Persatuan Kiub Dunia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Suntingan-suntingan sebelum ini merupakan suntingan besar
Epilepson (bincang | sumb.)
mengemaskini maklumat
Baris 135: Baris 135:


== Acara-acara ==
== Acara-acara ==
Sejak 2014, PKD menganjurkan pertandingan dalam 18 acara. Bukan semuanya ditawarkan pada setiap pertandingan, tetapi semua acara kebiasaannya ditawarkan di pertandingan kebangsaan, benua dan antarabangsa. Acara-acara tersebut ialah:<ref>https://www.worldcubeassociation.org/results/rankings/333/single</ref>
Sejak 2014, PKD menganjurkan pertandingan dalam 17 acara. Bukan semuanya ditawarkan pada setiap pertandingan, tetapi semua acara kebiasaannya ditawarkan di pertandingan kebangsaan, benua dan antarabangsa. Acara-acara tersebut ialah:<ref>https://www.worldcubeassociation.org/results/rankings/333/single</ref>


* [[Kiub Rubik|Kiub 3x3x3]]
* [[Kiub Rubik|Kiub 3x3x3]]
Baris 146: Baris 146:
* Kiub 3x3x3 pergerakan tersedikit (FMC)
* Kiub 3x3x3 pergerakan tersedikit (FMC)
* Kiub 3x3x3 satu tangan (OH)
* Kiub 3x3x3 satu tangan (OH)
* Kiub 3x3x3 dengan kaki (WF)
* [[Megaminks]]
* [[Megaminks]]
* [[Piraminks]]
* [[Piraminks]]

Semakan pada 03:32, 15 Mac 2020

Logo Persatuan Kiub Dunia

Persatuan Kiub Dunia (PKD) ialah organisasi antarabangsa yang mengawal dan mengadakan pertandingan mainan teka-teki mekanik seperti Kiub Rubik dan Piraminks. Matlamat PKD adalah untuk mengadakan "lebih banyak pertandingan di lebih banyak negara dengan lebih ramai orang dan lebih banyak kegembiraan, di bawah keadaan yang adil."[1] Pada tahun 2017, PKD mula bekerja menujukan menjadi organisasi tidak berasaskan keuntungan dan pada 20 November, 2017, California menerima pendaftaran awal Persatuan Kiub Dunia.

Organisasi tersebut dijalankan oleh ahli-ahli lembaga. Organisasi tersebut diasingkan kepada pasukan-pasukan berbeza dan jawatankuasa-jawatankuasa serta wakil-wakil yang boleh mengadakan pertandingan rasmi. Kehadiran wakil diperlukan untuk merasmikan sesebuah pertandingan.

PKD juga mempunyai laman web sendiri.

Sejarah

Pada tahun 1999, penkiub zaman moden pertama bertemu masing-masing di Internet melalui Rubik's Games, sebuah permainan maya komputer dengan sebuah versi Kiub Rubik elektronik. Chris Hardweigh dari Raleigh, Carolina Utara menubuhkan kumpulan Yahoo! "Speedsolvingrubikscube" dan Rekod Dunia Tidak Rasmi, sebuah tempat dimana penkiub-penkiub boleh menyiarkan masa terpantas sendiri mereka. Ron van Bruchem menubuhkan laman web speedcubing.com bersama rakannya Ton Dennenbroek, seorang pengumpul permainan teka-teki yang tekad.

Disebabkan oleh penkiub-penkiub meninggal di seluruh dunia, mereka mahu mengadakan sebuah pertandingan yang boleh didatangi oleh semua. Pada tahun 2003, mereka mengadakan Kejohanan Kiub Rubik Antarabangsa di Toronto, di bawah arahan Dan Gosbee. Pertandingan mendapat sambutan yang meriah, tetapi terdapat pelbagai masalah, kebanyakannya disebabkan oleh kekurangan peraturan. SeleBpas pertandingan tersebut, Ron van Bruchem dan Tyson Mao mula mengadakan pertandingan di Belanda dan Jerman, serta di Caltech. Pada 18 Oktober, 2004, mereka berdua menubuhkan Persatuan Kiub Dunia.

