Seribu Rindu: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
k menghapuskan Kategori:Drama Melayu (HotCat) |
||
Baris 80: | Baris 80: | ||
}} |
}} |
||
[[Kategori:Drama Melayu]] |
|||
[[Kategori:Drama Melayu 2018]] |
[[Kategori:Drama Melayu 2018]] |
||
[[Kategori:Rancangan TV3]] |
[[Kategori:Rancangan TV3]] |
Semakan pada 08:56, 28 Februari 2020
Seribu Rindu | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik Keluarga |
Berdasarkan daripada | Seribu Rindu karya Hani Fazuha |
Pencipta | Raja Azidah |
Ditulis oleh | Siti Solehah Raja Azidah Anina Sahal Eja Lorena Shida Zali Amin Shakib |
Pengarah | Zamri Zakaria |
Dibintangi oleh | Azira Shafinaz Zul Ariffin Fadlan Hazim Mona Allen Ainul Aishah Ku Faridah Fazlina Ahmad Daud Zaefrul Nordin Doria Rachel Aman Graseka Hafizuddin Fazil Harris Baba Natrah Khalid |
Lagu pembukaan | "Jutaan Purnama" nyanyian Alyah |
Lagu penutup | "Jutaan Purnama" nyanyian Alyah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato' Sadupal Singh Vareen Kaur |
Penerbit | Dato' Sri Jaspal S. Korotana |
Tempoh siaran | Isnin-Jumaat 41 minit 7:00 petang |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production Sdn.Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) |
Siaran asal | 12 November 2018 – 19 Disember 2018 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Vila Ghazara |
Diikuti oleh | Pujaan Hati Kanda |
Seribu Rindu merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018 yang ditayangkan di Slot Akasia bermula 12 November 2018 menggantikan drama Vila Ghazara. Drama ini dibintangi oleh Azira Shafinaz dan Zul Ariffin.
Drama ini juga telah diadaptasi kepada sebuah novel dengan tajuk yang sama karya Hani Fazuha. Novel ini diterbitkan oleh Karyaseni.
Sinopsis
Bagi Maisarah (Azira Shafinaz), cinta pertamanya adalah Airel (Fadlan Hazim) dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan (Zul Ariffin). Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya.
“Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni.” - Maisarah
“Eh! mana tahu bilik yang mana satu.” - Irfan
“Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?” - Maisarah
Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya.
“Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah.” - Airel
“Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik.” – Irfan
Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan. Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?
Pelakon
- Zul Ariffin sebagai Irfan[1]
- Azira Shafinaz sebagai Maisarah[2]
- Fadlan Hazim sebagai Airel
- Mona Allen sebagai Damia
- Ainul Aishah sebagai Aisyah
- Ku Faridah sebagai Tokma
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Fatimah
- Hafidzuddin Fazil sebagai Dato Sri Johari
- Zaefrul Nordin sebagai Dato Muiz
- Aman Graseka sebagai Husin
- Harris Baba sebagai Johan
- Doria Rachel Jolly sebagai Linda
- Natrah Khalid sebagai Nurse Rita
- Jonathan Putra sebagai Jonathan
Rujukan
TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 Petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Seribu Rindu | Berikutnya |
Vila Ghazara | Pujaan Hati Kanda |