Morning Musume: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
小林隼輔 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Rafzan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 17: Baris 17:
'''Morning Musume''' (モーニング娘。), yang juga dikenali sebagai "Momusu" (モー娘。) ialah sebuah kumpulan [[J-pop]] perempuan dari [[Jepun]] yang uruskan oleh [[Hello! Project]] yang bernaung di bawah [[Up Front Promotion]]. Kumpulan ini merupakan kumpulan paling dikenali dalam [[Hello! Project]]. '''Musume''' (娘) bermaksud anak perempuan atau gadis, jadi Morning Musume bermaksud 'Gadis Pagi'.
'''Morning Musume''' (モーニング娘。), yang juga dikenali sebagai "Momusu" (モー娘。) ialah sebuah kumpulan [[J-pop]] perempuan dari [[Jepun]] yang uruskan oleh [[Hello! Project]] yang bernaung di bawah [[Up Front Promotion]]. Kumpulan ini merupakan kumpulan paling dikenali dalam [[Hello! Project]]. '''Musume''' (娘) bermaksud anak perempuan atau gadis, jadi Morning Musume bermaksud 'Gadis Pagi'.


Kumpulan ini dikenali dengan anggota yang kerap bertukar ganti, dengan uji bakat dan graduasi yang mewujudkan gaya berbeza dan menampilkan muzik dan persembahan yang dinamik. Bermula tahun 2014, Morning Musume lebih dikenali dengan nama '''"Morning Musume '14"''' ''(disebut "one-four")''.
Kumpulan ini dikenali dengan anggota yang kerap bertukar ganti, dengan uji bakat dan graduasi yang mewujudkan gaya berbeza dan menampilkan muzik dan persembahan yang dinamik. Bermula tahun 2014, Morning Musume lebih dikenali dengan nama '''"Morning Musume '14"''' ''(disebut "one-four")''. Terkini, kumpulan ini dikenali dengan nama '''Morning Musume '20''' (disebut ''Two-Zero'').


==Anggota terkini==
==Anggota terkini==
Baris 37: Baris 37:
* [[Yokoyama Reina]] (横山玲奈}
* [[Yokoyama Reina]] (横山玲奈}
* [[Chisaki Morito]] (森戸知沙希)
* [[Chisaki Morito]] (森戸知沙希)
* Kitagawa Rio (北川莉央)
* Okamura Homare (岡村ほまれ)
* Yamazaki Mei (山﨑愛生)


==Sejarah==
==Sejarah==

Semakan pada 00:21, 13 Januari 2020

Morning Musume '18
モーニング娘。'18
Morning Musume dalam tahun 2016.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Momusu
Berasal dariJepun Tokyo, Japan
GenreJ-Pop
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
zetima
Pengkarya berkait
Country Musume, GAM, Minimoni, Petitmoni, Tanpopo, v-u-den, W, Hello! Project shuffle units, Dream Morning Musume, Guardians 4, Hangry & Angry, Kira Pika, Morning Musume Sakuragumi, Morning Musume Otomegumi, Morning Musume Tanjō 10nen Kinentai, Ongaku Gatas, Hello! Project Mobekimasu, Berryz Kobo, Cute, Erina Mano, S/mileage, Juice=Juice, Country Girls, Kobushi Factory, Tsubaki Factory, Sashining Musume
Laman sesawang
Hello! Project.com
AhliFukumura Mizuki (2011-)
Ikuta Erina (2011-)
Sayashi Riho (2011-)
Suzuki Kanon (2011-)
Iikubo Haruna (2011-)
Ishida Ayumi (2011-)
Sato Masaki (2011-)
Kudou Haruka (2011-)
Oda Sakura (2012-)
Ogata Haruna (2014-)
Nonoka Miki (2014-)
Haga Akane (2014-)
Makino Maria (2014–)
Kaede Kaga (2016–)
Reina Yokoyama (2016–)
Chisaki Morito (2017-)
Bekas ahliSuzuki Kanon (2011-2016)
Sayashi Riho (2011-2015)
Michishige Sayumi (2003-2014)
Tanaka Reina (2003-2013)
Niigaki Risa (2001-2012)
Mitsui Aika (2006-2012)
Ai Takahashi (2001-2011)
Eri Kamei (2003-2010)
Li Chun (2007-2010)
Qian Lin (2007-2010)
Koharu Kusumi (2005-2007)
Miki Fujimoto (2003-2007)
Hitomi Yoshizawa (2000-2007)
Makoto Ogawa (2001-2006)
Asami Konno (2001-2006)
Mari Yaguchi (1998-2005)
Rika Ishikawa (2000-2005)
Kaori Iida (1997-2005)
Ai Kago (2000-2004)
Nozomi Tsuji (2000-2004)
Natsumi Abe (1997-2004)
Kei Yasuda (1998-2003)
Maki Goto (1999-2002)
Yuko Nakazawa (1997-2001)
Sayaka Ichii (1998-2000)
Aya Ishiguro (1997-1999)
Asuka Fukuda (1997-1999)

