Ashraf Sinclair: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Akuindo (bincang | sumb.)
salah pasang
Akuindo (bincang | sumb.)
Baris 25: Baris 25:
==Kehidupan awal==
==Kehidupan awal==
Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, [[England]] kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa [[Inggeris]] dan Khadijah Abdul Rahman yang berbangsa [[Melayu]]. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah [[Aishah Sinclair|Aishah Jennifer]] (lahir 1980) dan Adam (lahir 1984).
Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, [[England]] kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa [[Inggeris]] dan Khadijah Abdul Rahman yang berbangsa [[Melayu]]. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah [[Aishah Sinclair|Aishah Jennifer]] (lahir 1980) dan Adam (lahir 1984).

Adik beliau, [[Adam Sinclair]] berkahwin dengan penyanyi [[Yuna Zarai]].


==Kerjaya==
==Kerjaya==

Semakan pada 06:33, 18 Februari 2020

Ashraf Sinclair
Fail:DaniAsh Ashraf+Sinclair.jpg
Kelahiran
Ashraf Daniel Mohammed Sinclair

(1979-09-18)18 September 1979
London, United Kingdom
Meninggal dunia18 Februari 2020(2020-02-18) (umur 40)
Jakarta, Indonesia
Sebab kematianSerangan jantung
WarganegaraMalaysia-England
Pekerjaanpelakon, peragawan dan pengacara televisyen
Tahun aktif1997–2020
PasanganBunga Citra Lestari (2008–2020; kematiannya)
Anak-anak1
IbuKhadijah Abdul Rahman
BapaMohammed Anthony John Sinclair
SaudaraAishah Sinclair (adik)
Adam Sinclair (adik)
Yuna Zarai (adik ipar)

Ashraf Daniel Mohamad Sinclair (8 September 1979 - 18 Februari 2020)[1] ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia.[2] Beliau terkenal menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu.[3]

Kehidupan awal

Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa Inggeris dan Khadijah Abdul Rahman yang berbangsa Melayu. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer (lahir 1980) dan Adam (lahir 1984).

Adik beliau, Adam Sinclair berkahwin dengan penyanyi Yuna Zarai.

Kerjaya

Pada tahun 1997, Ashraf merupakan naib juara Hero Remaja 1997 pada usia 18 tahun. Beliau mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005. Kemudian beliau menempah nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3. Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada bulan Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.

Kini Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Kini Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga. Ashraf pernah diundi sebagai "Bachelor with the Coolest Character" (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo's 50 Most Eligible Bachelors.

Kehidupan peribadi

Pada pertengahan tahun 2007, Ashraf terjebak dalam kontroversi apabila didapati bercium mulut dengan kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari di Bali. Tindakan beliau didapati sebagai mencabul sensitiviti sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Islam.[4][5] Hubungan mereka berdua akhirnya disambut baik dan mereka berkahwin pada November 2008 di Jakarta.[6][7] Anak sulung pasangan ini, Noah Aidan dilahirkan pada 2010.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia di Jakarta, Indonesia pada 18 Februari 2020, jam 04:51 pagi, pada usia 40 tahun, akibat serangan jantung.[8][9] Jenazah beliau dikebumikan di Sandiego Hills pada jam 8:04 pagi waktu Indonesia.[10]

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2004 SH3 Khairul Zek Zukry Filem pertama
2005 Gol & Gincu Eddy Bernard Chauly
2008 Saus Kacang Fredo Indrayanto Kurniawan Filem Indonesia
2009 The Real Pocong Ivan Hanny R. Saputra
2018 Bayi Gaib Rafa Rizal Mantovani
2020 Proksi Filem dan drama yang belum dikeluarkan Aman Zulkarnain Azhar Pos-produksi
Keluaran anumerta
J Retribusi Filem dan drama yang belum dikeluarkan Taufik

Drama

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2006 Gol & Gincu The Series Musim 1 Eddy 8TV
Realiti Burn Ramli
2007 Gol & Gincu The Series Musim 2 Eddy
Tidak Pernah Ku Sesali Dr. Farid TV1
2008 Renjis Musim 1 Ungku Alauddin / Dean Astro Ria MEGADRAMA
2009 Renjis Musim 2 Kameo: Episod akhir
2018 Dosa: Sacred Sin Fuad Astro First Eksklusif

Sinetron

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2008 Sekar Brama RCTI SinemArt
2009
Cinta dan Anugerah Reza
2010
Sejuta Cinta Marshanda Abel
2011 Anugerah Arya ditayangkan sejak 2011 hingga 2012
Kasih dan Cinta Atar SinemArt
Binar Bening Berlian Dimas Adam
2012
Putri Bidadari Jefri
2013
2014 Pashmina Aisha Juna
Catatan Hati Seorang Istri: Musim 1 Eddie Bramantyo
2016 Catatan Hati Seorang Istri: Musim 2

Televisyen

Tahun Tajuk Rangkaian Catatan
2005 Box Office Now NTV7
2006 Beat TV Astro Ria bersama Sazzy Falak
Mentor TV3
Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA - Di Putrajaya

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pelakon MeleTOP Tercalon

Rujukan

  1. ^ Actor Ashraf Sinclair dies of heart attack aged 40 New Straits Times (18 Februari 2020). Dicapai pada 18 Februari 2020.
  2. ^ Aref Omar (13 September 2017). A secretless affair does it for celebrity couple Ashraf Sinclair and Bunga Cinta Lestari New Straits Times. Dicapai pada 18 Februari 2018.
  3. ^ Afiq Ariffin (18 Februari 2020). Industri seni Malaysia, Indonesia terkesan pemergian Ashraf Sinclair Astro Awani. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  4. ^ http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_116d70ae-c0a85062-146b0710-5fe52682
  5. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/9/18/nation/18914644&sec=nation
  6. ^ Ellyna Ali (2008-11-10). "Ashraf Dan Bunga Sanding Penuh Adat". murai.com.my. Dicapai pada 2008-11-11.
  7. ^ Retrieved 10 February 2008. Ashraf pilih bulan Jun. Kosmo (article in Malay)
  8. ^ https://www.kompas.com/hype/read/2020/02/18/065211866/manajer-bcl-ungkap-waktu-kematian-ashraf-sinclair
  9. ^ Media, Kompas Cyber. "Suami BCL, Ashraf Sinclair, Meninggal karena Serangan Jantung". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-02-18.
  10. ^ Afiq Ariffin (18 Februari 2020). Jenazah Ashraf Sinclair dikebumi di Sandiego Hills Astro Awani. Dicapai pada 18 Februari 2020.

Pautan luar