Lembaga

Ahli lembaga semasa

Berdasarkan Julai, 2018

Ahli Negara Ahli lembaga sejak
Ethan Pride Australia Julai 2019[2]
Alberto Pérez de Rada Fiol Sepanyol November 2017[3]
Bob Burton Amerika Syarikat November 2017[3]
Chris Wright United Kingdom September 2018[4]

Bekas ahli lembaga

Ahli Negara Tempoh perhidmatan
Gilles Roux Perancis Oktober 2004 - November 2008[5]
Ron van Bruchem Belanda Oktober 2004 - Julai 2018[6]
Masayuki Akimoto Jepun September 2005[7] - Januari 2012
Tyson Mao Amerika Syarikat Oktober 2004 - Ogos 2013[8]
Sébastien Auroux Jerman Julai 2012[9] - Februari 2014[10]
Tim Reynolds Amerika Syarikat Julai 2012[9] - Disember 2014[11]
Natán Riggenbach Peru September 2013[12] - Ogos 2015[13]
Olivér Perge Hungary Mac 2015 - Februari 2016,

Julai 2017[14] - Julai 2019

Pedro Santos Guimarães Brazil Mac 2015 - Julai 2018[6]
Ilkyoo Choi Korea Selatan September 2013[12] - Julai 2017[14]
Chris Hardwick Amerika Syarikat Julai 2016[15] - November 2017[3]
Luis J. Iáñez Sepanyol Julai 2016[15] - Julai 2018[6]

Struktur PKD

Lembaga Pengarah PKD

[16]Lembaga Pengarah PKD ialah pasukan kepimpinan PKD dan penguasa paling atas PKD. Pengarah PKD adalah pengawal PKD tambahan mempunyai peranan perwakilan penuh. Lembaga Pengarah PKD bertanggungjawab terhadap organisasi PKD secara seluruh. Sebagai sebahagian daripada kerja seharian mereka, mereka berbincang tentang hal-hal yang memberi kesan kepada PKD dan menasihat jawatankuasa-jawatankuasa. Lembaga Pengarah PKD mengawasi bahawa aplikasi untuk mengadakan pertandingan PKD memenuhi syarat-syarat yang adil untuk memberikan peluang yang sama kepada setiap peserta dari seluruh dunia untuk bersaing, dan akhirnya mengesahkan dan mengumumkan pertandingan secara wajar. Selepas pertandingan, mereka membaca laporan daripada wakil-wakil PKD tentang pertandingan supaya mendapat maklumat terkini tentang aktiviti-aktivi PKD di seluruh dunia dan mengambil bahagian dalam perbincangan tentang sebarang insiden yang berlaku.

Lembaga Pengarah PKD juga bertanggungjawab untuk memunuhkan matlamat PKD: "lebih banyak pertandingan di lebih banyak negara dengan lebih ramai orang dan lebih banyak kegembiraan, di bawah keadaan yang adil." Ini bermakana memperkenalkan menkiub kepada komuniti dan negara baru serta bekerjasama bersama Wakil Kanan untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menkiub.

Kumpulan dan Jawatankuasa PKD

Kumpulan Komunikasi PKD

Kumpulan Komunikasi PKD (KKomP) diberi kuasa untuk mengawasi dan menyokong komunikasi PKD dengan komuniti dan masyarakat awam. Ini termasuk menjawab permintaan awam yang dikemukakan melalui laman web PKD dan menjalankan akaun media sosial PKD. KKomP membalas banyak e-mel dalam satu hari dari seluruh dunia berkenaan mengadakan pertandingan menkiub di kawasan baru, apa yang perlu dilakukan selepas menyertai pertandingan pertama, permintaan media besar tentang menkiub secara kompetitif dan banyak lagi hal lain. Kebanyakan permintaan juga dikemukakan kepada kumpulan atau wakil PKD yang sesuai jika permintaan tersebut berkaitan dengan pertandingna yang tertentu atau pengkhususan.[16]

Kumpulan Pengumuman Pertandingan PKD

Kumpulan Pengumuman Pertandingan PKD (KPPP) bertanggungjawab terhadap mengesahkan dan mengumumkan pertandingan PKD dan memastikan pertandingan tersebut mengikuti piawaian kualiti PKD. KPPP menyemak dan mengumumkan penyerahan pertandingan dalam PKD. KPPP melatih wakil-wakil untuk menggunakan alatan yang disediakan oleh PKD dengan elok.[16]

Jawatankuasa Disiplin PKD

Jawatankuasa Disiplin PKD (JDP) menyiasat pelbagai situasi dan mencadangkan penyelesaian termasuk penghukuman apabila diperlukan. Antara hal lain, situasi-situasi ini mungkin pelanggaran peraturan PKD yang serius atau masalah-masalah komuniti. JDP berurusan dengan banyak hal penipuan, kelakuan am atau bertikaian dalam cara wakil-wakil dan penganjur menjalankan acara. JDP juga bertanggungjawab terhadap hal-hal yang mungkin berlaku dalam WCA secara dalaman.