Morning Musume (モーニング娘。), yang juga dikenali sebagai "Momusu" (モー娘。) ialah sebuah kumpulan J-pop perempuan dari Jepun yang uruskan oleh Hello! Project yang bernaung di bawah Up Front Promotion. Kumpulan ini merupakan kumpulan paling dikenali dalam Hello! Project. Musume (娘) bermaksud anak perempuan atau gadis, jadi Morning Musume bermaksud 'Gadis Pagi'.

Kumpulan ini dikenali dengan anggota yang kerap bertukar ganti, dengan uji bakat dan graduasi yang mewujudkan gaya berbeza dan menampilkan muzik dan persembahan yang dinamik. Bermula tahun 2014, Morning Musume lebih dikenali dengan nama "Morning Musume '14" (disebut "one-four"). Terkini, kumpulan ini dikenali dengan nama Morning Musume '20 (disebut Two-Zero).

Anggota terkini

Rencana utama : Anggota Morning Musume

Sejarah

Sejarah Pertukaran Anggota

1997

Pada tahun 1997, kumpulan Sharan Q telah mengadakan beberapa siri uji bakat dalam rancangan ASAYAN untuk mencari penyanyi wanita. Bilangan peserta ditapis sehingga tinggal 11 orang sahaja, dan Heike Michiyo telah dipilih sebagai pemenangnya. Lima naib johannya telah dicabar oleh Tsunku untuk menubuhkan sebuah kumpulan dan mengeluarkan album single, yang mana sekiranya mereka berjaya menjual 50,000 unit dalam masa 5 hari, mereka akan dapat satu 'record deal'. Mereka menubuhkan kumpulan bernama 'Morning Musume', merakamkan lagu Ai no Tane dan berjaya menamatkan cabaran tersebut.

1998

Pada tahun 1998, selepas mengeluarkan album single pertama rasmi mereka pada Januari, Morning Coffee, satu lagi uji bakat telah diadakan dan tiga lagi anggota baru dimasukkan ke dalam kumpulan ini sebagai anggota generasi kedua iaitu Yasuda Kei, Yaguchi Mari dan Ichii Sayaka.Mereka membuat kemunculan pertama dalam album single kedua Morning Musume, Summer Night Town.

Album studio pertama Morning Musume, First Time pada Julai 1998 dan mendapat tempat keempat dalam carta mingguan Oricon.

Album single ketiga, Daite HOLD ON ME! telah dipasarkan pada September 1998 dan telah mendapat tempat pertama dalam carta mingguan Oricon.

1999

Pada Tahun 1999, telah diumumkan bahawa anggota kumpulan generasi pertama, Asuka Fukuda keluar dari Morning Musume. Asuka memberitahu bahawa dia keluar dari Morning Musume kerana ingin meneruskan pelajarannya di sekolah. Album single terakhir bersamanya (album single keempat Morning Musume), Memory Seishun no Hikari telah dipasarkan pada Februari 1999.

Untuk menambah bilangan anggota baru, Tsunku telah menjalankan uji bakat untuk generasi ketiga Morning Musume. Dua orang telah dijangka akan menyertai Morning Musume, namun hanya Goto Maki sahaja yang terpilih dan telah membuat kemunculan pertama dalam album single ketujuh Morning Musume, LOVE Machine pada September 1999. Album single ini terjual sebanyak 1,646,630 unit dan masih lagi jualan album single tertinggi sehingga hari ini. Sementara Goto baru sahaja menyertai Morning Musume, Aya Ishiguro telah diumumkan meninggalkan kumpulan itu.

2000

Pada tahun 2000, Tsunku sekali lagi menjalankan uji bakat untuk generasi keempat dan Ishikawa Rika, Yoshizawa Hitomi, Nozomi Tsuji, dan Ai Kago telah terpilih. Menampakkan kelainan apabila kanak-kanak 12 tahun telah menyertai Morning Musume. Mereka telah membuat kemunculan pertama dalam album single kesembilan Morning Musume, Happy Summer Wedding, dan terjual sehingga 990,950 unit. Dalam masa yang sama, Sayaka Ichii telah keluar dari Morning Musume untuk meneruskan karier muziknya sendiri. Dia menjadi vokalis utama Cubic Cross dan kemudian, telah berkahwin bersama Naoki Yoshizawa.

