''


=== Selepas kemerdekaan ===
=== Selepas kemerdekaan ===

Semakan pada 16:26, 6 November 2019

Pulau Sentinel Utara
Pulau Sentinel Utara pada tahun 2009
Geografi
LokasiTeluk Benggala
Koordinat11°33′25″N 92°14′28″E / 11.557°N 92.241°E / 11.557; 92.241Koordinat: 11°33′25″N 92°14′28″E / 11.557°N 92.241°E / 11.557; 92.241
KepulauanKepulauan Andaman
Kawasan air terdekatTeluk Benggala
Jumlah pulau2
Pulau-pulau utama
  • Sentinel Utara
  • Constance
Luas59.67 km2 (23.04 bt2)
Panjang7.8 km (4.85 mi)
Lebar7.0 km (4.35 mi)
Garis pantai31.6 km (19.64 mi)
Aras tertinggi122 m (400 ft)[1]
Pentadbiran
Kawasan kesatuanAndaman dan Nicobar
DistrictAndaman Selatan
TehsilPort Blair Tehsil[2]
Demografi
DemonimSuku sentinel
Populasi39[3] (2018)
(populasi sebenar tidak tentu) Mungkin seramai 400
Kumpulan etnikSuku Sentinel[4]
Maklumat tambahan
Zon waktu
PIN744202[5]
ISO codeIN-AN-00[6]
Tapak sesawang rasmiwww.and.nic.in
Suhu cuaca panas biasa30.2 °C (86.4 °F)
Suhu cuaca sejuk biasa23.0 °C (73.4 °F)
Census Code35.639.0004

Pulau Sentinel Utara adalah salah satu daripada pulau Kepulauan Andaman, satu kepulaun di Teluk Benggala yang juga mengandungi Pulau Sentinel Selatan.[7] Pulau Sentinel Utara mempunyai suku sentinel, sesebuah kaum yang telah menolak, sering kali secara ganas, sebarang hubungan dengan dunia luar. Mereka adalah antara suku terpencil terakhir yang kekal hampir tidak dihubungi oleh tamadun moden. [8][9]

Akta Perlindungan Suku Orang Asli Kepulauan Andaman dan Nicobar 1956[10] menghalang perjalanan ke pulau tersebut dan sebarang pendekatan lebih dekat daripada lima batu nautika (9.26 km) untuk mengelak orang asli tempatan untuk diserang penyakit yang mereka tidak dapat melawan. Kawasan tersebut dikawal oleh angkatan laut India.[11]

Secara nominal, pulau tersebut dimiliki oleh daerah pentadbiran Andaman Selatan, sebahagian daripada kawasan kesatuan India di Kepulauan Andaman dan Nicobar.[12] Dalam latihan, pihak berkuasa India mengenali niat penduduk pulau untuk ditinggalkan bersendirian dan menyekat tugas mereka untuk pemantauan jarak jauh; pihak berkuasa India tidak menahan kaum tersebut atas pembunuhan.[13][14] Pulau tersebut adalah dalam kesan, satu kawasan berdaulat di bawah perlindungan India. Pada tahun 2018, Kerajaan India mengecualikan 29 pulau - termasuk pulau Sentinel Utara - daripada rejim Permit Kawasan Dilarang (RAP), sehingga 31 Disember 2022, dalam usaha yang besar untuk memajukan sektor pelancongan.[15] Tetapi, pada bulan November 2018, kementerian rumah kerajaan mengatakan bahawa pengenduran larangan tersebut hanya dikhususkan untuk membenarkan pengkaji dan pakar anthropologi, dengan pelepasan yang telah disahkan, untuk melawat pulau-pulau Sentinel.[16]

Suku sentinel telah berulang kali menyerang kapal-kapal yang mendekat. Ini menyebabkan kematian dua orang pemancing pada tahun 2006 dan seorang mubaling Amerika, John Allen Chau, pada tahun 2018.[17][18][19]