JDP boleh dihubungi oleh pengawal PKD atau ahli komuniti untuk diberitahu tentang kemungkinan pelanggaran di pertandingan PKD. Perhubungan awal dengan JDP biasanya melalui e-mel atau secara terus dari sebarang penyerta atau wakil. Jika Ketua JPD bersetuju bahawa kes tersebut jatuh di bawah bidang kuasa JPD, maka sebuah kes JPD akan diadakan. JPD akan mecuba untuk membalas dengan semua orang yang terlibat untuk mendapat setiap pandangan sebuah insiden dan untuk mendapat laporan bebas untuk penyiasatan. Apabila kes sudah tamat dan keputusan telah dibuat, mereka memaklumkan setiap pihak yang berkaitan dengan sebarang aktiviti dan membuat pengumuman awam, sekiranya diperlukan.[16]

Jawatankuasa Kewangan PKD

Jawatankuasa Kewangan PKD (JKP) bertanggungjawab terhadap segala hal berkaitan dengan kewangan dalam PKD. Sebagai Jawatankuasa Penasihat, JKP mengurus kewangan dan akaun PKD mengikut cadangan bajet tahunan yang diterima, yang juga merupakan kerja JKP untuk menyediakannya dengan rutin biasa. Sama juga, JKP membayar invois dan cukai yang diberikan kepada PKD, selepas perundingan dan mendapat kebenaran daripada Lembaga Pengarah PKD. Secara suku tahunan, JKP melaporkan dan menasihat Lembaga Pengarah PKD atas segala kewangan yang dimiliki oleh PKD, untuk memberi Lembaga Pengarah sebuah ringkasan tentang lingkupan kemungkinan dan pilihan kewangan yang PKD ada.[16]

Jawatankuasa Peraturan PKD

Jawatankuasa Peraturan PKD (JPP) ditubuhkan untuk menyokong Lembaga Pengarah PKD dalam mengekalkan peraturan PKD pada tahun 2011. Semenjak tahun yang datang, bidang tanggungjawab JPP telah diperluaskan, supaya kini mereka berurus dengan segala hal yang berkaitan dengan aplikasi, pembaikian dan pembangunan peraturan PKD. Mereka menolong wakil-wakil atas sebarang perkara prosedur yang berlaku di pertandingan dan membuat keputusan atas insiden yang tidak diselesaikan atau diperkatakan.. JPP kerap menerbitkan laporan dalaman PKD untuk menolong semua wakil dan meningkatkan pengetahuan wakil-wakil tentang peraturan. Ini termasuk perubahan peraturan berdasarkan maklum balas daripada kakitangan PKD dan komuniti, sambil juga mengambil kira pandangan mereka dan laporan-laporan tentang insiden yang berlaku semasa pertandingan PKD. Versi peraturan baru diterbitkan secara berkala. Sebahagian kerja mereka yang lain adalah untuk menggalakkan ahli-ahli komuniti PKD untuk mencipta dan mengekalkan terjemahan peraturan.[16]

Kumpulan Keputusan PKD

Kumpulan Keputusan PKD (KKepP) bertanggungjawab menguruskan semua matlumat dalam pangkalan data PKD, paling penting keputusan pertandingan dan matlumat individu.

Tugasan biasa yang mengambil masa yang paling lama yang diasingkan kepada KKepP ialah menyiarkan keputusan pertandingan PKD di laman web PKD, apabila wakil-wakil daripada pertandingan telah melaporkannya. KKepP menyemak dengan ketat jika keputusan dihantarkan dengan betul, dan sekiranya betul, KKepP memindahkan keputusan ke pangkalan data keputusan PKD. Kerja KKepP ini menjaminkan kualiti matlumat dalam pangkalan data PKD. Setiap prosedur menghantar matlumat ditamatkan dengan mencipta sebuah laporan awam di laman web PKD. Laporan-laporan tersebut adalah laporan-laporan yang dapat dilihat di laman utama laman web PKD. Selain daripada itu, KKepP juga bertanggungjawab untuk membuat pembetulan terhadap keputusan pertandingan sekiranya diperlukan dan KKepP ditugaskan untuk mentadbir setiap laman profail PKD. Ini termasuk mengubah matlumat pengguna seperti tarikh lahir berdasarkan permintaan disahkan dan menguruskan permintaan gambar profail.[16]

