Astro Shaw: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 417: Baris 417:
!Pulangan Kasar
!Pulangan Kasar
!Penerbit
!Penerbit
|-
|2008
|''Sell Out''
|Komedi / Musikal
|Yeo Joon Han
|RM 148,742
|
|-
|-
|2010
|2010
Baris 437: Baris 430:
|[[Chiu Keng Guan]]
|[[Chiu Keng Guan]]
|
|
|Dengan kerjasama Woohoo PicturesMediacorp Raintree Pictures
|Dengan kerjasama Woohoo Pictures
Innoform Media
Innoform Media
|-
|-

Semakan pada 07:29, 11 Februari 2020

Astro Shaw Sdn Bhd adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.

Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.

Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan box office tempatan apabila berjaya mengutip sebanyak lebih daripada RM 30 Juta. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan box office melebihi RM 100 Juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.

Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya.

Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.

Astro Shaw Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriPerfileman
Ditubuhkan2005; 19 tahun yang lalu (2005)
Ibu pejabatBukit Jalil, Kuala Lumpur
Tokoh pentingRaja Jastina Arshad

Norsalvina Alwee
Anwari Ashraf
A'tifah Ishak

Dell Hakim
PerkhidmatanPenghasilan, Pemasaran & Pengedaran Filem
Syarikat indukAstro All Asia Networks plc
PembahagianTayangan Unggul
Tapak webwww.astroshaw.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Sejarah

Astro Shaw dan Tayangan Unggul

Ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah jenama Astro Shaw dan Tayangan Unggul, tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang cemerlang. Astro Shaw menghasilkan filem pertamanya pada tahun 1988 bertajuk Nafas Cinta. Filem yang dibintangi oleh Awie itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka peluang bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem The Journey yang berjaya menggondol beberapa anugerah dalam festival filem tempatan.

Pada tahun 2014 pula, Maindhan menjadi filem Bahasa Tamil pertama yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Bukan sahaja di Malaysia, malahan filem ini ditayangkan di pawagam negara Singapura dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mendapat kutipan box office tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem Vedigundu Pasangge pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Veedu Productions Sdn Bhd.

Box Office

Sekitar tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Walaubagaimanapun, pada tahun 2014, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dan telah menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan dengan melepasi aras kutipan RM15 juta melalui filem The Journey (RM17.28 juta). The Journey merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta box office tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat penghasilan filem lain di Malaysia.

Manakala pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar dalam kutipan box office tempatan kepada sejumlah RM 170 Juta melalui kutipan daripada 49 buah filem yang ditayangkan. Astro Shaw menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan memegang sebanyak 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan box office yang mengagumkan melebihi RM 103 juta yang diperoleh melalui 4 filem blockbuster, antaranya Hantu Kak Limah (RM 38 Juta), Dukun (RM 12 Juta), Paskal (RM 30 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 23 Juta).

Berikutan tahun yang bersejarah itu, Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan kutipan sebanyak RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan boxoffice di tanda aras RM30 juta sekaligus memecahkan rekod filem box office negara.

Pengiktirafan

KL Menjerit merupakan filem pertama dihasilkan oleh Astro Shaw yang memenangi anugerah pada tahun 2003. Filem ini memenangi 8 kategori untuk Festival Filem Malaysia ke-16 termasuk Filem Terbaik dan 2 lagi kategori di Anugerah Skrin TV3.

Berikutan kejayaan KL Menjerit, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 170 anugerah dari festival filem tempatan dan antarabangsa. Filem keluaran Astro Shaw, The Journey dan Ola Bola dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Far East.

Perlaburan Filem Antarabangsa

Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa telah mendapat pujian pelbagai pihak. Sebagai contoh, filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, Cemetery of Splendor, yang ditayangkan di Un Certain Regard, salah satu seksyen Festival Film Cannes 2015 telah berjaya memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya, pengarah daripada Indonesia yang bertajuk Marlina Si Pembunuh Dalam 4 Babak membuat debutnya di Director’s Fortnight Section di Cannes. Manakala, The White Girl, filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw untuk menapak di dalam industri perfileman Asia Utara, dan filem tersebut dipertandingkan dalam Festival Filem London pada tahun 2017.

Paling terbaru, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, The Garden of Evening Mists telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horse ke-56.

Perkembangan Bisnes

Astro Shaw telah terlibat dalam industri perfileman bukan sekadar melalui penghasilan filem, malah ia juga merupakan rakan kongsi yang kukuh dalam pemasaran dan pengedaran filem di Malaysia mahupun antarabangsa. Sebagai contoh, filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem yang dipasarkan serta diedarkan oleh Astro Shaw.