Geografi

Pulau Sentinel Utara terletak 36 kilometer barat daripada bandar Wandoor di Pulau Andaman Selatan,[20] 50 kilometer barat daripada Port Blair, dan 59.6 kilometer utara daripada rakan sejawatnya Pulau Sentinel Selatan. Ia mempunyai luas kawasan seluas 59.67 kilometer persegi dan garis luaran hampir bersegi empat.[21]

Sentinel Utara dikelilingi oleh batu karang, dan kekurangan pelabuhan semula jadi. Kesemua pulau, kecuali pantai, berhutan.[22] Terdapat pantai pasir putih yang sempit yang mengelilingi pulau tersebut, di belakang mana tanah naik 20 meter, dan kemudian antara 46 meter[23] dan 122 meter[24] berdekatan dengan pusat. Batu karang keluar berdekatan pulau antara 0.93 kilometer sehingga 1.5 kilometer (0.5 - 0.8 batu nautika) daripada pantai.[24] Sesebuah pulau kecil berhutan, pulau Constance, juga "Anak Pulau Constance",[24] diletakkan 600 meter daripada pantai tenggara, pada tepi batu karang. Gempa bumi Lautan Hindi 2004 menggerakkan plat-plat tektonik di bawah pulau, menaikkannya dengan 1 - 2 meter. Saluran besar batu karang yang mengelilingi terdedah dan selamanya menjadi tanah kering atau lagun cetek, memanjangkan sempadan-sempadan pulau - dengan sebanyak 1 kilometer pada belah barat dan belah selatan - dan menyatukan Anak Pulau Constance dengan pulau utama.[25][26]

Sejarah

Suku Onge, salah satu daripada orang asli kepulauan Andaman yang lain, tahu kewujudan pulau Sentinel Utara; nama tradisional mereka bagi pulau tersebut ialah Chia daaKwokweyeh.[20][25] Mereka juga mempunyai persamaan budaya yang kuat dengan kecil-kecilan apa yang telah dilihat antara suku sentinel. Tetapi, suku Onge dibawa ke pulau Sentinel Utara oleh orang British pada abad ke-19 tidak dapat faham bahasa sentinel, jadi kejauhan yang ketara adalah mungkin.[20][25]

Lawatan British

Juruukur British, John Ritchie, memerhati "pelbagai cahaya" daripada satu kapal kaji selidik hidrogafi Syarikat Hindia Timur Inggeris, Diligent, apabila ia melalui pulau tersebut pada tahun 1771.[20][25][27] Homfray, seorang pentadbir, mengembara ke pulau tersebut pada bulan Mac 1867.[28]

Pada hujung cuaca panas monsun pada tahun 1867, Nineveh, sebuah kapal perdagangan India, karam atas karang berdekatan pulau tersebut. 106 penumpang dan anak kapal yang terselamat mendarat di pantai dalam kapal, dan menahan serangan daripada suku sentinel. Mereka akhirnya dijumpai oleh satu parti penyelamat Tentera Laut Diraja British.[25]

Sebuah ekspedisi yang diketuai oleh Maurice Vidal Portman, seorang pentadbir kerajaan yang berharap untuk mengkaji penduduk tempatan dan budaya mereka, berjaya melakukan pendaratan di pulau Sentinel Utara pada bula Januari 1880. Kumpulan menjumpai satu rangkaian jalan dan pelbagai kampung yang kecil dan ditinggalkan. Selepas beberapa hari, enam suku sentinel, satu pasangan warga emas dan empat kanak-kanak, ditangkap dan dihantar ke Port Blair. Pegawai penjajah yang bertugas dalam operasi tersebut menyatakan bahawa seluruh kumpulan suku sentinel itu "jatuh sakit secara pantas, dan pasangan warga emas itu mati, jadi keempat-empat kanak-kanak tersebut dihantar balik ke tempat tinggal mereka dengan sejumlah hadiah".[20][27][28] Pendaratan kedua dilakukan oleh Portman pada 27 Ogos 1883, selepas peletusan gunung berapi Krakatau disilapkan dengan das tembakan pistol dan mengecamnya sebagai tanda kesusahan sesebuah kapal. Satu parti penyelamat mendarat di pulau dan meninggalkan hadiah sebelum kembali ke Port Blair.[20][28] Portman melawat pulau tersebut berulang kali dari Januari 1885 sehingga Januari 1887.[28]

