Bendera Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 47: Baris 47:
==== Reka bentuk diluluskan ====
==== Reka bentuk diluluskan ====
[[File:1949 Malaya Flag Proposal 3.svg|right|thumb| Bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) versi terubahsuai selepas perubahan pada masukan kanton biru dan jalur berwarna merah putih.]]
[[File:1949 Malaya Flag Proposal 3.svg|right|thumb| Bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) versi terubahsuai selepas perubahan pada masukan kanton biru dan jalur berwarna merah putih.]]
[[File:Flag of Malaya.svg|alt8=Flag with 11 alternating red and white stripes along the fly and a blue canton (occupying 7 stripes) bearing a crescent and an 11-point star.|Bendera [[Persekutuan Tanah Melayu]] dari tahun 1950 hingga 1963 yang telah diluluskan untuk kegunaan]]
[[File:Flag of Malaya.svg|right|thumb|Bendera [[Persekutuan Tanah Melayu]] dari tahun 1950 hingga 1963 yang telah diluluskan untuk kegunaan]]


Reka bentuk bendera terubah suai baru telah mendapat kelulusan Raja [[George VI]] pada 19 [[Mei]] 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.
Reka bentuk bendera terubah suai baru telah mendapat kelulusan Raja [[George VI]] pada 19 [[Mei]] 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

Semakan pada 08:04, 27 November 2019

Malaysia
NamaJalur Gemilang
KegunaanBendera kebangsaan
Nisbah1:2
Diterima pakai26 Mei 1950 (bintang 11 titik asal dan 11 jalur)
16 September 1963 (bintang 14 mata dan 14 jalur terkini)
RekaanEmpat belas jalur melintang bergantian merah dan putih; di kanton, bulan sabit kuning dan bintang 14-titik di padang biru
Direka olehMohamed Hamzah[a]

Bendera Malaysia; (tulisan Jawi: بنديرا مليسيا) atau dikenali sebagai Jalur Gemilang,[1] mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.

Bahagian segi empat (atau kanton) yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia; kanton tersebu mengandungi anak bulan yang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).[2] Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.[3]

Bendera Malaysia (jenis pemidang)

Sejarah

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.[4]

Pendapat umum diambil kira

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah.

Jalur Gemilang yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Reka bentuk terakhir dipilih

Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk diluluskan

Bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) versi terubahsuai selepas perubahan pada masukan kanton biru dan jalur berwarna merah putih.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1950 hingga 1963 yang telah diluluskan untuk kegunaan

Reka bentuk bendera terubah suai baru telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Terinspirasi

Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris selepas tahun 1707

Bendera rekaan ketiga terubahsuai ini telah terinspirasi penuh daripada bendera rasmi Syarikat Hindia Timur Inggeris, ini boleh dibuktikan dengan sebahagian besar elemen utamanya yang disusun pada lunas yang sama khususnya pada jalur merah putih dan kotak berwarna biru disisi sebelah kiri atas bendera [5][6].

Apabila bendera rekaan baru itu telah diteliti pada setiap bahagian kemasan reka bentuknya, setiap satunya membawa definisi yang signifikan seperti berikut:[7]

  • merah, putih dan biru – membawa maksud Malaysia (sebagai sebuah negara baru yang hendak ditubuhkan) telah mempunyai perikatan wangsa diantara Negara-negara Komanwel.
  • lambang bulan sabit dan bintang pecah – membawa signifikan agama Islam sebagai agama Persekutuan, warna kuning sebagai simbol kedaulatan Raja-raja Melayu. Bintang pecah sebelas pula membawa maksud "perpaduan dan kerjasama" diantara kesemua negeri-negeri anggota dalam Persekutuan. Lambang bulan sabit dan bintang pecah menjadi asas perbezaan ketara berbanding bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menggunakan lambang salib dalam benderanya.

Pembentukan Malaysia

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.

Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Singapura berpisah

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)

Nama Jalur Gemilang

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika sebuah mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Lirik lagu untuk Jalur Gemilang

Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan membanggakan bendera Malaysia disamping memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan bendera tersebut beserta kemegahan.

Benderaku

Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada "Bendera Malaysia" atau "Benderaku". Selepas bendera Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan "Bendera Malaysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru "Jalur Gemilang".

Benderaku yang gagah perkasa
Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia

Bendera Malaysia oh bendera ku
Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Duli Tuanku

Berkibar terus oh bendera ku
Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia

Bendera Malaysia bendera kita
Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.

Ciptaan dan Senikata: Tony Fonseka

Jalur Gemilang

Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama yang bermula melancarkan dirasmikan pada tarikh 9 Ogos 2003.

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang



Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Galeri

Bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong.

Satu reka bentuk menegak telah diluluskan oleh kerajaan sebagai Banner Jalur Gemilang. Rekabentuk yang telah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Bil. 1 Tahun 1990 ialah;[8]

  • Banner hendaklah membujur dari atas ke bawah dan mempunyai dua bahagian iaitu:
    • Bahagian Atas
      Mengandungi bulan dan bintang berwarna kuning yang menghala ke atas berlatar belakangkan warna biru.
    • Bahagian Bawah
      Mengandungi 14 jalur merah putih membujur dari atas ke bawah. Bentuk ekor di bawahnya adalah berukuran 1/8 daripada panjang banner
  • Warna yang digunakan hendaklah warna-warna yang sama dengan Jalur Gemilang iaitu merah, putih, biru dan kuning.
  • Ukuran biasa bagi Banner Jalur Gemilang ialah 12 kaki panjang dan 3 kaki lebar pada nisbah 4:1.

Lihat juga 

Catatan

  1. ^ Mohamed bin Hamzah merekabentuk bendera Malaya. Bendera semasa adalah adaptasi reka bentuk asal Hamzah.

Rujukan 

  1. ^ "Malaysian Flag and Coat of Arms". myGovernment Malaysian Government's official portal. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2013. Dicapai pada 7 September 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Agama Rasmi
  3. ^ menghina bendera buat kek jalur gemilang
  4. ^ "Federal Flag". The Straits Times. 6 March 1950. m/s. 5., via "The History and Design Chronology of Jalur Gemilang" (PDF). Malaysia Design Archive. 2012. m/s. 16. Dicapai pada 25 May 2018.
  5. ^ https://www.joaoleitao.com/geography/flags-asia/
  6. ^ https://www.americanflags.com/blog/post/flags-around-world-inspired-american-flag
  7. ^ Muhamad Razif Nasruddin; Zarul Nazli bin Zulkhurnain (2012). "The History and Design Chronology of Jalur Gemilang" (PDF). Malaysia Design Archive. Make Condition Design. m/s. 23.
  8. ^ BENDERA KITA JALUR GEMILANG - Buku PDF

Pautan luar