Dengan memanfaatkan perhubungan rakan kongsi serantau dan antarabangsa sedia ada, Astro Shaw sentiasa meneruskan usahanya untuk mencari pasaran baharu yang berpotensi untuk mengedarkan filem-filem tempatan selain membuka jalan buat filem antarabangsa untuk memasuki pasaran Malaysia.

Program Writers' Room

Astro Shaw memimpin barisan hadapan dalam mendandan penceritaan oleh bakat tempatan melalui formasi oleh pihak penulisnya sendiri yang diketuai oleh Anwari Ashraf. Matlamat ahli pasukan ini bertumpu kepada pembangunan cerita serta idea daripada kreativiti bakat tempatan dan pencarian untuk menghasilkan cerita yang menarik bukan sahaja sesuai untuk tontonan tempatan, malahan antarbangsa.

Filem

Melayu

Tahun Tajuk Pengarah Genre Pulangan Kasar Penerbit
1999 Nafas Cinta


Jailani Abd Ghani Romantik/ Drama  RM 255,102.00
2007 Diva[1] Sharad Sharan Muzikal RM 213,245 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Sharad Sharan Romantik / Komedi / Drama RM 623,546.25 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2010 Lagenda Budak Setan Sharad Sharan Drama RM 4,382,008 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
Sini Ada Hantu James Lee Seram / Komedi RM 1,602,654 Dengan kerjasama Double Visions
2011 Ombak Rindu Osman Ali Seram / Komedi RM 1,1042,009 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2012 Hoore! Hoore! Saw Teong Hin Muzikal / Drama RM 353,837.50 Dengan kerjasama Real Pictures
Untuk Tiga Hari Afdlin Shauki Romantik / Drama RM 785,805.25 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Sharad Sharan Romantik / Drama RM 2,106,378 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2013 Bikers Kental Helmi Yusof Komedi/Drama RM 2,727,880 Dengan kerjasama Tayangan Unggul & Calif Works Productions
Penanggal Ellie Suriati Seram RM 2,731,732 Astro Shaw, Grand Brilliance
Papadom 2

(Pengarah: Afdlin Shauki)

Afdlin Shauki Komedi RM 623,612 Astro Shaw, Ismail Holdings
2014 Kami Histeria Shamyl Othman Seram / Komedi RM 874,152.50 Astro Shaw, Red Films, Marna Films
Apokalips X Mamat Khalid Aksi / Drama RM 260,197 Astro Shaw, Tayangan Unggul, Naga VXS
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Sharad Sharan Romantik / Drama RM 1,320,327.00 Astro Shaw, Tarantella Pictures
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Mamat Khalid Komedi / Drama RM 310,850 Astro Shaw, Tayangan Unggul & Greenlight Productions
Manisnya Cinta Di Cappadoccia Bernard Chauly Romantik / Drama RM 1,797,505.81 Astro Shaw, Global Station, Red Films
Mana Mau Lari Prof Dato' A. Razak Mohaideen Komedi RM 411,708 Dengan kerjasama Tayangan Unggul
Terbaik Dari Langit Nik Amir Mustapha Komedi / Drama RM 474,660 Dengan kerjasama Playground Productions
2015 Suamiku Encik Perfect 10 Feroz Kader Romantik/Drama MY: RM 3,025,971.88

Brunei: RM147,374.75

Astro Shaw, Global Station
Cicakman 3 Yusry Abdul Halim & Ghaz Abu Bakar Adiwira / Aksi / Komedi MY: RM 2,555,988.77

Brunei: RM42,400.80

Astro Shaw, KRU Studios, Primeworks Studios
Pilot Cafe Osman Ali Romantik/Drama MY: RM 1,987,987.01

Brunei: RM85,369.03

Dengan kerjasama Tarantella Pictures
Polis Evo Ghaz Abu Bakar Aksi/Komedi RM 17,724,178.87

Brunei: RM342,915.00

Dengan kerjasama Tayangan Unggul
2016 Langit Cinta Osman Ali Romantik/Drama MY: RM 665,768.70

Brunei: RM109,224

Astro Shaw, Nuansa Sdn Bhd
Ola Bola Chiu Keng Guan Drama,Patriotik RM 16.67 Juta Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas & Multimedia Entertainment
Aliff Dalam 7 Dimensi Faisal Ishak Aksi MY: RM 1,702,168.75

Singapura: RM 39,024.00

Astro Shaw, ChainFX
Dukun Doktor Dani Sabri Yunus Drama MY: RM 69,182.55

Brunei: RM 1,465.67

Singapura: RM 4,216.00

Astro Shaw, Balang Rimbun
2017 Kimchi Untuk Awak Michael Ang Romantik, Komedi MY: RM 1,139,912.69