Selepas kemerdekaan

Peta landsat

Pasukan pengembaraan India dibawah tugas untu kemnubuhkan hubungan persahabatan dengan suku sentinel membuat pendaratan yang sekejap di pulau tersebut setiap beberapa tahun bermula pada tahun 1967.[20] Pada tahun 1975, Leopold III dari Belgium, dalam sebuah lawatan kepulauan Andaman, diambil oleh pembesar-pembesar tempatan untuk pelayaran sepanjang malam ke air-air di pulau Sentinel Utara.[27] Kapal muatan MV Rusley karam atas karang pantai pada tahun 1977, dan MV Primrose juga melakukannya pada tahun 1981. Suku sentinel dikenali untuk menggeledah kedua-dua karaman untuk besi. Penduduk dari Port Blair juga melawat tapak tersebut untuk mengambalikan muatan tersebut. Pada tahun 1991, pengendali penggeledahan dibenarkan untuk menghancurkan kapal-kapal tersebut.[25]

Selepas Primrose karam di karang pulau Sentinel Utara pada 2 Ogos 1981, anak kapal menyedari beberapi hari kemudian bahawa beberapa individu membawa lembing dan panah sedang membina kapal di pantai. Kapten Primrose meradiokan untuk hantaran senjata api kecemasan untuk memastikan anak kapalnya dapat melindungi diri. Mereka tidak menerima sebarang daripadanya kerana satu guruh besar menghalang kapal lain dari menyampai mereka, tetapi laut yang berbahaya juga menghalang daripada suku sentinel daripada menyampai kapal tersebut. Seminggu kemudian, anak kapal diselamatkan oleh satu helikopter di bawah kontrak kepada Oil and Natural Gas Corporation India (ONGC).[29]

Perjumpaan aman pertama dengan suku sentinel dilakukan oleh Triloknath Pandit, pengarah Kaji Selidik Anthropologi India, dan rakan sekerjanya pada 4 Januari 1991.[28][30] Lawatan orang India ke pula utersebut berakhir pada tahun 1997.[20]

Suku sentinel terselamat dari Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan kesan-kesannya, termasuk kenaikan pulau tersebut. Tig ahari selepas gempa bumi tersebut, sebuah helikopter kerajaan India memerhati beberapa penduduk pulau, yang menembak panah dan melempar lembing dan batu ke arah helikopter.[20][25][31] Walupu tsunami tersebut menjejas tanah memancing suku tersebut, suku sentinel telah dilihat untuk menyesuaikan diri.[26]

Pada bulan Januari 2006, dua orang pemancing di air-air haram dibunuh oleh suku sentinel apabila kapal mereka berlayar terlalu dekat dengan pulau tersebut. Tidak terdapat sebarang penyalah sabitan.[13]

Pada bula nNovemebr, 2018, John Allen Chau, seorang mubaligh Amerika berusia 26 tahun,[32] dilatih dan dihantar oleh All Nations berasaskan Missouri,[33] dibunuh dalam satu lawatan haram ke pulau yang terhalang itu, bercadang untuk mengkhutbahkan agama Kristian kepada suku sentinel.[34] Tujuh individu ditahan oleh pihak polis India atas dakwaan membantu Chau pergi ke pulau tersebut secara haram.[33] Memasuki radius lima batu sekitar pulau tersebut adalah haram dalam undang-undang India.[32][35] Pemancing-pemancing memberitahu pihak polis bahawa mereka telah melihat suku tersebut menarik mayat Chau di sekitar pulau tetapi pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan kematiannya dengan bebas setakat 25 November 2018.[11] Kes tersebut diperlakukan sebagai pembunuhan tetapi tidak terdapat cadangan bahawa suku kaum itu akan disalahkan.[36]

