Darjah Utama Seri Mahkota Negara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aamuizz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Mengganti Kategori:Anugerah Diraja Malaysia
Baris 11: Baris 11:
* [http://http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk6/rk6a.php?id=rk6_2 Gambar darjah]
* [http://http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk6/rk6a.php?id=rk6_2 Gambar darjah]


[[Kategori: Anugerah Diraja Malaysia]]
[[Kategori:Darjah Kebesaran Persekutuan]]

Semakan pada 17:42, 10 Februari 2008

Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) merupakan darjah yang kedua antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.

Bilangan ahli D.M.N. terhad kepada 30 orang. D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben.

Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.


Pautan luar