Kumpulan ini mengacarakan rancangan variety mereka sendiri iaitu Hello! Morning yang meningkatkan populariti mereka. Mereka juga mengadakan beberapa teater muzikal mereka sendiri pada setiap tahun di musim panas. Pelbagai jenis barangan dan cenderamata Morning Musume telah dikeluarkan.

2001

Pada penghujung Januari 2001, jualan album terbaik Hello! Project, Best! Morning Musume 1 telah dipasarkan. Sebanyak 2,259,510 unit telah dipasarkan. Pada April 2001, ketua Morning Musume, Nakazawa Yuko telah keluar dari Morning Musume untuk meneruskan karier nyanyiannya (juga faktor usianya) telah menjadikan Iida Kaori dan Yasuda Kei sebagai ketua.

Tahun 2001 juga menyaksikan empat anggota kumpulan baru telah menyertai Morning Musume sebagai anggota kumpulan generasi kelima. Takahashi Ai, Konno Asami, Ogawa Makoto, dan Niigaki Risa telah menjadikan anggota Morning Musume seramai 13 orang. Mereka telah membuat kemunculan pertama dalam album single ketiga belas Morning Musume, Mr. Moonlight ~Ai no Big Band~ yang telah dipasarkan pada Oktober 2001.

2002

Pada Julai 2002, album single kelima belas Morning Musume, Do it! Now telah dipasarkan. Ini merupakan album single terakhir bersama Maki Goto.

2003

Pada April 2003, Yasuda Kei telah meninggalkan kumpulan Morning Musume pada Mei 2003 selepas memasarkan album single kelapan belas Morning Musume, AS FOR ONE DAY.

Pada pertengahan tahun 2003, tiga anggota kumpulan baru telah diumumkan sebagai anggota generasi keenam iaitu Kamei Eri, Michishige Sayumi, dan Tanaka Reina. Selepas kejayaannya menyertai rancangan "Kōhaku Uta Gassen" bersama anggota kumpulan Morning Musume, Tsunku juga telah memasukkan Fujimoto Miki (asalnya penyanyi solo di bawah Hello! Project) ke dalam Morning Musume sebagai anggota generasi keenam. Mereka membuat kemunculan pertama semasa konsert graduasi Yasuda Kei, dan Tsunku telah menyatakan bahawa ini merupakan bilangan teramai Morning Musume iaitu seramai 16 orang anggota. Mereka telah membuat kemunculan pertama dalam album single ke-20 Morning Musume, Shabondama yang telah dipasarkan pada penghujung bulan Julai.

Penghujung tahun 2003, Morning Musume telah dipecahkan kepada dua sub-unit iaitu Morning Musume Sakura Gumi, yang memfokuskan lagu-lagu yang berentak perlahan dan lagu tradisional cinta terdiri daripada Natsumi Abe, Mari Yaguchi, Hitomi Yoshizawa, Ai Kago, Ai Takahashi, Risa Niigaki, Asami Konno dan Eri Kamei. Sementara Morning Musume Otome Gumi, yang menampilkan lagu-lagu berentak pop rock, terdiri daripada Kaori Iida, Rika Ishikawa, Nozomi Tsuji, Makoto Ogawa, Miki Fujimoto, Sayumi Michishige, dan Reina Tanaka.

2004

Pada Januari 2004, Natsumi Abe telah keluar dari Morning Musume. Album single terakhir bersamanya (album single ke-21) "Ai Araba IT'S ALL RIGHT", merupakan album single terakhir yang terjual melebihi 100,000 unit.

Album single ke-23, Joshi Kashimashi Monogatari telah dipasarkan pada Julai 2004. Lirik lagu "Joshi Kashimashi Monogatari" mengenai personaliti setiap anggota kumpulan ketika itu. Album single ini merupakan album single takhir bersama Nozomi Tsuji dan Ai Kago pada Ogos 2004 untuk fokus kepada kumpulan duo terbaru W.

Uji bakat untuk generasi ketujuh (Dinamakan "Lucky 7") telah diadakan disekitar Jepun pada penghujung 2004 dan menampilkan enam finalis akhir. Pada 9 Januari 2005, Tsunku telah mengejutkan media dengan tidak memilih sesiapa untuk dimasukkan ke dalam kumpulan itu.

2005

Pada 30 Januari 2005, anggota kumpulan daripada generasi pertama Kaori Iida telah keluar untuk meneruskan kariernya sebagai artis solo dan Mari Yaguchi telah mengmbil tempat sebagai ketua dan Hitomi Yoshizawa sebagai naib ketua. Album single terakhir bersamanya (album single ke-25) "The Manpower!!!" telah dipasarkan.

