Kementerian Belia dan Sukan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MQ Dread (bincang | sumb.)
k Kabinet - Muhyiddin I
NINJASAMURAI (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 242: Baris 242:
|-
|-
|18||Yang Berhormat [[Syed Saddiq Syed Abdul Rahman]]||[[PH]]-[[PPBM]]||[[Muar]]||2018-2020||22 Bulan||YAB [[Mahathir Mohamad|Tun Dr Mahathir Mohamad]]
|18||Yang Berhormat [[Syed Saddiq Syed Abdul Rahman]]||[[PH]]-[[PPBM]]||[[Muar]]||2018-2020||22 Bulan||YAB [[Mahathir Mohamad|Tun Dr Mahathir Mohamad]]
|-
|19||Yang Berhormat [[Reezal Merican Naina Merican|Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican]]||[[BN]]-[[UMNO]]||Kepala Batas||2020-Kini||Penyandang||YAB [[Muhyiddin Yassin|Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin]]
|}
|}



Semakan pada 07:48, 13 Mac 2020

Kementerian Belia dan Sukan
كمنترين بليا دان سوكن
Kerajaan Malaysia
Fail:LogoMYKBS2013.png
Logo Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1964; 60 tahun yang lalu (1964)
JenisKerajaan
Ibu pejabatMenara KBS, No. 27, Persiaran Perdana, Precinct 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Kakitangan3,813 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 853,505,700 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
  • Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Eksekutif Kerajaan
  • YBhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha
Laman sesawang
www.kbs.gov.my

Kementerian Belia dan Sukan (Tulisan Jawi: كمنترين بليا دان سوكن; singkatan: KBS) adalah kementerian yang di bawah kerajaan Malaysia.

Sejarah

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Pada 5 April 2018, kerajaan Malaysia semasa mengiktiraf Persatuan Sukan Pekak Malaysia sebagai satu-satunya persekutuan kebangsaan untuk menangani sukan pekak selepas menyerahkan pindaan Akta Pembangunan Sukan Kebangsaan yang mendapat kelulusan di Parlimen. Kementerian Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyampaikan pindaan Akta Pembangunan Sukan Negara kepada parlimen yang diluluskan pada 3 April 2018.[1]

Menteri-menteri

Timbalan-timbalan menteri

  • Y.B. Engku Mohsein bin Abdul Kadir (1964-1969)
  • Y.B. Dr. Neo Yee Pan (1976-1977)
  • Y.B. Encik Mak Hon Kam (1978)
  • Y.B. Dato` Chin Hon Ngian (1979-1982)
  • Y.B. Dato' Loke Yuen Yow (1995-1999)
  • Y.B. Datin Paduka Chew Mei Fun
  • Y.B. Datuk Razali Ibrahim (2009-2013)
  • Y.B. Dato' M. Saravanan (2013-2018)
  • Y.B. Tuan Steven Sim (2018-24 Februari 2020)
  • Y.B. Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (10 Mac 2020-Kini)

Setiausaha Parlimen

1.Y.B. Encik Mokhtar bin Hasim (1972-1973)
2.Y.B. Encik Rais Yatim (1974-1976)
3.Y.B. Encik Saadon bin Noh (1977)
4.Y.B. Encik Luhat Wan (1978-1982)
5.Y.B. Encik Mustaffa bin Mohamad (1983)
6.Y.B. Tuan Haji Awang bin Jabar (1984-1990)
7.I.P.B. Dato' Ismail @ Mansor bin Said (1990-1995)
8.Y.B. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (1995-1999)
9.Y.B. Tan Sri SA Vigneswaran (Ogos 2004-2008)

Ketua-ketua Setiausaha

1.Y.Bhg. Encik Zainal Abidin bin Endut (1964-1967)
2.Y.Bhg. Encik Wan Ahmad bin Wan Omar (1967-1969)
3.Y.Bhg. Encik Sulaiman bin Mohd. Amin (1969-1970)
4.Y.Bhg. Encik Megat Mahmud bin Haji Megat Ismail (1970-1971)
5.Y.Bhg. Encik Jamaludin bin Haji Abu Bakar (1971-1973)
6.Y.Bhg. Encik Ahmad Sabki Jahidin (1974-1977)
7.Y.Bhg. Encik Sulaiman bin Mohd. Amin (1977-1981)
8.Y.Bhg. Dato` Wan Mansor bin Wan Abdullah (1981-1984)
9.Y.Bhg. Dato` Abu Bakar bin Haji Mohd Said (1984-1990)
10.Y.Bhg. Encik Ahmad Zabri bin Ibrahim (1990-1991)
11.Y.Bhg. Dato` Abdul Wahab bin Adam (1991-1995)
12.Y.Bhg. Dato` Shamsuddin bin Md.Dubi (1995-1996)
13.Y.Bhg. Dato` Ahmad Bakri bin Shabdin (1996-1999)
14.Y.Bhg. Dato` Mahamad Zabri bin Min (1999-2003)
15.Y.Bhg. Dato' Talaat Bin Hj Husain (2003-Ogos 2004)
16.Y.Bhg. Dato' Nik Mahmud Bin Nik Yusof (Ogos 2004-2005)
17.Y.Bhg. Dato' Mohd Arif Bin Abu Bakar(Ogos 2005-2006)
18.Y.Bhg. Dato' Mohd Yasin Bin Mohd Salleh( 2006-2010)
19.Y.Bhg. Dato' Mohd Bin Mohamed (2010-2015)
20.Y.Bhg. Dato' Lokman Hakim Bin Ali (2015-2019)
21.Y.Bhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah (2019-Kini)

Visi KBS

  • Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
  • Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.

