Perdana Menteri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Akuindo (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Akuindo (bincang | sumb.)
beliau sbg pejawat sementara pm hingga pm yang baharu
Baris 11: Baris 11:
| image =
| image =
| imagesize = 150px
| imagesize = 150px
| incumbent = [[Mahathir Mohammad]]
| incumbent = [[Mahathir bin Mohamad]]
| incumbentsince = {{start date|2018|5|10|df=y}}
| incumbentsince = {{start date|2018|5|10|df=y}}
| department = [[Kerajaan Persekutuan Malaysia]]<br />[[Jabatan Perdana Menteri Malaysia|Jabatan Perdana Menteri]]
| department = [[Kerajaan Persekutuan Malaysia]]<br />[[Jabatan Perdana Menteri Malaysia|Jabatan Perdana Menteri]]

Semakan pada 12:07, 24 Februari 2020

Perdana Menteri
Malaysia
ڤردان منتري مليسيا
Penyandang
Mahathir bin Mohamad
sejak 10 Mei 2018 (2018-05-10)
Kerajaan Persekutuan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
GelaranYang Amat Berhormat
Anggota bagiKabinet Malaysia Edit the value on Wikidata
Lapor kepadaParlimen Malaysia
Bidang kuasaMalaysia Edit the value on Wikidata
InstitusiJabatan Perdana Menteri Malaysia Edit the value on Wikidata
KediamanSeri Perdana
PusatPerdana Putra, Putrajaya
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong Edit the value on Wikidata
Yang Di-Pertuan Agong
Tempoh jawatan5 tahun atau kurang, boleh diperbaharui sekali (Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat
Pilihan raya umum diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
)
Penjawat sulungTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Dibentuk31 Ogos 1957; 66 tahun yang lalu (1957-08-31)
Timbalan/naibTimbalan Perdana Menteri Malaysia Edit the value on Wikidata
GajiMYR 22,826.65 sebulan[1]
SenaraiSenarai Perdana Menteri Malaysia Edit the value on Wikidata
Tapak webwww.pmo.gov.my
Facebook: PejabatPerdanaMenteriMalaysia Twitter: malaysiapmo Instagram: malaysiapmo Telegram: PejabatPerdanaMenteri Youtube: PejabatPerdanaMenteriMalaysia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perdana Menteri Malaysia ialah pemerintah tertinggi Kerajaan Malaysia. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku Ketua Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik.

Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7

Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) telah dibentuk selepas diperkenankan oleh Sultan Muhammad V untuk memulakan kerajaan baharu dalam sejarah politik negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.

Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1955-1970)

Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein.

Era Pentadbiran Tun Abdul Razak (1970-1976)

Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Haji Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn.
Fail:Ismail Rahman.jpg

Era Pentadbiran Tun Hussein Onn (1976-1981)

Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Haji Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.

Era Pentadbiran I Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Fail:Musa-hitam.jpg

Era Pentadbiran Tun Abdullah Badawi (2003-2009)

Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Era Pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-2018)

Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.[2] Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.

Era Pentadbiran II Tun Dr. Mahathir (2018-2020)

Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanayk 7 Kabinet. Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang terkini yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan juga beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti komponen Pakatan Harapan.

Tun Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.


Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis Penasihat Kerajaan" (Council of Eminent Persons) telah diwujudkan (sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh:

1. Mantan Menteri Kewangan Malaysia, YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin
2. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Prof. Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
3. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, YBhg. Tan Sri Mohd. Hassan bin Merican
4. Ahli ekonomi Malaysia yang terkemuka, YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram
5. Hartawan Malaysia yang berpusat di Hong Kong, YBhg. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Kontroversi

Ada kekhuatiran bagi kaum Orang Melayu Malaysia beragama Islam, baik daripada ahli-ahli parti politik UMNO sendiri mahupun ahli-ahli daripada PAS, melarang seorang bukan Bumiputera (misalnya daripada etnik Orang Cina Malaysia dan Orang India Malaysia serta etnik-etnik lain bukan daripada Bumiputera) daripada menjadi Perdana Menteri, namun Kerajaan telah berulang kali menyakinkan rakyat, bahawa Perlembagaan tidak melarang seseorang daripada etnik bukan Bumiputera untuk menjadi Perdana Menteri.

