Naqiu Boboy: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 45: | Baris 45: | ||
!Tajuk |
!Tajuk |
||
!Peranan |
!Peranan |
||
!Saluran |
|||
!Nota |
!Nota |
||
|- |
|- |
||
|2001 |
|2001 |
||
|''Boboy The Movie'' |
|''Boboy The Movie'' |
||
| |
|||
| |
| |
||
| |
| |
||
Baris 55: | Baris 57: | ||
|2003 |
|2003 |
||
|''Semarak Naga'' |
|''Semarak Naga'' |
||
| |
|||
| |
| |
||
| |
| |
||
Baris 61: | Baris 64: | ||
|''Ting Tong Love'' |
|''Ting Tong Love'' |
||
| |
| |
||
|[[Astro Citra]] |
|||
| Lakonan bersama [[Scha Alyahya]]. |
| Lakonan bersama [[Scha Alyahya]]. |
||
|- |
|- |
Semakan pada 15:22, 30 Januari 2020
Wan Naqiuddin bin Mohd Najib atau lebih dikenali sebagai Naqiu merupakan vokalis kumpulan Boboy iaitu band yang terkenal di awal tahun 2000an. Beliau pernah menyepi selama 12 tahun daripada industri muzik berikutan komitmennya kepada keluarga dan menumpukan kerjayanya sebagai penyanyi kelab sebagai punca rezeki pendapatannya ketika itu[1] Kini beliau bergerak solo dan menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-6 bersama dengan Hady Mirza.[2]Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan (%) markah yang sama.
Naqiu (Boboy) | |
---|---|
Nama lahir | Wan Naqiuddin bin Mohd Najib |
Kelahiran | Skudai, Johor, Malaysia | 22 November 1986
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Rock, Pop |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon, Komposer |
Instrumen | Vokal, Dram, Gitar, Bass |
Tahun aktif | 2000-2005, 2019-kini |
Syarikat pengurusan | MindOrder Sdn Bhd (Sejak 2019) |
Syarikat rakaman | New Southern Records (2000 - 2005) |
Pengkarya berkait | Boboy, B.B.Y, Six Years, New Southern Records, MindOrder, Astro |
Laman sesawang | instagram |
Biografi
Kemunculan awal
Naqiu adalah salah seorang vokalis kumpulan Boboy yang pernah menempa populariti lebih sedekad lalu. Beliau mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001. Mereka mengetengahkan muzik bergenre pop di awal kemunculan. Mereka juga pernah melakar nama setanding kumpulan remaja popular lain seperti New Boyz, Spin dan Antz.
Zaman kegemilangan Boboy
Album sulung mereka berjudul Episod Cinta pada tahun 2001 mendapat kutipan dalam anggaran melebihi 30,000 unit. Diikuti penerbitan album kedua mereka, Antara Remaja Dan Dewasa pada 2003 yang beralih kepada konsep muzik pop rock. Bagaimanapun, album ketiga berjudul Masih Mencari pada 2005 mula menerima sambutan hambar. Beliau menededahkan ketika zaman populariti kumpulan tersebut telah menerima tawaran yang banyak hingga mencecah hingga empat ke lima persembahan dalam sehari. Antara lagu-lagu hits mereka ketika itu adalah seperti Episod Cinta, Janji Seorang Kekasih, Dalam Benci Ada Rindu, Demi Masa, Bangkitlah dan banyak lagi. Tidak hanya menyanyi, kumpulan Boboy turut menceburi bidang lakonan menerusi pembabitan dalam telefilem Boboy The Movie pada 2001. Di penghujung kontrak bersama syarikat rakaman, Naqiu mula menyara kehidupan di kelab malam sebagai penyanyi berikutan ketika itu beliau sudahpun berkahwin dan berkeluarga.
Kemunculan semula Naqiu
Namun pada tahun 2019 nama Naqiu Boboy kembali menjadi sebutan apabila beliau membuat kemunculan semula secara solo dengan tampil sebagai salah seorang peserta dalam Gegar Vaganza musim ke-6. Naqiu menerima tawaran Astro untuk menyertai Gegar Vaganza setelah didesak oleh rakan-rakannya yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Boboy.[3]Bagi sesiapa yang menonton persembahan Naqiu pada GV kali ini perbezaan yang ketara adalah pada suara Naqiu. Suara yang dulu ala-ala tidak pecah berbeza sekali dengan suara sekarang yang serak-serak basah. Persembahannya yang juga konsisten setiap minggu selalu mendapat komen positif daripada para juri. Buktinya beliau kerap berada di kedudukan yang selesa setiap minggu dalam program tersebut.
Diskografi
Album studio (Solo)
- Hanya Aku (2007)
Album bersama Boboy
- Episod Cinta (2001)
- Antara Remaja Dan Dewasa (2003)
- Masih Mencari (2005)
Filemografi
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Nota |
---|---|---|---|---|
2001 | Boboy The Movie | |||
2003 | Semarak Naga | |||
2020 | Ting Tong Love | Astro Citra | Lakonan bersama Scha Alyahya. |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Nota |
---|---|---|---|---|
2019 | Satukan Rasa | Suami Indah Suhaila | Astro Ria | Kemunculan khas sebagai suami Indah Suhaila lakonan Siti Nordiana |
2020 | Seadanya Aku | Razman Hairi | TV3 |
Televisyen Show
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2019 | Gegar Vaganza
(Musim 6) |
Peserta / Juara GV6 | Astro Ria |
Gegar Vaganza (Musim 6)
Setelah lama menyepi daripada industri muzik tanah air, akhirnya pada tahun 2019 Naqiu membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau adalah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut. Beliau ialah antara bintang kegemaran para juri musim kali ini. Buktinya beliau kerap berada di kedudukan Top 3 dan persembahannya selalu dinanti-nantikan setiap minggu. Berikut adalah persembahan beliau didalam pertandingan tersebut.
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi Asal | # |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Ke Artis? | "Episod Cinta" | Boboy | Ke-4 |
Minggu 2 | CarMa (Cari Makan) | "Meraung" | New Boyz | Tempat Pertama |
Minggu 3 | Yang Aneh Aneh | "#123" | Khai Bahar | Tempat Pertama |
Minggu 4 | Haa... Tepuk | "Gurauan Berkasih"
(duet Siti Nordiana) |
Siti Nordiana & Spin | Ke-7 |
Minggu 5 | CurHat (Curahan Hati) | "Di Ambang Wati" | Wings | Tempat Pertama |
Minggu 6 | Melets (Meletop) | "Juwita" | Saleem | Ke-2 |
Minggu 7 | Caras (Cara Sendiri) | "Rampas" | Akim & The Majistret | Ke-2 |
Minggu 8 | Reset | "Percayalah" | Dato' Sri Siti Nurhaliza | Tempat Pertama |
Minggu 9 (Suku Akhir) | Komposer Hebat Dahulu Sekarang | "Tinting" | Noraniza Idris | Ke-3 |
Minggu 10 (Separuh Akhir) | Fabulous | "Always" | Bon Jovi | Ke-2 |
"Hanya Namamu"
(duet bersama Azmi Saat) |
Caliph Buskers | Ke-2 | ||
Minggu 11 (Akhir) | Final Chance | "Srikandi Cintaku" | Bloodshed | Juara |
"Haa Tepok" (battle Hady Mirza) | MeerFly ft. Kidd Santhe & MK (K-Clique) |
Rujukan
- ^ Zaidi Mohamad (17 November 2016)[1]. Berita Harian. Dicapai pada 17 November 2016.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Disember 2019).[2] Berita Harian Dicapai pada 23 Disember 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir [3] Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.