Pada Februari 2005, Tsunku sekali lagi memulakan uji bakat untuk anggota kumpulan generasi ketujuh dan telah memilih Kusumi Koharu sebagai ahli baru.

Pada 10 April 2005, gambar Mari Yaguchi bersama Shun Oguri (telah dikeluarkan dalam majalah Friday! pada 15 hari bulan) telah dipaparkan. Pada 14 April 2005, Yaguchi telah mengumumkan bahawa dia telah "berhenti" dari Morning Musume dan meneruskan aktiviti solonya. Dalam kenyataan awamnya, Yaguchi mengatakan mengenai skandal dan publisiti, dia rasa tidak sesuai untuk menjadi "idola" dan merosakkan imej Morning Musume. Yaguchi tidak menerima sebarang persembahan konsert untuk graduasinya itu. Naib ketua, Hitomi Yoshizawa mengambil tempatnya sebagai ketua Morning Musume, dan Miki Fujimoto sebagai naib ketua pada 15 Julai 2005.

Beberapa hari selepas Yaguchi berhenti, pada 27 April 2005, album single ke-26, Osaka Koi no Uta" telah dipasarkan. Yaguchi masih lagi berada dalam album single itu kerana pihak UFA tidak mempunyai masa untuk merekod semula. Album single ini juga merupakan album single Rika Ishikawa yang terakhir. Dia telah keluar dari Morning Musume pada 7 Mei 2005 untuk meneruskan kerjayanya sebagai ketua kumpulan trio Hello! Project v-u-den.

Album single terakhir Morning Musume pada 2005, Chokkan 2 ~Nogashita Sakana wa Ookii Zo!~," dipasarkan pada November 2005. Lagu ini merupakan lagu sambungan salah sebuah lagu dalam album studio keenam mereka, Ai no Dai 6 Kan. "Koi wa Hassō Do The Hustle!" yang sepatutnya menjadi tajuk album single itu ditukar kepada tajuk Chokkan 2 atas sebab tidak mendapat sambutan daripada peminat.

2006

Pada 28 April 2006, Tsunku telah mengumumkan di dalam laman web rasminta bahawa Asami Konno dan Makoto Ogawa akan keluar dari Morning Musume. Konno keluar pada 23 Julai 2006 untuk masuk Universiti dan Ogawa keluar pada 27 Ogos 2006 untuk mengambil kursus baha inggeris. Kedua-dua mereka keluar dari Morning Musume, hanya Konno meninggalkan Hello! Project dengan segera dan Ogawa akan muncul semula selepas habis pengajian. Pada tahun 2007, Konno kembali Hello! Project dan dimasukkan dalam kumpulan baru, Ongaku Gatas. Dia kembali aktif dan pada masa yg sama dia juga masih belajar di universiti. Ogawa, pula muncul pada Jun 2008 dalam rancangan Morning Musume, Haromoni@. Album single terakhir bersama Konno dan Ogawa Ambitious! Yashinteki de Ii Jan, dipasarkan pada Jun 2006.

Pada 2006 juga, Tsunku juga mengadakan uji bakat untuk generasi kelapan iaitu Morning Musume Happy 8 Audition. Uji bakat bermula 27 Ogos 2006 dan berakhir di Tokyo pada 22 Oktober 2006. Pada 10 Disember 2006 dalam rancangan Hello! Morning, telah mengumumkan anggota kumpulan generasi kelapan baru, Aika Mitsui.

Album single terakhir pada 2006, "Aruiteru" dipasarkan pada November 2006. Mendapat tempat pertama dalam carta Oricon selepas 3½ tahun (kali terakhir mendapat tempat pertama album single "As for One Day" pada tahun 2003). Album mini pertama Morning Musume, 7.5 Fuyu Fuyu Morning Musume Mini!, dipasarkan pada Disember. Mengandungi 5 buah lagu termasuk single "Aruiteru".

2007

Pada awal 2007, Morning Musume Tanjou 10nen Kinentai, telah ditubuhkan, anggota kumpulannyanya terdiri daripada Kaori Iida, Natsumi Abe, Maki Goto, Risa Niigaki, dan Koharu Kusumi. Unit ini ditubuhkan sempena ulangtahun Morning Musume yang kesepuluh. Unit itu juga memasarkan single pertama mereka, "Bokura ga Ikiru My Asia". Anggota kumpulan ini dipilih mengikut generasi yang bernombor ganjil (Kaori Iida dan Natsumi Abe daripada generasi pertama, Maki Goto daripada generasi ketiga, Risa Niigaki daripada generasi kelima, dan Koharu Kusumi daripada generasi ketujuh).

Pada 2 Januari 2007, telah diumumkan semasa konsert Hello! Project 2007 Winter bahawa ketua Morning Musume, Hitomi Yoshizawa akan keluar dari Morning Musume pada 6 Mei 2007, hari terakhir konsert musim bunga Morning Musume 2007.

