Naqiu Boboy: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 57: Baris 57:
|2020
|2020
|''Ting Ting Love''
|''Ting Ting Love''
|
|
|
|-
|-

Semakan pada 15:14, 30 Januari 2020

Wan Naqiuddin bin Mohd Najib atau lebih dikenali sebagai Naqiu merupakan vokalis kumpulan Boboy iaitu band yang terkenal di awal tahun 2000an. Beliau pernah menyepi selama 12 tahun daripada industri muzik berikutan komitmennya kepada keluarga dan menumpukan kerjayanya sebagai penyanyi kelab sebagai punca rezeki pendapatannya ketika itu[1] Kini beliau bergerak solo dan menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-6 bersama dengan Hady Mirza.[2]Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan (%) markah yang sama.

Naqiu (Boboy)
Nama lahirWan Naqiuddin bin Mohd Najib
Kelahiran (1986-11-22) 22 November 1986 (umur 37)
Skudai, Johor, Malaysia
Berasal dariMalaysia
GenreRock, Pop
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Komposer
InstrumenVokal, Dram, Gitar, Bass
Tahun aktif2000-2005,
2019-kini
Syarikat pengurusan
MindOrder Sdn Bhd (Sejak 2019)
Syarikat rakaman
New Southern Records (2000 - 2005)
Pengkarya berkait
Boboy, B.B.Y, Six Years, New Southern Records, MindOrder, Astro
Laman sesawang
instagram.com/thisisnaqiu

Biografi

Kemunculan awal

Naqiu adalah salah seorang vokalis kumpulan Boboy yang pernah menempa populariti lebih sedekad lalu. Beliau mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001. Mereka mengetengahkan muzik bergenre pop di awal kemunculan. Mereka juga pernah melakar nama setanding kumpulan remaja popular lain seperti New Boyz, Spin dan Antz.

Zaman kegemilangan Boboy

Album sulung mereka berjudul Episod Cinta pada tahun 2001 mendapat kutipan dalam anggaran melebihi 30,000 unit. Diikuti penerbitan album kedua mereka, Antara Remaja Dan Dewasa pada 2003 yang beralih kepada konsep muzik pop rock. Bagaimanapun, album ketiga berjudul Masih Mencari pada 2005 mula menerima sambutan hambar. Beliau menededahkan ketika zaman populariti kumpulan tersebut telah menerima tawaran yang banyak hingga mencecah hingga empat ke lima persembahan dalam sehari. Antara lagu-lagu hits mereka ketika itu adalah seperti Episod Cinta, Janji Seorang Kekasih, Dalam Benci Ada Rindu, Demi Masa, Bangkitlah dan banyak lagi. Tidak hanya menyanyi, kumpulan Boboy turut menceburi bidang lakonan menerusi pembabitan dalam telefilem Boboy The Movie pada 2001. Di penghujung kontrak bersama syarikat rakaman, Naqiu mula menyara kehidupan di kelab malam sebagai penyanyi berikutan ketika itu beliau sudahpun berkahwin dan berkeluarga.


Kemunculan semula Naqiu

Namun pada tahun 2019 nama Naqiu Boboy kembali menjadi sebutan apabila beliau membuat kemunculan semula secara solo dengan tampil sebagai salah seorang peserta dalam Gegar Vaganza musim ke-6. Naqiu menerima tawaran Astro untuk menyertai Gegar Vaganza setelah didesak oleh rakan-rakannya yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Boboy.[3]Bagi sesiapa yang menonton persembahan Naqiu pada GV kali ini perbezaan yang ketara adalah pada suara Naqiu. Suara yang dulu ala-ala tidak pecah berbeza sekali dengan suara sekarang yang serak-serak basah. Persembahannya yang juga konsisten setiap minggu selalu mendapat komen positif daripada para juri. Buktinya beliau kerap berada di kedudukan yang selesa setiap minggu dalam program tersebut.

Diskografi

Album studio (Solo)


Album bersama Boboy

Filemografi

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan
2001 Boboy The Movie
2003 Semarak Naga
2020 Ting Ting Love


Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2019 Satukan Rasa Suami Indah Suhaila Astro Ria Kemunculan khas sebagai suami Indah Suhaila lakonan Siti Nordiana
Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2020 Seadanya Aku Razman Hairi / Razman TV3


Televisyen Show

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2019 Gegar Vaganza

(Musim 6)

Peserta / Juara GV6 Astro Ria

Gegar Vaganza (Musim 6)

Setelah lama menyepi daripada industri muzik tanah air, akhirnya pada tahun 2019 Naqiu membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau adalah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut. Beliau ialah antara bintang kegemaran para juri musim kali ini. Buktinya beliau kerap berada di kedudukan Top 3 dan persembahannya selalu dinanti-nantikan setiap minggu. Berikut adalah persembahan beliau didalam pertandingan tersebut.

Konsert Tema Lagu Penyanyi Asal #
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Episod Cinta" Boboy Ke-4
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Meraung" New Boyz Tempat Pertama
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "#123" Khai Bahar Tempat Pertama
Minggu 4 Haa... Tepuk "Gurauan Berkasih"

(duet Siti Nordiana)

Siti Nordiana & Spin Ke-7
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Di Ambang Wati" Wings Tempat Pertama
Minggu 6 Melets (Meletop) "Juwita" Saleem Ke-2
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Rampas" Akim & The Majistret Ke-2
Minggu 8 Reset "Percayalah" Dato' Sri Siti Nurhaliza Tempat Pertama
Minggu 9 (Suku Akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Tinting" Noraniza Idris Ke-3
Minggu 10 (Separuh Akhir) Fabulous "Always" Bon Jovi Ke-2
"Hanya Namamu"

(duet bersama Azmi Saat)

Caliph Buskers Ke-2
Minggu 11 (Akhir) Final Chance "Srikandi Cintaku" Bloodshed Juara
"Haa Tepok" (battle Hady Mirza) MeerFly ft. Kidd Santhe & MK (K-Clique)

Rujukan

  1. ^ Zaidi Mohamad (17 November 2016)[1]. Berita Harian. Dicapai pada 17 November 2016.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Disember 2019).[2] Berita Harian Dicapai pada 23 Disember 2019.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir [3] Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.