Jurnal Chau mengatakan dia mengetahui risiko yang dihadapinya, telah ditembak oleh penduduk pulau dengan busur dan panah pada lawatan percubaan sebelumya, dan keharaman lawatannya ke pulau itu. Dalam nota terakhir kepada keluarganya yang dihantar oleh pemancing-pemancing tersebut, Chau menulis "Anda semua mungkin memikirkan saya gila dalam semua ini tetapi saya fikir ia beruntung untuk mengutuskan Jesus kepada kaum ini. Jangan marah kepada mereka atau Tuhan jika saya terbunuh ..."[11] Keluarga tersebut telah bersetuju untuk memaafkan kaum tersebut dan tidak menegaskan kepulangan mayat tersebut ke AS.[37][38]

Demografi

Informasi lebih lanjut: Suku sentinel

Pulau Sentinel Utara dihuni oleh suku sentinel. Populasi mereka dianggar antara 50 hingga 400 individu dalam laporan 2012.[39] Census India pada tahun 2011 mengatakan 15 penghuni[40] dalam 10 rumah tangga, tetapi juga hanya anggaran, dinyatakan sebagai satu "tekaan liar" oleh Times of India.[10]

Mereka menolak sebarang hubungan dengan orang lain, dan adalah antara kaum terakhir yang kekal hampir tidak disentuh oleh tamadun moden.[27]

Populasi tersebut menghadapi kemungkinan ancaman penyakit berjangkit yang mereka tidak dapat tahan, dan juga keganasan daripada penceroboh. Kerajaan India telah mengisytiharkan seluruh pulau tersebut dan air-air di sekitarnya yang mengeluar sebanyak 5 batu nautika (9.26 km) dari pulau sebagai zon larangan.[41]

Taraf politik

Peraturan Andaman dan Nicobar (Perlindungan Kaum Orang Asli), 1956 memberi perlindungan kepada suku sentinel dan kaum tempatan lain di kawasan tersebut.[42] Pentadbiran Andaman dan Nicobar mengatakan pada tahun 2005 bahawa mereka tiada niat untuk masuk campur dengan cara hidup atau habitat suku sentinel dan tidak berminat dalam membuat sebarang hubungan selanjutnya dengan mereka atau mentadbir pulau itu.[43] Walaupun pulau Sentinel Utara secara sahnya bukan bahagian autonomi India yang mentadbir, cendekiawan telah merujuk kepadanya dan suku kaumnya sebagai autonomi secara cekap,[44][45] atau merdeka.[44][46]

