Tanzania: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 101: Baris 101:
* [[Zambia]], [[Malawi]] dan [[Mozambique]] di kawasan selatan.
* [[Zambia]], [[Malawi]] dan [[Mozambique]] di kawasan selatan.


Di kawasan timur, Tanzania bersempadan dengan Lautan Hindi dengan anggaran panjang pesisir sebanyak 1,424 km.<ref>{{Cite web|url=http://www.fao.org/docrep/009/a0477e/a0477e13.htm|title=Country review: United Republic of Tanzania|last=|first=|date=Disember 2003|website=Fisheries and Aquaculture Depart, United Nations. (FAO)|access-date=}}</ref>
Di kawasan timur, Tanzania bersempadan dengan Lautan Hindi dengan anggaran panjang pesisir ([[Pesisir Swahili]]) sebanyak 1,424 km.<ref>{{Cite web|url=http://www.fao.org/docrep/009/a0477e/a0477e13.htm|title=Country review: United Republic of Tanzania|last=|first=|date=Disember 2003|website=Fisheries and Aquaculture Depart, United Nations. (FAO)|access-date=}}</ref> Kawasan ini menempatkan [[Kepulauan Zanzibar]].


[[Gunung Kilimanjaro]] dengan ketinggian 5,895 meter ialah gunung tertinggi Tanzania serta Afrika. Titik terendah Afrika, dasar [[Tasik Tanganyika]] pada kerendahan 1,471 di bawah paras laut juga berada di Tanzania.<ref name="frame">Joseph Lake (2013) "Economy" in ''Africa South of the Sahara'', edited by Europa Publications and Iain Frame, Routledge. {{ISBN|1-85743-659-8}}</ref>
[[Gunung Kilimanjaro]] dengan ketinggian 5,895 meter ialah gunung tertinggi Tanzania serta Afrika. Titik terendah Afrika, dasar [[Tasik Tanganyika]] pada kerendahan 1,471 di bawah paras laut juga berada di Tanzania.<ref name="frame">Joseph Lake (2013) "Economy" in ''Africa South of the Sahara'', edited by Europa Publications and Iain Frame, Routledge. {{ISBN|1-85743-659-8}}</ref>

Kawasan utara Tanzania adalah agak bergunung-ganang, dan menempatkan Gunung Kilimanjaro, [[Gunung Meru, Tanzania|Gunung Meru]], sebuah gunung berapi aktif, dan banjaran-banjaran Usambara dan Pare. Kawasan di tengah-tengah Tanzania ialah sebahagian daripada [[Penara Afrika Timur]]. Kawasan tanah rendah boleh ditemui di kawasan timur Tanzania.

Tanzania memiliki [[iklim tropika]], tetapi berbeza mengikut bentuk muka bumi kawasan. Kawasan utara dan timur Tanzania memiliki dua [[musim tengkujuh]], iaitu musim tengkujuh pendek, ''Vuli'' dari Oktober hingga Disember, dan musim tengkujuh panjang, ''Masika'' dari Mac hingga Mei. Kawasan-kawasan lain di Tanzania memiliki musim tengkujuh tunggal dari Oktober hingga April atau Mei.<ref name="UNDP">[http://www.geog.ox.ac.uk/research/climate/projects/undp-cp/UNDP_reports/Tanzania/Tanzania.lowres.report.pdf "UNDP Climate Change Country Profiles: Tanzania", C. McSweeney (University of Oxford), M. New (University of Oxford and Tyndall Centre for Climate Change Research), and G. Lizcano (University of Oxford)]</ref>