Pada 11 Mac 2007, produser Tsunku telah membuat satu pengumuman penting dalam rancangan Hello! Morning. Beberapa hari selepas itu, pada 15 Mac Tsunku telah mengumumkan 2 orang ahli baru yang menjadi anggota kumpulan Morning Musume sebagai generasi kelapan, —Jun Jun dan Lin Lin, kedua-duanya berasal dari China. Kemunculan pertama mereka di media pada 6 Mei semasa konsert graduasi Yoshizawa.

Selepas kejayaan album single ke-33, Kanashimi Twilight, pada 1 Mei 2007, Morning Musume telah dinobatkan sebagai "Jualan Album Single Terbaik Kumpulan Wanita Di Jepun" dengan 11,085,000 unit. Sekaligus telah mengalahkan rekod Pink Lady (11,037,000 unit). Pada 6 Mei 2007, Hitomi Yoshizawa telah keluar dari Morning Musume. Miki Fujimoto mengambil alih jawatan Yoshizawa sebagai ketua dan Ai Takahashi mengantikan Fujimoto sebagai naib ketua.

Pada 1 Jun 2007, Miki Fujimoto telah diumumkan keluar secara mengejut dari Morning Musume, kerana artikel hubungannya (Fujimoto dan Tomoharu Shoji) tersiar dalam majalah "Friday". Ai Takahashi mengantikan Fujimoto sebagai ketua, dan Risa Niigaki sebagai naib ketua.

Pada 26 Oktober 2007, Ai Takahashi, Risa Niigaki, dan Koharu Kusumi ke Korea untuk mempromosikan album kompilasi Morning Musume All Singles Complete ~10th Anniversary~, yang dipasarkan pada 24 Oktober 2007.

Pada 21 November 2007, album single Morning Musume ke-35, "Mikan" dipasarkan. Album single ini merupakan jualan album single paling rendah dalam sejarah penjualan album single Morning Musume dan gagal menduduki lima tempat teratas dalam jualan minggu pertama dalam carta Oricon.

2008

Takahashi Ai, Kamei Eri, Michishige Sayumi, dan Tanaka Reina telah mengambil bahagian dalam muzikal Ojigi 30 Degrees di Shinjuku Theater dari 26 Februari sehingga 2 Mac. Album single ke-36, Resonant Blue, telah diumumkan akan dipasarkan pada 5 Mac 2008 tetapi ditunda sehingga 16 April 2008 kerana sibuk dengan aktiviti. "Resonant Blue" yang telah dipasarkan pada April 2008 telah terjual sebanyak 48,086 unit, 20,004 unit lebih daripada album single "Mikan" dan 5,000 unit lebih daripada Onna ni Sachi Are.Mereka telah membuat persembahan di Taipei, Taiwan, pada 24 Mei 2008 dan ini merupakan konsert pertama di luar Jepun.

Album single ke-37, "Pepper Keibu", telah dipasarkan pada 24 September 2008. Lagu ini merupakan lagu nyanyian semula album single Pink Lady, yang dipasarkan pada tahun 1976.

Tahun 2008 merupakan satu-satunya tahun yang tidak melibatkan penambahan atau pengurangan anggota Morning Musume.

2009

Album single ke-39, "Shouganai Yume Oibito", telah dipasarkan pada 13 Mei 2009, telah mendapat tempat pertama dalam carta mingguan Oricon selepas kali terakhir mendapat tempat pertama pada tahun 2006 dengan album single "Aruiteru". Kemudian pada Ogos 2009, "Nanchatte Renai" telah dipasarkan. Ini merupakan album single yang ke-40, dan edisi commemorative dipasarkan bersama edisi terhad dan edisi biasa. Edisi commemorative terdapat lagu B-side yang lain daripada edisi biasa dan terhad. Album single ini terjual melebihi 70,000 unit.

Album koleksi B-side daripada album single telah dipasarkan pada Oktober 2009. Ia mengandungi lagu B-side daripada album single pertama sehingga album single ke-40.

Morning Musume telah memasarkan album single yang ke-41, "Kimagure Princess" pada 28 Oktober 2009. 4 edisi telah dipasarkan (edisi biasa, edisi terhad A, B, dan C). Edisi terhad C merupakan kali pertama diperkenalkan dan mengandungi 10 kulit depan yang berlainan. Ini merupakan album single terakhir bersama Kusumi Koharu.

Telah diumumkan bahawa Kusumi Koharu akan keluar dari Morning Musume dan Hello! Project pada 6 Disember 2009, dengan alasan ingin meneruskan kerjayanya sebagai model.

