Pontian: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 202: Baris 202:
== Hospital dan Klinik Kesihatan ==
== Hospital dan Klinik Kesihatan ==
[[Hospital Pontian]] terletak di Daerah Pontian Kedudukan Hospital Pontian adalah di sebelah kiri Jalan Alsagoff jika dari arah Batu Pahat dan di sebelah kanan jika dari arah Johor Bahru. Bersebelahan dengan Hospital Pontian adalah Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Pergigian Daerah Pontian.
[[Hospital Pontian]] terletak di Daerah Pontian Kedudukan Hospital Pontian adalah di sebelah kiri Jalan Alsagoff jika dari arah Batu Pahat dan di sebelah kanan jika dari arah Johor Bahru. Bersebelahan dengan Hospital Pontian adalah Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Pergigian Daerah Pontian.

==Lihat juga==
*[[Pontian (kawasan persekutuan)]]
*[[Tanjung Piai (kawasan persekutuan)]]


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 06:13, 19 Februari 2020

Daerah
Daerah Pontian di Johor
Daerah Pontian di Johor
Bendera Pontian
Jata Pontian
Cogan kata: Kepada Allah Berserah
كڤدالله برسراه
(Unto God Resigned)
Lagu: Lagu Bangsa Johor
لاڬو بڠسا جوهر
(Johor State Anthem)
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriBendera Johor Johor Darul Ta'zim
Daerah Pontian
Pusat Pentadbiran Pontian Kechil
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Daerah Pontian
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahHaji Kamalludin bin Haji Jamal[1]
Keluasan
 • Jumlah1,346.99 batu persegi (919.9 km2)
Penduduk
 (2010[2])
 • Jumlah155,541

Pontian ialah salah satu daerah di Johor, Malaysia. Ibu daerah Pontian ialah Pontian Kechil. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini. Ianya di tadbir oleh Majlis Daerah Pontian.

Pontian diduduki oleh kaum Melayu yang berketurunan suku Melayu, Bugis dan Jawa. Melayu dan Bugis di kawasan pesisiran manakala Jawa di kawasan pedalaman. Kebanyakan Cina di Pontian adalah berketurunan Teochew.

Tanjung Piai terletak di Mukim Serkat, Pontian dan merupakan titik yang paling selatan di benua Asia.

Wakil rakyat

Majlis Daerah Pontian

Ahli Parlimen

No. Kawasan DUN Nama Ahli Parlimen Mewakili Parti
P164 Pontian Datuk Ahmad Maslan BN (UMNO)
P165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng BN (MCA)

Ahli Dewan Undangan Negeri

No. Kawasan DUN Nama ADUN Mewakili Parti
N53 Benut Hasni Mohammad BN-UMNO
N54 Pulai Sebatang Taqiuddin Che Man PH-Amanah
N55 Pekan Nanas Yeo Tung Siong PH-DAP
N56 Kukup Othman Yusof BN-UMNO

Bandar & Pekan di Kawasan Daerah Pontian

Sebanyak 11 mukim di daerah Pontian. Berikut adalah mukim-mukim yang terdapat dalam daerah Pontian.

Pontian boleh dihubungi melalui Lebuhraya Utara Selatan. Pengunjung dari arah utara boleh menggunakan susur keluar tol Simpang Renggam ataupun susur keluar tol Sedenak untuk ke Pontian.

Pontian juga boleh dihubungi melalui Lebuhraya Nusajaya dan Lebuhraya Iskandar Johor. Pengunjung dari arah Johor Bahru dan Gelang Patah boleh menggunakan susur keluar tol Perling atau Lima Kedai untuk ke Pontian.

Pontian tidak mempunyai perkhidmatan kereta api tetapi boleh berbuat demikian dengan menggunakan stesen terdekat KTM Kulai untuk berbuat demikian.

Sejarah

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar iaitu tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kechil menjadi bandar utama bagi daerah Pontian.[3]

Pusat membeli-belah

Hospital dan Klinik Kesihatan

Hospital Pontian terletak di Daerah Pontian Kedudukan Hospital Pontian adalah di sebelah kiri Jalan Alsagoff jika dari arah Batu Pahat dan di sebelah kanan jika dari arah Johor Bahru. Bersebelahan dengan Hospital Pontian adalah Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Pergigian Daerah Pontian.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar