Upin (watak): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k menghapuskan Kategori:Watak (HotCat)
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k menghapuskan Kategori:Upin & Ipin (HotCat)
Baris 12: Baris 12:
[[Kategori:Lelaki]]
[[Kategori:Lelaki]]
[[Kategori:Kelahiran 2003]]
[[Kategori:Kelahiran 2003]]
[[Kategori:Upin & Ipin]]
[[Kategori:Melayu Malaysia]]
[[Kategori:Melayu Malaysia]]
[[Kategori:Orang dari Sarawak]]
[[Kategori:Orang dari Sarawak]]

Semakan pada 17:18, 14 Disember 2019

Aruffin bin Abdul Salam
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Nur Fathiah Diaz (musim 1-3)
Asyiela Putri (musim 4-kini)
Informasi
Nama panggilanUpin
SpesiesManusia
JantinaLelaki
PekerjaanMurid Tadika Mesra
KeluargaIpin (adik kembar lelaki)
Ros (kakak perempuan)
Opah (nenek)
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Aruffin bin Abdul Salam AKA Upin (lahir di Sarawak, 16 Jun 2003; umur 20 tahun) ialah satu watak utama dan eponim siri Upin & Ipin. Dia merupakan abang kembar kepada Ipin, adik kepada Ros dan cucu kepada Opah.

Rupa

Walaupun Upin dan Ipin merupakan pasangan kembar seiras dan sama-sama berkepala botak, Upin dapat dibezakan dengan Ipin kerana ada sehelai rambut berpilin yang menonjol di atas kepala botaknya, serta sering memakai singlet kuning yang tertera huruf "U".

Perwatakan

Upin lebih banyak bercakap berbanding Ipin dalam siri. Sebagai abang, Upin banyak menunjukkan sifat keketuaan kepada Ipin, dan lebih banyak mencari akal dan merancang untuk adiknya berbanding yang sebaliknya. Apabila tidak bernakal, Upin turut membetulkan kesilapan Ipin. Upin jarang sekali berjauhan dengan Ipin, menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan.