Salah guna kuasa: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ricky250 (bincang | sumb.)
Pembaikan
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
k Amir Hamzah 2008 telah memindahkan laman Salahguna kuasa ke Salah guna kuasa
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 02:40, 7 Januari 2020

Salahguna kuasa (Tulisan Jawi: سالهڬونا كواس) atau penyalahgunaan kuasa (ڤڽالهڬوناان كواس) adalah suatu jenayah dalam bentuk "salah laku di pejabat" atau "salah laku pegawai", ia dikategorikan sebagai pelakuan perbuatan yang menyalahi undang-undang, dilakukan sambil menjawat jawatan rasmi, yang mempengaruhi keputusan ketika melakukan tugas-tugas yang diberi. Salah laku di pejabat sering menjadi alasan atas sebab penyingkiran pegawai yang dipilih oleh statut atau pilihan raya semula. Antara faktor salahguna kuasa adalah berkaitan rasuah, kepetingan diri, keluarga, dan juga kronisme.[1]

Salahguna kuasa institusi

Penyalahgunaan kuasa intitiusi adalah jenis layanan buruk seseorang kepada golongan tertentu (biasanya kanak-kanak atau orang dewasa yang lebih tua) oleh golongan yang berkuasa disebalik sistem.[2] Ini boleh merangkumi perbuatan yang serupa dengan penderaan kanak-kanak berasaskan di rumah, seperti pengabaian, penderaan fizikal dan seksual, hingga kesan program bantuan yang bekerja di bawah piawaian perkhidmatan yang boleh diterima, atau bergantung kepada cara kasar atau tidak wajar untuk mengubah tingkah laku seseorang.[2] Institusi pendidikan juga sering menjadi sasaran kepada salahguna kuasa oleh golongan cendekiawan dan juga pentadbir.[3]

Rujukan

  1. ^ Didakwa salah guna kuasa Harian Metro. 25 Ogos 2017. Dicapai 6 Januari 2020
  2. ^ a b Powers, J. L.; A. Mooney & M. Nunno (1990). "Institutional abuse: A review of the literature". Journal of Child and Youth Care. 4 (6): 81.
  3. ^ Salah guna kuasa, pensyarah didakwa di mahkamah Berita Harian. 25 Julai 2019. Dicapai 6 January 2020