2010

Morning Musume telah memasarkan album single ke-42, "Onna ga Medatte Naze Ikenai", pada 10 Februari 2010. Album single ini merupakan album single pertama bersama lapan anggota kumpulan selepas graduasinya Kusumi Koharu dari Morning Musume. Kemudian, pada 17 Mac 2010 album studio kesepuluh 10 MY ME, telah dipasarkan dan album single ke-43, "Seishun Collection", telah dipasarkan pada 10 Jun 2010. "Seishun Collection" telah dipilih menjadi lagu tema untuk teater muzikal lakonan Morning Musume sendiri, "Fashionable".

Pada 8 Ogos, Tsunku telah mengumumkan semasa konsert, dan kemudian memalui blog, bahawa anggota kumpulan daripada generasi keenam Kamei Eri dan anggota kumpulan daripada generasi kelapan, Junjun dan Linlin akan bergraduasi dari Morning Musume pada hari terakhir konsert musim luruh, dan uji bakat untuk generasi kesembilan akan diadakan. Kamei telah menyatakan bahawa sebab dia membuat keputusan untuk bergraduasi kerana ingin berehat untuk penyakitnya kulitnya, atopic dermatitis, sementara Junjun and Linlin bergraduasi kerana ingin meneruskan karier mereka di China.

Album single Morning Musume yang ke-44, "Onna to Otoko no Lullaby Game" telah dipasarkan pada 24 November 2010 dan album studio kesebelas Morning Musume, Fantasy! Juuichi, telah dipasarkan pada 1 Disember 2010. Album single dan album ini merupakan buat kali terakhir bersama Kamei, Junjun dan Linlin. Pada 15 Disember, Eri Kamei, Junjun dan Linlin telah bergraduasi dari Morning Musume dan Hello! Project.

2011

Anggota kumpulan daripada generasi kesembilan; Sayashi Riho, Suzuki Kanon, Ikuta Erina dan Fukumura Mizuki telah diumumkan semasa konsert musim sejuk Hello! Project 2011: Kangei Shinsen Matsuri pada 2 Januari 2011. Tiga pemenang semasa uji bakat, Sayashi Riho, Suzuki Kanon dan Ikuta Erina, telah diumumkan di atas pentas oleh Tsunku. Kemudian, Tsunku telah mengumumkan Fukumura Mizuki, daripada Hello! Pro Egg bahawa dia juga akan menjadi anggota kumpulan Morning Musume.

Pada 9 Januari, juga semasa konsert musim sejuk Hello! Project, telah diumumkan bahawa ketua Takahashi Ai akan bergraduasi dari Morning Musume dan Hello! Project semasa konsert musim luruh Morning Musume 2011. Selepas graduasi Takahashi, Niigaki Risa akan akan mengambil tempat sebagai ketua. Takahashi akan meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan berlakon teater. Segraduasinya Takahashi, Niigaki akan menjadi anggota Morning Musume yang paling lama bertahan selepas 10 tahun.

Pada 3 Februari, album single ke-45 Morning Musume, Maji Desu ka Ska! telah diumumkan akan dipasarkan pada 23 Mac 2011 namun telah ditunda ke 6 April 2011. Ini merupakan album single pertama bersama anggota daripada generasi kesembilan.

Pada 13 April, Morning Musume melancarkan rancangan mingguan 1 jam yang dipanggil UstreaMusume. Di laman web sesawang mereka, e-mail diperlukan, jadi peminat boleh menghantarkan pendapat, menanyakan soalan, mesej dan permintaan. Telah diumumkan pada 8 Mei, tarikh tutup untuk uji bakat generasi ke-10 Morning Musume ialah 13 Jun 2011. Keputusan untuk uji bakat ini akan diumumkan semasa konsert musim luruh Morning Musume pada 29 September.

Pada 15 Jun, album single "Only you", telah dipasarkan.

Pada 14 September telah dipasarkan album single ke-47 Morning Musume. Album single ini merupakan album single terakhir bersama ketua terkini Morning Musume, Takahashi Ai. Judul single itu berjudul "Kono Chikyuu no Heiwa wo Honki de Negatterun da yo! / Kare to Issho ni Omise ga Shitai". Ini merupakan kali pertama dalam album single Morning Musume dalam dua a-side. Lagu Jishin Motte Yume Motte Tobitatsu Kara merupakan nyanyian solo Takahashi Ai dan turut dimuatkan dalam album single ini dalam edisi Takahashi Ai Graduation Commemoration. Muzik video untuk lagu "Jishin Motte Yume Motte Tobitatsu Kara" turut dipasarkan dalam bonus DVD album studio kedua belas Morning Musume, 12, Smart yang akan dipasarkan pada 12 Oktober.