Misi KBS

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:-

  • Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
  • Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.

Objektif KBS

Objektif KBS ialah: 1.Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.

Strategi KBS

Strategi KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:

  1. Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
  2. Melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia Negara (IKBN);
  3. Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.
  4. Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Objektif

1. Bahagian Pembangunan Kemahiran.

  • Memastikan 75% calon yang ditawarkan melaporkan diri;
  • Memastikan kurang daripada 20% borang-borang permohonan masuk ke IKBN ditolak;
  • Memastikan lebih daripada 90% pelajar IKBN berjaya mendapat sijil penuh; dan
  • Memastikan lebih daripada 95% pelajar IKTBN Sepang yang mengikuti kursus jangka pendek mendapat sijil pencapaian.

2. Cawangan Peentadbiran dan Urusetia Kualiti.

  • Melaksanakan Audit Kualiti Dalaman dua kali setahun.

3. Cawangan Latihan

  • Melaksanakan 90% program latihan yang dirancang.

4. Cawangan Kewangan.

  • Menilai prestasi pembekal dalam tempoh dua kali setahun.

5. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.

  • Menawarkan 20 kursus dalam tempoh setahun setahun; dan
  • Memberi latihan kepada 100 peserta dalam masa setahun.

6. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

  • Memastikan 95% daripada pelatih mendapat Sijil Standard Kemahiran Malaysia (SKM).
  • Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal;
  • Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa.
  • Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan
  • Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Piagam Pelanggan

  1. Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal;
  2. Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa;
  3. Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan
  4. Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Jabatan/Agensi

Menteri Belia dan Sukan

No. Nama Parti Parlimen Masa Tempoh Pemerintahan
1 Yang Amat Berhormat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perikatan-UMNO Kuala Kedah 1964-1966 2 Tahun YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
2 Yang Berhormat Tan Sri Senu Abdul Rahman Perikatan-UMNO Kubang Pasu Barat 1966-1969 3 Tahun YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
3 Yang Berhormat Tan Sri Hamzah Abu Samah Perikatan-UMNO Temerloh 1969-1973 4 Tahun YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj YAB Tun Abdul Razak
4 Yang Berhormat Datuk Ali Ahmad Perikatan-UMNO 1973-1978 1 Penggal 1 Tahun YAB Tun Abdul Razak,YAB Tun Hussein Dato' Onn
5 Yang Berhormat Tan Sri Abdul Samad Ismail BN-UMNO 1978-1980 2 Tahun YAB Tun Hussein Dato' Onn
6 Yang Berhormat Datuk Mokhtar Hashim BN-UMNO Rembau-Tampin 1980-1983 3 Tahun YAB Tun Hussein Dato' Onn, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
7 Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim BN-UMNO Permatang Pauh 1983-1984 1 Tahun YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
8 Yang Berhormat Tan Sri Sulaiman Daud BN-PBB Petra Jaya 1984-1986 2 Tahun YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
9 Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Razak BN-UMNO Pekan 1986-1990 1 Penggal YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
10 Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa BN-UMNO Ketereh 1990-1993 3 Tahun YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
11 Yang Berhormat Tan Sri Abdul Ghani Othman BN-UMNO Ledang 1993-1995 2 Tahun YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
12 Yang Berhomat Tan Sri Muhyiddin Yassin BN-UMNO Pagoh 1995-1999 1 Penggal YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
13 Yang Berhormat Dato' Seri Hishamuddin Hussein BN-UMNO Sembrong 1999-2004 1 Penggal YAB Tun Dr Mahathir Mohamad,YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi
14 Yang Berhormat Dato' Seri Azalina Othman Said BN-UMNO Pengerang 2004-2008 1 Penggal YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi
15 Yang Berhormat Ismail Sabri Yaakob BN-UMNO Bera 2008-2009 1 Tahun YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi
16 Yang Berhormat Ahmad Shabery Cheek BN-UMNO Kemaman 2009-2013 4 Tahun YAB Dato' Seri Mohd Najib Razak
17 Yang Berhormat Khairy Jamaluddin BN-UMNO Rembau 2013-2018 1 Penggal YAB Dato' Seri Mohd Najib Razak
18 Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman PH-PPBM Muar 2018-2020 22 Bulan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
19 Yang Berhormat Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican BN-UMNO Kepala Batas 2020-Kini Penyandang YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "All geared up for Turkey task - Scoreboard | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-05-09.

Pautan luar