Kumpulan Perisian PKD

Laman web PKD merupakan projek sumber terbuka besar di GitHub. Mereka menjalankan pembaikian secara berterusan dan kerap untuk membenarkan semua ahli komuniti untuk mengakses dan menikmati kandungan PKD dengan mudah. Baru-baru ini, pengantarabangsaan dilaksanakan supaya ahli-ahli komuniti boleh melayari laman web PKD dalam bahasa asal mereka. Pencapaian penting yang lain adalah pembangunan sistem pendaftaran, dan terutamanya pembayaran. Kumpulan tersebut sentiasa mengawasi laman web untuk memastikan laman web tersebut sentiasa boleh dilayari dan mereka bertindak sepantas mungkin apabila ada sebarang perkara yang tidak betul.

Kumpulan Perisian PKD (KPP) membangunkan perisian baru bagi pelbagai jenis tugasan dalam PKD apabila diperlukan. Oleh itu, KPP mencipta sebuah aplikasi memudahkan menterjemahkan laman web PKD untuk melibatkan lebih ramai orang untuk menterjemahkannya kepada bahasa asal mereka. Pada 21 Ogos, 2012, pembantu Buku Kerja PKD telah dikeluarkan, yang digunakan oleh semua wakil untuk menghantar keputusan pertandingan kepada Kumpulan Keputusan PKD. KPP juga mengemaskini pencampur PKD yang rasmi bernama TNoodle, menurut matlumat yang dibekalkan oleh Jawatankuasa Peraturan PKD sekiranya perubahan diperlukan. Tambahan, KPP juga mengurus dan membangunkan alatan pentadbiran bagi pelbagai wakil, jawatankuasa dan ahli Lembaga Pengarah di laman web PKD.[16]

Wakil-wakil PKD

Wakil-wakil PKD ialah ahli-ahli PKD yang bertanggungjawab untuk memastikan semua pertandingan PKD dijalankan menurut matlamat, peraturan dan semangat PKD. Ini bermaksud di setiap pertandingan, seorang wakil PKD perlu hadir untuk merasmikan pertandingan tersebut. PKD mempunyai tiga jenis wakil: Wakil Kanan PKD, Wakil PKD dan Calon Wakil PKD. Selain daripada tugasan seorang Wakil PKD, Wakil Kanan PKD bertanggungjawab menguruskan wakil-wakil di dalam kawasan mereka dan sepatutnya juga dapat dihubungi oleh komuniti untuk perkara tempatan. Mereka boleh mebimbing wakil-wakil di dalam kawasan mereka, terutamanya apabila kawasan baru sedang dibangunkan. Wakil-wakil baru disenaraikan sebagai Calon Wakil PKD pada awalnya dan perlu menunjukkan keupayaan mereka untuk menguruskan pertandingan dengan berjaya sebelum disenaraikan sebagai Wakil PKD. Sekiranya boleh, mereka perlu mewakili pertandingan pertama mereka bersama wakil-wakil yang lebih berpengalaman untuk mendapat mengharungi semua tanggungjawab yang berkaitan untuk mewakili sebuah pertandingan PKD.

Setiap Wakil, Calon Wakil dan Wakil Kanan PKD yang diakui boleh dijumpai di laman web rasmi mereka.[17]

Acara-acara

Sejak 2014, PKD menganjurkan pertandingan dalam 17 acara. Bukan semuanya ditawarkan pada setiap pertandingan, tetapi semua acara kebiasaannya ditawarkan di pertandingan kebangsaan, benua dan antarabangsa. Acara-acara tersebut ialah:[18]

Terdapat juga beberapa acara yang telah dibuang status acara rasmi PKD. Acara-acara tersebut adalah:[19]

  • Magik Rubik
  • Magik Master
  • Kiub 3x3x3 tutup mata berganda tanpa tempoh masa tetap

Kejohanan Dunia

Setiap dua tahun bermula pada tahun 2003, PKD menganjurkan Kejohanan Kiub Rubik Dunia. Kejohanan tersebut akan menentukan johan Kiub Rubik dunia. Setiap acara rasmi diadakan di kejohanan tersebut. Kejohanan Kiub Rubik Dunia mengambil perancangan yang amat terperinci oleh sebilangan sukarelawan, serta komitmen kewangan yang banyak untuk menempah tempat dan membuat persediaan yang perlu. [1]

Juga lihat

Nota