Anggota generasi yang kesepuluh iaitu Iikubo Haruna, Ishida Ayumi, Sato Masaki dan Kudou Haruka telah diumumkan pada 29 September sehari sebelum graduasinya Takahashi Ai. Penambahan anggota generasi kesepuluh telah menjadi 12 orang, anggota lebih ramai sejak tahun 2005. Selepas Takahashi bergraduasi, beliau telah melepaskan jawatan ketua Morning Musume and Hello! Project kepada Niigaki Risa. Pada 30 September, Takahashi Ai telah bergraduasi dari Morning Musume dan Hello! Project di Nippon Budokan, Jepun.

Pada hari pertama jualan album single "Kono Chikyuu no Heiwa wo Honki de Negatterun da yo! / Kare to Issho ni Omise ga Shitai" telah terjual sebanyak 26,000 unit merupakan tertinggi sejak tahun 2005 dan paling tertinggi Takahashi Ai sebagai ketua.

2012

Pada 3 Januari, semasa permulaan konsert Hello! Project 2012, Risa telah mengumumkan graduasinya dari Morning Musume dan Hello! Project, yang akan diadakan semasa konsert terakhir musim bunga 2012 Morning Musume. Jawatan ketua akan diambil alih oleh Michishige Sayumi selepas graduasinya.

Pada 25 Januari, album single yang ke-45 PYOCO PYOCO ULTRA telah dipasarkan.

Album single ke-49, "Renai Hunter" telah dipasarkan pada 11 April 2012. Album single ini ialah album single terakhir bersama Niigaki Risa dan beliau menyanyikan semula lagu "Egao No Namida", lagu asal daripada Matsuura Aya. Selepas single ini mendapat tempat dalam 10 teratas, kumpulan ini telah memecahkan rekod (sebelum ini dipegang oleh Ayumi Hamasaki) untuk 10 teratas berturut-turut bagi kategori album single dengan bilangan 49.

Pada 4 Mei, Aika Mitsui mengumumkan bahawa beliau akan bergraduasi dari Morning Musume, kerena kecederaan kaki yang teruk. Aika akan bergraduasi bersama Niigaki di Nippon Budokan pada 18 Mei 2012.

Pada 18 Mei, semasa konsert graduasi Risa dan Aika berlangsung, telah diumumkan bahawa Michishige Sayumi sebagai ketua kelapan Morning Musume. Semasa konsert berlangsung, Tsunku telah mengumumkan bahawa Morning Musume akan mengadakan uji bakat untuk generasi ke-11.

Pada 26 Mei, Morning Musume telah diundang untuk membuat persembahan di pertunjukan fesyen Girls Award 2012. Mereka telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu One・Two・Three. One・Two・Three / The Matenrou Show merupakan album single ke-50 dan akan dipasarkan pada 4 Julai 2012 dalam 7 edisi CD. Ini merupakan album single pertama di bawah naungan Michishige Sayumi sebagai ketua.

Pada 12 September, Morning Musume telah memasarkan album studio ke-13, "13 Colorful Character" yang merupakan album pertama bersama anggota generasi kesepuluh dan akan memasarkan album single ke-51, "Wakuteka Take a chance". Pada 14 September, Oda Sakura telah diumumkan sebagai anggota rasmi generasi ke-11.

Pada 19 November, Tanaka Reina telah mengumumkan graduasinya dari Morning Musume dan Hello! Project, yang akan diadakan semasa konsert terakhir musim bunga 2013 Morning Musume.

2013

Pada 23 Januari, album single ke-52 yang berjudul "Help me!!" telah dipasarkan. Pada minggu pertama penjualan album single ini terjual sebanyak 93,286 unit CD dan mendapat tempat pertama dalam carta mingguan oricon. Kali terakhir mendapat tempat pertama pada Mei 2009 dengan single "Shouganai Yume Oibito".

Padq 16 Mac, Tsunku mengumumkan bahawa Morning Musume akan mengadakan uji bakat untuk generasi ke-12, yang dipanggil "Morning Musume Mirai Shoujo Audition". Namun, pada 4 Ogos, Tsunku mengumumkan bahawa tiada siapa yang terpilih untuk uji bakat ini.

Pada 21 Mei, semasa konsert graduasi Tanaka Reina, Fukumura Mizuki dan Iikubo Haruna telah diumumkan sebagai naib ketua kumpulan itu.

Pada 6 Disember, Tsunku telah mengumumkan bahawa nama kumpulan ini akan berubah mulai tahun 2014. Pada 1 Januari 2014 "Morning Musume" akan diubah nama menjadi "Morning Musume '14". Pertukaran nama ini akan membantu peminat mengenali tahun bila lagu dan anggota kumpulan yang terlibat dalam sesebuah lagu untuk tahun tersebut.