== Ekonomi ==
== Ekonomi ==

Semakan pada 11:03, 13 Januari 2020

Republik Bersatu Tanzania
Jumhuri ya Muungano wa Tanzania
Bendera Tanzania
Jata Tanzania
Bendera Jata
Cogan kata"Uhuru na Umoja"  (Swahili)
"Freedom and Unity"
Lagu kebangsaanMungu ibariki Afrika
"Tuhan Merestui Afrika"
Lokasi Tanzania
Ibu negaraDar es Salaam
Dodoma (perundangan)
Bandar terbesarDar es Salaam
Bahasa rasmiBahasa Swahili (de facto)
DemonimTanzanian
KerajaanRepublik
• Presiden
Jakaya Mrisho Kikwete
Edward Lowassa
Kemerdekaan 
• Tanganyika
9 Disember 1961
• Zanzibar
12 Januari 1964
• Penyatuan
26 April 1964
• Perairan (%)
6.2
Populasi
• Perkiraan November 2006
37,849,1331 (ke-32)
• Bancian Penduduk 2002
34,443,603
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$27.12 billion (99th)
$723 (ke-178)
Gini (2000–01)34.6
sederhana
HDI (2004) 0.430
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 162nd
Mata wangShilling Tanzania
(TZS)
Zon waktuUTC+3 (EAT)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (-)
Kod panggilan255
Kod ISO 3166TZ
DPT internet.tz

Republik Bersatu Tanzania (bahasa Swahili: Jamhuri ya Muungano wa Tanzania) atau Tanzania merupakan sebuah negara di Afrika Timur. Nama "Tanzania" merupakan gabungan "Tanganyika" dan "Zanzibar" iaitu kedua-dua kawasan yang menjadi Tanzania.

Tanganyika dan Zanzibar mencapai kemerdekaan daripada British pada masa yang tidak sama, dan bergabung menjadi Tanzania pada 1964. Ibu negara Tanzania secara rasminya ialah Dodoma, tetapi Dar es Salaam masih merupakan pusat bandar dan pusat komersial utama di negara ini. Bahasa rasmi bagi negara Tanzania ialah Bahasa Swahili.

Tanzania adalah destinasi pelancongan yang popular. Ramai pelancong melawat negara ini untuk melihat hidupan liar di safari dan mendaki Gunung Kilimanjaro.[1]

Sejarah

Sejarah awal

Kira-kira 2,000 hingga 3,000 tahun dahulu, golongan Bantu mula berpindah dari Afrika Barat ke kawasan Tanzania. Masyarakat pada zaman ini memiliki kemahiran dalam bidang pertanian dan pertukangan besi. Golongan Pare ialah salah satu pengeluar besi utama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan timur laut Tanzania.[2] Golongan Haya yang tinggal di kawasan barat Tasik Victoria pula berupaya mencipta sejenis relau bagas haba tinggi pada 1,500 tahun dahulu yang membolehkan penempaan keluli karbon.[3]

Para pedagang dan perantau dari kawasan Teluk Parsi dan India telah melawat pesisir Afrika Timur sejak alaf pertama Masihi.[4] Agama Islam mula dianuti oleh masyarakat di Pesisir Swahili sejak abad kelapan atau kesembilan Masihi.[5] Budaya Swahili mula berkembang mulai abad ke-10 dengan kawasan-kawasan utama termasuk Kilwa Kisiwani dan Zanzibar.[6]

Zaman Oman dan penjajahan Barat

Pada 1505, pihak Portugis telah menawan pulau Zanzibar. Penaklukan ini berterusan hingga awal abad ke-18. Pada akhir zaman Portugis, penduduk tempatan yang dibantu oleh golongan Arab Oman mengusir pihak Portugis. Sultan Oman, Sultan Seyyid Said memindahkan ibu kotanya ke Zanzibar pada 1840.

Ketika Zanzibar menjadi ibu kota Oman, Zanzibar menjadi pusat perdagangan hamba Arab.[7] Kira-kira 65 hingga 90 peratus daripada penduduk Arab-Swahili di Zanzibar dijadikan sebagai hamba.[8] Perhambaan hanya dihapuskan pada 1890-an.[9] Setelah kemangkatan Seyyid Said pada 1856, pertikaian pewarisan takhta antara dua anakandanya menyebabkan pemerintahan Zanzibar dan Oman terpisah, lalu tertubuhnya Kesultanan Zanzibar.

Pada akhir abad ke-19, pihak Jerman telah menakluki kawasan Tanzania (kecuali Zanzibar) dan dimasukkan ke dalam Afrika Timur Jerman. Sultan Zanzibar menentang penaklukan ini dan mendakwa baginda mentadbir kawasan tanah besar Tanzania serta Zanzibar, tetapi lama-kelamaan terpaksa menerima penaklukan itu.[10] Pada 27 Ogos 1896, Kesultanan Zanzibar berperang dengan pihak British dalam Perang Inggeris-Zanzibar yang menyaksikan peperangan selama hanya lebih kurang 40 minit, menjadikan perang ini sebagai perang paling singkat dalam sejarah yang direkodkan.[11]

Pada 7 Mei 1919, keseluruhan Jerman Afrika Timur diserahkan kepada pihak British, tetapi mendapat tentangan hebat daripada Belgium.[12]:246 Melalui Perjanjian Versailles pada 28 Julai 1919, kawasan Tanganyika diserahkan kepada British secara rasmi, meskipun perjanjian tidak dilaksanakan hingga 10 Januari 1920.

Kemerdekaan dan pembentukan Tanzania

Pada 1929, Persatuan Afrika ditubuhkan sebagai persatuan bagi pegawai kerajaan Dar es Salaam dan Zanzibar. Pada 1948, persatuan ini bertukar menjadi Persatuan Afrika Tanganyika dan tidak lagi berperanan di Zanzibar. Persatuan ini bertukar lagi menjadi Kesatuan Kebangsaan Afrika Tanganyika (TANU) oleh Julius Nyerere pada 1954 dan menjadi pusat bagi nasionalisme Tanganyika.[13] Tanganyika mencapai kemerdekaan pada 9 Disember 1961, dan Julius Nyerere menjadi Perdana Menteri Tanzania, tetapi menetapkan Ratu Tanganyika (Elizabeth II) sebagai ketua negara pada awalnya.

Pada 12 Januari 1964, berlakunya Revolusi Zanzibar yang menyaksikan kejatuhan Kesultanan Zanzibar yang dikuasai golongan Arab oleh golongan pemberontak tempatan. Kesannya, Republik Rakyat Zanzibar telah ditubuhkan. Republik ini bergabung dengan Tanganyika pada 26 April 1964 lalu membentuk Tanzania.[14]

Geografi

Tanzania ialah negara ke-13 terbesar di Afrika serta negara ke-31 terbesar dunia daripada segi keluasan dengan jumlah keluasan 947,303 kilometer persegi.[15]

Negara ini bersempadan dengan negara-negara berikut:

Di kawasan timur, Tanzania bersempadan dengan Lautan Hindi dengan anggaran panjang pesisir (Pesisir Swahili) sebanyak 1,424 km.[16] Kawasan ini menempatkan Kepulauan Zanzibar.

Gunung Kilimanjaro dengan ketinggian 5,895 meter ialah gunung tertinggi Tanzania serta Afrika. Titik terendah Afrika, dasar Tasik Tanganyika pada kerendahan 1,471 di bawah paras laut juga berada di Tanzania.[17]

Kawasan utara Tanzania adalah agak bergunung-ganang, dan menempatkan Gunung Kilimanjaro, Gunung Meru, sebuah gunung berapi aktif, dan banjaran-banjaran Usambara dan Pare. Kawasan di tengah-tengah Tanzania ialah sebahagian daripada Penara Afrika Timur. Kawasan tanah rendah boleh ditemui di kawasan timur Tanzania.

