Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ricky250 (bincang | sumb.)
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Baris 57: Baris 57:
[[Kategori:Filem bahasa Melayu]]
[[Kategori:Filem bahasa Melayu]]
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2018]]
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2018]]
[[Kategori:Filem Upin & Ipin]]

Semakan pada 17:22, 14 Disember 2019

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
PengarahAhmad Razuri Roseli
Adam Amiruddin
Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim
Dihasilkan olehHaji Burhanuddin Md Radzi
Hajah Ainon Ariff
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
21 Mac 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei)
26 April 2019 (Vietnam)
9 Mei 2019 (Indonesia)
Masa tayangan
1 jam 40 minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 20 juta
Pecah panggungRM 26 juta[1]

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal merupakan filem animasi pengembaraan Malaysia 2019. Filem ini menceritakan kisah si kembar dan kawannya di Kerajaan Inderaloka, di mana mereka dan watak cerita dongeng perlu pertahankan kerajaan ini daripada raja jahat yang ingin musnahkannya.

Ini merupakan filem keempat yang berdasarkan siri animasi Upin & Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula (2009), Laksamana Upin & Ipin (2009/2012), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016). Versi asal bahasa Melayu ditayangkan pada 21 Mac 2019 secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sinopsis

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dengan kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tiba-tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan sediakala dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin mengambil alih Inderaloka.

Pelakon suara

  • Asyiela Putri
  • Ahmad Mawardi
  • Mohd Amir Asyraf
  • Fakhrul Razi Imbrahim
  • Ernie Zakri
  • Tokder

Penerbitan

Filem ini dihasilkan oleh Les' Copaque Production dalam tempoh selam 5 tahun. Dengan kos produksi sebanyak RM 20 juta, ia merupakan filem Malaysia paling mahal dibuat. Alih suara ke Bahasa Inggeris telah dijalankan untuk versi tayangan antarabangsa.[2][3][4]

Keluaran dan sambutan

Filem ini dikelaskan sebagai U di Malaysia kerana tiada keganasan atau perkataan kesat. Ia juga disenaraikan untuk ke Oscars bagi kategori Filem Animasi Terbaik pada tahun 2020 nanti.[5]

Rujukan

  1. ^ Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal hasil buku filem animasi pertama Sinarharian, Dicapai 31 Oktober, 2019
  2. ^ "Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat". Berita Harian. 8 Januari 2019.
  3. ^ "Cerita Rakyat Jadi Formula Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal". Gempak. 8 Januari 2019.
  4. ^ "Kenali pemilik suara Upin dan Ipin". Sinar Harian. 20 Mac 2019.
  5. ^ Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Ke Oscar 2020 Berita Harian Dicapai 31 Oktober, 2019

Pautan luar