Musim luruh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Weather nav}}{{Terjemah}}
{{Weather nav}}{{Terjemah}}


'''Musim Luruh''' atau '''Musim Gugur''' ([[bahasa Inggeris]]: ''autumn'') ialah salah satu daripada empat [[musim]] di daerah beriklim serdahana. Musim ini ialah musim peralihan daripada [[musim panas]] kepada [[musim sejuk]].
'''Musim Luruh''' atau '''Musim Gugur''' ([[bahasa Inggeris]]: ''autumn'') ialah salah satu daripada empat [[musim]] di daerah beriklim serdahana. Musim ini ialah musim peralihan daripada [[musim panas]] kepada [[musim sejuk]]. [https://twitter.com/HolyAdib/status/1239013758728425472 Malaysia pakai "musim luruh" sambil Indonesia pakai "musim gugur"].


Dalam zon berhawa sedang, musim luruh ialah musim yang mana kebanyakan tumbuhan ditunai, dan pokok-pokok [[deciduous|''deciduous'']] menggugurkan [[daun|daun-daun]]<nowiki/>nya. Ia juga merupakan musim ketika mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan kerpasan di beberapa bahagian dunia.
Dalam zon berhawa sedang, musim luruh ialah musim yang mana kebanyakan tumbuhan ditunai, dan pokok-pokok [[deciduous|''deciduous'']] menggugurkan [[daun|daun-daun]]<nowiki/>nya. Ia juga merupakan musim ketika mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan kerpasan di beberapa bahagian dunia.

Semakan pada 06:03, 17 Mac 2020

Musim Luruh atau Musim Gugur (bahasa Inggeris: autumn) ialah salah satu daripada empat musim di daerah beriklim serdahana. Musim ini ialah musim peralihan daripada musim panas kepada musim sejuk. Malaysia pakai "musim luruh" sambil Indonesia pakai "musim gugur".

Dalam zon berhawa sedang, musim luruh ialah musim yang mana kebanyakan tumbuhan ditunai, dan pokok-pokok deciduous menggugurkan daun-daunnya. Ia juga merupakan musim ketika mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan kerpasan di beberapa bahagian dunia.

Secara astronomi, ia bermula dengan ekuinoks (sekitar 23 September di belahan Utara, dan 21 Mac di belahan Selatan, dan berakhir pada solstis musim dingin (sekitar 21 Disember) di belahan Utara dan 21 Jun di belahan Selatan). Namun, ahli meteorologi menghitung bulan-bulan Mac, April, dan Mei di belahan Selatan, dan September, Oktober, dan November di belahan Utara sebagai Musim Luruh. Suatu pengecualian definisi ini ditemukan di Kalendar Ireland di mana mereka masih mengikuti putaran Celtic, di mana musim gugur dihitung dari bulan-bulan Ogos, September, dan Oktober.

Meskipun hari-hari mulai memendek di bulan Julai atau Ogos di latitud utara dan dalam bulan Januari dan Februari di selatan, biasanya pada September atau Mac matahari terbenam cepat dengan sangat jelas.

Di kebanyakan negara musim semi merupakan awal dari tahun sekolah, kerana mereka biasanya mulai pada awal September atau awal Mac tergantung dari latitud.

Musim Luruh Dalam Budaya Masyhur

Warna-warna musim gugur di Westonbirt Arboretum, Gloucestershire, England.
Personifikasi Musim gugur (Currier & Ives Lithograph, 1871).

Hubungan musim luruh dengan perubahan daripada panas kepada cuaca sejuk di hemisfera utara, dan hubungan statusnya sebagai musim utama menuai, sudah mendominasi temanya dan imej-imej popularnya. Dalam budaya Barat, persona musim luruh kebiasaannya menarik, wanita-wanita penuh dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang telah ranum pada musim ini. Kebanyakkan budaya-budaya purba memilih perayaan musim luruh sebagai perkara yang paling penting dalam kalendar mereka. Keraian-keraian seperti ini masih wujud dan boleh didapati dalam lewat musim luruh pada hari cuti Thanksgiving di Amerika Syarikat, hari cuti Yahudi Sukkot dengan umbinya sebagai keraian bulan penuh "tabernacles" (pondok-pondok kecil di mana di dalamnya penuaian diproses dan akhirnya mendapat signifikan agama), banyak keraian orang Indian Amerika Utara terikat kepada musim menuai pada musim luruh di mana buah-buahan ranum dikumpul dari hutan, orang China pula ( Perayaan Bulan , dan sebagainya. Angin bagi perayaan musim luruh ini adalah kegembiraan bagi buah-buahan bercampur-baur dengan kehibaan yang tentunya berkait rapat dengan musim sejuk yang melampau. Ingatan pada datuk dan nenek juga satu tema yang biasa.

Pada zaman moden, selain dari ia sebagai permulaan musim sekolah, ia juga merupakan musim dimana industri perfileman mula menayangkan filem-filem yang selalunya berbajet kecil, tetapi mempunyai hasil kesenian yang tinggi di institusi-institusi akedemik seperti di upacara hadiah Oscars dan BAFTA (dimana upacara hadiah tersebut diadakan pada akhir Februari). Filem-filem ini dianggap sebagai tahap rendah, tetapi tinggi kandungannya dan lebih mencabar dari filem budget tinggi dan mempunyai banyak "effects" yang dikeluarkan pada musim panas. Musim luruh, yang bermula dari hujung minggu selepas Hari Buruh dan berakhir pada hujung minggu sebelum Hari Pemilihan President US, merupakan musim terpendek dan kurang beruntung bagi industri perfileman.

Musim luruh juga berkaitan dengan perayaan Halloween, dan dengan ini sebuah kempen pemarasan secara besar telah mempromosikannya. Perindustrian filem dan muzik telah menggunakan musim ini untuk mempromosi filem and rekod yang berkaitan dengan perayaan ini, dan pengedarannya bermula dari awal September dan tidak lebih dari 28 Oktober, kerana tema ini hilang setelah percutian tersebut berakhir.

Musim luruh, seperti musim bunga, juga merupakan musim tidak tetap, dan disesetengah kawasan, tempoh masa musim ini pendek. Suhu pada September boleh melepasi 86 °F (30 °C) dan dengan tahap panas tersebut, ia boleh membahayakan kepada mereka yang tidak mengendahkan risiko stroke panas (hyperthermia). Pada Oktober, terutamanya di latitud utara, terdapat juga "cold snaps" dan campuran hujan/salji, walaupun salji kekal selalunya tidak didapati sehingga selepas pertengahan November.

Musim luruh dan pelancongan

Pokok-pokok di musim luruh berwarna kilaun oren dilimpahi cahaya matahari

Kawasan Kanada Timur dan New England di Amerika Syarikat terkenal dengan pemandangan "daun luruh", dan industri pelancongannya telah dibangunkan mengikut musim tersebut yang meliputi hanya beberapa minggu dimana daun-daun pokok deciduous mulai gugur pada tahap maksima. Beberapa stesen televisyen dan laman web berkaitan ramalan cuaca juga melapurkan status keluhuran daun-daun tersebut pada sepanjang musim tersebut sebagai perkhidmatan kepada pelancong-pelancong. Para pelancong musim luruh ini dipanggil sebagai "pemerhati daun" ("leaf peepers").

Campuran pokok hutan coniferous dan deciduous di Kanada menjadikannya suatu pemandangan pelbagai warna. Gambar dikanan telah diambil di Algonquin Provincial Park, Ontario, Canada.

Lihat juga

Pautan luar