Tanzania memiliki iklim tropika, tetapi berbeza mengikut bentuk muka bumi kawasan. Kawasan utara dan timur Tanzania memiliki dua musim tengkujuh, iaitu musim tengkujuh pendek, Vuli dari Oktober hingga Disember, dan musim tengkujuh panjang, Masika dari Mac hingga Mei. Kawasan-kawasan lain di Tanzania memiliki musim tengkujuh tunggal dari Oktober hingga April atau Mei.[18]

Ekonomi

Setakat 2018, KDNK Tanzania secara nominal ialah AS$56.7 bilion dan AS$176.5 bilion mengikut pariti kuasa beli. KDNK per kapita Tanzania pula ialah AS$3,457.[19]

Ekonomi Tanzania banyak bergantung kepada pertanian. Pada 2013, pertanian Tanzania menyumbang kepada 24.5% KDNK negara, membekalkan 85% eksport negara dan memberi pekerjaan kepada separuh daripada golongan pekerja Tanzania.[20]

Demografi

Menurut bancian 2012, jumlah penduduk Tanzania ialah 44,928,923 orang,[21] manakala golongan penduduk berumur kurang daripada 15 tahun merangkumi 44.1% jumlah penduduk Tanzania.[22] Dar es Salaam, dengan jumlah penduduk sebanyak 4,364,541 orang ialah bandar terbesar Tanzania.[21] Dodoma pula ialah ibu kota Tanzania secara de jure.

Masyarakat Tanzania terdiri daripada kira-kira 125 kumpulan etnik. Kira-kira 99% daripada penduduk Tanzania ialah golongan keturunan Afrika dan selebihnya ialah golongan Arab, Eropah dan Asia.[23]

Bahasa

Bahasa-bahasa rasmi Tanzania ialah bahasa Swahili dan bahasa Inggeris secara de facto.[24] Bahasa Arab juga diiktiraf secara rasmi di Zanzibar. Namun, tiada bahasa rasmi yang diiktiraf secara de jure di negara ini.[25]

Masyarakat Tanzania menutur dalam lebih daripada 100 buah bahasa, menjadikan negara ini paling pelbagai daripada segi pertuturan di Afrika Timur. Bahasa-bahasa di Tanzania lazimnya tergolong dalam rumpun-rumpun bahasa Bantu, Kush, Nil dan Khoisan.[26]

Prasarana

Pendidikan

Pendidikan di Tanzania adalah wajib hingga berusia 15 tahun.[27] Anggaran peratusan celik huruf bagi penduduk Tanzania yang berusia 15 tahun dan lebih ialah 67.8% pada 2012.[28]

Pendidikan rendah di Tanzania menggunakan bahasa Swahili, manakala pendidikan menengah pula menggunakan bahasa Inggeris. Secara umumnya, pendidikan di Tanzania terbahagi kepada sistem awam dan sistem swasta. Namun begitu, sekolah-sekolah swasta di Tanzania adalah sedikit, mahal dan menggunakan bahasa Inggeris.[29]

Telekomunikasi

Setakat 2011, Tanzania memiliki 56 pelanggan telefon bimbit per 100 penghuni, sedikit melebihi purata Afrika Sub-Sahara. Kira-kira 12% penduduk Tanzania memiliki capaian Internet setakat 2011, tetapi berkembang dengan pesat. Tanzania memiliki jaringan gentian optik yang menggantikan sistem satelit, tetapi lebar jalur Internet masih berada pada tahap yang rendah.[17]

