Sepi: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tambah kandungan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |

Baris 10: | Baris 10: | ||
| starring = [[Afdlin Shauki]]
[[Vanidah Imran]]
[[Nasha Aziz]]
[[Tony Eusoff]]
[[Siti Shahrizah]]
[[Riezman Khuzaimi]]
[[Baizura Kahar]]
[[Sein Ruffedge|Syed Hussein (Sein Ruffedge)]]
[[Pierre Andre]] |
| starring = [[Afdlin Shauki]]
[[Vanidah Imran]]
[[Nasha Aziz]]
[[Tony Eusoff]]
[[Siti Shahrizah]]
[[Riezman Khuzaimi]]
[[Baizura Kahar]]
[[Sein Ruffedge|Syed Hussein (Sein Ruffedge)]]
[[Pierre Andre]] |

| music = |
| music = |

| cinematography = |
| cinematography = Madnor Kassim |

| editing = |
| editing = |

| studio = Altenate Pictures |
| studio = Altenate Pictures |
Semakan pada 01:41, 13 November 2019
Sepi | |

Pengarah | Kabir Bhatia |
Penulis | Mira Mustaffa Ara |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah Rosihan Zain (eksekutif) Shazlira Hamzah (pembantu) |
Dibintangi | Afdlin Shauki Vanidah Imran Nasha Aziz Tony Eusoff Siti Shahrizah Riezman Khuzaimi Baizura Kahar Syed Hussein (Sein Ruffedge) Pierre Andre |
Sinematografi | Madnor Kassim |
Syarikat penerbitan | Altenate Pictures |
Diedarkan oleh | Grand Brilliance |
Tarikh tayangan | 26 Jun 2008 |
Masa tayangan | 108 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bajet | RM 1.5 juta[1] |
Sepi ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia arahan Kabir Bhatia yang terkenal dengan filem Cinta, yang ditayangkan pada tahun 2008. Filem terbitan Alternate Studio untuk Grand Brilliance yang juga menerbit filem Cinta sebelum ini, keluar di pawagam pada 26 Jun 2008.
Sinopsis
Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang pemilik kilang kasut bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.
Rakaman
Filem Sepi menonjolkan barisan pelakon daripada nama terkenal yang pernah menjulang pelbagai anugerah seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Siti Shahrizah, Pierre Andre, Tony Eusoff, Riezman Khuzaimi serta dua wajah baru, Baizura Kahar dan Syed Hussein (Sein Ruffedge). Rakamannya telah menelan belanja RM1.5 juta dan penggambarannya mengambil 35 hari, serta telah disunting sebanyak dua kali dari panjang asal yang mencecah 220 minit ke 108 minit. Pengarahnya Bhatia menegaskan bahawa filem Sepi dan filem Cinta "berbeza dari struktur penceritaannya."[1]
Rujukan
- ^ a b Mohd Suhairi B. Mat Johor, Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi (2008-06-24). "Filem 'Sepi' berlainan dengan filem 'Cinta'". Sinema Malaysia. Dicapai pada 2008-07-06.