The Simpsons: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stephan1000000 (bincang | sumb.)
num_episodes
Stephan1000000 (bincang | sumb.)
num_episodes
Baris 17: Baris 17:
| first_aired = [[17 Disember]] [[1989]]
| first_aired = [[17 Disember]] [[1989]]
| last_aired = kini
| last_aired = kini
| num_episodes = 667
| num_episodes = 668
| list_episodes =
| list_episodes =
| website = http://www.thesimpsons.com/
| website = http://www.thesimpsons.com/

Semakan pada 06:37, 11 November 2019

The Simpsons
Fail:C-SimpFamily.png
Ikut arah jam dari atas kiri: Homer, Marge, Maggie, Santa's Little Helper (anjing), Bart, Snowball II (kucing) dan Lisa.
FormatAnimasi
Komedi
PenciptaMatt Groening
Dibangunkan oleh
James L. Brooks
Matt Groening
Sam Simon
Pelakon suara
Dan Castellaneta
Julie Kavner
Nancy Cartwright
Yeardley Smith
Hank Azaria
Harry Shearer
Penggubah lagu tema
Danny Elfman
Negara asal Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan episod668
Penerbitan
Penerbit eksekutifAl Jean
James L. Brooks
Matt Groening
Sam Simon
Tempoh siaran20–23 minit
Penyiaran
Saluran asalFox
Format gambarNTSC (480i)
Siaran asal17 Disember 1989 – kini
Pautan luar
Laman sesawang

The Simpsons ialah sitkom animasi Amerika Syarikat yang dicipta oleh Matt Groening untuk Fox Broadcasting Company. Siri ini bercorak parodi yang menyindir gaya hidup golongan pertengahan Amerika yang dicontohi keluarga Simpson yang terdiri daripada Homer, Marge, Bart, Lisa, dan Maggie. Rancangan ini berlatarkan pekan cereka Springfield yang turut menyindir pelbagai ciri-ciri tabiat masyarakat termasuklah kebudayaan Amerika, masyarakat, dan televisyen.

Keluarga cereka ini direka oleh Groening sebelum membikin siri animasi pendek bersama penerbit James L. Brooks. Groening mencipta sebuah keluarga disfungsi dan menamakan watak-wataknya bersempena ahli-ahli keluarga sendiri, kecuali Bart yang menggantikan nama sendiri. Animasi pendek ini disertakan dalam The Tracey Ullman Show pada 19 April 1987. Selepas tiga musim, sketsa pendek tersebut dikembangkan menjadi rancangan waktu perdana separuh jam lalu menjadi siri siaran rangkaian Fox pertama yang memasuki ratings 30 teratas dalam semusim (1992-1993).

Semenjak kemunculan sulungnya pada 17 Disember 1989, rancangan tersebut telah menyiarkan 427 episod dan musim ke-20nya mula bersiaran sejak 20 September 2008.[1] Filem cetera The Simpsons Movie ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai 26 Julai 2007, dan telah mengutip sebanyak AS$526.2 juta sehingga kini.

The Simpsons telah banyak meraih anugerah semenjak julung kali muncul di kaca TV, termasuk 24 Anugerah Emmy, 26 Anugerah Annie dan satu Anugerah Peabody. The Simpsons dinamakan oleh keluaran majalah Time bertarikh 31 Disember 1999 sebagai siri TV terbaik sepanjang abad ke-20, lalu menerima sebutir bintang di Hollywood Walk of Fame pada 14 Januari 2000. The Simpsons merupakan sitkom Amerika yang paling lama bersiaran, rancangan animasi Amerika yang terlama pada tahun 2008, serta menyamai siri Gunsmoke sebagai siri TV waktu perdana buatan Amerika yang terlama. Perkataan "D'oh!" yang didengus oleh Homer pun dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa Inggeris. Selain itu, The Simpsons juga telah banyak mempengaruhi sitkom animasi tontonan dewasa.

Rujukan

  1. ^ "Fox Announces Primetime Slate for 2008-2009". FoxFlash. 2008-05-15. Dicapai pada 2008-05-15. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.