Aung San Suu Kyi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Akuindo (bincang | sumb.)
Akuindo (bincang | sumb.)
Baris 87: Baris 87:


== Penahanan di Myanmar ==
== Penahanan di Myanmar ==
Pada [[1990]] majlis pemerintahan [[tentera Myanmar]] mengadakan [[pilihan raya]] dan parti [[Liga Kebangsaan bagi Demokrasi]] telah menang. Sepatutnya Suu Kyi dilantik sebagai [[Perdana Menteri Myanmar]] tetapi junta tentera menafikan kemenangan tersebut. Aung San Suu Kyi telah memenangi 392 daripada 485 kerusi. Berikutan itu Suu Kyi telah menerima anugerah [[Hadiah Sakharov]] dan [[Hadiah Keamanan Nobel]] pada [[1991]]. Anak-anaknya [[Alexander]] dan [[Kim]] mewakili beliau untuk menerima anugerah tersebut. Suu Kyi menggunakan wang tunai 1.3 juta USD yang dimenangi untuk tujuan kesihatan dan pendidikan [[rakyat Myanmar]].
Pada [[1990]] majlis kerajaan [[tentera Myanmar]] mengadakan [[pilihan raya]] dan parti [[Liga Kebangsaan bagi Demokrasi]] telah menang. Sepatutnya Suu Kyi dilantik sebagai [[Perdana Menteri Myanmar]] tetapi junta tentera menafikan kemenangan tersebut. Aung San Suu Kyi telah memenangi 392 daripada 485 kerusi. Berikutan itu Suu Kyi telah menerima anugerah [[Hadiah Sakharov]] dan [[Hadiah Keamanan Nobel]] pada [[1991]]. Anak-anaknya [[Alexander]] dan [[Kim]] mewakili beliau untuk menerima anugerah tersebut. Suu Kyi menggunakan wang tunai 1.3 juta USD yang dimenangi untuk tujuan kesihatan dan pendidikan [[rakyat Myanmar]].


Kerajaan junta tentera telah membebaskan Suu Kyi pada [[Julai 1995]] untuk melawat keluarganya di [[United Kingdom]] dan tidak dibenarkan pulang. Suaminya Dr [[Michael Aris]] seorang warganegara [[United Kingdom]] menjalani pemeriksaan [[kanser prostat]] pada [[1997]], kerajaan Myanmar enggan memberi sebarang visa.
Kerajaan junta tentera telah membebaskan Suu Kyi pada [[Julai 1995]] untuk melawat keluarganya di [[United Kingdom]] dan tidak dibenarkan pulang. Suaminya Dr [[Michael Aris]] seorang warganegara [[United Kingdom]] menjalani pemeriksaan [[kanser prostat]] pada [[1997]], kerajaan Myanmar enggan memberi sebarang visa.

Semakan pada 06:57, 12 Mac 2020


Aung San Suu Kyi
အောင်ဆန်းစုကြည်
Kaunselor Negara Myanmar Pertama
Memegang jawatan
6 April 2016
PresidenHtin Kyaw
Didahului olehThein Sein (Perdana Menteri, 2011)
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
Memegang jawatan
30 Mac 2016
PresidenHtin Kyaw
TimbalanKyaw Tin
Didahului olehWunna Maung Lwin
Menteri Pejabat Presiden
Memegang jawatan
30 Mac 2016
PresidenHtin Kyaw
Didahului olehAung Min
Hla Tun
Soe Maung
Soe Thein
Thein Nyunt
Presiden Liga Kebangsaan bagi Demokrasi
Memegang jawatan
18 November 2011
Didahului olehAung Shwe
Pemimpin Pembangkang
Dalam jawatan
2 Mei 2012 – 29 Januari 2016
PresidenThein Sein
Didahului olehSai Hla Kyaw
Setiausaha Agung Liga Kebangsaan bagi Demokrasi
Dalam jawatan
27 September 1988 – 18 November 2011
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Ahli Dewan Rakyat Burma
untuk Kawhmu
Dalam jawatan
2 Mei 2012 – 30 Mac 2016
Didahului olehSoe Tint
Digantikan olehKosong
Majoriti46,73 (71.38%)
Butiran peribadi
Lahir (1945-06-19) 19 Jun 1945 (umur 78)
Rangoon, Burma
(kini Yangon, Myanmar)
Parti politikLiga Kebangsaan bagi Demokrasi
PasanganMichael Aris (k. 1972; m. 1999)
Anak-anak2, termasuk Alexander Aris
Ibu bapaAung San (bapa)
Khin Kyi (ibu)
Kediaman54 University Avenue
Alma materUniversiti Delhi
Kolej St Hugh, Oxford
SOAS, University of London
AnugerahHadiah Rafto
Hadiah Sakharov
Hadiah Keamanan Nobel
Anugerah Jawaharlal Nehru
Hadiah Simón Bolívar Antarabangsa
Hadiah Olof Palme
Keamanan Dunia Bhagwan Mahavir
Pingat Emas Kongres
Tandatangan
Laman web rasmiParty website

Aung San Suu Kyi (Bahasa Burma: အောင်ဆန်းစုကြည်; MLCTS: aung hcan: cu. krany; sebutan Burma: [àuɴ sʰáɴ sṵ tɕì]; lahir 19 Jun 1945) ialah seorang ahli politik Burma dan bekas Setiausaha Agung Liga Kebangsaan bagi Demokrasi. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1990, parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pimpinan Suu Kyi memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimet.[2][3][4][5][6][7][8] Bagaimanapun, beliau sudah ditahan dalam rumah sebelum pilihan raya berlangsung. Beliau ditahan dalam rumah di Burma selama 15 daripada 21 tahun mulai tahun 1990 hingga 13 November 2010.[9]

Beliau juga telah dianugerahkan Hadiah Rafto dan Hadiah Sakharov atas kebebasan bersuara pada 1990. Beliau menentang kerajaan junta tentera Myanmar yang mengamalkan sistem tentera diktator.

