Koir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
edit
Membatalkan semakan 4689793 oleh LeQuattroStagioni (Perbincangan) - pemadaman terus pengembangan besar terakhir tanpa penjelasan lanjut
Teg: Buat asal
Baris 36: Baris 36:
* [[Koir Kebangsaan Malaysia]]
* [[Koir Kebangsaan Malaysia]]
* [[Nasyid koir]]
* [[Nasyid koir]]

== Nota ==
<references group="nota"/>


== Rujukan ==
== Rujukan ==

Semakan pada 07:42, 25 Disember 2019

Kumpulan Koral Melbourne

Koir (atau Koral atau Korus) ialah ensembel suara yang mana sekumpulan penyanyi menyanyi dengan nada yang seiring dan harmoni; terdiri dari pelbagai lingkungan suara. Persembahan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor.

Jenis - jenis ensembel suara

Ensembel suara berbeza mengikut keperluan seperti dibawah:-

  • Koir (Choir) - kerap dirujukkan kepada kumpulan yang terlibat dalam kegiatan di gereja atau sekolah.
  • Korus (Chorus) - digunakan dalam konteks seni pementasan seperti opera.
  • Koral (Chorale) - merujuk kepada nyanyian untuk kegiatan keagamaan (misalnya dalam gita puja) terutamanya dalam kalangan mazhab gereja Protestan, serta gaya dan karya nyanyian yang menyerupai benda sedemikian, contohnya "the congregation sang a chorale" (jemaah nyanyian koral) yang digubah Johann Sebastian Bach".[1]

Susunan atau struktur nyanyian

Posisi penyanyi koir di atas pentas

Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.

Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyikan tanpa iringan alat-alat muzik dipanggil sebagai a cappella yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud "Nyanyian cara gereja".

Kategori mengikut lingkungan suara

Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-

  • Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagai SATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakala SATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suara bariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.
  • Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun “S” merujuk kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.
  • Koir wanita - mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA
  • Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.


Lihat juga

Nota


Rujukan

Pautan luar

Rujuk chorus, chorale, choir dalam Wiktionary, untuk maklumat kamus percuma.