Brunei: 82,179.95

Astro Shaw, Dark Wave Pictures
Kau Yang Satu Osman Ali Drama Dengan kerjasama Global Station & Nuansa Film
Abang Long Fadil 2

[2]

Syafiq Yusof Komedi/Aksi MY: RM 18,122,481.65

Brunei: RM207,095.50

Singapura:

RM104,317.00

Dengan kerjasama Skop Production
Bisik Pada Langit Kabir Bhatia Drama
Tombiruo: Penunggu Rimba[3] Seth Larney Aksi, Drama MY: RM 8.032,052.72

Brunei: RM49,556.25

Singapura: RM47,777.04

Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media, Layar Sunan, Ideate Pictures
2018 Busker Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin (Kye Fariz) Romantik, Muzikal MY: RM 98,809.97

Brunei: RM4,458.76

Singapura: RM142.90

Dengan kerjasamaTayangan Unggul
Hantu Rumah Sakit Jiwa Michael Ang Seram, Komedi Keluaran Astro First : RM 422,977.5 Astro Shaw
Dukun[4] Dain Said Seram, Ngeri MY: RM 9,933,035.76

Brunei: RM214,982.8

Singapura: RM389,067.24

Astro Shaw
Hantu Kak Limah Mamat Khalid Komedi, Seram RM 36,626,906.59 Astro Shaw, Infinitus Production
PASKAL Adrian Teh Aksi, Patriotik RM 22 Juta Dengan kerjasama GSC Movies, Spectrum Films, Asia Tropical Films, Multimedia Entertainment dan Granatum Ventures
Polis Evo 2 Joel Soh & Andre Chiew Aksi, Komedi RM 18,616,664.45 Astro Shaw, Surya Citra Media, Blackflag
2019 Misteri Dilaila Syafiq Yusof Misteri, Seram Astro Shaw, Skop Production
Sangkar Khabir Bhatia Aksi Dengan kerjasama Primeworks Studios, MM2 Entertainment, & Infinitus Gold
Pusaka Razaisyam Rashid Seram Dengan kerjasama Director's Think Tank & Alpha 47 Films
Wira Adrian Teh Aksi Dengan kerjasama ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment & Primeworks Studios

Tamil

Tahun Tajuk Genre Pengarah Pulangan Kasar Penerbit
2014 Maindhan Drama C. Kumaresan RM 903,550.00 Astro Shaw, CK Films, SS Wawasan
2018 Vedigundu Pasangge Dengan kerjasama Veedu Production

Chinese (Cantonese, Mandarin dan Hokkien)

Tahun Tajuk Genre Pengarah Pulangan Kasar Penerbit
2010 Woohoo Komedi Chiu Keng Guan RM 4,205,397.50 Dengan kerjasama Woohoo Pictures
2011 Great Day Drama Chiu Keng Guan Dengan kerjasama Woohoo Pictures

Innoform Media

2012 Ghost Buddies Seram / Komedi Simon Sek RM 1,095,623
2013 Paper Moon Romantik / Komedi Stanley Law RM 171,539 Astro Shaw, Double Vision Pictures
Once Upon A Time Komedi Silver RM 5,589,030 Astro Shaw, The Film Engine
Claypot Curry Killers / Spicy Killers Slasher / Thriller James Lee Astro Shaw
2014 The Journey Drama Chiu Keng Guan RM 1,724,5191.50 Dengan kerjasama Woohoo Pictures
In The Dark Seram Yeo Joon Han RM 888,004.40 Astro Shaw, Amok Films
2017 You Mean the World to Me Drama Saw Teong Hin MY: RM 1,278,376.65

Singapore: RM7,690.50

Astro Shaw, Real Pictures
2018 Think Big Big Komedi / Drama Chiu Keng Guan MY: RM 5,329,298.97

Brunei: RM12,405.00

Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, MM2 Entertainment, Woohoo Pictures

Rujukan

  1. ^ "Motion picture soundtrack of Diva launched" The Star. 24 April 2007. Retrieved on 18 January 2013. "Diva is a production of independent film production house Tarantella Pictures Sdn Bhd together with Nusantara Films Sdn Bhd, a subsidiary of Astro Shaw Sdn Bhd which was set up to produce films that are targeting audiences around the region."
  2. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Shackleton, Liz (25 August 2016). "Malaysia rallies international team for 'Tombiruo'". ScreenDaily. Media Business Insight Limited. Dicapai pada 31 August 2016.
  4. ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2018). "[VIDEO] Umie menggigil, hampir 'histeria' kerana Dukun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 April 2018.

Pautan luar