Rujukan

  1. ^ Safari in Tanzania
  2. ^ Shoup, John A. (2011). Ethnic groups of Africa and the Middle East : an encyclopedia. Santa Barbara, CA: ABC-CLIO. m/s. 67. ISBN 978-1-59884-362-0.
  3. ^ Schmidt, P.; Avery, D.H. (1978). "Complex iron smelting and prehistoric culture in Tanzania". Science. 201 (4361): 1085–89. Bibcode:1978Sci...201.1085S. doi:10.1126/science.201.4361.1085. PMID 17830304.
  4. ^ Kevin Shillington (2013). Encyclopedia of African History 3-Volume Set. Routledge. m/s. 1510. ISBN 978-1-135-45670-2.
  5. ^ "The Story of Africa". BBC World Service.
  6. ^ Connah, Graham. African Civilizations: An Archaeological Perspective. 2nd ed. (New York: Cambridge University Press, 2001): 192.
  7. ^ "Slavery". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2014.
  8. ^ "Slave societies". Encyclopædia Britannica. 22 January 2014. Dicapai pada 19 February 2014.
  9. ^ "On The Zanzibar Map: Spices, Slaves And A Bit Of History". 17 February 2015.
  10. ^ Dirk Göttsche (2013). Remembering Africa: The Rediscovery of Colonialism in Contemporary German Literature. Camden House. ISBN 9781571135469.
  11. ^ Glenday, Craig, penyunting (2007), Guinness World Records 2008, London: Guinness World Records, m/s. 118, ISBN 978-1-904994-19-0
  12. ^ William Roger Louis (2006). Ends of British Imperialism: The Scramble for Empire, Suez, and Decolonization. I.B. Tauris. ISBN 978-1-84511-347-6. Dicapai pada 19 September 2017.
  13. ^ Osabu-Kle, Daniel Tetteh (2000). Compatible cultural democracy: the key to development in Africa. University of Toronto Press. m/s. 167. ISBN 1-55111-289-2.
  14. ^ "Background history of The Union between Tanganyika and Zanzibar" (PDF). Vice President's Office, United Republic of Tanzania. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Januari 2013. Dicapai pada 25 April 2013.
  15. ^ ""Basic Facts and Figures on Human Settlements, 2012", National Bureau of Statistics, Tanzania Ministry of Finance, 2013, page 1, accessed 10 November 2014".
  16. ^ "Country review: United Republic of Tanzania". Fisheries and Aquaculture Depart, United Nations. (FAO). Disember 2003.
  17. ^ a b Joseph Lake (2013) "Economy" in Africa South of the Sahara, edited by Europa Publications and Iain Frame, Routledge. ISBN 1-85743-659-8
  18. ^ "UNDP Climate Change Country Profiles: Tanzania", C. McSweeney (University of Oxford), M. New (University of Oxford and Tyndall Centre for Climate Change Research), and G. Lizcano (University of Oxford)
  19. ^ "World Economic Outlook Database April 2018". www.imf.org.
  20. ^ "Statistical Abstract 2013, National Bureau of Statistics" (PDF). Tanzania Ministry of Finance. July 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 November 2016. Dicapai pada 23 October 2014.
  21. ^ a b 2012 Census General Report. nbs.go.tz. Mac 2013
  22. ^ "Tanzania in figures 2012" (PDF). National Bureau of Statistics, Tanzania. Jun 2013. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 November 2013. Dicapai pada 19 Februari 2014.
  23. ^ David Levinson (1998). Ethnic Groups Worldwide: A Ready Reference Handbook. Oryx Press. m/s. 173. ISBN 978-1-57356-019-1.
  24. ^ "Tanzania Profile". Tanzania.go.tz. Tanzanian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2017. Dicapai pada 23 Julai 2017.
  25. ^ "Tanzania Profile". Tanzania.go.tz. Tanzanian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2017. Dicapai pada 23 Julai 2017.
  26. ^ Ulrich Ammon; Norbert Dittmar; Klaus J. Mattheier (2006). Sociolinguistics: An International Handbook of the Science of Language and Society. Walter de Gruyter. m/s. 1967. ISBN 978-3-11-018418-1.
  27. ^ "2013 Findings on the Worst Forms of Child Labor" (PDF). U.S. Department of Labor. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Jun 2017. Dicapai pada 23 September 2017.
  28. ^ "Tanzania, United Republic of – Statistics". UNICEF. Dicapai pada 15 Oktober 2014.
  29. ^ Marie Yahl (2015). "Education in Tanzania". New York University: 1–24.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Tanzania di Wikimedia Commons