Kehidupan peribadi

Aung San Suu Kyi dilahirkan pada 19 Jun 1945. Bapanya Aung San merupakan pejuang kemerdekaan Myanmar/Burma dari penjajah United Kingdom pada 1947. Aung San telah dibunuh oleh musuh-musuhnya pada tahun yang sama.

Suu Kyi telah dibesarkan oleh ibunya Khin Kyi bersama saudaranya Aung San Lin dan Aung San U di Yangon. Aung San Lin mati lemas dalam sebuah kolam. Suu Kyi belajar di sekolah Katholik di Myanmar.

Khin Kyi (Mak Khin Kyi) juga terkenal sebagai ahli politik di Myanmar. Beliau pernah dilantik sebagai duta ke India pada 1960. Aung San Suu Kyi turut pindah ke India dan belajar di Lady Shri Ram College di New Delhi pada 1964. Kemudian Suu Kyi belajar di St Hugh's College, Universiti Oxford dan mendapat ijazah B.A dalam jurusan falsafah, politik dan ekonomi pada 1969. Kemudian belajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London pada 1985.

Suu Kyi pernah bekerja dengan kerajaan Myanmar. Pada 1972 berkahwin dengan Dr Michael Aris seorang warga Tibet yang tinggal di Bhutan. Kemudian mendapat anak lelaki bernama Alexander di London. 1977 mendapat anak kedua, Kim semasa di belajar di Universiti Georgetown dari Januari 1991 hingga Februari 1991.

Permulaan politik

Aung San Suu Kyu kembali ke Myanmar pada 1988 untuk menjaga ibunya yang sakit. Secara kebetulan, pemimpin sosialis, Jeneral Ne Win dijatuhkan, mengetuai rakyat mengadakan demontrasi untuk mendapatkan demokrasi pada 8 Ogos 1988 di mana kerajaan junta tentera telah mengambil alih kuasa.

Suu Kyi sangat dipengaruhi oleh falsafah tanpa kekerasan dan idealisme Mahatma Gandhi. Beliau menyertai Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pada 27 September 1988 dan ditahan dalam rumah sejak 20 Julai 1989. Beliau ditawarkan kebebasan jika meninggalkan negara itu namun menolaknya.

Penahanan di Myanmar

Pada 1990 majlis kerajaan tentera Myanmar mengadakan pilihan raya dan parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi telah menang. Sepatutnya Suu Kyi dilantik sebagai Perdana Menteri Myanmar tetapi junta tentera menafikan kemenangan tersebut. Aung San Suu Kyi telah memenangi 392 daripada 485 kerusi. Berikutan itu Suu Kyi telah menerima anugerah Hadiah Sakharov dan Hadiah Keamanan Nobel pada 1991. Anak-anaknya Alexander dan Kim mewakili beliau untuk menerima anugerah tersebut. Suu Kyi menggunakan wang tunai 1.3 juta USD yang dimenangi untuk tujuan kesihatan dan pendidikan rakyat Myanmar.

Kerajaan junta tentera telah membebaskan Suu Kyi pada Julai 1995 untuk melawat keluarganya di United Kingdom dan tidak dibenarkan pulang. Suaminya Dr Michael Aris seorang warganegara United Kingdom menjalani pemeriksaan kanser prostat pada 1997, kerajaan Myanmar enggan memberi sebarang visa.

Pada Pilihan raya umum Myanmar 2010, parti beliau telah memboikot pilihan raya. Beliau tidak dapat bertanding kerana masih dalam tahanan rumah. Pada 13 November, akhirnya Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan dalam rumah atas arahan rejim.

Rujukan

  1. ^ "Aung San Suu Kyi". Desert Island Discs. 27 January 2013. BBC Radio 4. Dicapai pada 18 January 2014. Unknown parameter |serieslink= ignored (bantuan)
  2. ^ Aung San Suu Kyi should lead Burma, Pravda Online. 25 September 2007
  3. ^ The Next United Nations Secretary-General: Time for a Woman. Equality Now.org. November 2005.
  4. ^ MPs to Suu Kyi: You are the real PM of Burma. The Times of India. 13 Jun 2007
  5. ^ Walsh, John. (Februari 2006). Letters from Burma. Shinawatra International University.
  6. ^ Deutsche Welle Rencana: Sentence for Burma's Aung San Suu Kyi sparks outrage and cautious hope. Petikan: The NLD won a convincing majority in elections in 1990, the last remotely fair vote in Burma. That would have made Suu Kyi the prime minister, but the military leadership immediately nullified the result. Now her party must decide whether to take part in a poll that shows little prospect of being just.
  7. ^ The Hon. PENNY SHARPE Ucapan: In 1990 Daw Aung San Suu Kyi stood as the National League for Democracy's candidate for Prime Minister in the Burmese general election. The National League forDemocracy won in a landslide. But instead of her taking her rightful place as Burma's new Prime Minister, the military junta refused to hand over power. Page: 52
  8. ^ A twist in Aung San Suu Kyi's fate Rencana: How a Missouri Mormon may have thwarted democracy in Myanmar.By Patrick Winn — GlobalPost Petikan: "Suu Kyi has mostly lived under house arrest since 1990, when the country's military junta refused her election to the prime minister's seat. The Nobel Peace Laureate remains backed by a pro-democracy movement-in-exile, many of them also voted into a Myanmar parliament that never was." Diterbitkan pada: 21 Mei 2009 00:48 ETBANGKOK, Thailand
  9. ^ Burma releases Aung San Suu Kyi. BBC News, 13 November 2010.

Pautan luar