Sejarah & Senarai Perdana Menteri Malaysia

1. Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957)

Parti komponen:       Parti Perikatan (AP)

Parti politik:       Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

EG
Tempoh
No. Nama
Kawasan
(Lahir–Meninggal)
Gambar Tempoh jawatan Wakil Pembangkang Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu Kabinet
Mula Akhir Hari
00 0 Tunku Abdul Rahman
BA (Cambridge), Bar-at-Law (Inner Temple)

Ahli Parlimen Kuala Muda
(1903–1990)
1 Ogos
1955
28 Ogos
1957
758 Ahmad Tuan Hussin
&
Onn Jaafar
United Kingdom Sir Donald Charles MacGillivray Rahman I

2. Perdana Menteri Malaysia (1957 - Kini)

Parti komponen:       Parti Perikatan (AP)       Barisan Nasional (BN)       Pakatan Harapan (PH)

Parti politik:       Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)       Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

EG
Tempoh
No. Nama
Kawasan
(Lahir–Meninggal)
Gelaran
Gambar Tempoh jawatan Ketua Pembangkang Yang di-Pertuan Agong Kabinet
Mula Akhir Hari
00 1 Tunku Abdul Rahman
BA (Cambridge), Bar-at-Law (Inner Temple)

Ahli Parlimen Kuala Muda
(1903–1990)
Bapa Kemerdekaan Malaysia[3]
31 Ogos
1957
27 Jun
1959
4770 Burhanuddin Al-Helmy
Tan Chee Khoon
Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman
Selangor Tuanku Hisamuddin Alam Shah
Perlis Tuanku Syed Harun PutraJamalullail
Terengganu Tuanku Ismail Nasiruddin Shah
Rahman II
01 19 Ogos
1959
1 Mac
1964
02 21 Mac
1964
20 Mac
1969
Rahman III
03 10 Mei
1969
22 Sep
1970
Rahman IV
2 Abdul Razak Hussein
Bar-at-Law (Lincoln's Inn)

Ahli Parlimen Pekan
(1922–1976)
Bapa Pembangunan Malaysia[4]
22 Sep
1970
31 Jul
1974
1940 Mohamed Asri Muda
Lim Kit Siang
James Wong
Edmund Langgu Saga
Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kelantan Tuanku Yahya Petra
Razak I
04 24 Ogos
1974
14 Jan
1976
Razak II
3 Hussein Onn
Bar-at-Law (Lincoln's Inn)

Ahli Parlimen Johor Bahru
(1922–1990)
Bapa Perpaduan Malaysia[5]
Fail:Tun Hussein Onn portrait-.jpg 14 Jan
1976
12 Jun
1978
2010 Lim Kit Siang Kelantan Tuanku Yahya Petra
Pahang Tuanku Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Hussein I
05 8 Jul
1978
16 Jul
1981
Hussein II
4 Mahathir Mohamad
MBBS (NUS)

Ahli Parlimen Kubang Pasu
(1925)
Bapa Pemodenan Malaysia[6]

16 Jul
1981
29 Mac
1982
8142 Lim Kit Siang
Fadzil Mohd.Noor
Pahang Tuanku Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Johor Tuanku Mahmud Iskandar
Perak Tuanku Azlan Muhibbuddin Shah
Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar
Selangor Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Mahathir I
06 22 Apr
1982
19 Jul
1986
Mahathir II
07 3 Ogos
1986
4 Okt
1990
Mahathir III
08 21 Okt
1990
6 Apr
1995
Mahathir IV
09 25 Apr
1995
10 Nov
1999
Mahathir V
10 29 Nov
1999
31 Okt
2003
Mahathir VI
5 Abdullah Ahmad Badawi
BA (UM)

Ahli Parlimen Kepala Batas
(1939)
Bapa Pembangunan Modal Insan[7]

31 Okt
2003
2 Mac
2004
1981 Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang
Wan Azizah Wan Ismail
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin
Abdullah I
11 21 Mac
2004
13 Feb
2008
Abdullah II
Abdullah III
12 8 Mac
2008
3 Apr
2009
6 Mohd. Najib Abdul Razak
BSc (Notthingham)

Ahli Parlimen Pekan
(1953)
Bapa Transformasi Malaysia[8]
3 Apr
2009
3 Apr
2013
5495 Anwar Ibrahim
Wan Azizah Wan Ismail
Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin
Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kelantan Sultan Muhammad V
Najib I
13 6 Mei
2013
9 Mei
2018
Najib II
Najib III
14 7 Mahathir Mohammad
MBBS (NUS)