Pada 15 Disember, mereka memenangi anugerah "Billboard JAPAN Active Artist of the Year 2013", yang disampaikan olej Daiwa House Industry Co., Ltd..

2014

Bermula 1 Januari, Morning Musume telah menukar nama kumpulan mereka kepada "Morning Musume '14". Dengan nama baru, album single pertama atas nama itu yang berjudul "Egao no Kimi wa Taiyou sa / Kimi no Kawari wa Iyashinai / What Is Love?" telah dipasarkan pada Januari 2014. Lagu "Kimi no Kawari wa Iyashinai" merupakan lagu semangat untuk pasukan Jepun untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.

Pada 15 Mac, Uji bakat untuk generasi ke-12 diadakan sekali lagi dengan nama Morning Musume '14 <Golden> Audition!. Tarikh akhir untuk mendaftar uji bakat tersebut pada 11 Mei 2014. Pada 29 April, semasa konsert Evolution diadakan di Yamaguchi, Michishige Sayumi telah mengumumkan graduasinya. Sayumi akan keluar dari Morning Musume dan Hello! Project pada 26 November, konsert akhir musim luruh 2014.

Semasa acara ulang tahun Morning Musume ke-17, telah diumumkan bahawa anggota generasi ke-12; Ogata Haruna, Nonoka Miki, Haga Akane dan Makino Maria telah diumumkan secara rasmi pada 30 September semasa konsert "GIVE ME MORE LOVE" yang diadakan di Nippon Budokan, Jepun. Juga diumumkan album studio ke-14 yang berjudul "14 Shou ~The Message~" akan dipasarkan pada 26 Oktober.

Pada 5 Oktober, Morning Musume telah mengadakan konsert pertama mereka di New York.

Kumpulan kecil

Pencapaian

  • Kōhaku Uta Gassen (紅白歌合戦, Kōhaku Uta Gassen) Penyertaan termuda - Kago Ai, 12 tahun (Kōhaku ke-51 – 31 Disember 2000).
  • Kesemua single Morning Musume kecuali, Morning Coffee dan Onna to Otoko no Lullaby Game mencapai tangga 5 teratas dalam Oricon Weekly Singles Top 5
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan #1 secara berturut-turut terbanyak.
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan Top 10 single terbanyak.
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan single #1 terbanyak, mengalahkan rekod Pink Lady.
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan Top 10 single secara berturut-turut terbanyak.
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan penjualan terbaik di Jepun dengan 11,085,000 unit terjual, rekod Oricon kelima mereka.

Uji bakat

Rencana utama : Uji bakat Morning Musume

Uji bakat diadakan untuk mencari anggota kumpulan yang baru.

  • [1998] Morning Musume Addition Audition
  • [1999] Morning Musume 2nd Addition Audition
  • [2000] Morning Musume 3rd Addition Audition
  • [2001] Morning Musume LOVE Audition 21
  • [2002-2003] Morning Musume LOVE Audition 2002
  • [2004] Morning Musume Lucky 7 Audition''
  • [2005] Morning Musume Audition 2005
  • [2006] Morning Musume Happy 8 Audition
  • [2010-2011] Morning Musume 9th Generation Audition
  • [2011] Morning Musume 10th Generation Genki Jirushi Audition
  • [2012] Morning Musume 11th Generation Suppin Utahime Audition
  • [2013] Morning Musume 12th Generation Mirai Shoujo Audition
  • [2014] Morning Musume '14 <Golden> Audition!

Diskografi

Rencana utama : Diskografi Morning Musume

Filemografi

  • [30.09.1998] Morning Cop ~Daite Hold on Me!~ (モーニング刑事。~抱いてHOLD ON ME!~)
  • [21.02.2001] Pinch Runner (ピンチランナー)
  • [15.03.2002] Nama Tamago (ナマタマゴ)
  • [21.06.2002] Koinu Dan no Monogatari (仔犬ダンの物語)
  • [17.07.2002] Tokkaekko (とっかえっ娘)
  • [31.12.2002] Hamtaro the Movie 2 (劇場版とっとこハム太郎 ハムハムハムージャ!幻のプリンセス, Gekijo-ban Tottoko Hamutaro Ham-Ham Hamuja Maboroshi no Princess)
  • [05.02.2011] Keitai Deka The Movie 3: Morning Musume Kyuushutsu Daisakusen! ~ Pandora no Hako no Himitsu (ケータイ刑事 THE MOVIE3 モーニング娘。救出大作戦!~パンドラの箱の秘密)
  • [12.11.2011] Sharehouse (シェアハウス)

Pautan luar