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nga tidak disediakan
  2. ^ "Andaman and Nicobar Islands Census 2011" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada August 28, 2017.
  3. ^ "Mysterious 'lost' tribe kills US tourist". news.com.au. November 22, 2018. Dicapai pada November 22, 2018.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan andaman.org tidak disediakan
  5. ^ "A&N Islands – Pincodes". 22 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2014. Dicapai pada 22 September 2016.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  6. ^ Registration Plate Numbers added to ISO Code
  7. ^ https://scroll.in/article/903254/a-visit-to-north-sentinel-island-please-please-please-let-us-not-destroy-this-last-haven
  8. ^ https://indianexpress.com/article/india/sentinelese-tribe-has-closer-resemblance-to-jarawas-slightly-taller-than-other-andaman-tribes-says-expert-5460473/
  9. ^ https://www.forbes.com/sites/jimdobson/2015/09/28/will-the-worlds-most-dangerous-island-become-a-human-zoo-the-shocking-future-of-north-sentinel/#7445c3de2688
  10. ^ a b http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow/66744174.cms
  11. ^ a b c https://www.cnn.com/2018/11/25/asia/missionary-john-chau-north-sentinel-island-sentinelese/index.html
  12. ^ http://www.censusindia.gov.in/2011-VillageDirectory/Directory/short_code_rural_35.pdf
  13. ^ a b https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/india/1509987/Stone-Age-tribe-kills-fishermen-who-strayed-on-to-island.html
  14. ^ Bonnett, Alastair: Off The Map, page 82. Carreg Aurum Press, 2014
  15. ^ https://www.thequint.com/voices/opinion/sentinelese-tribe-andaman-islanders-eco-tourism-challenges
  16. ^ https://timesofindia.indiatimes.com/india/us-national-defied-3-tier-curbs-caution-to-reach-island/articleshow/66758172.cms
  17. ^ https://indianexpress.com/article/india/american-tourist-killed-in-north-sentinel-island-of-andaman-island-5456743/
  18. ^ https://english.manoramaonline.com/news/world/2018/11/23/american-killed-in-andaman-police-probe.html
  19. ^ https://web.archive.org/web/20190325211259/http://mynorthwest.com/1195065/american-on-deadly-trip-to-indian-island-god-sheltered-me-2/
  20. ^ a b c d e f g h i https://web.archive.org/web/20130507061710/http://www.andaman.org/BOOK/chapter8/text8.htm
  21. ^ http://ls1.and.nic.in/doef/WebPages/ForestStatistics2013.pdf
  22. ^ https://web.archive.org/web/20120402174048/http://www.andaman.org/BOOK/chapter2/text2.htm
  23. ^ https://books.google.com/books?id=OuGgAAAAMAAJ&pg=PA257 m/s 257
  24. ^ a b c https://msi.nga.mil/MSISiteContent/StaticFiles/NAV_PUBS/SD/Pub173/Pub173bk.pdf
  25. ^ a b c d e f g https://books.google.com.my/books?id=9UzX63tCpXQC&redir_esc=y m/s 342, 362 - 363, 363.
  26. ^ a b https://web.archive.org/web/20130616061925/http://andaman.org/mapstsunami/tsunami.htm
  27. ^ a b c d https://web.archive.org/web/20120925024523/http://andaman.org/BOOK/reprints/goodheart/rep-goodheart.htm
  28. ^ a b c d e https://books.google.com/books?id=TZOvYPBrxl0C&pg=PA287 m/s 288
  29. ^ http://coolinterestingstuff.com/the-strange-mystery-of-north-sentinel-island
  30. ^ https://www.independent.co.uk/news/world/islanders-running-out-of-isolation-tim-mcgirk-in-the-andaman-islands-reports-on-the-fate-of-the-1477566.html
  31. ^ https://www.nzherald.co.nz/world/news/article.cfm?c_id=2&objectid=10624531
  32. ^ a b https://www.washingtonpost.com/world/2018/11/21/american-believed-dead-after-encounter-with-remote-indian-tribe-hostile-outsiders/
  33. ^ a b https://www.news.com.au/travel/travel-updates/incidents/police-faceoff-with-sentinelese-tribe-as-they-struggle-to-recover-slain-missionarys-body/news-story/a88d3780059939a5e11ebcfb556327ac
  34. ^ https://www.bbc.com/news/world-46301059
  35. ^ https://nypost.com/2018/11/23/cops-arrest-suspects-believed-to-help-us-missionary-on-fatal-trip/
  36. ^ https://www.cnn.com/2018/11/25/asia/missionary-john-chau-north-sentinel-island-sentinelese/index.html
  37. ^ https://www.bbc.com/news/world-asia-india-46337353
  38. ^ https://www.telegraph.co.uk/news/2018/11/25/indian-police-abandon-attempt-recover-body-us-missionary-andaman/
  39. ^ https://web.archive.org/web/20130507061710/http://www.andaman.org/BOOK/chapter8/text8.htm
  40. ^ https://web.archive.org/web/20150801173328/http://www.censusindia.gov.in/2011census/dchb/3500_PART_B_DCHB_ANDAMAN%20%26%20NICOBAR%20ISLANDS.pdf
  41. ^ http://anonhq.com/island-tribe-hostile-outsiders-face-survival-threat
  42. ^ https://indianexpress.com/article/explained/north-sentinel-island-andaman-nicobar-tribe-american-killed-5460144/
  43. ^ http://www.thewe.cc/contents/more/archive2005/january/jarwas_onges_shompens_sentinelese_great_andamanese.htm
  44. ^ a b https://books.google.com/books?id=-4PDCQAAQBAJ&pg=PA120
  45. ^ https://books.google.com/books?id=iWlFAAAAQBAJ&pg=PA9
  46. ^ Ed. Aruna Ghose et al, DK Eyewitness Travel Guide: India, 201m/s 627

Pautan Luar