Ahli Parlimen Langkawi
(1925)
Bapa Pemodenan Malaysia
10 Mei
2018

24 Februari
2020

2171 Ahmad Zahid Hamidi
Ismail Sabri Yaakob
Kelantan Sultan Muhammad V
Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah
Mahathir VII

Senarai Pemangku Perdana Menteri Malaysia

Parti politik:       Parti Perikatan (AP)       Barisan Nasional (BN)

No. Nama Jawatan Gambar Waktu Memangku Kabinet Sebab
1 Abdul Razak Hussein Timbalan
Perdana Menteri

Pertama
1959 Rahman I Tun Abdul Razak menjadi Pemangku Perdana Menteri yang Pertama apabila
Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selama tiga
bulan pada 1959 untuk mengukuhkan semula Parti Perikatan (kini: Barisan
Nasional
) selepas parti tersebut kehilangan kerusi di Kelantan dan Terengganu
2 Ismail Abdul Rahman Timbalan
Perdana Menteri

ke-2
Fail:Ismail Rahman.jpg Tiada maklumat Rahman IV
Razak I
Tun Dr. Ismail menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-2 untuk mengambil alih
tugas Tunku Abdul Rahman yang berada di luar negara. Beliau sekali lagi
mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdul Razak yang
juga mempunyai urusan di luar negara.
3 V. T. Sambanthan Presiden
MIC
ke-5
(1963–1973)
1973 Razak I Tun V. T. Sambanthan menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-3 untuk
mempengerusikan Mesyuarat Kabinet untuk hari tersebut ketika Tun Abdul
Razak
mempunyai urusan di luar negara dan kekosongan jawatan Timbalan
Perdana Menteri
selepas kematian Tun Dr. Ismail
4 Ling Liong Sik Presiden
MCA
ke-8
(1986–2003)
1988 Mahathir III Tun Dr. Ling Liong Sik menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-4 pada apabila
UMNO sebagai parti teras BN diharamkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir,
telah menyerahkan jawatan Pengerusi BN kepada Presiden MCA ketika itu,
Tun Dr. Ling Liong Sik. Sewaktu dengan itu, Tun Dr. Mahathir tidak layak menjadi
Perdana Menteri kerana parti teras yang dipimpin beliau telah diharamkan buat
beberapa ketika. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, jawatan
Pemangku Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Dr. Ling Liong Sik.
5 Anwar Ibrahim Timbalan
Perdana Menteri

ke-7
(1993–1998)
Mei 1997
hingga
Julai 1997
Mahathir V Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-5 selama dua
bulan apabila Tun Dr. Mahathir mempunyai urusan di luar negara.
6 Muhyiddin Yassin Timbalan
Perdana Menteri

ke-10
(2009–2015)
2014 Najib II Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-6 selama dua
minggu apabila Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempunyai urusan di
luar negara

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "CPPS Policy Factsheet: Remuneration of Elected Officials in Malaysia" (PDF). Centre for Public Policy Studies. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 May 2016. Dicapai pada 11 May 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - Bapa Transformasi
  3. ^ Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan, Portal Arkib Negara Malaysia. Pautan: http://www.arkib.gov.my/web/guest/tunku-abdul-rahman-dikurniakan-gelaran-bapa-kemerdekaan
  4. ^ Biografi Ringkas Tun Abdul Razak, Portal Yayasan Kepimpinan Perdana, Pautan: http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdul-razak/biography-tunku-abdul-razak
  5. ^ Sejarah Tun Hussein Bin Dato 'Onn, Portal Rasmi Universiti Tun Hussein 'Onn Malaysia (UTHM). Pautan: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/500/269/lang,ms/
  6. ^ Pameran Tun Dr Mahathir "Bapa Pemodenan" Sempena Konvensyen Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohammad, Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia, Pautan: http://www.arkib.gov.my/web/guest/berita/-/asset_publisher/Lw38/content/pameran-tun-dr-mahathir-bapa-pemodenan-sempena-konvensyen-pemikiran-tun-dr-mahathir-mohamad?redirect=http%3A%2F%2Fwww.arkib.gov.my%2Fweb%2Fguest%2Fberita%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_Lw38%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-inner-3%26p_p_col_count%3D1
  7. ^ Biografi Ringkas Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,Portal Yayasan Kepimpinan Perdana. Pautan: http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdullah-ahmad-badawi/biography-tun-abdullah-amad-badawi
  8. ^ Najib Terima Penghargaan 'Bapa Transformasi Malaysia', Portal berita dalam talian MStar, Pautan: http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/5/5/mstar_berita/20110505094754

Pautan luar